GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

'Takdir' dan Kemanusiaan.

     Setiap hari Rabu malam Khamis, jam 8.30-9.30 malam, aku dan Imran suka menonton 'Ghost Adventure' di TV7. Dah habis rancangan tuh, dah macam takder citer besh dah. Hindi kat TV2 pon macam tak baper nak masyuk pasal pelakonnya wa tarak kenal.
     Tetiba Imran seakan menjerit,"Takhdir, Mama...Takhdir". 
     Tokojut den. Dahlaa lepas tengok citer antu kan? Hahahahah.. Baru teringat yang rancangan 'Bersamamu' dah diganti dengan rancangan baru iaitu 'Takdir'. Imran teringat 'gezet' yang ditayang banyak2 kali sebelum neh.
     Rancangan neh memang menarik. Memaparkan kisah benar yang terjadi di sekeliling kita. Kisah hidup dan mati yang telah ditentukan Allah. Kisah yang membawa keinsafan dan menyentuh emosi sungguh. Sungguh2 tau.
     Malam tadi, kisah mengenai seorang insan berhati emas penyelamat haiwan. Beliau adalah Mohd. Hairey Yahya atau nama gelaran yg digunakan, Papa Hero. Hero adalah nama seekor kucing yang pernah diselamatkan beliau. Aku rasa korang tentu pernah bercucuran air mata menyaksikan video di Youtube yang memaparkan bagaimana Hero, telah pulih dari cedera teruk akibat dipotong kedua2 kaki depannya meneruskan hidup dengan bersusah payah sekali. Ia terpaksa melompat seperti kanggaroo untuk bergerak. Kalau tak silap, kejadian tuh berlaku dalam 2005 atau 2008. Korang cekidaut baliklah yea?
     Papa Hero neh seorang blogger juga. Cer tangok kat sini. Dekat sana, beliau curahkan segala pengalaman dan rasa bersama kucing2 yg telah diselamatkan dan menjadi kesayangan beliau kini. Aku pon baru nak baca. Nak add fb beliau dan page 'kakimotong' pon bole kat sana.
     'Kitten' generasi ketiga dari seekor ibu kucing; anak2 buah aku punya di kampung. Depa dok cium 'bebudak' kucing neh semer macam cium Adik Iffah.

     Bukan senang nak jadi peminat/penyelamat haiwan. Pertama, kena suka dan sayangkan haiwan tuh dulu. Kedua, kena luangkan masa kalaupun tidak kos. Ataupun, setidak2nya.. jangan menjadi penyeksa binatang seperti pemilik Petknode. Kalau tak suka haiwan, jangan dok dekat depa. Kang tak pasal2 kita 'terdera' depa plaks... dosa pon dapat...huhuhuhu. Kalau membela plaks, jangan lupa kasi makan secukupnya dan layanlah depa sebaik2nya. Dapat pahala kan? Err.. kucing juga adalah binatang kesayangan Rasullullah. Ramai yang dah tau.

     Tetiba, teringat plaks berita tadi. Seorang wanita (warga emas kots) terbaring di atas jalan berhampiran rumahnya setelah diragut. Menerusi cctv, 11 orang yang melalui jalan yang sama, tidak mempedulikan wanita tersebut yang bertarung dengan maut. Akhirnya, dia mati di hospital. Dulu terjadi kat China, kita kutuk. Now, dah jadi kat negara kita plaks. Apa beza kita dan depa, kalau kemanusiaan telah hilang....
     

Sunday, June 24, 2012

Jika Diberi Peluang..

     Suara meminta tolong sayup2 kedengaran. Aku terjaga dari mimpi bertemu Doraemon. Aku tak boleh biarkan. Sebagai 'superhero' haiwan terhandal dan tercomel abad ini, aku perlu menjalankan tanggungjawabku.
     Mana pakaian seragamku? Oh! Tergantung kemas dalam almari selepas tuanku mencuci kering di kedai dobi depan rumah aku siang tadi.
     Dalam melunaskan tanggungjawab sebagai adiwira pujaan ramai, aku mendapat sokongan penuh tuan aku.

