GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label PJ. Show all posts
Showing posts with label PJ. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Berbuka Puasa Anjuran Denaihati

     Alhamdulillah. Puasa tahun ini dapat sekali lagi kami sekeluarga berbuka bersama-sama rakan blogger. Terima kasih tak terhingga kepada Denaihati dan Abang Ensem serta beberapa pihak lagi yang 'memayungi' sesi kali ini. Didoakan rejeki korang lebih murah. Amin3...
     Hotel Singgahsana menjadi tempat pertemuan dan iftar kami kali ini. Khabarnya 135 orang bloggers telah mendaftar dan hadir bersama keluarga untuk memeriahkan acara. Memang ramai kan 'kaum' bloggers dalam Denaihati Network neh.


Bloggers glemer yang dah tiba; Iera Kan, Yana Yassin, Nunu Eera dan Jamar Bahar.

     Lepas tu macam biasa sesi mengangkut mengambil makanan sementara menunggu kawan-kawan yang lain. Terlepaslah rindu aku pada kawan2 bloggers semua. Sememangnya 'event' yang macam neh kita semua berpeluang jumpa kan? Lepas neh tatau bila plaks. Kena kumpul rindu tu banyak2 balik..

     Makanan macam biasa tak dan nak merasa semua kan? Maklumler tangki kocik..kah3. Percayakah korang? Memang tak sempat nak merasa semua pasal perut dah takder ruang yg kosong lagi dah walaupun tangkinya idokler kocik mano..

Macam biasa pinggan 'sweet tooth' macam aku. 'Dessert' dah jadi 'starter'. Bolehler kan?

     Acara formal tu takderlaa sangat. Memang takder pun. Sesi gebang2 dan tangkap2 gambo macam biasa. Santai sungguh. Buka puasa pun kan? Yang best dapat sampul raya Denaihati.com percuma dan anak2 pula dapat duit raya rm10 sorang. Lumayan deh! Teringat masa jadi anak2 dulu. Dapat duit rasa syokk sangat.. Now anak2 kita dapat duit pun kita syok. Alhamdulillah. Ini orang kata rejeki bebudak kan?

     Lepas tu macam biasa sesi 'snap2' gambar beramai-ramai...

Hoh! Betapa meriahnya. Belum masuk keluarga lagi tu..

 
    Akan datang kalau ada lagi; berbayar pun kami sanggup. Pasal 'event' macam neh dapat mengeratkan ukhwah sesama kita tak kira bloggers baru atau lama. Yang dah selalu jumpa tu macam adik- beradiklaa bergurau senda... alhamdulillah

Wednesday, April 25, 2012

Saya Sebatang Pensel

     Ahad malam; lepas balik dari cuti kat kampung bulan Mac, teringin beno nak menyaksikan persembahan ini. Kebetulan pulaks, kawan penulis merangkap jiran pon ada terlibat juga. Dah rejeki, Tuan Uthaya Sankar SB bermurah hati menaja 2 keping tiket, aku dah macam orang mengantuk disorong bantallah. Alhamdulillah!
Muka bangga dpt mender pree. Naper muka aku nampak cam ny** tak laku eh?..kikikiki..

     Aperkebender 'Saya Sebatang Pensel' neh? Ianya adalah persembahan bercerita oleh penulis2 dan aktivis2 yang dikenali ramai walaupun ramai juga yang tak kenal depa neh. Sebenarnya, depa amek tajuk karangan kita masa sekolah dulu. Persembahan neh ada seminggu kalau tak silap dan setiap malam tajuk 'karangan' yang berbeza akan muncul. Cara depa bercerita adalah apabila diberi tajuk tersebut, depa semer neh akan sampaikan dalam bentuk kreatif mengikut pandangan depa sendiri.
     Adoih! Memangler sakit perut den dibuek ae. Sungguh sinis dan sesapa yang paham ajer dapat 'enjoy' persembahan ini. Tempatnya adalah kat PJLA, Jaya One. PJLA neh akan menggegarkan donia lagik ngan 'Laugh Fest' bulan Mei nanti. Nak tau lanjut moh ke laman sesawang depa. Kali ini lebih 'havoc' ngan adanya Nabil dan Zizan. Tiket dier plaks mahalla siket. Retis kan? Paling murah pon RM66. Ada yang nak sponsor lagi kali ini? hohohohoh... tak abeh2 budaya mengharapkan sabsidi kan?
     Mohler kiter tengok pencerita2 untuk 'Saya Sebatang Pensel' neh....
SYAHREDZAN JOHAN is a lawyer. But once in a while, he wishes he were an inanimate object. Especially when dealing with difficult clients. 2 malam lepas kat berita, nampak beliau kat sebelah mahasiswa yang dihadapkan ke mahkamah pasal berkhemah kat dataran tuh kalo tak silap.

DINA ZAMAN has written for 18 years and her first karangan was titled Saya Sebatang Pensel. Today, she is Seorang Penulis.

