GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label susu. Show all posts
Showing posts with label susu. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Segelas Susu, Semangkuk Buah

Ini merupakan makanan lewat malam aku pada hari Rabu mlm Khamis. Mungkin ini penyebabnyer sistem perkumuhan aku kurang berfungsi dengan betul. Kalo tengok menunya pon dah 'menyeleweng' dari diet Rasullullah s.a.w. Prinsip2 amalan baginda antaranya ialah tidak mencampurkan menu darat n laut. Contohnya, lauk ayam atau daging atau telur tak boleh makan dengan sotong atau udang atau ikan dalam waktu makan yang sama. Begitu juga susu. Tak boleh nak minum sama masa mkn bebuah. Dulu ada ahli parlimen sebut mender yang sama. Katanya macam mana rakyat Malaysia tak dihinggapi mcm2 penyakit kalau makan asyik bercampur ajer. Contoh yang diberi pulak adalah tomyam campur. Dah tentu2 ada udang, sotong n ayam dalam tuh kan? Aku neh cuba sedaya upaya nak ikut diet baginda tapi biasanya kejap ajer pasal melayu mudah wa sulah lupa maa.. Pastuh, aku ada baca jugaks, rumah yang mempunyai keberkatan adalah yang ada kismis, kurma, minyak zaitun n habbatus sauda serta madu di dalamnya. Tuh semua termasuk dalam menu baginda kan? Umah korang ado?

Monday, June 18, 2012

Dah Dapat..

     Hari Rabu, baru aku perasaan yang ada slip Poslaju terselit kat kotak surat lama; bukan yang baru kat pagar tuh. Tertanya2 juga apa kebender. Hari Sabtu baru sempat g amek kat Pejabat Pos Besar Shah Alam. 
     Rupa2nya 'cenderahati' dari Nestle. Aku baru menyertai 1 peraduan berkongsi kisah keibubapaan bulan lepas. Penganjurnya adalah 'Nestle Mom & Me'. Produk ini adalah sejenis susu untuk ibu mengandung dan menyusui bayi. Katanya, 500 penyertaan pertama akan menerima 'sample' susu ini...

 350g yang berharga RM19.++

     Selain itu, dapat juga 'voucher' diskaun untuk pembelian seterusnya di Giant. 



     Aku penah 'review' produk susu neh kat 'umah' aku yang lagi 1. Jemput baca kat sini.. Korang bole 'like' FB depa.

     Harap2 aderlaa rejeki bebudak neh. Tak kira dapat no baper. Terima kasih, Nestle!!