GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label bloggers. Show all posts
Showing posts with label bloggers. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

Kad Nama

     Kad nama adalah satu alat yang penting sekarang. Bukan sahaja untuk ahli perniagaan atau usahawan. Penting untuk sesiapa sahaja yang perlu memulakan atau memperkembangkan rangkaian. Tapi, ada juga orang fikir siapalah mereka untuk mempunyai kad nama. Kononnya mereka bukan orang penting.

     Sebenarnya, kad nama berfungsi menyampaikan maklumat si pemilik dengan lebih tepat. Sebabnya maklumat yang terdapat pada kad nama disusun dengan teliti. Biasanya jarang ada kesilapan. Apabila kad nama bertukar tangan, si penerima hanya melihat kad nama tersebut untuk mengingati maklumat paling asas iaitu nama empunya kad. Selepas itu, aku yakin kad nama tersebut disimpan sahaja dan akan dirujuk apabila perlu nanti.

     Mengapa kad nama penting bagi aku? Situasi dolu-dolu, semasa berjumpa kawan-kawan bloggers tak kira semasa majlis untuk bloggers atau bukan, aku menghadapi masalah juga terutama ketika mahu memperkenalkan nama blog aku. Maklumlah masa buat blog ni, aku tatau langsung pasal nama blog kena senang diingati dan mudah. Main bubuh jer nama yang berkenan. Sudahnya bila orang tanya," Apa nama blog?". Mulalah aku gelabah nak cakap panjang lebar. Kalau situasi masa tu bising, lagi haru. Lepas tu kalau jumpa ramai kawan plaks, jenuhler nak sebut nama blog ni sampai terjelir lidah.

     Dari kad nama juga, ada wartawan yang menghubungi aku untuk bertanya soalan. Selepas itu, artikel ringkas keluar di dada akhbar. Tapi, takderlaa aku nak megah dan menunjuk-nunjuk. Yang aku nak fokuskan di sini adalah bagaimana kad nama membantu kita supaya diingati dan sekaligus dikenali dalam bidang kita. Tak kira kita telah menyumbang secara langsung atau tidak. Itu yang penting. Diingati dan dihubungi ketika perlu.

Kad nama kami. Aku punya baru dua kali bikin. Abe Zam punya sekali. 

     Aku rasa ramai antara korang yang dah ada kad nama kami. Kalau takde boleh mintak lagi. Tapi, memang nombor telefon dan maklumat sosial media lain tak berubah punya. 

     Korang rasa apa ciri-ciri kad nama yang baik? Semuanya baik daa. Sebab kad nama ni dibuat ikut jenis bidang kita. Kalau bidding yang agak rasmi seperti jual insurans, jual kereta, konsultan, pegawai kerajaan dan lain-lain perlu kelihatan lebih formal. Warna latar belakang jenis ini biasanya putih atau hitam untuk nampak lebih elegan.

     Bagi yang kurang rasmi, bentuk dan gaya kad nama agak ceria dan lebih mengikuti citarasa pemiliknya. Aku belajar yang kad nama seharusnya mesti kreatif, unik dan lain dari yang lain. Sebabnya nanti senang diingati. Kalau bloggers ni, uncle Gedek biasanya mempunyai kad nama yang lain dari kebiasaan. Belum ada kad nama beliau? Mintak nanti bila jumpa ye?

     Aku pun tak lama lagi akan menempah kad nama baru. Perancangannya nak letak simbol dan tagline 'fanpage' kat FB iaitu Benda Sedap. Korang yang belum 'like' bolehlah berbuat demikian nanti ye? Baiklah, sesiapa yang belum ada kad nama tu cepat-cepat buat. Tak kira nak buat yang macam mana tapi aku rasa baik korang buat yang biasa2 dulu. Yang ada maklumat penting dan lepas tu korang boleh tempah lagi bila dah habis. Berbaloi-baloi gua cakap lu.






