GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, November 24, 2011

Sambungan Entri 'Khabar Sedih Lagi'

     Ramai kawan tertanya2 sebab pemergian allahyarhamah Rozi Hartini bt. Abd. Aziz. Siapa arwah? Bole rujuk di entri ini... 



     Hari ini, nama aku di'tag' di FB kat 'perbualan' melalui sms antara Doktor Maziah dan arwah pada malam sebelum beliau meninggalkan kita.

 
Kalo rajin nak baca komen bolelaaa ke sinun plaks...

     Sebelum neh memang aku dengar2 khabar yang punca kematian adalah uterus yg pecah. Dok sembang2 ngan kwn kt skola, katanyer kalo dah operate pd kelahiran lepas memang berkemungkinan tinggi mender neh bole jadi. Wallahuaklam... tapi, itu semua hanya penyebab sahaja kan? Realiti tetap realiti iaitu dah memang ajal arwah. Tapi, kawan yg sama gaks cakap kakak kawan beliau pon meninggal dengan sebab yg sama. Dan yang paling mengejutkan, di hospital yang sama!! Surely korang nak tau sgt hospital mana kan? Erhhhh... kang orang kata aku fitnah n cakap tanpa bukti plaks....huhuuhhuu...cemana neh? Kebetulan? Kecuaian??...huhuhuh
Hanya ALLAH yang MAHA tahu....

     Apapun, marilah sedekah lagi byk2 AL-FATIHAH dan Surah Yasin kat arwah kawan aku tuh dan semer muslimin muslimat yang telah pergi....;-((

6 comments:

rasp said...

al-fatihah....

Much Melo said...

takziah atas kehilangan... alfatihah untuk arwah

Kakcik Seroja said...

Semoga rohnya aman dan tenteram di sana. AL Fatihah.

pB said...

Salam perkenalan



Alfatihah


semoga rohnya aman di sana

Bonda Humaira & Uzair said...

Assalamualaikum, salam kenal dari saya...

Insyaallah arwah mendapat husnul khatimah dan ganjaran yg besar dariNya. Saya mendapat berita ni pada tghari 11/11/2011 dari suami saya yg merupakan ex-mrsm suami arwah. berita tersebut mmg memberi kesayuan kpd saya shgga ke hari ini, mgkin kerana saya juga baru melalui sebuah pglmn yang menakutkan pada 8/11/2011 di HTAR Klang. Namun, Allah memberi saya peluang kedua utk bersama suami dan anak2.

Betul, semua yg berlaku sudah ketentuan Allah. Cuma, saya ada sedikit maklumat hasil pencarian saya. Tapi, saya tak pasti keadaan dan cerita sebenar. Maaf kalau saya silap dalam menyampaikan maklumat.
Saya ada terbaca, uterus boleh pecah ketika proses 'kelahiran cetusan', yg mana ibu yg ada history caesar lebih berisiko tinggi.
"Terdapat juga risiko kecil jika drip Syntocinon digunakan untuk mencetus atau memajukan kelahiran, iaitu, uterus anda mungkin dirangsang secara keterlaluan. Ini boleh menjadi serius sebab ia mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi anda dan jika tidak bernasib baik, uterus anda akan pecah (terkoyak). Ini akan berlaku bagi ibu yang pernah melalui caesarean dan kelahiran ini dikenali sebagai ‘trial of labour’ di mana terdapat tanda tanya sama ada kepala bayi boleh melepasi lingkaran pelvis."
Mgkin awak boleh baca disini : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/cetusan/.

Untuk kita yg hidup, mudah2an kisah arwah Rozi menginsafkan kita, di mna, Allah itu memang Maha Pengasih lg Maha Penyayang...
Al Fatihah utk Rozi Hartini Abd Aziz.

Wallahualam..

Anonymous said...

Salam semua...saya ingin mengucapkan terimakasih kepada semua yg sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik saya..hanya Allah yg akan membalasnya...

Tolong doakan agar anak2 serta suami beliau diberi kekuatan utk teruskan hidup tanpa beliau disisi...