GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label Nuffnang contest. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang contest. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Fear Factor House Challenge 2012

     Rupa-rupanya dah lama aku tak 'update' yea? Pasal banyak cerita sangat kots..kahkahkah...

   Gigih sungguh aku balik dari kampung hari Jumaat kerana hari Sabtu ada 'event' yang aku sendiri macam tak sangka terpilih. Korang boleh rujuk kat sini untuk baca entrinya. Alhamdulillah.

     Sabtu, 15/12/2012. Fear Factor Selebriti Malaysia dah buat 'roadshow' dan Sunway Pyramid, Bandar Sunway menjadi 'garis' permulaannya. Terus terang aku tulis, memang aku tak tahu-menahu langsung pasal FFSM. Bila dah sampai ke 'Zon Ketakutan' neh, barulah terang dan jelas semuanya. Rupanya ada sesi orang awam juga. Sesi 'bloggers' bermula jam 11 pagi dan berakhir lebih kurang sejam setengah berikutnya.

 Aksi selepas pendaftaran. Baju tuh kalo aku pakai macam 'pembalut' nangka so nak elakkan cacing, ikan, ulat pumpun dan ular sawa tuh semer mati tokojut, baik aku wat 'topeng' ajer.

Korang agak ada ulo beso dan ganas macam neh tak kat dalam tuh?

     Lepas taklimat gedebuk gedebak, sesi bergambar reramailah apa lagi kan? Baru sesi pertama neh.

 Takot tak korang tengok muka aku tuh?

     Ada 4 cabaran semuanya. Tapi kena lepas yang memula neh baru boleh teruskan.

 Cari 3 biji guli dalam tanah liat yang ada cacing. Ok jer hakak. Orang kampung kan? Pacat lintah semer no hal. Cacing apertah lagi. Buat umpan mancing ikan keli/puyu jer dulu. Anne dan Darren, korang jangan naik heran sampai tertelan cawan tuh udah yea...

     Alhamdulillah, berjaya! Seterusnya tadak gambo pasal kena masuk bilik gelap. Ada Cik Abe aku snap kat tv depa tapi tak jelas sangat. Korang boleh tengok dalam album kat FB aku.

Cabaran-cabaran lain:
2. Tangkap 5 ekor katak dan pindahkan ke dalam kotak bersebelahannya. - pertama kali aku pegang katak yang aku takut bebeno sebelum neh; katak pisang! Kesian pulak aku tengok katak2 tuh semer berkumpul kat sisi kotak dek kerana lari dari tangan2 manusia. Akak minta maaf sesangat yea, adik2 katak? Tangkap 'amfibia' neh kena genggam kuat2. Kang terlopeh..

3. Cari 3 bendera Fear Factor dalam lubang2 kecil dalam gelap - aiseh! Banyak plaks lubangnya tapi alhamdulillah dah last2 baru dapat. Depa letak cicak dan ular getah...'takuuutttnyerrr'.

4. Cari kunci yang ada lambang Fear Factor dalam sangkar ular sawa untuk buka kunci keluar bilik gelap - gua gagal kat sinilaaa pasal gua tengok 6 ekor ular sawa tuh semer dah gelisah dok merayap sana sini. Gua cuba nak alihkan dengan pegang ekor tapi bila salah sekor tuh terkejut, aku tanak kacau lagih. 

     Keseluruhannya, aku memang takut dengan masa lah pasal tempoh yang diberikan cuma 1 minit... gila gabra kan?

     Paling besh aku dapat jumpa kawan2 bloggers macam...

 Penaberkala @ Khairul Anuar. 4 tahun kenal di alam maya, baru kali ini bersua tuannya. Mau tak gembira kan?

Amir Nawawi pon dah lama dok komen- mengkomen ajer. Baru jumpa depan2 neh. Ada Madi yang ceria sokmo. Eyriqazz pon tak ketinggalan.

