GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label tarikh cantik. Show all posts
Showing posts with label tarikh cantik. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran

     Alhamdulillah! Dah lama tak cuti di permulaan minggu kan? Kalau yang bekerja tuh, nak wat cemana. Takper kena kerja. Tak jem sangat hari ini. Agak2 bole sampai umah cepat sikit kots. Insyaallah.

     Isi rumah neh semuanya tak sihat. Batuk, selsema dan demam. Paling teruk Si Baby Iffahlah. Mula hari Jumaat lepas. Yerlaaa, dier kan ker bayi. Tak reti nak buang2 kahak jadi panasnya berterusan cuma hari ini nampak elok sikit.Aku dan Abahnya terus bagi ubat. Susu pon tak baper nak pasal tekaknya tak selesa berkahak.

     Hari ini aku sesaja nak kongsi gambo 'print screen' yang diamek dari FB aku. Naper FB aku takbley bukak now yea? Berkaitan nombor2 ajer. Kebetulan plaks...



    
     Saper lahir pada tahun2 tersebut? Takder hadiahler nak kasi. Saja tanya...hihihih.. Tahun 1999 tuh, gua baru mula bekerja pada usia 21 tahun.

     Hari neh takder ker orang2 bermurah hati nak belanja aku buffet Ramadhan? Dah boring makan juadah kat pasar Ramadhan. Berlagak nyerr!!

     Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada korang semer. Selamat bercuti kepada yang bercuti.

p/s: Hari Jumaat aku masak sesuatu. Jom tengok kat 'dapur'..

Saturday, November 12, 2011

Suka Nombor??

      Nombor. Ramai orang suka nombor. Kalo tak, cemana kedai Toto, Kuda, Da Ma Cai, Magnum dan macam2 lagi tuh bole berkembang kan?

     Nombor. Kalau nak beli kenderaan, musti mau plet nombor yg lawa2. Nombor cantik. Kasi ada 'ong' kan? Tak kesohler reganyer pat lima angka pon. Bergaya dan 'sophisticated' punyo pasal. Konon itu nombor peribadi kita ajer yg punyo. Check2 kat JPJ saper yg dah beli nombor berkenaan dan sanggup turun jumpa pihak itu walau jaraknyer 1 hari perjalanan. Sanggup yea? 1 plet kenderaan yg berharga beberapa angka dapat membeli makanan org2 miskin, gelandangan dsb, dapat membaiki rumah2 ibu tunggal yang mempunyai beberapa org anak, dapat juga membayar yuran persekolahan beberapa orang anak yatim, dapat membeli binatang korban untuk saudara seagama yang hanya 'mengenali' daging sekali setahun. Owh, itu semua tidak glamer. Tidak seperti meletakkan nombor di tempat yg hampir paling bawah tetapi kemudian dikencing kucing kurap sahaja.

     Nombor. Dah lama berkawan antara lelaki perempuan. Nak bertunang tahun depan. Errr, tunggu. Tarikh macam tak cantik. Tunggu lagi 1 tahun. Tiba masa nak nikah, eh..eh..date neh mcm tak kenalah. Tak simbolik. Nombor neh tak sesuai untuk kita lah, yang. Dah kawen. Si isteri bertanya,"Hari ini bpe haribulan?" Suami menjawab,"11.11.2011. Napernyer?" Isteri,"Cuba ingat btui2 hari aper?" (muka mula mencuka, nada suara dah tinggi). Suami,"Errr...errr (sambil urut janggut yg ala2 ader ngan takder jer tuh). Isteri,"Lupa lagi laa tuh. Dah 35 tahun pun tak ingat2. Mencik!!"(terus lari masuk bilik, kunci pintu dan hempas badan kt katil). Suami,"Allahhhh...!!!"(sambil tepuk dahi sendiri yang jendul).

     Nombor. Semalam. Kul 12 tgh mlm. Macam biasa taip entri sambil ber'FB'. 1 status masuk>>"Wah! Tarikh yg sungguh cantik...bla...bla...bla". Status kedua>>>Selamat hari 11.11.11. Beruntung sungguh si polan kawin hari neh bla..bla...bla. Begitulah sehingga 44 status yg lain or maybe ke ribu-riban yang isinyer mengenai nombor atau lebih tepat tarikh semalam. 90% 'isi' apa2 mender pon semalam berkaitan nombor.

     Nombor. Tahun lepas, 10.10.10; kalo ader korang yang masih ingat tragedi di salah 1 laluan di PLUS yang mengorbankan ramai nyawa. Kemalangan ngeri sebuah bas ekspres. Malas aku nak ulas2 lagi so korang cer gugel kasi ingat. Sebelum kemalangan tuh, semer orang pon dok sebok2 cakap pasal tarikh cantiklaaa bla...bla..bla... Maghrib tuh, kejadian ini berlaku. Nombor? Tarikh cantik?

     Nombor. 11.11.11... kemalangan bas lagi di area Behrang. Tak baper amek tau sangat. Just dengar berita di Sinar. Beberapa orang murid sekolah terkorban.
     Nombor. Topik 'Sinar Pagi' berkenaan nombor. Ader pemanggil yang menceritakan yg tarikh sekian2, dicampur, tolak sampai rebah, bahagi, kong kali kong, min, mod, median dan kemudian nombornyer adalah sama. Kebetulan?

     Ok, aku benci nombor kerana membuat kita lupa. Aku benci nombor kerana membuat kita riak. Aku benci nombor kerana kita dah takder duit lagi (or pepura takder duit) untuk beramal jariah. Aku benci nombor kecuali duit.