Friday, January 25, 2013

Teruja

     So many things to be done. Exhausted but happy. Things that I love most. Doakan yang terbaik utk aku, Abe Zam dan anak2 yea? Amin3...

Dapat jemputan makan di sini atas tiket blogger. Bangga! Terima kasih, Sumijelly dan tuan kedai.

  Dapat 'geder2' lagi.

 Abe Zam akan mula berniaga makanan gerai iaitu char kuey teow di restoran ini. Bermula 1 Februari 2013. Tempatnya di Kemuning Utama berhampiran KFC dan Pizza Hut. Jemput datang dan rasa. Kalau tak sedap, sila komen untuk penambahbaikan.

Syukur kepada ALLAH. Apa lagi yg kita nak kan?

Thursday, December 20, 2012

Fear Factor House Challenge 2012

     Rupa-rupanya dah lama aku tak 'update' yea? Pasal banyak cerita sangat kots..kahkahkah...

   Gigih sungguh aku balik dari kampung hari Jumaat kerana hari Sabtu ada 'event' yang aku sendiri macam tak sangka terpilih. Korang boleh rujuk kat sini untuk baca entrinya. Alhamdulillah.

     Sabtu, 15/12/2012. Fear Factor Selebriti Malaysia dah buat 'roadshow' dan Sunway Pyramid, Bandar Sunway menjadi 'garis' permulaannya. Terus terang aku tulis, memang aku tak tahu-menahu langsung pasal FFSM. Bila dah sampai ke 'Zon Ketakutan' neh, barulah terang dan jelas semuanya. Rupanya ada sesi orang awam juga. Sesi 'bloggers' bermula jam 11 pagi dan berakhir lebih kurang sejam setengah berikutnya.

 Aksi selepas pendaftaran. Baju tuh kalo aku pakai macam 'pembalut' nangka so nak elakkan cacing, ikan, ulat pumpun dan ular sawa tuh semer mati tokojut, baik aku wat 'topeng' ajer.

Korang agak ada ulo beso dan ganas macam neh tak kat dalam tuh?

     Lepas taklimat gedebuk gedebak, sesi bergambar reramailah apa lagi kan? Baru sesi pertama neh.

 Takot tak korang tengok muka aku tuh?

     Ada 4 cabaran semuanya. Tapi kena lepas yang memula neh baru boleh teruskan.

 Cari 3 biji guli dalam tanah liat yang ada cacing. Ok jer hakak. Orang kampung kan? Pacat lintah semer no hal. Cacing apertah lagi. Buat umpan mancing ikan keli/puyu jer dulu. Anne dan Darren, korang jangan naik heran sampai tertelan cawan tuh udah yea...

     Alhamdulillah, berjaya! Seterusnya tadak gambo pasal kena masuk bilik gelap. Ada Cik Abe aku snap kat tv depa tapi tak jelas sangat. Korang boleh tengok dalam album kat FB aku.

Cabaran-cabaran lain:
2. Tangkap 5 ekor katak dan pindahkan ke dalam kotak bersebelahannya. - pertama kali aku pegang katak yang aku takut bebeno sebelum neh; katak pisang! Kesian pulak aku tengok katak2 tuh semer berkumpul kat sisi kotak dek kerana lari dari tangan2 manusia. Akak minta maaf sesangat yea, adik2 katak? Tangkap 'amfibia' neh kena genggam kuat2. Kang terlopeh..

3. Cari 3 bendera Fear Factor dalam lubang2 kecil dalam gelap - aiseh! Banyak plaks lubangnya tapi alhamdulillah dah last2 baru dapat. Depa letak cicak dan ular getah...'takuuutttnyerrr'.

4. Cari kunci yang ada lambang Fear Factor dalam sangkar ular sawa untuk buka kunci keluar bilik gelap - gua gagal kat sinilaaa pasal gua tengok 6 ekor ular sawa tuh semer dah gelisah dok merayap sana sini. Gua cuba nak alihkan dengan pegang ekor tapi bila salah sekor tuh terkejut, aku tanak kacau lagih. 

