GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Saturday, November 12, 2011

Khabar Sedih Lagi...

     Pukul 8 pagi semalam. 'On'kan nombor Maxis. Macam nak pengsan baca sms ini,' Kawan kita Rozi Hartini dan anak yang dilahirkan, Nurul Iman telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3 pagi tadi...' Hati sebu, menjerit dan tatau nak wat aper. Tidur hanya 4 jam. Bercadang nak sambung balik lepas tuh tapi tak dapat nak lelap2.

     Sementelah arwah juga tinggal di Shah Alam dan aku baru sahaja beraya ke sana (umah kwn yg lain), aku berkira2 untuk berziarah. Sambil bersiap2, 'on' FB utk updet ngan latest info dari kawan2 yg lain. Plan disusun untuk bergerak bersama. Hati berasa sayu tapi belum jatuh terburai air mata. Masih 'kuat'.

     Arwah neh teman sekolah rendah aku. Kemudian sambung ke sekolah menengah. Masa kat sekolah rendah, 3 tahun kitorang 1 kelas. Masa Tahun 6, kitorang turun kelas kedua iaitu 6 Kuning. Masa di sekolah menengah, aku masuk kelas biasa. Arwah plaks masuk kelas Arab. Lepas aku masuk sekolah vokay, terus terputus hubungan beberapa tahun then jumpa balik masa reunion tahun 1996; sebelum kitorang melanjutkan 'tertiary education' di institusi pilihan masing-masing.

Tahun 4 Putih (1988). Masa memula kitorang sekelas. Tapi aku tak pasan mana 1 arwah. Resolusi rendah weh. Gambo lamo benau.

     Dok belek2 n godek2 gegambo lama kat FB tadik, baru pasan yang banyak gaks gegambo kitorang bersama. Dan 1 lagi persamaan yg nyata, kitorang suker ber'gather2' dan ber'reunion'....Subhanallah!!

 Tahun 1990, Tahun 6 Kuning. Baru terperasan yang arwah jadi penolong.

Pantai Dalam Rhu, Semerak, Pasir Puteh, Klate. Tahun 1996. The biggest boy in the photo juga telah 'pulang' menemui Yang Esa. Arwah Haji Asmady Zakaria. Al-fatihah..

     Lepas beberapa belas tahun, Doktor Maziah n Fahimi, mengambil inisiatif menganjurkan perjumpaan semula. Dalam kalangan kitorang neh, memang Dr. Maziah macam 'yellow pages' kitorang. Sebut sajer saper, surely beliau musti ader no teponnyer. Masa biler dier g CSI pon aku tatau. Then, dier bole ingat 1-1 details pasal setiap orang. Hokeh, pasal tuh dier dokter..cik dokter yer, tuan puan...hihihihi.. Tapi masa 'geder2' kat Dalam Rhu, arwah tak dapat hadir. Aku tak terpikir plaks nak tnya. 

     Pastuh, ader plaks 'geder2' kat Shah Alam plaks. Tapi masa neh arwah tak sempat nak enterprame dlm kamera aku tp jadik kemerelady plaks. Dan juga jadik background....

Masa neh arwah bz nk g umah macik dier plaks. Kalo rajin, mohler baca yg kitorang dok gebang2 dalam album neh

     Seingat aku, ini pertemuan terakhir kitorang di alam nyata. Yang lelain dok sms sket2 then berFB lah. 

Komunikasi terakhir aku dengan arwah.

     Ini plaks gambar pregnant arwah yang aku sempat tengok di FB ajer..


     Kalo korang tengok pics arwah, mmg kebyknnyer masa ber'gather'2 ngan kengkawan n sedara-mara ajer. Bukti memang arwah suka bersilaturrahim.

     Takder mender lagi aku nak cakap. Nini, kau dijemput lebih awal olehNYA. Nanti kami pula yang menyusul. Tinggi sungguh darjatmu diangkat Maha Agung. Hanya Al-Fatihah dan Surah Yasin yang mampu aku hadiahkan.... Al-Fatihah....

kredit gambar utk. Dr. Ma, Yuzi Karmila dan semua keluarga dan sahabat2 arwah...




