GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label TV2. Show all posts
Showing posts with label TV2. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Hodoh di Luar..

     Menyaksikan ini di TV2....


     Kali ini, ianya berkenaan penternakan tiram mutiara di Sabah. Seorang usahawan berdepan pelbagai cabaran dalam menjayakan projeknya ini. Menurut beliau, mutiara Malaysia adalah lebih mahal dari mutiara Jepun kerana ia lebih tebal.
     Melihat bentuk luarannya yang bersaiz sebiji pinggan, rata dan mempunyai permukaan kasar, siapa sangka hasil yang dikeluarkan sangat bernilai.

 Tiram akan melekat kepada apa2 bingkai besi yang disediakan. Dari sekecil kuman hingga membesar dan sedia untuk 'dituai'.

     Proses 'membenarkan' tiram2 ini mengawan, memindah benih ke tangki, membuat bingkai dan 'membenarkan' pula anak2 tiram ini melekat pada bingkai sangat rumit dan menarik perhatianku. Patutlah mutiara sangat mahal, prosesnya memerlukan perhatian teliti dan melibatkan tenaga kerja yang ramai dan mahir juga.

      Begitulah juga manusia. Fizikalnya mungkin tidak menyenang mata yang melihat. Mungkin terasa menyampah juga. Tetapi, 'isi' dalamannya mungkin tidak seperti 'kulit'nya. Hasil yang dikeluarkan juga mungkin tidak 'sehodoh' yang kelihatan. Begitupun, kecantikan luaran jua yang disanjung tinggi.

 Kecantikan alam yang mendamaikan. Subhanallah!!

Saturday, July 10, 2010

The Ring.

     Citer neh bukan citer baru. Dah agak lama... tahun 2002. Masa tuh lom nikah. Ngah 'hebat' bercintan cintun tuh...Ewah2... playerlah kunun.

     Aku neh kan ker suker layan movie2 lama kat TV2. Sebabnyer, meskipun selalu juga diulang tayang tapi jaraknyer tak derlaa dekat2 macam TV3 tuh. Jangan saman aku yea Media Prima. Pandangan ikhlas sebagai penonton neh. Movie kat TV2 neh setart Rabu malam. Khamis malam x der kots. Pastuh Jumaat setart balik 'membawak' ke Sabtu malam (malam minggu tuh suda pasti) then hARI Ahad. Tapi yang hari Ahad aku tak penah tgk pasal bangun lambat even dier setart kul 4.30 ptg. Biasernyer kes lupalah...macam Ahad lepas citer 'Pink Panther' yang si Steve Martin (kots nama dier) tuh jadik spy. Nanti2 dier ulang tayang hopefully dpt tgk. Pjg plaks intro neh. Cheissss!!
     Tengok plot dier memang sangat menarik. Tengokler penulisnyer saper, org Jepun kan? Memang detail habeh. Memula tengok dier dok putaq2 belit2 sampai rasa macam naik sewel gaks macam watak2 dalam citer tuh. Tapi, yang dok putaq2 cari klu2 tuh laa yang membuatkan kiter asyik then dok melongo jeks depan tv tak berganjak2 even dah rasa nak terkucil bagai. Syioklah penangan 'cincin' neh. Genre?? Serammmm...meremang aihhh....

     Citer neh pasal sorg budak fompuan yg dpt 1 tape pelik biler dier g satu motel lama. Erhhh..btui kaa tuh pasal aku termiss yang memula citer... lepas tuh budak fompuan tuh mati then makcik dier (sebagai hero dlm citer neh) dok merungkai sesatu misteri dan petunjuk dalam pita video tuh. Memang saspenslaa lepas 1-1 mender tuh dpt diselesaikan. 

     Tapikan.... yg buat aku tak pueh ati tuh pasal ending dier lah.... Ok, memula dok menghayati benau terutamanya biler hero tuh jumpa mayat budak tuh dlm perigi, siap boleh imagine lagik kalo jatuh dalam perigi then perigi tuh ditutup. Tinggalla kiter sorang2 dalam air, gelap dan sorg2 sambil nunggu mati. Baper lama? 7 hariii....Heiiiii.... korang boleh imagine??

     Ending dier.... heiiii.... geram2.... memang tak pueh hati psl takder jln penyelesaian...mcm dier nk ckp,'bad side wins'..... ker ader kesinambungan eh??.... per2hal, korang bacalaa sini.

  Haa....serammm dak? Tak saspenslah pasal dh nk dekat Subuh...hehehehheheh...

Eh2.... memang ader 'The Ring Two' lah. Refer here . Hopefully nanti ader sekuel kedua neh kt TV2 gaks.

     Katanyer ader lagik 'The Ring Three' tahun 2012 nanti. Haii... bilerlaaa nak habeh kalo mcm neh...ehhhehhehe