GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

'Takdir' dan Kemanusiaan.

     Setiap hari Rabu malam Khamis, jam 8.30-9.30 malam, aku dan Imran suka menonton 'Ghost Adventure' di TV7. Dah habis rancangan tuh, dah macam takder citer besh dah. Hindi kat TV2 pon macam tak baper nak masyuk pasal pelakonnya wa tarak kenal.
     Tetiba Imran seakan menjerit,"Takhdir, Mama...Takhdir". 
     Tokojut den. Dahlaa lepas tengok citer antu kan? Hahahahah.. Baru teringat yang rancangan 'Bersamamu' dah diganti dengan rancangan baru iaitu 'Takdir'. Imran teringat 'gezet' yang ditayang banyak2 kali sebelum neh.
     Rancangan neh memang menarik. Memaparkan kisah benar yang terjadi di sekeliling kita. Kisah hidup dan mati yang telah ditentukan Allah. Kisah yang membawa keinsafan dan menyentuh emosi sungguh. Sungguh2 tau.
     Malam tadi, kisah mengenai seorang insan berhati emas penyelamat haiwan. Beliau adalah Mohd. Hairey Yahya atau nama gelaran yg digunakan, Papa Hero. Hero adalah nama seekor kucing yang pernah diselamatkan beliau. Aku rasa korang tentu pernah bercucuran air mata menyaksikan video di Youtube yang memaparkan bagaimana Hero, telah pulih dari cedera teruk akibat dipotong kedua2 kaki depannya meneruskan hidup dengan bersusah payah sekali. Ia terpaksa melompat seperti kanggaroo untuk bergerak. Kalau tak silap, kejadian tuh berlaku dalam 2005 atau 2008. Korang cekidaut baliklah yea?
     Papa Hero neh seorang blogger juga. Cer tangok kat sini. Dekat sana, beliau curahkan segala pengalaman dan rasa bersama kucing2 yg telah diselamatkan dan menjadi kesayangan beliau kini. Aku pon baru nak baca. Nak add fb beliau dan page 'kakimotong' pon bole kat sana.
     'Kitten' generasi ketiga dari seekor ibu kucing; anak2 buah aku punya di kampung. Depa dok cium 'bebudak' kucing neh semer macam cium Adik Iffah.

     Bukan senang nak jadi peminat/penyelamat haiwan. Pertama, kena suka dan sayangkan haiwan tuh dulu. Kedua, kena luangkan masa kalaupun tidak kos. Ataupun, setidak2nya.. jangan menjadi penyeksa binatang seperti pemilik Petknode. Kalau tak suka haiwan, jangan dok dekat depa. Kang tak pasal2 kita 'terdera' depa plaks... dosa pon dapat...huhuhuhu. Kalau membela plaks, jangan lupa kasi makan secukupnya dan layanlah depa sebaik2nya. Dapat pahala kan? Err.. kucing juga adalah binatang kesayangan Rasullullah. Ramai yang dah tau.

     Tetiba, teringat plaks berita tadi. Seorang wanita (warga emas kots) terbaring di atas jalan berhampiran rumahnya setelah diragut. Menerusi cctv, 11 orang yang melalui jalan yang sama, tidak mempedulikan wanita tersebut yang bertarung dengan maut. Akhirnya, dia mati di hospital. Dulu terjadi kat China, kita kutuk. Now, dah jadi kat negara kita plaks. Apa beza kita dan depa, kalau kemanusiaan telah hilang....
     

Monday, October 11, 2010

Wedding of The Year 2010

Detik2 yang ramai orang dok tunggu dah solosai. Aku pon termasuk dalam kategori 'penunggu2' itu. Macam aku plaks yang nk kawen. Tgk pon dah excited. Konsep perkahwinan kayangan. Fuhh!!! Memang berangan laa ko nak dpt weh. Aku punyo wedding dlu? X yah citer nnti sakit hati....huhuhuhuuh...

     Hokeh, jom tgk gegambo yg aku sempat snap masa mejelis tuh on air kt tv3 tadikk...

