GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label gathering bloggers. Show all posts
Showing posts with label gathering bloggers. Show all posts

Saturday, May 30, 2015

Makan di U-Cafe Wangsa Walk

Dah lama tak dapat jemputan 'food review'. Alhamdulillah kali ni Jamar Bahar jemput untuk merasa hidangan di U-Cafe Wangsa Walk, Wangsa Maju. Terima kasih, bro. Tentu korang tau tempat ni kan?

Nak cari lokasi kafe ni tak susah. Korang masuk ikut pintu utama Wangsa Walk terus nampak tempatnya kat depan ni. Dua tingkat lagi. Kat atas korang boleh pilih nak makan 'indoor' yg berhawa dingin atau 'outdoor' kalau nak berpanas dan berpeluh sikit.





Pembuka selera iaitu kerabu taugeh. Memang terbuka selera u ols. Minuman plaks macam air pudina asam.




Platter makanan laut. Ada sotong dan udang celup tepung beserta 4 ketul isi ikan salmon. Sesuai gaks untuk 'starter'.






Combo platter. Ada kentang 'fun fries' dan 'wedges', isi ikan bersalut 'jaring' rangup, ikan dori celup tepung dan ayam goreng. Ayamnya aku suka. Berjus dan lembut walau dah lama dihidang. Kompom ayamnya segar.






Lagi satu pembuka selera, salad bersama roti perancis. Atas roti tu ada sambal ikan bilis kering. Memang membangkitkan selera.







Spghetti karbonara dengan kepingan daging. Sosnya agak cair tapi oklah tak muak sangat.







Dua pinggan stik yang tak sama ye? 1 ada campuran lamb shank dan ayam gril. Lagi satu memang lamb shank je. Ok juga rasanya.






Nasi putih dengan ikan talapia goreng rangup dengan sayur acar kobis dan sambal kicap. Nampak 'humble' dan ringkas tapi rasanya kelas pertama! Ikan tu nampak macam masin tapi sebenarnya tidak. Sesuai sungguh gandingannya acar kobis/sayur campur dan kicap tu. Sedap sangat. Ada 'chia seed' kat nasi putih tu.







Nasi putih dengan sayur campur dalam bakul keladi. Pertama kali rasa bakul tu. Ringan je rupanya. Tak berapa suka. Lauknya ayam mentega. Boleh diterima. Tapi sayur kacang botol tumis sambal tu pedas sangat. Pedih lidah. Haha






Udang tumis sambal dengan asparagus. Ku suka gaks. Sedap ratah2 sayur mahal ni. Haha..






Nasi goreng bersama isi ketam dalam daun lotus. Biasa je bagi aku.







Nasi lemak rendang ayam. Tengok kacang tanah dia punya besau. Masa ni perut aku dah tak larat nak terima makanan dah. Sendat oi!. Haha..







Nasi putih dengan kari hijau ayam. Alamak! Kegemaran ni. Sesal kalau tak rasa. Amek sesudu nasi dan lauk. Aduh, sedapnya! Lain kali datang nak pesan ni. Highly recommended! Abe Zam makan separuh.






Mi kari. Besar sungguh mangkuknya. Aku dah tak larat tapi tengok rupa macam sedap. Depa ni dok makan nampak sedap. Karinya pekat dan isi boleh tahan.







Kue teow goreng. Nampak sedap. Sedap kots. Haha..








Nasi lemak paha ayam. Nampak menyelerakan tapi perut dah sendat. Larat tengok je.







Mihun goreng dengan kupang. No komen pasal tak rasa. Dah sendatttt perut!







Menu terakhir. Kegemaran plaks. Tapi memang tak sampai hati nak dera perut lagi. Asam Laksa. Kuah nampak pekat. Lain kali nak pesan ni gaks.



Memang mewah 'food review' kali ini. Itu pun aku tak rasa nasi kukus depa pasal sampai lambat. Kalau tak.. Huhu. Aku nampak nasi kukus ayam berempah tu banyak. Ayam pun agak besar. Bulan puasa ni U-Cafe ada buat buffet Ramadhan dan menu nasi kukus. Harga korang boleh tanya Rachel di nombor 019-3133668. Nak tempah untuk sambutan hari jadi atau apa-apa jamuan pun boleh. Ikut tema pun depa layankan. Yang penting hubungi Rachel tu tau?





