GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts
Showing posts with label Tiz Zaqyah. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Nak Menonton Cinta Kura-kura Lagik

     3 minggu selepas preview, citer nan satu ini sudah keluar kat panggung.

 
     Sampailah masanya aku nak menunaikan janjiku untuk membawa suami dan anak2ku plaks menonton filem ini. Sinopsis? Korang g gugle ah kat blog/site lain....bole gitu? keh3....

     My personal review? Bagi aku, citer neh diakui ada banyak 'benda'... antara benda2nya adalah...

1.Banyak 'literary element' dimasukkan seperti metafora, simbol dan mesej. Ton dan mood plaks ada gembira, beremosi, sedih dan sayu. Isu-isu semasa, permasalahan/dilemma remaja, hubungan kekeluargaan, perasaan cinta yang tak kesampaian, salah faham dan kenaifan turut diselitkan.

2. Sarat juga dengan 'punch line' yang menggelikan usus. Boleh dikatakan 80% 'keadaan' kitorang dok gelak ajer. Tapi, ada juga lawak 'dable meaning' yang aku harap anak aku tak tanya bila kitorang g tgk nanti...*-* sigh!

3. Pemilihan pelakon? Tiz Zaqyah memang memberikan lakonan yang agak berkesan tapi memang takleh nak lawan lakonan Mak Udalah.. she's so natural yet still vogue.. Victoria Secret....ahahahahha.. Tapi, agak kecewa ngan lakonan Bob AF yang kaku. Aku lebih suka tengok lakonan beliau dalam Tipah Vaa Vaa Voom.. harap Bob boleh mantapkan lagi lakonan beliau pada masa depan. Watak Fizz Fairuz pon bole tahan ngan imej nampak baik tapi dalam hati ALLAH ajer yang tau. Mamat 'Harrier' putih yang suka lagu dangdut memang kelakao abeh. Watak2 lain yang memang meninggalkan kesan adalah Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak dan Munir. Sayangnya, dialog Munir agak terhad... masyarakat majmuk sungguh...hihihiih

4. Aku juga sangat suka permulaan dan pengakhiran citer ini. Memang 'clean wrap'. Bermaksud, babak pertama bermula di situ dan berakhir di tempat yang sama gaks. Kiranya dapat mewujudkan rasa puas hati dalam kalangan penonton gitu. Bolehlaa nak kata yang kelemahan kecil2an tuh ditutup dengan kemas oleh Nizam Zakaria.

5. Menarik juga apabila Norman menerangkan sebab tajuk 'Cinta Kura-Kura' ini dipilih. Sebab, ianya adalah kisah tauladan/cerita kanak2 yang sungguh popular semasa kecil iaitu 'Sang Arnab dan Kura2'. Pengajaran dari cerita tersebut memang sudah dimaklumi oleh kebanyakan khalayak. Justeru, filem ini digarap dengan lebih halus dan teliti untuk menyampaikan mesej yang banyak dilupai oleh kita pada masa sekarang. Apakah mesej yang utama itu? Mungkin korang boleh hayati lirik 'Aishiteru'.

Jadi... moh kiter... opsss! Masa sesi bertemu media selepas preview itu, aku dah memberi rating 4.5/5 kepada CKK ini... korang plaks?
 

Monday, June 21, 2010

Antara Fasha Sandha, Tiq Zaqyah dan Jejai

     Tengok muka depan 'Harian Metro' hari neh.....hmmmm... rasa geram jeks. Antara headlines dier pasal 2 org artis 'pucuk muda dan hijau' neh dan seorang yang bole dianggap big shot jugerler... Bagi aku, rugi jeks muka depan paper tuh taruk psl 'perebutan' jantan. Siap 'shout2' kt Twitter lagik tuh. Aku rasa banyak lagi isu2 yang membina bangsa kat Malaysia neh yang boleh diletakkan sebagai salah satu headline kt paper. Tapi, bila fikir2 balik pulaks, nak pelik apa kan? Paper pon mengejar 'trafik' gaks bukan aku jer kan? Jadinyer diletakkanlah kisah2 'jamban' yang orang2 kita memang nak baca, (termasuk aku?? soryy..aku 'skim and scan' ajer yer coz nak tau aper sebab musababnyer kisah tuh kuar kat depan paper). Bukan aper, kalo aku baca merugikan masa aku jer. Baik aku apdet belog, kots2 'keywords' neh leh tinggikan trafik aku lagik...ehehekehehehehehek...

     Jejai?? Hmmmm... sorrylah pd 'peminat2' dia, tapi tgk ker panggilan 'manja' tuh teringat plaks kt anak buah aku yg pakai nickname sama. Yang bezanya anak buah aku tuh baru 5 tahun, idung x penah kering, asik berair jeks, x der gelaran tun ker, tuan muder ker kat depan dan x drive BMW or Merz ker haper, hanya jalan kaki jeks. Kalo anak buah aku tuh macam si Jejai yg depa berdua tuh dok rebut2kan aku rasa faktor usia bukanlah penghalang. Depa main rembat ajer.

     Hmmmm... dah tentu2 Jejai tuh dudo, Fasha Sandha (saper eks??) tuh anok daro, Tiq Zaqyah pon samo. Apo salahnyo nikah... Sekali jalan 2, aper nak pelik kan? Jejai tuh berkemampuan lahir batin dan Fasha n Tiqz plaks masing2 dpt madu; payung mas lagi yuuuuu.....

     Errrr...alamak!! Kalo payung emas dapat kat bini tua@1 kan? Saper eks yg nak jadi nombor 1? Ish2.... kener shout kt Twitter lagiklaaa gamaknyer.... laman sosial jadi laman berbalah..... ado kor??