     Oppss, so sorry! Gambar tuan aku tiada jadi aku tempekkanlah gambo aku.

     Sebagai kucing peliharaan yang jinak mantaps n gojes gitu, memang  aku adalah pelindung dan pendamping tuan aku yang sangat rapat. Bila tuan aku gembira, beliau akan peluk aku erat2 sambil cium2 aku. Bila beliau sedih pon sama. Sambil2 nangis, beliau akan peluk aku lagi erat2 sambil mengomel tah apa2. Aku dengar ajerler. Abes basah bulu2 aku ngan air mata beliau.
     Bagi aku, tiada apa yang aku mahu selain menjadi 'superhero' kepada tuan aku untuk menempuh suka duka kehidupan dengan beliau.

     Idola aku, tak lain tak bukan...

 dialahh!!

     Bulan 7 neh nak masuk panggung. Kalau dapat tiket free dari Nuffnang lagi bagus!! Korang bole baca lagik sini kalau nak juin peraduan tuh gaks..

     Oklah. Aku terpaksa meminta diri dulu. Nak cari sapa yang mintak tolong tadi.....



 

Friday, March 25, 2011

Keje Tapi Gaji Takder So Keje Untuk Amal Jariah??

     Dah nak masuk bulan 4 tapi aku masih rasa hidup aku meaningless.Rentetan 'redeployment' bodoh tuhler. Tapi bukan bermaksud bebudak tak belajar.Masa ngaja tuh stress kureng siket tapi bila dok saja2 takder keje (buat2 takder keje) aku terpikir bilalah aku nak kerja ngan hati yang riang gembirer bak kata Usop Wilcha.
      Dah senang2 depa gatai2 tukarkan aku, pastuh elaun Cola kener potong.Masih bole bersabo even dah rasa bengang.Tup2 kerani cakap maybe gaji aku bulan 4 kener sekat.Huh!Rasa nak jadi atromen taro dah. Puncanya aku tatau. Para kerani neh dok saling 'blame each other' then aku neh lagilah tatau perihal admin neh kan? Kalo aku tau, memang aku buat sendiri daaa....tak yah nak susahkan orglah...
      Hmmmm... so bulan 4 kejer aku amal jariah ajer.Tatau biler nak dapat n tatau pasir mana aku nak makan bulan depan.Bukan aku ajerler, termasuk laki n anak aku ler.Kalo gaji laki aku 30k sebulan ka x yah aku nak terhegeh2 tunggu ujung bulan kan?
     Gmabo yang aku sapu dr Goggle

      Ada kawan bagi nasihat yang maybe aku terlebey pakai duit aper2 ker b4 yang tak sedar so ini kira macam kifarahlaa..Ok, yang tuh aku bole trima tapi aku percaya sebabnyer adalah ketidakcekapan pihak2 yang terlibat.Karenah birokrasi pon yer.Dahlaaa nanti nak potong sekali segedabak elaun COLA yang terlebey bayo tuh.'Baguss'lerr korang buat koje neh.Bunuh jerlaaa aku terus kalo macam tuh.....huhuuhuhuhuh
      Orang kata mengeluh itu tidak baik.Fine...btui, aku tak sangkal tapi itu ajerler yang aku mampu now.Nasib tak mampus.Nak berkarya pon takder mood pasal otak tumpul...Kalo tak, boleh cari pendapatan tambahan kan?
 Literally rupa aku now...
  
      Kalo korang sayang kat aku, dermalah rm1 sorang kat tabung Maybank aku dekat blog 'bendasedap' tuh supaya aku dapat merasa kesedapan merasa derma dari orang2 yang bersimpati.Or ada lobang2 kerja partime yang boleh aku buat sebelum aku tak bergaji neh....