Yang pompuan tu Rachel takkan yang lelaki tu plaks kan? Nick ke nama dia tu. Aku lupa.. Huhu

Apalagi korang? Jomlah terjah. Ini baru tunjuk makanan. Belum minumannya yang ada macam-macam jenis dan banyak pilihan.. Kat FB 'like' page depa U-Cafe Wangsa Walk...

posted from Bloggeroid

Thursday, June 6, 2013

Sesi BBQ Bloggers Jun 2013

     Dah lama tak berjumpa dan berkongsi juadah rupanya. Dah agak lama juga tarikh dan masa difikirkan. Akhirnya 1 Jun ada lagi rezeki kami berjumpa lagi. Tempatnya macam biasa di Musollah Ehsan, Bandar Baru Bangi.

     Macam biasa orang kuat sampai dulu. Sapa lagi kalau bukan Kak Azie Azah dan Iyra Mutalib. Kali ini dapat bersua juga dengan Pena Rozie. Kul 10 pagi depa dah sampai kooo.. Pastu aku dan keluarga menyusul dalam kul 2 lebih. Tempat dah bersusun jadi Abe Zam siapkan tempat untuk masak char kuey teow.

Tuan umah yang gembira sangat. Di sebelah kiri adalah suami Eja Eskobar dan sebelah kanan pula suami Acik Erna.

     Lepas tu, Ayah Zain, Kak Ida Mahmud dan Bunga Mawar pula sampai. Abah Zino, Acik Erna bersama keluarga singgah sebentar di sebalik kesibukan menghadiri kenduri kendara. Kak Junaina bersama keluarga juga hadir (pulut sekaya tuh besh ah, kak. nanti buat lagi noo?) dan Kak Ain Noraini bertiga beranak sahaja. Kak Azwa Kamar hadir bersama anak bujang beliau beserta kekuih yang banyak. Sample kuih raya pun ada so kalau nak tempah boleh hubungi beliau. Dapat juga kenal dengan Kak Wangi yang dok kat Kajang jer. Jangan dilupa orang agak jauh iaitu Cik Yan kita.

     Seterusnya sesi bergambo secara berjemaahlah...

Aku nak isi mangkuk, depa ajak bergambo. Laayaannn..

Ini pun nak enterprame gaks.

Setelah agak lama dok sentuh2 Mujib, akhirnya Uwan berjaya juga mengkidnep beliau...ahahhah

Kompom korang penah tengok gambo ini tapi dari sudut berbeza kan?

     Pada sebelah malamnya ada lagi yang nak berkunjung. Bukan 1 keluarga malahan dua. Jadi kemeriahannya bersambung selepas maghrib. Makan lagiks!

Atuk cakap kalau tak berpeluh, beliau tak selera makan..eheheh

 Tuan dokter dan memnya tak peduli lensa kamera dahhh..


     Macam biasa, gathering kali ini tersangat meriah. Meriah dengan rejeki, meriah gelak ketawa dan meriah dengan ukhwah. Alhamdulillah. Terima kasih atas kerjasama semua. Paling berharga, kami sekeluarga nak ucapkan terima kasih pada kak Anyss Je pasal menjadi pelanggan pertama char kuey teow-masak-di-rumah kami. Kami mendoakan tempahan tak putus2 lepas ini. GGori hok molek kato ore Kelate. Amin3...

     Macam biasa, kami tertunggu-tunggu gathering seterusnya. Macam Kak Azie cakap, Raya kots. Insyaallah...

Friday, January 25, 2013

Teruja

     So many things to be done. Exhausted but happy. Things that I love most. Doakan yang terbaik utk aku, Abe Zam dan anak2 yea? Amin3...

Dapat jemputan makan di sini atas tiket blogger. Bangga! Terima kasih, Sumijelly dan tuan kedai.

  Dapat 'geder2' lagi.

 Abe Zam akan mula berniaga makanan gerai iaitu char kuey teow di restoran ini. Bermula 1 Februari 2013. Tempatnya di Kemuning Utama berhampiran KFC dan Pizza Hut. Jemput datang dan rasa. Kalau tak sedap, sila komen untuk penambahbaikan.

Syukur kepada ALLAH. Apa lagi yg kita nak kan?

Thursday, November 29, 2012

Kenduri ke Jimba

     Lepas puas makan kenduri, buah rambutan dan cendol Behrang, kitorang buat plan tokojut2 plaks. Sementelah Acu pon ado sekali jadi kenapa tidak g jumpa Kak Azian Elias plaks. Nak tunggu aku ke Butik Canggih beliau lambatlaaa lagih...

