Menyaksikan ini di TV2....
Kali ini, ianya berkenaan penternakan tiram mutiara di Sabah. Seorang usahawan berdepan pelbagai cabaran dalam menjayakan projeknya ini. Menurut beliau, mutiara Malaysia adalah lebih mahal dari mutiara Jepun kerana ia lebih tebal.
Melihat bentuk luarannya yang bersaiz sebiji pinggan, rata dan mempunyai permukaan kasar, siapa sangka hasil yang dikeluarkan sangat bernilai.
Tiram akan melekat kepada apa2 bingkai besi yang disediakan. Dari sekecil kuman hingga membesar dan sedia untuk 'dituai'.
Proses 'membenarkan' tiram2 ini mengawan, memindah benih ke tangki, membuat bingkai dan 'membenarkan' pula anak2 tiram ini melekat pada bingkai sangat rumit dan menarik perhatianku. Patutlah mutiara sangat mahal, prosesnya memerlukan perhatian teliti dan melibatkan tenaga kerja yang ramai dan mahir juga.
Begitulah juga manusia. Fizikalnya mungkin tidak menyenang mata yang melihat. Mungkin terasa menyampah juga. Tetapi, 'isi' dalamannya mungkin tidak seperti 'kulit'nya. Hasil yang dikeluarkan juga mungkin tidak 'sehodoh' yang kelihatan. Begitupun, kecantikan luaran jua yang disanjung tinggi.
Kecantikan alam yang mendamaikan. Subhanallah!!
6 comments:
menariknya...
ayu ketinggalan menonton...
subhanallah, memang unik kejadian tiram...
thanks bkongsi kak ayu
Manusia lebih senang menilai dengan mata...
kat ulu tiram.. banyak tiram tak? hehe
hodoh tp berharga...
beauty lies in the eyes of the beholder..:)
Lovely blog you haave
Post a Comment