GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Pelajar

     Hari Guru 2012 sudah berlalu. Tepat jam 12 tengah malam, 16 Mei, bertalu2 status di FB 'dihujani' ucapan2 kepada guru. Tak kira untuk guru di sekolah rendah n menengah dahulu, pensyarah dan tak kurang juga yang menjadikan ibu dan ayah sebagai guru juga. Semuanya ucapan yang baik. Tapi, korang jangan tak tahu. Ada juga ucapan yang tidak baik tapi bukan ditujukan untuk aku. Ok, biarlah rahsia. Status2 di FB itu membuatkan 'feel' hari guru tahun ini adalah yang paling meriah pada pemerhatian aku.
     Jadi, sudah cukup sudah ( baca ikut nada lagu itu ) cakap2 lagi pasal hari guru. Mungkin kita bole cakap pasal hari bapa ker aper. Hari Jururawat 12 Mei noo.. Errr, naper dihimpunkan dalam bulan Mei macam2 hari yea?
     Marilah kita gebang2 pasal pelajar plaks. Pelajar..hmmm.. mari aku tayangkan tunjukkan hadiah2 dari memurid aku. Tak banyak tapi memang cukup bermakna bagi aku. Alhamdulillah!

Mostly..food. Depa memang tau sangat kegemaran guru depa neh yea?

Lovely wish. Hadiahnya adalah minyak wangi.

Ada 1 yang menarik hati..

Dibungkus rapi...

     Masa diterima tuh, berat juga. Terfikir apa isinya. Balik2 umah, 'unwrapped' terus... ini rupanya...

Sabo2..heheheh.. nak bgtau yang pelajar lelaki yang bagi neh. Patutla gaya bungkusnya unik semacam yea?

Kek kukus coklat rupanya. Siap ada pelangi kat tengah. Terharu sgt2.. Tqvm, Syukri.

     Ok, kat umah neh pon bertambah seorang pelajar. Selain dari Imran Zamir, Abahnya merupakan individu terbaru yang memegang gelaran ini. Beliau baru memulakan kelas Diploma Kejuruteraan Elektrik/Elektronik di WIT, Pandamaran. Jangka masa adalah 2 thn 6 bulan. Means 2015, insyaallah beliau akan grad. Kelas plaks 3 kali seminggu tapi 1st week neh direct ajer 4 hari sampai 9.30 malam. Sampai umah kul 10 mlm...ok, dulu 'chance' aku. Now, kasi peluang kat beliau plaks..

Abah sedang mengemas beg untuk kelas yg pertama.

Ok, sayang.. selamat bergelumang ngan ilmu. Mama, Abang n Adik tetap disampingmu..
       

p/s: ada orang tulis pasal aku n 'umah' aku nehlaa.. mailer baca sinik

Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru 2012

Esok kena g sekolah pagi. Ada sambutan hari guru. Tapi dah kul 2 neh lom bole tito lagi.
Kat FB dah banyak ucapan utk guru. Terima kasih semuanya. Aku jawablah juga bagi pihak guru2 lain yg x sempat nak jawab tuh.
Tadi sampai umah kul 8 mlm. Pasal gigihnya aku mencari hadiah untuk guru2 Abang Imran. Hadiahnya bukan yang besar2 sampai tak muat bonet keta guru2 tuh semer. Hanya sebatang pen. Ya, sebatang pen yang aku harap dapat membantu guru2 itu semua menyelesaikan kerja2 mereka. Kalau takder apa nak bagi kat guru2nya esok, aku takot Abang Imran rasa segan plaks. Pastuh, aku nak Imran merasa keseronokan meraikan guru2nya di sekolah rendah pula. Tahun2 lepas di tadika, lain pula feelnyer kan?
Macam tahun2 lepas juga, aku guru kecil yg berbadan besar berharap kami tidak semata2nya dihempuk dengan gaji yang konon2 tinggi sahaja tapi kebajikan kami sila ambil perhatian juga. Perasaan dan rintihan kami tidak diperlekehkan hanya sebab kononnya kami dah menerima banyak ganjaran. Hakikat sebenar, yang mengalaminya sahaja yang tahu. Tak lupa juga, yang merasanya adalah ahli2 keluarga kami.


Bakat seorang guru. Tapi ini hasil tangan seorang guru lelaki di sekolah aku; bukan aku yg lukis yea?

posted from Bloggeroid