     Balik anto Abang Imran yang masih dalam pantang berkhatan, Cik Abe dan Adik Iffah, aku dan Acu zooommmm plaks ke SACC Mall. Nak berpot pet ngan Kak Yan kat sana.

Sembang topik apa agaknyer?

Yang penting dapat merasa ini...keh3

Dapat juga berborak ngan Chef Ciju. Masa jumpa kat Tasik Cempaka dulu ala2 memalu kambing lagih. Now udoh bertempuk tampau....kih3

     Kalau udoh 2 bloggers yang selalu jalan2 keliling pusing dunia berjumpa, topik aper lagi diperbincangkan kan? Gua dongar yor... dapat ilmu2 baru...alhamdulillah!! 

     Dari cerah sampai gelap dok beborak. Dalam restoran membawa ke luar plaks. Hebat sungguh. Gegambo makanan dan entri mengenainya aku terfikir nak buat kat 'dapo' aku. Tuh pon kalo rajin..eheheh 
  
     Yang penting semer gembira dapat jumpa semula. Bukan senang nak kumpul sesama begini. Yang penting lagik baper banyak punyer penting daaaa.. TERIMA KASIH BEBANYAK, KAK AZIAN ELIAS KERANA BELANJA N LUANGKAN MASA BERSAMA KAMI... nanti kita bole plan geder2 macam neh lagi...

 Konyang, hepi, syukurrr punya muka...ehehehe

Baca selanjutnya kat entri Kak Yan yang ini...

Wednesday, November 21, 2012

Jemputan Bloggers Jelajah Johor 2012

     Aku dengan rendah hati nak menjemput rakan2 bloggers yang free pada Disember ini untuk turut serta melawat rakan2 bloggers di selatan. Butirannya adalah seperti berikut:-

TARIKH : 1-2 Disember 2012 (Sabtu dan Ahad)

MASA : 9 pagi

  Bloggers yang akan dilawati : Cik Mat Gebu, Citarasa Rinduan dan Kak Zakie

Aturcara:

8.30 pagi - Berkumpul di Plaza Tol Seremban

9.00 pagi - Bertolak ke kediaman Cik Mat Gebu

12.00 tgh - Dijangka tiba. Makan tengahari.

Aktiviti seterusnya bergantung kepada kelapangan masing2. Kalau nak terus melawat2 Johor bole 'kawtim' ngan Citarasa Rinduan. Penginapan korang kena cari awal2. Nak tito umah CR pon bole so malamnya korang leh gebang2 ngan beliau sampai pagi. Kalau nak lajak ke Kota Singa jangan lupa bawa pasport dan duit berguni. hehhheheheh...

Amacam? 

 Tengok makanan sedap, teringat ketiga2 bloggers neh...

Thursday, October 25, 2012

Bloggers, Moh Ber'gathering' ke Senawang Plaks

     Pada kesempatan ini, saya dengan rendah hati nak menjemput korang semua berkumpul dan berukhwah sekali lagi. Butir2nya..

Tarikh    : 18/11/2012 (Ahad)

Masa      : 2.00 hingga 5.00 petang

Tempat   :  Rumah Tn. Hj. Hamzah (Pakngah) Al-Lavendari di Senawang, Negeri Sembilan

Konsep : Potluck

     Sila sahkan kehadiran korang pada entri ini di blog Kakcik.

 Korang tak teringin nak bergambo n menikmati pemandangan cantik ini? Abil Fikri pon nak datang... ada kuiz mudah dan hadiah yang dianjurkan oleh tuan umah. Kalau malas tatau nak cari jalan, boleh kita konvoi reramai. Jemputlah yea?

Monday, October 22, 2012

Saja-saja

Gambo hasil bidikan Khairul Hakimin semasa Gathering Glamer Raya tempoh hari. Any comment?

Friday, October 5, 2012

Gathering Glamour Raya Bloggers 2012 - 3

     Sapa kata dah abes? Belum yea? Kat entri nombor 1, kononnya aku nak taip pasal gath neh setiap hari selama seminggu. Apa jadi? GAGAL! Pasal penat n TAK DAN NAK TAPAU... har3

     Aku rasa nak 'cover' pasal gath neh untuk 4 entri. Tinggal lagi 1. Kali ini aku nak kongsikan mengenai rakan2 blogger yang pertama kali berjumpa... jeng3... bersiap siagalah untuk berkenalan...

