Dek kerana terlalu gembira dan terharu pasal tahun neh hari jadi aku bersekali dgn raya haji sampai aku tatau aper plaks mau taip. Sedari pagi dok bukak 'interface' neh, sampai petang tatau nak reka ayat cemana....uhuuhuhuh
Tapi yang pasti aku happy pasal...:-
1. Cik Abe aku siap kira2 duit tabung syiling kitorang untuk beli kek. Terharu ado, sedey pom ado. Momen ini akan ku kenang apabila tiba masanyer nanti.
2. Dengan adanyer Facebook, aku mendapat ucapan yg melimpah ruah; bukan sahaja dari kawan2 tetapi juga bekas murid2, kawan2 yang dok beribu batu jauhnyer, kawan2 skolah dulu, kawan2 maktab, kawan2 se'UITM', kawan2 bloggers, isteri n suami kwn2, sedara-mara bla..bla..bla...Tengkiu, Dik Mark!!
3. Paling besh, dapat ucapan dari artis, kartunis, lagenda bola sepak n juga personaliti belakang tabir tv... maybe bagi orang lain nampak tak pelik tapi bagi aku, ianyer sesuatu yg istimewa....
Korang ingat iklan raya Petronas yang bapaknyer asik tanya,"Burung apa?" byk2 kali tuh? Tgk 'nama' brader neh kt FB pon ado namo burung itu. Macam tak glemer tapi beliau neh dah banyak berlakon drama tv. Filem aku tak pasti tapi rajin gaks dok melayan komen2 FB kwn2 n fans beliau. Isteri beliau pon ramah d FB.
Peronah baca majalah Ujang? Salah seorang kartunis tergelemer pada tahun 90-an. Jaman akuh tuh, bebs.
Lagenda bola sepak kita. Team mate Arwah Mokhtar Dahari. Rasanyer tak perlu diperkenalkan lagik pasal ada 2 orang ajer Zainal Abidin yg glemer kat negara kita neh kan? Kalo aku tertinggal, tolong aku hapdetkan. Dengarnya sangat friendly dengan peminat2 beliau. Silalah terjah ke Restoran Lagenda 17 kepunyaan beliau d Seksyen 13, Shah Alam. Aku pon belum wat lawatan 'sosial' lagik neh. Penah kuar kat JJCM bulan lepas. Abg. Zainal juga sangat 'approachable' d FB.
Kak Noriah neh penerbit kebanyakan rancangan dan program d RTM. Rajin juga menghapdet d wall beliau terutama mengenai rancangan yg diterbitkan. Tak sangka kak Noriah tinggal/berasal dr Port Klang.
4. Pada usia 33 tahun ini, Allah mengurniakan aku seorang lagi cahayamata; yang ditunggu2 sejak sekian lama. Seorang puteri yang tembam, sihat, comey dan bulat... alhamdulillahhh!!
Paling aku syukuri, mempunyai keluarga yang aku ada sekarang. Tiada apa lagi yang nak aku tukarkan. Tiada yang nak aku galang gantikan. YA ALLAH, jgnlah KAU jadikan aku hambaMU yang kufur nikmat....amin3!!
6 comments:
pcl pon nk ucap hepi besday gak...w'pon tak seglamer depa...slm aidil adha semoga ukhuwah sentiasa terjalin sesama blogers.
Assalam..salam aidiladha dan selamat hari ulang tahun.
acik tak dapat masuk blog cik gu guna chrome..ada malware..dah cuba banyak kali tak dapat..
happy birthday sis..wah..glamer eh u sis..ramai org fofular dlm list FB...hehehe..
Hepi bilated besdei Ayu. Kakcik dah terlepas monorel la... :(
Apa2pun kakcik doakan Ayu tetap sihat sejahtera dan sentiasa gembira di samping keluarga tercinta. :)
Hepi belated birthday sis...
and selamat menyambut aidiladha...
terlewat gitu.
anyway HAPPY BELATED BIRTHDAY DEAR.
semoga sihat dan gembira selalu.
sungguh glamer dear di FB ek.
huhuhu.
Post a Comment