3 minggu selepas preview, citer nan satu ini sudah keluar kat panggung.
Sampailah masanya aku nak menunaikan janjiku untuk membawa suami dan anak2ku plaks menonton filem ini. Sinopsis? Korang g gugle ah kat blog/site lain....bole gitu? keh3....
My personal review? Bagi aku, citer neh diakui ada banyak 'benda'... antara benda2nya adalah...
1.Banyak 'literary element' dimasukkan seperti metafora, simbol dan mesej. Ton dan mood plaks ada gembira, beremosi, sedih dan sayu. Isu-isu semasa, permasalahan/dilemma remaja, hubungan kekeluargaan, perasaan cinta yang tak kesampaian, salah faham dan kenaifan turut diselitkan.
2. Sarat juga dengan 'punch line' yang menggelikan usus. Boleh dikatakan 80% 'keadaan' kitorang dok gelak ajer. Tapi, ada juga lawak 'dable meaning' yang aku harap anak aku tak tanya bila kitorang g tgk nanti...*-* sigh!
3. Pemilihan pelakon? Tiz Zaqyah memang memberikan lakonan yang agak berkesan tapi memang takleh nak lawan lakonan Mak Udalah.. she's so natural yet still vogue.. Victoria Secret....ahahahahha.. Tapi, agak kecewa ngan lakonan Bob AF yang kaku. Aku lebih suka tengok lakonan beliau dalam Tipah Vaa Vaa Voom.. harap Bob boleh mantapkan lagi lakonan beliau pada masa depan. Watak Fizz Fairuz pon bole tahan ngan imej nampak baik tapi dalam hati ALLAH ajer yang tau. Mamat 'Harrier' putih yang suka lagu dangdut memang kelakao abeh. Watak2 lain yang memang meninggalkan kesan adalah Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak dan Munir. Sayangnya, dialog Munir agak terhad... masyarakat majmuk sungguh...hihihiih
4. Aku juga sangat suka permulaan dan pengakhiran citer ini. Memang 'clean wrap'. Bermaksud, babak pertama bermula di situ dan berakhir di tempat yang sama gaks. Kiranya dapat mewujudkan rasa puas hati dalam kalangan penonton gitu. Bolehlaa nak kata yang kelemahan kecil2an tuh ditutup dengan kemas oleh Nizam Zakaria.
5. Menarik juga apabila Norman menerangkan sebab tajuk 'Cinta Kura-Kura' ini dipilih. Sebab, ianya adalah kisah tauladan/cerita kanak2 yang sungguh popular semasa kecil iaitu 'Sang Arnab dan Kura2'. Pengajaran dari cerita tersebut memang sudah dimaklumi oleh kebanyakan khalayak. Justeru, filem ini digarap dengan lebih halus dan teliti untuk menyampaikan mesej yang banyak dilupai oleh kita pada masa sekarang. Apakah mesej yang utama itu? Mungkin korang boleh hayati lirik 'Aishiteru'.
Jadi... moh kiter... opsss! Masa sesi bertemu media selepas preview itu, aku dah memberi rating 4.5/5 kepada CKK ini... korang plaks?
5 comments:
kalau tak ada 'double meaning' dalam dialog tu, tak sah citer gamaknya, kan Ayu?
Assalamualaikum Ayu
lama atuk tak kemari....
kalau cerita lawak2 suka tenguk
best ek...
nak kena tonton gak nie
saya masih belum boleh memujuk diri ini untuk keluarkan duit menonton filem Melayu di panggung. Cerita melayu terakhir saya tonton di panggung ialah cerita M.Nasir jadi Hang Tuah..~haha
rajin ko ayu gi nengok wayang.. aku tak leh la. kalo nak bawak bededai2 gi tengok wayang, alamatnya aku ngan anak2 buat wayang sendirik.. heheh..
Post a Comment