     Keseluruhannya, aku memang takut dengan masa lah pasal tempoh yang diberikan cuma 1 minit... gila gabra kan?

     Paling besh aku dapat jumpa kawan2 bloggers macam...

 Penaberkala @ Khairul Anuar. 4 tahun kenal di alam maya, baru kali ini bersua tuannya. Mau tak gembira kan?

Amir Nawawi pon dah lama dok komen- mengkomen ajer. Baru jumpa depan2 neh. Ada Madi yang ceria sokmo. Eyriqazz pon tak ketinggalan.

     Keputusan pon diumumkan. Korang g ah baca link tuh semer. Memang ada pemenang2nya mode:jeles . Tapi sebenarnya lepas tuh 'si johan' nak belanja2 kitorang semer. Alhamdulillah! Rejeki yang tak disangka neh. Terima kasih, yea Dik Kifli. Murah rejeki anda. Amin3..

Sebelum g nyam2, sempat lagi berposing. Shahroll turut cuba nasib edisi orang awam. Ada Tian Chad juga.

Ado lagi pose sebelum g makan. 'grup photo' kedua iaitu bersama selebriti. korang cari ah saper...hihhii

Makan kat 'Laksa Shack' pasal tempat lain penuh. Dua dari kiri adalah Hans. Yang baju ijau 3 dari kanan tuh Hanifi, kawan si Nuar. Tqvm tolong snap2 gambar untuk akak yea?

'Pose' nak mendapat rotan dari aku. Siap korang!..ehehehh...Paling kiri ialah Byrawlins dan kawan beliau, Jae. Sebelah Kifli plaks Hidayat selaku pemandu pelancong kami..heheh..

Cenderahati. Tqvm Astro dan Nuffnang!

Mohler tonton. Tak lama lagi tuh. Add FB depa noo?

 

Sunday, April 22, 2012

Jumpa Papa Mifz




     Cantik n striking tak beg kosmetik tuh? Tak sangka 'Fresh Kon' ado kasi pree beg macam tuh kan? Tapi yerler. Ianya kan ker 'cosmetic contact lense'. Bolehler ganti yang dah 'sizen' tuh. Tqvm, Papa Mifz pasal kasi harga istimewa untuk kaca mata baru hubby akak dan juga bagi beg tuh. Tak sangka juga yang ini pertama kali beliau jumpa blogger. Cer baca kat sini.

     Aper lagi korang. Mohler wat lawatan sosial ke 'Focus Point' Carrefour Bukit Rimau. Carrefour tuh depan Hospital Columbia Asia. 'Focus Point' neh plaks kat atas. Lepas korang beli2 n byr2 kat kaunter tuh, jangan belah dulu. Singgahler kat kodai sedara kita neh haaa. Tak membeli pon takper. Berbual pon bole... Nanti minggu neh nak g lagik, amek speknya plaks. Blue carer lagik uuu.. ahaks! Tqvm again wahai Papa Mifz...

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 28, 2012

Lawatan Bloggers: When Bloggers Meet Corporate@PKT

     Pada hari Sabtu, 3/3/2012, aku dan beberapa orang bloggers  telah dijemput untuk melawat syarikat logistik yang terletak di Seksyen 32, Shah Alam. Kalo sebut 32 tuh orang tatau sangat tapi kalo sebut Jalan Kebun baru nak angguk2 kepala kan3?...eheheheh
       Tujuan lawatan? Pihak PKT memang nak bermesra2 gaks ngan bloggers. Takkan ngan tokey lori kontena ajer kan? Apa plaks kaitan syarikat logistik ngan dunia media sosial baru neh? Hmmm.. aku boleh cakap yang PKT neh lain dari yang lain. PKT nak buat mender yang orang nampak macam 'boring' sangat sebelum neh kepada sesuatu yang 'happening' dan menarik.
     PKT stands for what? Port Klang Trading.Laaa.. ingat syarikat baru. Rerupanya ia dah ada sebelum aku ada lagi iaitu 1974. Nak ikut sejarah penubuhannya memang menarik juga pasal pejabat pertama adalah di rumah sahaja. Tapi sekarangggg....

