GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label macho. Show all posts
Showing posts with label macho. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

WWE Malaysia 2014

     Hiburan global datang lagi ke Malaysia. Macam sebelum ni tak pernah ada. Seingat aku, ahli gusti yang aku dah lupa namanya dilaporkan melawat sekitar Kuala Lumpur tapi pintu lrt terlalu rendah untuk dilalui. Terpaksalah dia tunduk. Aku masih lupa nama dia.

     Dulu masa sekolah rendah membawa ke menengah rendah, aku suka gaks layan tonton perlawanan gusti ni di TV1. Sebabnya arwah Ma aku suka sangat menontonnya. Macam mana tak terjangkit kan?

     Tahun 80-an, sukan gusti ni tak banyak merepek macam akhir-akhir ini. Masa dulu tak ada drama atau cabar mencabar pun. Bila dah sampai masa perlawanan, ahli gusti yang berlawan pun terus dengan aksi. Takdo nak cakap lebih dah. Tak buang masa. 

     Hulk Hogan dan Macho Man antara nama ahli gusti yang aku ingat. Hulk Hogan sebenarnya lebih macho dari Macho Man. Kenapa? Kerana HH bergusti dengan cara yang lebih bersih dan terhormat. Itu pendapat akulah.

Takdo gambar nak letak. Kita masuk gambar Menteri Belia dan Sukan kitalah ye? Malas dah nak cari. Nak zzz.. hihi

     Bermula akhir 90-an, WWF dah ditukar ke WWE pula. Masa WWF lagi 'sistem' drama dan cabar mencabar mulut ni dah mula. Dalam seminggu, ada dua kali siaran WWF. Hari mula-mula kasi cabar dulu. Siaran kedua dalam minggu tersebut barulah depa 'bergasak'

     Para pengusti akhir2 ini kebanyakannya kacak lawa. Nama pun hiburan kan? Yang kacak dan lawa mampu menambah dan menambat penonton. The Rock antara yang aku minat tapi dah lama jadi pelakon. Sekarang ni dah takdelah aku nak ingat nama depa. John Cena tau juga pasal gaya dia sempoi. Nama kawan-kawan pun macam dah lupa. Teruk kerosakan sel otak aku sekarang.. huhu

     Siapa nama ahli gusti yang korang tau/kenal?

Monday, May 3, 2010

Kini Milikku....

     Aku n hub hampir2 nak KL. Pasalnyer?? Pasal kaki kapal akulah... dari satu kedai ke satu kedai yang lain, then keluar ngan muka kelat n ketat... muka kehampaan... lepas tuh jelajah pulaks laaa kodai yang lain. Sama juga nasibku....Haiiii.... inilah nasibku...

     Last weekend, macam biasa g reronda n makan2 dkt Tesco Shah Alam (mana lagi kan?). Dok laju jer jalan dek kerana porut lapo, berkeroncong berhip-hop bagai. Tetiba....ttuuuppppp.... ternampak satu outlet neh. D.C Outlet. Dier punya nama panjang Dr. Cardin. So, rasa nak cuba nasib lagiklah... Punyolaaa nerai2 sampai dah nak dekat 1 jam, nyempatlaa juger Imran n Abahnyer g jln2 sementara menunggu. Aku plaks almost nak give-up. Tapi tak semudah itu lerrr... coz aku neh malas nak ke KL semata-mata pasal kasut/sandal tuh jeks. 

     Hmmm.... pusing2, tawaf2.... tengok2 dekat bahagian depan kedai aderlaaa design yang agak 'bole blah'. By right, sandal2 tuh diletakkan di bahagian lelaki. Tapi aku nampak design dier macam ok, taklaa nampak 'macho' sangat... ala2 'uniseks' laaaa.... So nya, by wrong, aku pon sambaulah. Bukan takat satu, alang2 membeli, aku amek dualah. Rega pon boleh tahan berpatutan; RM45.90..... Biler masa plaks mender2 Dr. Cardin muroh yer? Alhamdulillah...... so tadi g kje, aku menyarung dengan bangganya sandal itu meskipun tiada siapa yang perasan. Aku jer yang perasan lebey.....ehehehehehe.... whateverlaaa kan?


 Kalo tak tgk tapaknyer, mmglaaa nmpk sopan bebenau. heheheeh... Just ignore kusyen ketaku yang dh berkapuk and lapuk. Dah 7 tahun pon umoq dier.