    



20 comments:

Kakzakie said...

Ya Allah Ayu... sugguh kalau benar dia adalah Muslimah yg amat beruntung kerana pergi kerana utk melahirkan baby. Syahid utknya...

Al-fatihah...

al-lavendari said...

Innalillah .. kita semua akan menurut jejaknya tanpa kecuali.

Terasa diri ini bertuah kerana Allah masih mengizinkan menghirup udaraNya.

Al-Fatihah.

luahfikiran said...

SALAM,
KEPADA NYA, KITA KEMBALI ! ALLAH LEBIH MENYAYANGI ! WALAUPUN TAK MENGENALI, TAPI LF SEDEKAHKAN AL FATIHAH UTK NYA. MENDOAKAN DITEMPATKAN ROHNYA DI KALANGAN ORANG2 BERIMAN

kasihibu said...

al fatihah
semoga di tempatkan di kalangan orang orang yang di rahmati oleh Nya..

rasp said...

Al-Fatihah....

Cik Sue said...

Assalam Ayu...
Takziah utk keluarga arwah..Apa yang pasti setiap kita akan melaluinya..semoga rohnya ditempatkan kedalam golongan org2 yg beriman...amin

ainnoraini said...

Alfatiah...
Sedihnye bile bace ni...semoga allah permudahkan segala urusan aruah disane nnt...

kakcik said...

Semoga rohnya bersemadi dengan aman.

mamaNoriz said...

ya allah sedihnya..
dah ketentuan ilahi..

mesti meruntun hari keluarga dia sbb sekali 2 pegi kan...
sedihnyaaa....

semoga beliau tenang di sana...
mati syahid kan...alfatihah

TopsyTurvyMum said...

Salam kenal Ayu,
Allah lebih menyayanginya.
Saya kawan serumah dan sama course dengan arwah masa kat Uni.
Memang sebak dan berjurai airmata bila terima berita arwah nini dah takde. Syukur kerana pengakhiran arwah begitu baik sekali, meninggal ketika bersalin di pagi Jumaat yang mulia.
Thanks to Allah sebab pinjamkan kita seorang sahabat yang baik seperti arwah Nini.
SEmoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan para solihin, amin.

AzeedA said...

al Fatihah..
slm takziah buat keluarga arwah..

ummi_khalish said...

Innalillah....semoga roh Allahyarhamah dan bidadari syurga tenang di sana..ayu,tanya boleh?dia sakit ape ye?

Ros said...

Salam,

Al-fatihah buat arwah,dan takziah buat keluarganya...ini masa dia,masa kita tak tau lagi macammana..allahhuakbar.

azieazah said...

Alfatihah.

Tumpang simpati.

Mr. Z dan Mis N said...

Semoga dia tabah menerima dugaan itu


Saya dah follow blog anda.nice3...Jemputan khas singgah ke blog chegu zubirBLOG CHEGU ZUBIR

MAXIS HOME FREE SAPE MAU???

Jom cashout duit korang dengan

PRASEKOLAH FREE UNTUK ANAK ANDA

kak ina kl said...

al fatihah buat arwah..salam takziah buat keluarga beliau dan semuga di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman

Acik Erna said...

Assalam ayu..alfatihah..buat kawan ayu dan takziah buat keluarganya.

@cu SaYaNg said...

Al fatihah untuk arwah
semoga di tempatkan di kalangan orang beriman insyaAllah

Anaa said...

Semoga roh aruah kawan awak ditempatkan bersama dengan orang2 yang soleh..

terbayang anak2 nya, kecil2 dah takde ibu.. terbayang2 anak sendiri.. sedih..

haslina said...

al fatihah juga untuk arwah.
mmg kebetulan ada baca permergian arwah di FB.
kebtulan my pren kawan dia juga.
mmg sedih kan.

apa yang baca di situ ialah arwah dan baby pergi semasa proses bersalin (kalau tidak silaplah)