 Gambo amek kat sinik . Tengsss yea, Shah Jihan. Good luck untuk peraduan itu.

     Hoh! Dari kecik terus jadik beso. Nak dapat macam neh, cemana nak bikin? Caranya macam neh....

Nampak senang tapi senangkah? Kita sendiri yang buat sesuatu benda tuh senang atau susah. Setujuk? DMT adalah Dato' Michael Tio, CEO PKT. Leh add beliau kat fb.

     Banyak tarikan yang telah diwujudkan oleh pihak pengurusan PKT neh. Tarikan supaya para pekerja/staf berasa seronok untuk datang bekerja dan para pelawat pula selesa berkunjung ke sini. Antara yang menarik:-

1. Tandas yang wangi dan bersih. Ada plaks macam2 'toiletteries' mcm 'cologne', 'hair spray', losyen tangan dan badan dan sebagainya. 'Hair dryer' pon ado yu...

Kat tepi sink 'lavatory'... jangan songlap masuk henbeg udohlaa yea? Setiap 'level' mesti ada tandas dan 'pantry'
A happy staff. Ini ialah Shanti. Tak sabar beliau neh nak g Phuket. Antara individu yang bertanggungjawab mencantik dan mewangikan pejabat2 dan tandas2 PKT.

2. Ado R2. Kalo korang g wat lawatan sana, kompom jumpa depa tapi arituh kitorang dapat jumpa Abang Rahim sajer. Yang mengharukan aku, Bang Rahim kita neh ingat plaks kat aku yang g odisen Raja Lawak 5 sesama dier. Yerler, den neh peserta pertama naik pentas. Makcik2 plaks tuh senang kots orang ingat..ehehhhe 

R2 2012... Rizwan, jangan mare nooo...

3. 'Pantry' di setiap aras yang cool. Memang besh ah. Macam2 ada kat sini. Dari serbuk minuman, asam, kacang, peti ais, nasi lemak.. bla..bla..bla.. paling utama, epal mesti ader.

DMT menerangkan falsafah di sebalik buah epal dalam setiap 'pantry'

'Pantry' paling best kat aras 4. Sebelah 'Gymax'. Siap ada 2 balang besar berisi asam dan kacang 'kentut' tuh. Heaven! Tak sempat nak seluk balang2 tuh semer pasal dah kenyang ngan menu tengahari.

4. Ada kebun nanas dan buahnya boleh bawak balik f.o.c. Aku sebat sampai 2 bijik. 
Ayman n Faizal. Antara orang2 kuat PKT. G lawat kebun nanas kena bawak nanas celop neh yea?

5. Ada gimnasium yang diberi nama 'Gymax'. Dan, setiap tahun ada plaks pertandingan menguruskan badan ala2 'The Biggest Loser' tuh. Hadiah plaks best2. Depa mula anjurkan pertandingan neh tahun lepas. Tahun neh hadiahnya sepasang tiket menonton sukan Olimpik. Lagi, ada kasi duit belanja sama cuti free means masa g tengok sukan tuh, cuti tahunan tarak potong owh. Best x best.. Kalo aku koje sini memang kompom kuruslah...ahahhahaha..tapi sayang, aku bole lupa nak 'snap' gambo 'Gymax' tapi korang imaginekan 'Fitness First' atau 'Celebrity Fitness' punya gim hokeh?

6. Jamuan makan yang kasi sendat-mendat perut. Ada 3 lauk dan 3 sayur. Tak muat haih pinggan yang besau tuh.

Cemana tak terduduk kan? Nasib baik tak 'landing' terus lepas tuh.