Tak nampak jelas weh. Pasal putih sangat kots...hihihi.. Beliau 'being notty' bak kata pengacara majlis pasal taknak buat pasal tajuk tuh tapi pasal 'Saya Sebiji Durian'..
SHARON BAKAR is British but has proven her assimilation into Malaysian culture by fully embracing the durian. Ouch.

Anak dara Kak Yan. Seksi pasal menghayati watak monolog beliau. Sungguh menjadi, menggoda dan berbakat. Aura tersendiri yang terserlah.
ELZA IRDALYNNA feels that an actor is like a pencil; always another's story, never her own. Behold the pencil's revenge.

Beliau sungguh lantang. Nama pon aktivis politik.
FAHMI FADZIL is a writer, performer, and political activist. When he can, he uses a pensel to write. Otherwise, he'll tweet at @fahmi_fadzil

     Last but not the least, 'tokey' tiket aku pada malam itu... nada beliau lembut tapi penuh sinis dah bermakna...

 UTHAYA SANKAR SB menulis menggunakan pensel sebelum mampu memiliki pen, mesin taip, komputer dan telefon bimbit. Beliau masih aktif menulis.

* Penerangan2 tersebut aku ambil di sini..
     Secara keseluruhannya, memang aku suka persembahan 'on stage' macam neh. Lain kali, kalau korang ada tiket lebey, jangan segan silu bagi kat aku nooo?..kehkehkeh...

Saturday, April 30, 2011

Kegilaan 'God of Carnage'

Half naked on stage? Gila tak?

     Alhamdulillah! Selamat sudah aku ke PJLA ditemani seorang kawan blogger yang tak pernah bersua muka namun dek kerana rejeki tgk play neh dapeklah menatap wajah memasing...ehehehehhe... Tqvm, my dear Bella Enveeus!
     'God of Carnage' neh mengenai 2 pasangan ibu bapa yang bertemu untuk menyelesaikan konflik antara anak2 lelaki mereka. Alan dan Annette (Will n Lina) mempunyai anak bernama Benjamin yang aku anggap membuli Henry iaitu anak kepada Michele dan Victoria (Megat Sharizal dan Maya Tan Abdullah). Mereka bertemu di rumah pasangan Michele. Mula2 tuh situasi sangatlah terkawal lagi. Victoria yang berkerjaya penulis seperti sedang menemuramah pasangan Alan dan aku plaks sedikit confuse dan tersalah anggap yang depa neh muncul dalam program bual bicara televisyen....ahahhahahah.... so slow!
 Tgk tuh.Macam dalam talk show kan? Si Victoria siap tulis dlm notebook dier lagik.

      Situasi di awalnya sangat2 terkawal lagik walaupun sebenarnya nampak macam janggal benar. Yerler, kalo anak2 dah bergaduh or dibuli, mana mungkin ibu bapa kedua2 belah pihak bole control lagik kan? Musti mak pak pon panas ponggong rasa nak bergasak ajer.
  
 Keadaan dah mula tak terkawal apabila Annette tetiba rasa mual nak muntah

 Annette rasa bersalah lepas muntahkan isi perutnya kat buku2 kesayangan Victoria.

       Memang real btui time Lina neh tetiba muntah. Patutler seat row 1 dan 2 dikosongkan. Mati2 aku ingat ader vvip maner or sesapa yg istimewa ker nak dok kat situ.. Rupa2nyer....ahahhahahaha... giler punyo gimik.
Dah namanyer comedy play kan? Memang beshlaa depa neh semer. Alan ngan gelagat sombongnyer sebagai seorang peguam; asik dok berkepit jeks ngan henponnyer. Dulu tgk dier baca biter serius ajer. Dah tgk kat iklan2 tv, ada watak kelakau sket. Dah ada kat teater neh plaks, tahap kelakau n byk ckpnyer tuh memang dah di tahap gaban dah...ahahahha...sungguh unsangkerable. Megat Sharizal as Michael plaks mmg natural bangat. Selamba jeks tak macam berlakon. Memang ada gaks tgk dier berlakon dalam cerita2 terbitan Red Communication. 

      Show GOC neh dah start pada 28/4 lepas membawak ke 8/5/2011 depan. Ada show kul 3.00 ptg, ada yang kul 8 mlm. Bagi korang yang minat ngan Lina Teoh, inilah peluang korang nak tgk dier live dan sesungguhnyer mmg dier cantik sgt. Tak rugi woh. Tiket2 berharga rm60 dan ada diskaun untuk pelajar dan warga emas. Korang leh lawat web PJLA. Aku x leh nak haplod or search aper2 plaks neh. Line ker letop aku yang mengong. SElamat menonton eh!

 p/s: PJLA ngah wat 'laugh fest 2011' now.. so kalo  idup dah sgt2 stress, bole release kat sini. Byk aktvt2/show2 menarik yg korang leh tgk. Berlangsung selama sebulan ker 2 bulan rasanya.