     Keputusan pon diumumkan. Korang g ah baca link tuh semer. Memang ada pemenang2nya mode:jeles . Tapi sebenarnya lepas tuh 'si johan' nak belanja2 kitorang semer. Alhamdulillah! Rejeki yang tak disangka neh. Terima kasih, yea Dik Kifli. Murah rejeki anda. Amin3..

Sebelum g nyam2, sempat lagi berposing. Shahroll turut cuba nasib edisi orang awam. Ada Tian Chad juga.

Ado lagi pose sebelum g makan. 'grup photo' kedua iaitu bersama selebriti. korang cari ah saper...hihhii

Makan kat 'Laksa Shack' pasal tempat lain penuh. Dua dari kiri adalah Hans. Yang baju ijau 3 dari kanan tuh Hanifi, kawan si Nuar. Tqvm tolong snap2 gambar untuk akak yea?

'Pose' nak mendapat rotan dari aku. Siap korang!..ehehehh...Paling kiri ialah Byrawlins dan kawan beliau, Jae. Sebelah Kifli plaks Hidayat selaku pemandu pelancong kami..heheh..

Cenderahati. Tqvm Astro dan Nuffnang!

Mohler tonton. Tak lama lagi tuh. Add FB depa noo?

 

Wednesday, December 12, 2012

Jumpa di Sana


Alhamdulillah! Antara 30 orang itu. Boleh rujuk di dua entri sebelum ini. Saper lagi terpilih? Jumpa kat sana...

Friday, November 30, 2012

Eiii.. Takotnyerrr!!

     Pada suatu hari, ada seorang wartawan datang dan ingin menemuramah aku. Jangan tatau. Walaupun aku bukan blogger retis, ada juga orang nak tau pasal aku. *mode: perasan*

     Tepi kolam sebuah hotel tak terkemuka kami bertemu. Memula depa renung aku tanpa jemu. Aku pon lagi perasan; jiwa tak menentu. Tunggu dan tengok sapa yang tegur dahulu.

     " Ini Puan Akuzle Ayu?" tanya wartawan itu.

     " Ehem.. inilah daku," jawabku malu-malu.
     
     " Ok, saya bla..bla..bla.. dari .... majalah...*****. Boleh kita teruskan?".

     " Sila...silakaaann," macam tak sabar nak jawab soalan pula aku neh.

###

     Wartawan  :Apakah ketakutan anda yang paling hebat?

     Aku            :Apa punya soalan daaa?? Agak-agak apa?

     Wartawan : Errr... tempat tinggi?

     Aku           : Appa daaa tempat tinggi. Tak jadi masalah tuh. Meh nak tunjuk bukti....  

Tengok! Relaks dan santai jer naik kereta kabel kat Langkawi neh. Sila teka lagi.

     Wartawan   : Baiklah..baiklah... tentu puan takut air kan?

     Aku            : Kah3... tak berapa nak betul sangat. Tengok neh.....

 Walaupun tak reti nak berenang macam puteri duyung, jadi mak dugong kejap pon jadilah.

         Aku          : Tak takut air kan? Salah tu...

  Wartawan: Adeiii! Penat main teka-teki macam neh. Tolonglaaahhh cepat jawab!!

     Aku             : Yerler. Gurau sikit pun tak boleh. SAYA TAKUT LAPARRRR!!!

     Wartawan   : Hah?? Biar benarrrr??.. Jadi macam mana rasa takut itu mempengaruhi hidup anda?

     Aku                 : Dey! Tak nampak lagikah? Bila takut lapar, maka saya selalu makan. Bila selalu makan, tengoklah rupa bentuk muka bumi badan saya macam mana? Kesan yang tidak baik iaitu saya obes. 

     Wartawan : Heheh... boleh nampak dengan 'jelas' tuh..          err... soalan seterusnya.. Mengenai Astro’s Fear Factor Malaysia
 siapa artis yang puan minat dan boleh menang?