     Kalo nak dikira lagik, memang tak abeh gua tulis entri neh jadi kasi berhenti dululah. Memang penat sangat2. Lenguh bahu kiri kanan dek membawa 'goodie' bag dan nanas 2 bijik. Lupa nak sebut, lepas lawatan ke 'Sea of Pineapple' tuh, kitorang disediakan dengan tuala wangi dan sejuk untuk lap muka dan badan serta minuman sejuk segar nyaman bila masuk tekak.Heaven lagik. Pastuh, dapat plaks bingkai gambar beserta gambar ini...

Bila masa plaks tukang kamera buat 'tugas' rahsia neh yea? Memang lipas kudung btui..

     Bila plaks korang nak kempen bos korang supaya wat lawatan kat PKT One Logistic Hub neh? Tak kiralah dari bidang apa pun, bole ajer wat 'field trip' sini. Boleh aku katakan yang PKT sesuai jadi model mewujudkan persekitaran kerja menarik dan kondusif bagi meningkatkan mutu kerja staf2nya. Bebudak ipta dan ipts dah ramai yang melawat. Kalo korang nakkan servis kontena dari/ke luar negara, jemput jengah FB PKT.

    Babai untuk kali ini wahai PKT.. Nanti gua mai lagik..
 




      

Monday, March 26, 2012

Sampaikanlah Salam...

     Malam tadi lepas makan sate Kajang, kami bergerak ke umah Uncle LF. Last time, dengar citer beliau dah tak aktif sangat ber'blog'. Sebab? Tak berapa sihat dan nak lebihkan rehat. Jadi, Cik Abe aku berhajat nak menjengukler 'uncle' kesayangan ramai itu.

Soriler yea? Kena kuar iklan dulu...hihihih.. 

 'Pose' terbaru Uncle n Aunty.. Ceria dan romantis seperti selalu...waw!

Kami berpeluang menemukan mak mertua aku plaks ngan Uncle n Aunty... seronok beno depa neh beborak..

     Uncle menyampaikan salam kerinduan kepada kita semua. Seperti biasa, beliau menawarkan kediaman untuk apa2 'events' terutama pertemuan secara beramai2. Kalo ader 'students' yang nak wat 'study group' pon bole. Yang pasti, Uncle mencadangkan 1 pertemuan untuk membincangkan aktiviti 'potluck' versi Raya pula. Seboleh2nya sebelum puasa menjelang. Jadi, apa kata kawan2 yang lain? Kakcik? Kak Azie Azah? Acu? Anaa? Kak Ain Noraini? Yang lelain?

Tuesday, March 6, 2012

Projek 100 Bloggers

     Blogger retis nan seorang neh nak 'all-out' 1 projek yang menarik bagi aku. Syarat2nya ada kat sinik. Kalo nak diikutkan, memang banyak syarat yang aku tak layak tapi berpegang kepada prinsip 'belum cuba, belum tau' dan keazaman, minat serta komitmen yang tinggi, aku nak cuba. Dalam kelas pon dok selalu motivasikan budak2 kelas belakang tuh sampai depa bersemangat sungguh belajo English, kenapa tidak aku sendiri yang 'walk the talk' kan? Chaiyok2 kepada diri aku sendiriii!!!

     Korang? Takkan tak rasa tercabar kots? Mohler kita jadikan minat kita di alam maya ini sebagai satu jalan untuk meng'upgrade' diri sendiri.... jadikan ianya berhasil, bermakna dan bukan sia2...

 Iniler buktinyer yang beliau neh blogger retis. Dier takder, majlis tarak jalan owh....kuikuikuikuikui..

Sunday, February 26, 2012

Pada Sabtu Depan ( 3 Mac 2012 )...

     Ohoiii.... rasa2nya sejak 2 menjak neh memang hujung minggu adalah paling bz. Alhamdulillah! Kalo idak, dok molongo n melopong ajer kat umah. Ohkey, nak jemput korang ke sini...

