GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label Fish N Co.. Show all posts
Showing posts with label Fish N Co.. Show all posts

Saturday, September 10, 2016

Pengalaman Menyeronokkan di Majlis Pelancaran Hari Jadi Fish & Co. Pavillion Kuala Lumpur.

     Sudah lama kami tidak dijemput ke 'event' bloggers. Rasa loser sunyi gaks tau. (nangis dalam hati). Email dari pihak Fish & Co menceriakan semula hari-hari dukaku… hihi..

     Majlis ini diberi nama 'Birthday Party Launch at Fish & Co. '. Program sambutan hari jadi ini adalah dengan kerjasama DayOne Birthday Party Planner. Ia berlangsung pada Sabtu, 27 Ogos 2016. Majlis ini bermula jam 6.00 ptg dan sepatutnya berakhir pada 8.30 malam tapi dek kerana padat dan seronoknya aktiviti, ia berakhir jam 9 malam. Hebat tak penangannya?

     Sampainya kat sana, kena daftar dulu. Semestinya topi kelasi dan garfu besar adalah alatan penting untuk bergaya. Riben biru dan putih juga diberi untuk diikat di tangan. Memula memang tatau pun apa tujuannya. Lepas nak mula aktiviti baru tahu ia untuk pembahagian kumpulan. Tengoklah betapa bergayanya si Kakak dan si Adik..


Nasiblah posing senyum elok 


Kapten muslimah

     Selepas tu, boleh layan amek gambo kat 'photo booth' yang disediakan. Cuci mata anda ye…


Hasil bidikan jurugambar profesional dari DayOne. Suka sangat walau tak cukup ahli keluarga.


Cenderahati bermakna dari DayOne. Topi tu props je ok? Kena pulang balik, takleh bawa balik.

     Sebelum pelancaran bermula, kami dipersilakan menikmati hidangan 'buffet'. Sementelah perut dah lapar, mari kita serbu..


Pelbagai menu asas dan terbaik disediakan antaranya salad sayuran, ikan dan sotong celup tepung, ayam panggang, speghetti bolognaise, nasi berkismis dan paling cepat habis yang paling jelas korang nampak iaitu pizza. Sebenarnya semua menu di atas ada namanya tersendiri. Panjang laks kalau aku tulis. Nak tau gaks kena g try makan kat Fish & Co ni bagi yang belum cuba.

     Acara dimulakan dengan penerangan aktiviti dari pihak penganjur. Bukan senang nak bagi arahan kat si cilik ni semua kalau tak sabar. Arahan pula kena jelas dan ringkas. Tapi, aku kagum betul dengan pasukan depa ni dok layan bebudak semua terutama Kapten Savannah. Siap pujuk Kakak dan Adik yang buat pe'el 'comel' sangat. Tenang dah depa lepas tu. Alhamdulillah..


Comey sangat Kakak dan Kapten Savannah ni kan?

Tengok si Adik dah terkedu atas pujukan Kapten Savannah.

     Fish & Co. menyediakan pakej sambutan hari jadi yang meriah dan padat dengan aktiviti yang mampu menguji minda serta fizikal kanak-kanak. Mak pak pun boleh join sekali. Korang angkat telefon dan dail nombor di bawah ni, semuanya diuruskan untuk majlis korang…

Charmaine
charmaine@fish-co.com.my
012-3873291

Zoe
zoe@fish-co.com.my
016-2017367


Inilah lebih kurang pusat aktiviti yang disediakan. Banyak stesen dengan pelbagai aktiviti yang menguji minda dan fizikal anak-anak boleh dicuba. Remaja dan orang dewasa pun seronok cuba aktiviti ni semua. Tak caya tengok gambar kat bawah ni..


Sekeluarga join. Beri sokongan antara satu sama lain sebenarnya. Boleh lepaskan tekanan juga tau. Si Abang mulanya taknak join. Akhirnya bila dipaksa disuruh, terjebak juga. 

     Apa yang aku boleh kata, aktiviti ni semua banyak mendorong anak-anak supaya berdikari, berkeyakinan dan berinteraksi antara satu sama lain. Korang bayangkan sorang cakap melayu, lagi sorang cakap omputih tapi sama-sama berganding bahu jaga stesen dan menyelesaikan tugas yang telah diamanahkan. Hebat tak?