Eazy Izzuddin. Selama neh dok komen2 blog dier n fb, baru berkesempatan bersua muka. Tengoklah betapa mesranya tuan umah melayan tetamu. 

Berbaju biru muda di sebelah kiri adalah Khairul Hakimin, pemilik kuahkari.com. Sangat 'generous' men'snap' gambo reramai. Tak cukup dengan itu, siap kasi 'pree' pose keluarga. Kalo tak, nak bergambo asyik tak cukup ahli keluarga. Akak sangat berterima kasih, Kerol! Belah kanan berbaju merah pula Inchek A.F.A@ Ahmad Fauzi Aryan. Ex-classmate si Afasz... gitu plaks yea? Kawan juga kepada Eazy Izzuddin... Baru aku pasan yg gaya posing n muka si Pojie neh mcm Azmil Mustafa.keh3..

Ku tempek lagi gambo kegemaranku ini. Pak Ngah Hamzah yang peramah, mesra dan kelakar seperti tulisan2 beliau di al-lavendari yang sekerat pohon lavender pon takder kat situ.

 Ini plaks Mak Ngahnya. Amboiii! Sweetnyer Mak Ngah. Patut Pak Ngah terpikat.. laaarriikssss!!...eheheheh

Dari kiri: Iyra, Munna, Aku dan Dee. Iyra n Dee neh 'ahli' geng pelangi. Depa pon selalu gaks 'geder2' n sangat rapat. Gua suka baca entri2 'gathering' depa. Angpa berdua nanti next gath silalah ajak geng2 pelangi yg lain yek? Munnafendy si pengantin yg bole dikatakan baru mcm dak Afasz hadir bersama cik abe beliau. Dengar kata dah 'berisi'. Tahniah!

Tudia dok bersanding. Orang2 Putrajaya; Makchaq n Izzy Izzuddin. Nama bole sama ngan Eazy Izzuddin. Kawan plaks kekdahnya. Si Izzy sungguh gigih mai naik teksi dari Putrajaya. Respek! Balik nompang mak angkat segera beliau inilah.. Baca blog Makchaq, perut keras kejung dok gelak..hihii

 Rai Ourkizuna. Nak balik baru nak peluk2 yea? padahal dah lama lelepak tapi tak bertegur...ahah!


Beliau adalah rakan sekerja PCL. Datang pon ngan PCL diiringi adik2 dan ayah beliau. 

 Kak Maiyah. Saya suka akak tempek gambo akak tuh kat gambo reramai.

 Disebabkan Kak Long neh menjadi 'flashlady' pada hari itu, maka sekeping gambo beliau pon takdo dalam 'memory card' den. Ciloklaa appa lagik..

     Rasanya semer dah disebut kots. Selamat berkenalan kepada yang baru kenal. Semoga ukhwah kita terus mekar selepas ini. Yang dah banyak kali jumpa, terasa lebih mesra dan erat persahabatannya.

Tuesday, September 25, 2012

Gathering Glamour Raya Bloggers 2012 - 2

Adeh! Mata tebal x larat nk bukak dah. Nak bukak netbook pon bercinta. Tapi, tetap nak mengotakan janji gaks. Dok belek2 'note' neh, nasib baek ada gaks tersnap gambo kelmarin. Ada yg mmg aku snap. Ada gaks Abg Imran yg snap.
Masa bila depa snap pic neh pon tatau.. Elok aja terselit papa depa tuh. Dara sunti ini puteri sulung Kak Ainoraini. Btui kots sulung pasal muka ngan Kak Ngah tuh lebih kurang sama. Nama suda lupa. Amek SPM tahun neh. Aku rasa tahun ini antara yg berdebo buat Kak Ain n Cik Abe nyer. Manakan idak, ketiga2 anak dara depa amek peksa penting. Belum masuk Si Bongsu yg peksa tadika. Btui kaa tadika? Main serkap jarang ajer den.. Har3..UPSR dah lepas. Ada lagi PMR n SPM. Good luck yea, Kak Long..
Ini adalah menu bawaan Kak Azwa Kamar atau Mama Wana.. Kak Azwa tiba jam 4.50 ptg bersama anak bujang beliau..
Atoii! Nk taip lagi pon takbley psl budak yg sopan bertudung itu ngah pasang speaker now. Agaknya jiran2 aku ngah tensi now. Asal aku kne g skola pagi ginilah dier. Melalak pagi2 buto.. Adess!