1.  "When Bloggers Meet Corporate" Day

Venue                  : One Logistics Hub (PKT HQ) @ Shah Alam
Date                    : March 3rd 2012
Time                    : 09.30am - 12.30pm
Activities             : Company Tour, Interview Session, Contest Briefing

PROGRAM SCHEDULE
09.30 am              Arrival of Bloggers & Press

09.45 am              Introduction by Blogger representative
- Short description from Blogger about their background

10.00 am              Welcome address by PKT Logistics Group
- Presentation on PKT’s company profile and visions.

11.00 am              Tour De’ Shippe - The Ship’s Office Tour
11.30 am              Nanas Walks - The Sea of Pineapples’ Tour.
12.00 pm              Lunch treat on 4th floor
12.20 pm              Gift Exchange Session
12.30 pm              End of tour


FAQ
Q: Who’s the organizer?
A: This event held by PKT Logistics Group Sdn. Bhd.
Q: What the objective of this event?
A: To build a good relationship between the company and bloggers.
Q: Who could join the event?
A: Definitely “Bloggers”
Q: What are the benefits that we could get from the event?
A: Will be unofficially attached blogger for the company, will be updated and invited for the upcoming event held by PKT, can join special contest that only can be joined by attended bloggers on that day (da prizes are AWESOME.....)

     Tudia, aku siap letak details semer sini. Pasal apa? Untuk memudahkan korang tau apekebendernya tuh kan? Kalo berminat boleh email aku eh.... atau email cik adik kita neh.. nak masuk grup PKT kat fb pon bole..

2. 

  Yang neh plaks untuk kaum wanita dan gadis sahaja. Boleh daftar ngan Puan Huda kat sini... pree ajer weh...

     Tunggu haper lagih? Moh kiterrr....

Thursday, February 16, 2012

Sahabat Sampai Bila-Bila

     Semenjak 2 menjak neh, aku dok laju post gambo aku ngan retis itu dan ini. Ada yang bila nampak; aku macam nak lompat bintang pasal dah lama minat dan teringin nak jumpa. Retis tuh plaks kadang2 ada yang korang semer tak kenal kan? Tapi takper... Alhamdulillah! ALLAH bagi aku jumpa. Tqvm, bos... you know why...hihiihii

     Membaca komen2 entri sebelum ini dan entri2 mempromosi citer itu dan ini, jemput korang g sana sini, aku tergelak sendiri. Sambil gelak sambil fikir dan terkesan juga di hati aku. Bukan terasa atau marah, tapi tetiba hati berbisik,"Apa pandangan orang dan kawan2?".. "Tah2 ada orang fikir macam aku sorang jumpa retis padahal ramai antara korang siap bersaudara ngan retis tapi takder kepoh macam aku pon".

     Ada gurauan yang menyatakan aku dah kawan ngan retis dsb, nanti jadi retis. Sesaper yang bagi komen neh jangan terasa  yang aku tak senang ngan komen korang. SEBENARNYA AKU NAK TAIP, KALAU KORANG PERNAH KENAL DAN KAWAN NGAN AKU TAK KIRA KAT MANA, KORANGLAH RETIS DI HATIKU. AKU 'KUTIP' DAN BELAJAR 'PELAJARAN' HIDUP DARI PENGALAMAN ORANG LAIN. SEBAB ITU BILA PERTAMA KALI JUMPA, AKU AKAN SOAL KORANG MACAM POLIS PENCEN. MEMANGLER, ARWAH AYAH AKU POLIS.ABANG AKU POLIS. MA AKU PLAKS 'WARTAWAN' TAK BERTAULIAH PASAL SUKA SANGAT TANYA PASAL BACKGROUND ORANG KAN? TUJUAN AKU TAK LAIN UNTUK MEMAHAMI KAWAN2 DAN SAHABAT2 SUPAYA LEBIH MESRA DAN TIADA SALAH ANGGAP/PAHAM DI KEMUDIAN HARI. KITA NAK KAWAN/BERSAHABAT LAMA2 KAN? DALAM 'DASHBOARD' BLOGGER NEH, TAK KIRA NAMA/GAMBAR KORANG MUNCUL KAT MANA, RUANGAN 'FOLLOWER' ATAU 'BLOGLIST', KORANG ADALAH 'RETIS' AKU. NAK SEBUT DAN 'LINK' 1-1 KAT SINI KANG TAK G SKOLA PLAKS AKU KAN? YANG PENTING KORANG WEH, KORANG TAU SIAPA KORANG KAN?

