GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Sunday, January 29, 2012

GAGAK

     Masa dalam perjalanan nak g keja 2-3 hari neh, aku tiba2 tertarik untuk berfikir mengenai  sejenis makhluk ALLAH neh. Burung berwarna hitam. Gagak.
    Gagak; dah memang orang labelkan dengan sampah-sarap, tong sampah, bangkai, sisa makanan, kotor, busuk dan macam2 lagi. Dalam cerita2 rakyat dan dongeng, burung gagak di'ganding'kan dengan burung berwarna putih, lazimnya burung merpatilah kan?
     Dalam cerita2 rakyat itu juga, gagak mewakili sifat antagonis yang selalunya negatif. 
     Pada 1 ketika, ada beberapa PBT 'mencipta' program menjaga alam sekitar kononnya. Menembak burung gagak dan diberi ganjaran untuk setiap ekor yang berjaya dibunuh....masyaallah!
     Burung gagak juga pernah menjadi 'subjek' untuk puisi/sajak sasterawan negara, A.Samad Said iaitu 'The Dead Crow'. Sajak ini diterjemah dari Bahasa Malaysia dan menjadi 1elemen sastera untuk Bahasa Inggeris Tingkatan 2.


Terima kasih kepada pemilik asal gambar ini.

1.Jalan raya selalunya jadi 'pusara' kepada binatang2 yang cuba untuk hidup; merayau mencari makanan. Manusia yang konon cerdik, mengambil nyawa mereka tanpa belas kasihan sama ada secara sengaja atau tidak. Sesudah menjadi bangkai, hanya gagak yang datang untuk 'membersihkan' bangkai itu, bukan manusia yang selalunya menggunakan jalan tersebut. Pengotorkah gagak?

2. Apabila bilangan gagak semakin bertambah di sesuatu tempat, apa maksudnya? Bukankah pada masa itu, manusia yang juga penyumbang terbesar ke arah kekotoran itu bertanggungjawab? Bagaimana? Kurangkan membuang/membuat sampah. 'Tadbir'kan sampah anda sebaik mungkin bukan mengharap penuh kepada pekerja pembersihan.

3. Aku pernah lihat di suatu simpang; kereta Myvi di depan kereta aku; semasa lampu merah... dengan rasa tatau malu, mencampakkan tin minuman dan segala plastik makanan ke atas jalan raya. Jalan raya tuh tong sampah barangkali...

Ada beza tak manusia dengan gagak? Apa kata korang?

4 comments:

azieazah said...

Setuju dengan entri ini. Tapi jangan lupa, gagak itu juga menyebarkan sampah itu. Bukan semua dia makan. Atas sebab itu kot gagak tu kena ditembak... hmmm?

[PCL] said...

gagak pengotor sbb makan sampah, kalau xda sampah (kebersihan terkawal) mgkn gagak pun pembersih natangnya...soalnya siapa punya angkara ? aku sendiri mau ingat..

Citarasa Rinduan said...

setuju sangat2
gagak hanya suka kekotoran..
bila disamakan dengan feel manusia.. byk persamaan..
PS: ajar anak dengan simpan sampah hingga ke kawasan y ada tong sampah bila kami skluarga didalam perjalanan

KiD said...

ada tak gagak berwarna putih?? =)