Tahun 2000, bole aku katakan tahun gelap bagi aku. Cemana aku nak citer? Hmmmm...
Last weekend, balik dari kenduri kawan sekolah aku, saja terfikir mau singgah ke umah sahabat lama. Atau aku panggey juga 'kakak yg lagi 1' pasal aku ada sorang kakak kandung ajer.
Kakak ini aku anggapkan sedemikian rupa pasal beliau sesungguhnyer berjasa kepada aku. Malahan, bukan beliau sahaja tapi anak2 beliau juga memang turut sama menolong aku di kala aku kesusahan.
Di kala saudara mara tidak lagi mengaku saudara, beliau hadir menghulur tangan. Di kala kawan2 yang lain mencebik, beliau bangkit mempertahankan aku. Pada masa itu, selain ma dan kakak kandung aku, hanya beliau yang berasa belas padaku. Tidak dapat nak dibayangkan apa yang terjadi jika beliau dan anak beliau tidak mengutip aku.....huhuhuhuhu
Puan Kamisah Ibrahim, sesungguhnyer aku terhutang budi pdmu... Hanya doa dan ingatan yg mampu kuberi supaya hidupmu senantiasa diberkatiNYA...AMIN3!!