Hokeh, seber blogspot suda buat hal lagik. Dok merelip2 mcm mata org giler so b4 aku dok sumpah seranah lagik, baik aku postpone duluh masuk gambo neh.

     Gilang gemilang sungguh mejelis itu. Tp, dalam dok kilau kemilau tuh, aku nak jadik org jahat japs. Biasa ah org kita kan? Umah siap, pahat dok bunyik2 lagik.... Mender2 yg x bole blah masa resepsi DDSMS n DDH adalahhhhh.... ttuuukkk ceennggg....

1. Katanyer pengantin masuk diiringi selawat. Sejukler ati mendengor. Tapi, x sempat nk sejuk sgt pon, psl selawat tuh bunyinyer mcm menyanyi plaks. Ngan lenggok gaya penuh menggoda. Paling besh, suara mengalunkan 'selawat' tuh plaks wanita. Yang hadir plaks orang2 luar kan? A very 'good' portray of negara Islam.
 
2. Pemilihan pengacara majlis iaitu Dato' Dell mmglah sgt bertepatan (even dier ter'pause' lama sket, maybe ader last min change yg mengelirukan beliau... biasalah...manusia kan?) tapi tang pengacara wanita utk live TV3 tuh mmglah..... sgt.... sengal!! Aku taulaaa korang sme minat dier psl dier lawo, tp biler aku tgk  cara dier interview  angkasawan dr mana? Sweden? tuh... ngan soklan2 aras rendah, mau rasa  nk bunuh diri jeks... astaghafirullahhalazim!!! Cummon, girl... dier tuh kan ker manusia genius, kasi hantamlaaa soklan2 'membunuh' sket.... br syok dgr cara depa jwb... tgk Abe Fedtri (btui eh eja gini?) kita tuh punya soklan.... Besh n intelektual (btui ker penggunaan perkataan aku neh?). Baru ngam. Baik bagi kat wife Saiful Nizam, lupo namo dier... Aida eks? Aku tgk dier relax jer time jd pengacara 'Sajian Istana' kt TV9 tuh. Padahal dier punya guest semernyer kerabat istana. Termasuk Tg. Anis (former Raja Perempuan Kelantan). Tp minah neh nmpk mat saleh siket mula gabra.... aiyohhh!!! Patut pon biler nk beli henbeg pon call bf.....uhukkk!!!!

3. Pengacara live TV3 dok terjerit2 berckp masa pengacara majelis berckp. Aduhhh!! Sakit paler aku nengok. Cummon, bebs... katonyer grand n wedding of the yr... tentu2 organisernyer pon bkn calang2...(errr, saper event organisernyer??) Tentu ada cara nk buat supaya mender tuh x jd kelam kelibut kan? 

4. Kamera yg dok amek video pengantin tuh 2-3 kali statik. Uffff... makin domam mak, nyah!! Ponin aku... tp, maybe psl dok reramai serbu nk snap2 gambau tuh, terpijak wayer kamera abg kamera itu so mungkinlaaah kesilapan teknikal yg ...... bole dielakkan kots...psl apa aku ckp mcm tuh? Aku rasa, kalo wayar/kabel yg masih ok dan baru, mak gajah mcm aku neh bergolek atas tuh pon tader hal. Tapi, kalo ader lilit2 ngan selotep laaa, quicktape kor.... tuh anak semut tersentuh pon bole jadi 'freeze' jer gambo.

     Akhir kato, aku nk mintak hampun dan mahap kalo tulisan pedas aku neh menyinggung memana pihak;baik langsung ker tertunda;baik profesional or amatur. Tapi, niat aku murni... supaya pihak2 yg berkenaan tuh improvelah pada masa akan datang... Amin3!!! (statement cover line...huhuhhuuhu)

     Yang penting, beberapa org keturunan Adam dan Hawa sudah selamat hari ini. Buat DDSMS n DDH, Selamat Pengantin Baru sy ucapkan. Semoga berkekalan selamanya. Tak lupa gaks buat Dato' Sani.... meriahnyer hantaran Dato'  yea? Dan, utk ex-classmate aku kt UITM, dik Budiman Ruzlan dan Puteri Maria, taniah dan selamat berbahagia yer korang? Sorry akak x dpt nk g coz....errmmmm... malu ah nk ckp...