          Aku          : Saya pilih pasangan Dr. Faiz dan Jehan Miskin. Saya pilih mereka kerana Dr. Faiz sebagai angkasawan kedua negara telah mempunyai pengalaman menjalani latihan menguji ketahanan diri semasa pemilihan angkasawan negara dulu. Jehan Miskin pula memang seorang yang aktif dalam sukan. Tengoklah badan beliau...;-)).. Jadi, kombinasi mereka ini dapat menggugat peserta-peserta lain.

     Wartawan        : Dah macam pengulas sukan dah yea? Baiklah... sebagai penutup, boleh tak puan sebut sesuatu?

     Aku                 : Sebut apa??

     Wartawan :  Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!

     Aku                 : Bolehhh!!!... bla....blaa....blaaaa...   
        
      ###

Sunday, June 24, 2012

Jika Diberi Peluang..

     Suara meminta tolong sayup2 kedengaran. Aku terjaga dari mimpi bertemu Doraemon. Aku tak boleh biarkan. Sebagai 'superhero' haiwan terhandal dan tercomel abad ini, aku perlu menjalankan tanggungjawabku.
     Mana pakaian seragamku? Oh! Tergantung kemas dalam almari selepas tuanku mencuci kering di kedai dobi depan rumah aku siang tadi.
     Dalam melunaskan tanggungjawab sebagai adiwira pujaan ramai, aku mendapat sokongan penuh tuan aku.

     Oppss, so sorry! Gambar tuan aku tiada jadi aku tempekkanlah gambo aku.

     Sebagai kucing peliharaan yang jinak mantaps n gojes gitu, memang  aku adalah pelindung dan pendamping tuan aku yang sangat rapat. Bila tuan aku gembira, beliau akan peluk aku erat2 sambil cium2 aku. Bila beliau sedih pon sama. Sambil2 nangis, beliau akan peluk aku lagi erat2 sambil mengomel tah apa2. Aku dengar ajerler. Abes basah bulu2 aku ngan air mata beliau.
     Bagi aku, tiada apa yang aku mahu selain menjadi 'superhero' kepada tuan aku untuk menempuh suka duka kehidupan dengan beliau.

     Idola aku, tak lain tak bukan...

 dialahh!!

     Bulan 7 neh nak masuk panggung. Kalau dapat tiket free dari Nuffnang lagi bagus!! Korang bole baca lagik sini kalau nak juin peraduan tuh gaks..

     Oklah. Aku terpaksa meminta diri dulu. Nak cari sapa yang mintak tolong tadi.....



 

Saturday, October 30, 2010

World’s Coolest Intern

     Be cool or being cool? Who doesn't want to? Sure you want? What about you? And you? Are you cool enough to be the one? What is the one? The one of what? As John Travolta in 'Be Cool'? 

Thank you, Uncle Google

     Might be but just be cool the way you are. How to be cool? By joining the new reality contest named,'World's Coolest Intern with Standard Chartered Bank'. Well, at first glance, maybe you'll be thinking of stern and monotonous stuff when you see financial element appear with this thing. AA Haaaa.!!... really it is not a dream. Standard Chartered is recruiting the coolest and the most awesome people out there as their intern and 1 post is reserved for the Nuffnanger. How cool is that?
     Ok, am I cool enough to be the intern? Are these evidence enough to qualify me as one?

1. I'm not Adibah Noor nor Amber Chia but I have 'plenty' of friends in Facebook that can pass around good news as well as bad one here and there faster than The Gaban 'changed' his suit. How cool is that?

2. Even though I'm not the first person who always greet people 'a very good morning' in Twitter; but see the number of my 'Twitt' friends, I'm also able to get in touch with the news and hotttt gossip as much as others on the net. Still not cool enough??

3. I take some effort to browse for Standard Chartered website to show that I make some homework before embracing to any contest held by my 'boss' or involving to any activities. Doing homework is the best way to learn of something you want to know before immersing yourself into the 'club'!

     Enough of those 3 reason why I should be picked as the one and only Nuffnanger to be a Standard Chartered intern!!