     Ohkey, dah terluah isi hati aku. Mari tempek gambo ngan retis lagikkk...miahahahhaahah



 An author n scriptwriter, Amir Muhammad

 Sofaz

Ehem2.. dulu beliau neh pelakon tapi now dah 'upgrade' jadi pengarah, Jason Chong.

A 'cool' mum macam aku, Mak Uda. Siap jemput g umah kat Pasir Gudang...

Maybe ALLAH akan ketemukan kami secara eksklusif lain kali. Amin3!! korang, meh doakan aku gaks. 

  Salah seorang peserta Mentor, tak pasti musim mana, Sani. Bakal keluar dengan single pertama.

'Minah' Shah Alam yang jadi mek Kelate dlm CK-K neh. Saboo jahh..hihhii



p/s: 'posisi' kedua terakhir mahupun paling akhir tidak menjejaskan 'kepentingan' malahan memberi kesan yang sangat2 mendalam...paham tak?? hihihihi...



Saturday, January 7, 2012

Jom Cari Blogger Setempat

     
     Nama : ROSHIDAYU CHE MAT (AKUZLE AYU)

     Umur: 34 TAHUN (2012)

     Alamat url blog:-
     1.  http://nasikerabubuahtanjung.blogspot.com/

     2. http://wheretoeat-akuzle.blogspot.com/

     3. http://www.bendasedap.blogspot.com/

       Lokasi : Seksyen 25, Shah Alam, SELANGOR.

 

Monday, October 24, 2011

Mata Sudah Bertentang...

     Alhamdulillah! Adik Iffah, Mama, Abah n Abang Imran baru balik dari bertentang mata ngan uncles n aunties kat umah Aunty Kakcik. Semer happy walaupun penat sikit. Adik Iffah nak mintak maaf ngan Aunty Kakcik pasal Mama n Abah tak sempat nak tolong kemas2. Abang Imran dah penat n Adik Iffah pon nak sambung tito so kener mintak diri dulu. Ini Mama dah 'snap'kan kehadiran pada kali ini. 

Ramai kan? Tapi ader uncles n aunties yg tak sempat nak tulis kehadiran. Dah seronok berborak kan?

     A.I pon rasa penat neh so A.I tempek jer gegambo semer beserta caption dier yer?.....

Sebelum bertolak. Sorry A.I tak larat nak senyum psl mantoklah...nak ...krrooh....krroohhh

Ini antara juadah yang dibawa. Ada donashi gaks.

Tgklah uncles n aunties yg hadir.

Ado lagik neh.

Uncle Azrul cuba nak kawan ngan A.I tapi A.I seganlah, Uncle. A.I minta maaf yea? A.I harap Uncle Azrul tak amek ati.

Neh Aunty Acu. Cian Aunty tak cihat tp mai gaks pasal dah janji kan? A.I doakan Aunty cepat cihat..Amin3!!


Ini MummyZiyyad yg bikin. Mama kata syg nak makan pasal cantik sgt. Tapi, Abang Imran dah mkn dulu.

     Huwaarrgkhhhhh!!! Ouuppss.... Adik Iffah dah tak tahan mantoklah. Kalo nak tgk pics lagik semer, jgn lupa add FB Mama yea? Wasallam semerrr...

Yang Penat,


Adik Iffah

p/s: Mama pesan suh ucapkan tengkiu kat Aunty Kakcik psl sponsor tempat, pinggan mangkuk, tenaga dll, Aunty Azieazah n juga Daddy Ziyyad atas coklat n fridge magnet yg comey tuh...