     Aku nak tempek pakej yang ditawarkan. Memang ada antara kita yang kata agak mahal. Aku pun rasa macam tu. Tapi, kalau nak dinilaikan dengan apa yang diatur dari A-Z, dari pengurusan aktiviti ke pengurusan makanan dan minuman serta 'goodie bag', tempat yang cantik serta kawalan ke atas kanak-kanak, korang akan dapat nilai untuk wang yang dibelanjakan..


Pelbagai pakej untuk dipilih.

     Pakej majlis sambutan hari jadi ini boleh diadakan di Fish & Co. Pavillion KL, Main Place@USJ21, Paradigm Mall Kelana Jaya, IOI City Mall dan The Mines Seri Kembangan. 

     Aku nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada pihak Fish & Co. kerana masih sudi jemput aku dan keluarga merasai pengalaman hebat dan manis ini. Korang yang nak rasa makan makanan laut dalam kuali boleh cuba terjah ke restorannya yang berdekatan dengan umah korang. Sebagai penutup, aku rasa tak lengkap kalau aku tak masukkan gambo ni..


Antara geng bloggers yang hadir. Ada lagi yang tak enterframe termasuk aku. Ada yang dah lama kenal macam Jane Chua yang baju turqoise tu. Pastu yang dok buat tanda peace tu Aiin Baharum yang aku cam kat fb. Jumpa live kecik molek orangnya. Ada lagi sorang tu Miss Pinky ka apa. Hahahaha.. jgn mare baca entri ni tau. Dapat jumpa live gaks ngan kak Hazel. Baguslah tak snap gambo sesama. Yang lelain tu tak sempat nak beramah mesra pasal dok berhempas pulas ngan bebudak ni. Biasalaa tu kan? Nannie Isa pun ado.

p/s: Like lah kan?




Monday, September 29, 2014

Pelancaran Restoran Fish N Co. Di Main Place, USJ 12

Ahad minggu lepas, kami dapat jemputan untuk memeriahkan majlis pelancaran menu kanak-kanak di Fish N Co. Main Place, USJ 21.



Menu baru kanak-kanak diperkenalkan sekali dengan pembukaan cawangan ini.

Biasanya kami hanya buat lintas hormat je depan/belakang bangunan Main Place ni. Tempatnya kan hanya bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong. Bebudak ni pun dok tanya bila nak singgah sini sebab nampak tempatnya macam menyeronokkan

Kami sampai memang lambat sikit tapi tengok semua yang hadir baru beratur nak ambil makanan jadi kami dijemput duduk terlebih dahulu. Tapi dah memang sedang elok aktiviti untuk bebudak dah siap jadi depa layanlah dulu.















Memang depa seronok betul hari tu. Kami ibu bapa pun alhamdulillah dapat menikmati makanan yg sedap dan mewah belaka. Mewahlah bagi kami. Meh tengok gambar makanan..









Dua kali aku ambil salmon gril. Memang terbaik. Ikan salmonnya segar. Bila dipanggang/gril begini, kulitnya jadi rangup dan sedap sangat. Sotong celup tepungnya pun lembut takdo keras macam getah walau dah sejuk. Aku rasa ianya kombinasi sotong yg segar dan tepung gorengannya yg dibuat sendiri.

Makanan laut di sini semuanya ada sos tersendiri. Macam ikan salmon gril tu kita kena makan dengan sos lemonnya yg korang nampak dalam mangkuk tu. Tapi sos yg paling aku suka, adalah yang ini..





Ini sos pedasnya. Sos ini sungguh beraroma. Pedas sangat? Taklah. Hanya cukup2. Budak pun boleh makan. Tuang atau cicah, memang sempurna untuk ikan, sotong mahupun ayam. Aku rasa menu ayam gril pun ada.





Ini aja minumannya? Tidak. Kami dihidangkan Mojito (versi halal) dan Candy Crush. Korang cari gambar kat fb Fish N Co. yea? Hihi.. Aku suka botol dia ni.




Our 'big catch' of the day. Pertama kami dapat ' goodie bag' ada kuali. Sayang nak guna weh. Ada juga baucer. Kena ulang pergi nampaknya.






Majalah? Bukan. Ini adalah menu. Harga dalam lingkungan rm8 ke atas untuk sekuali hidangan lengkap. Kuali ye? Tagline depa tu makanan laut dalam kuali. Memang kenyang.

Akhir sekali, terima kasih atas jemputan team Junee Yusof..




The happening team



Dapat juga jumpa balik Ellie Toh dan keluarga, kak Hanny dah keluarga serta berkenalan dengan bloggers mak2 yang lain. Berkembang 'network' u ols.

Bila plaks korang nak g Fish N Co. ni?
posted from Bloggeroid