GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label adik-beradik. Show all posts
Showing posts with label adik-beradik. Show all posts

Monday, October 13, 2014

Rapat

Kita boleh rapat dengan sesiapa sahaja. Rapat dengan keluarga, rapat dengan saudara-mara. Rapat juga dengan kawan. Bila dah terlampau rapat, ke mana-mana dan buat apa pun bersama-sama. Makan? Berjalan-jalan? Hobi? Pendek kata memang bersama dalam segenap hal.



Agak-agak ada berapa ekor kucing yg nyenyak tidur ni? Depa ni antara kucing kesayangan anak saudara aku. Masa tidur kalau tak berpelukan gini, tak sahlah. Depa ni adik-beradik bapak lain2. Rapat sungguh.

Perihal rapat ni tak semestinya orang sekeliling kita. Rapat dengan orang jauh juga ada terjadi. Tapi, jangan jadi macam ni pula..


Bila dah jadi macam ni, rasa tak sedap pula kan? Sedangkan kita dan org sekeliling sudah berjanji jumpa; mungkin untuk makan bersama. Tapi, dah jadi situasi seperti yang disebutkan erti pertemuan tu dah tiada.

Korang rapat dengan sapa?

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 15, 2012

Kasih Sayang Antara Adik-Beradik


     Aku pernah terbaca kat status FB seorang ustaz kalo tak silap. Kata beliau, baik rapatnya hubungan adik-beradik, adalah tanggungjawab ibu bapa. Jauh, renggang dan dengki antara adik-beradik juga terpulang kepada ibu bapa. Ibu bapa yang mendorong hubungan itu ke arah yang sihat atau 'sakit'. Memang besar tanggungjawab ibu bapa kan?
     Kalo dah namanya tanggungjawab, diabaikan tentulah berdosakan? Aku tak dapat nak bayangkan macam mana hubungan adik-beradik yang masa keciknya tuh elok ajer, tapi 'dicalar' oleh perangai buruk ibu bapa yang ada anak kesayangan kononnya. Menangkan si adik pasal adik lagi pandai/bijak/cantik dari si abang atau si kakak. Natijahnya, anak yang dipinggir itu berdendam, menghadapi tekanan perasaan dan lebih teruk lagi bertindak di luar kewarasan fikiran. Korang ingat tak kes adik tikam abang sampai mati dekat PJ dalam tahun lepas atau awal tahun neh? Puncanya bergaduh ajer. Sedih aku mendengarnya.
     Aku nak menyeru diri sendiri dan korang semer, cubalah menjadi ibu bapa yang waras kalau tidak paling sempurna pun. Dorong anak2 sayang menyayangi antara 1 sama lain dan bukan sebaliknya. Ajar anak2 kita hormat-menghormati juga dan bukan saling ejek-mengejek. Ingat, kita masih waras kan?



Comey ka, huduh ka, baik ka, nakal ka.. tetap buah hati pengarang jantung kita kan?  Pastuh, depa neh lahir 1 mak, 1 pak aja. Sama sedarah, sedaging, sepusat sepusing...ahahahah



posted from Bloggeroid