  


Monday, August 2, 2010

Takdir

     Aku selalu dok merungut2 kat FB pasal cerekarama bukan cengkerama yea? kat TV3 yang rata2nya syahdu2, jiwang2, seksa2 orang, seksa perasaan org dan sebagainya. Citer pasal si tanggang moden, anak tendang mak, anak tinju bapak dan memacamlah. Macamlaaa masyarakat kita neh itu ajer kejernyer walaupun betui...hohoohohoh...

     Penat2 dok keje 5 nam hari seminggu, dok mengharung jem g balik kje, dah biler balik umah dok tensen plaks tengok citer2 macam tuh. Yennadeyyy!!!

     Tapi malam tadi yakni malam minggu, citer kat cerekarama agak lain sikitlaa dari yang lain laaa. Dulu dah ader citer2 yang besh tapi lama benau baru timbui citer neh. Kisah seorang lelaki yang sanggup buat apa saja agar dapat berkahwin dengan tunang tersayang. Apa saja tuh bukan yang haramlah dan itu yang menarik. Keja beliau hanya despatch kalau tak silap tapi terpaksa buat 2-3 keje seminggu demi mendapatkan wang hantaran untuk berkahwin? Berapa *antrannya? *Antrannya......*Antrannyaaa..... rm50,000!! Tuudiiiaaaa.... angpa leh imagine tak? Despatch nak cari 50k. Orang yang gaji 5k sebulan pon mengegel nak cari duit byk neh. Haiiii.... mender neh nmpk macam kelakau tapi ianya serba sedikit mencerminkan apa yang terjadi dalam masyarakat kita. Macam nak jual anak tapi sebenarnyer mak pak ader sebab sendiri nak letak rega macam tuh. Mungkin nak kasi malu keluarga lelaki, mungkin gaks tak nak bagi anak depa kawin ngan lelaki tuh tapi tak nak cakap direct dan sebagainya.

     Macam2laa mamat neh buat nak dapat duit tuh dalam tempoh setahun. Genre citer neh komedi ringan, kiranya tak melampaulah tahap kelakaunyer macam 'Vampires Suck' tuh. Sebenarnya banyak lagi konflik dalam citer tuh. Pelakonnya plaks adalah Samheizy Sam yang memang berbakat, muka toya selamba tapi cute tuh memang sesuai ngan watak tuh. Heroin plaks Marsha Londoh. Aku suker gaks tgk dier berlakon, ala2 manja ngengada gitu tapi dalam citer neh dier soerang yang serius dan berfikiran terbuka. Tunang si Sam neh didokong oleh Fida, juara 'Gadis Melayu'. Minah neh berbakat gaks eks? Suker gaks tgk dier. Watak antagonist plaks ader satu mamat Cina yg hensem, nama beliau Patrick Zanz ker haper. Lupa eh. Muka ader iras2 Alan Yun. Cakap tak pelat pon. Angpa tengok gambo dier nanti. Kalau tv3 kasi ulang itu cerita angpa jgn luper tgk tau.

Atas kiri: Si Sam mujuk tunangnya lepas tunang dier tau dier dah kawen.
Atas kanan dan bawah kiri: Mak mertuo si Marsha seorang yang berfikiran terbuka. Membimbing menantu mualaf.
Bawah kanan: Depa nak balik KL balik. Mak mertua suda syg itu menantu even memula tak bpe suker.


Wajah cemburu seorang lelaki dan konflik di antara kedua2nya.

     So sorrylah, aku pakai nama sebenar except si Jeffrey neh coz yang lelain aku luper.

Nota ingatan: *Sila baca ikut intonasi Siti Tanjung Perak dalam citer 'Bujang Lapok'....jangan marah aaaaaa....ehehehehheeh.