Selepas sesi muzakarah santai di umah Dato' LF, jam sudah menunjuk ke angka 6 ptg. Sempat lagi kots ke umah abang aku plaks. Dah alang2 ke Bangi, mmg tidak sah kalo tak menyinggah ke umah abang aku yg seorang ini. Tapi, biasanyer kalo ke Bangi, mmg tujuannyer ke umah beliau. Alhamdulillah! Beliau ada d umah selepas pergi ke kenduri d Keramat. Gedebuk gedebak, makan minum sebyk 2 kali, lepas Maghrib lebih kurang, bertolak balik. Sampai umah kul 9.30 mlm. Gedebuk gedebak, mandi, solat... kul 11 udah kroh..kroh... fenat weh even x drive.
***
Terjaga. Tengok jam; masih awal. Kul 12.00 tgh mlm. Hub aku dok kelam kabut g mari. "Mak tipun. Opah dah meninggal.." Innalillahiwainnailaihiroji'uun..tokojut mendengar berita itu. Rasanyer takder plaks Mak citer Opah sakit yang berat2 akhir2 ini. Yang aku tau, memang Opah dah lama tak bole berjalan dan ada mild stroke pd bahagian kanan badan. Tangan arwah belah kanan memang dah takbley gerak. Since aku nikah ngan Hub, mmg itulah keadaan arwah Opah sehingga kali terakhir kitorang jumpa. Dah lama tuh. Tahun lepas kots.
Hub aku kemas2. Nak balik ke Kg. SC, Redang Punggor, Teluk Intan. Maybe bwk Mak n Abah. Aku n anak2 tak ikut atas beberapa faktor. Lagipon, x selesa juga bawak Ma aku.
***
Arwah Opah yang kukenali.... Memang suka bersembang. Tiap kali balik kampung ader saja topik untuk dibualkan. Ada jugaks Atuk dan arwah Opah datang ke umah PIL masa kenduri abg ipar aku. Ada gaks g umah pakcik aku even umah pakcik aku tuh kt tingkat yg agak tinggi. Apa lagik eks? Alahai, macam tak kenal sangat yea?...hhuhuuuhu...
Mengikut cerita Hub aku, arwah Opah adalah seorang yang bekerja kuat semasa zaman mudanya. Terlampau kuat bekerja sehingga apabila sakit terus tak bole nak masak pun. Takder rejeki aku nak merasa air tgn arwah Opah pasal dah agak lama arwah sakit macam tuh. Menurut pakcik aku, memang arwah Opah kalo masak mmg power. Mmgler pasal air tangan ibu kan? Macam2 keja yg Opah buat dulu. Maklumler, orang merantau. Asal ada keje, buat ajer. Atuk pon sama. So depa neh laki bini mmg byk berganding bahu cari rejeki untuk kuarger. Anak plaks ramei; 9 orang. MIL aku anak kedua n mmg jadi kesayangan arwah Opah. Pasal beliau ikut perangai Opah, cepat buat kje n rajin plaks tuh. Gluppppp.... sungguh beza ngan akuh.....hahhahahah
Now aku dok terbayang cemana Atuk nak meneruskan idupnyer. Pasal depa neh mmg pasangan romantik dan rapat sangat2. Biasanyer pasangan orang2 kita yg veteran dah tak baper nak rapat kan? Dolu2, kadang2 aku tengok Atuk picit2 dan gosok2 arwah Opah. Bersenda gurau. Atuk tak pernah tinggikan suara bila cakap ngan arwah Opah. Setiap hari, Atuk setia masak utk Opah even beliau sendiri pon ader semput. Teringat aku, masa depa mai umah PIL utk kenduri abang ipar tuh, kitorang ngintai kat bilik depa, mmg pintu tak tutup. Tengok2, betapa comeynyer depa tito; saling menghadap antara 1 sama lain. Before tutup mata, Atuk nampak Opah; Opah nampak Atuk. Esoknyer, bukak mata, Opah nampak Atuk; Atuk nampak Opah. Terasa bahagia hidup bila ada orang tersayang di sisi. Tapi, pagi esok, Opah dah takder lagi depan Atuk....ohkeyy, air mata bergenang....
Tadi aku tnya Hub, Atuk nangis ker tak. Hub ckp dah nak kering air mata Atuk. Ohkeyyy.... nak nangis lagik... Mak ader kat kampung seminggu. Ahad depan Hub janji nak amek Mak. Ohkeyy, bole bawa Ma aku jln2 balik kampung belah Hub aku plaks. Hopefully Atuk ok sket pasal anak kesayangan beliau ada temankan. MIL aku takbley dok lelama kat kg pasal FIL aku pon tak baper nak cihat. Sakit2 orang tua gituh kan? Mehler aku tempek gegambau arwah Opah yang sempat aku snap tahun lepas. Nasib baek terpikir nak bwk balik kamera....
Korang leh tau mana 1 Opah kan? Ngah beborak masa baru sampai.
Macam biasa sesi cerita cerutu. Dah lamo x jumpo kan?
Al-fatihah untuk arwah Opah.....
7 comments:
al-fatihah
takziah kak
al-fatihah untuk opah
Semoga roh nenda tenang di sisi Maha Pencipta. Al Fatihah.
Al fatihah untuk opah.
AlFatihah.
Salam takziah dari kami...Alfatihah.
takziah. Al-Fatihah...
Post a Comment