GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label Wangsa Maju. Show all posts
Showing posts with label Wangsa Maju. Show all posts

Saturday, May 30, 2015

Makan di U-Cafe Wangsa Walk

Dah lama tak dapat jemputan 'food review'. Alhamdulillah kali ni Jamar Bahar jemput untuk merasa hidangan di U-Cafe Wangsa Walk, Wangsa Maju. Terima kasih, bro. Tentu korang tau tempat ni kan?

Nak cari lokasi kafe ni tak susah. Korang masuk ikut pintu utama Wangsa Walk terus nampak tempatnya kat depan ni. Dua tingkat lagi. Kat atas korang boleh pilih nak makan 'indoor' yg berhawa dingin atau 'outdoor' kalau nak berpanas dan berpeluh sikit.





Pembuka selera iaitu kerabu taugeh. Memang terbuka selera u ols. Minuman plaks macam air pudina asam.




Platter makanan laut. Ada sotong dan udang celup tepung beserta 4 ketul isi ikan salmon. Sesuai gaks untuk 'starter'.






Combo platter. Ada kentang 'fun fries' dan 'wedges', isi ikan bersalut 'jaring' rangup, ikan dori celup tepung dan ayam goreng. Ayamnya aku suka. Berjus dan lembut walau dah lama dihidang. Kompom ayamnya segar.






Lagi satu pembuka selera, salad bersama roti perancis. Atas roti tu ada sambal ikan bilis kering. Memang membangkitkan selera.







Spghetti karbonara dengan kepingan daging. Sosnya agak cair tapi oklah tak muak sangat.







Dua pinggan stik yang tak sama ye? 1 ada campuran lamb shank dan ayam gril. Lagi satu memang lamb shank je. Ok juga rasanya.






Nasi putih dengan ikan talapia goreng rangup dengan sayur acar kobis dan sambal kicap. Nampak 'humble' dan ringkas tapi rasanya kelas pertama! Ikan tu nampak macam masin tapi sebenarnya tidak. Sesuai sungguh gandingannya acar kobis/sayur campur dan kicap tu. Sedap sangat. Ada 'chia seed' kat nasi putih tu.







Nasi putih dengan sayur campur dalam bakul keladi. Pertama kali rasa bakul tu. Ringan je rupanya. Tak berapa suka. Lauknya ayam mentega. Boleh diterima. Tapi sayur kacang botol tumis sambal tu pedas sangat. Pedih lidah. Haha






Udang tumis sambal dengan asparagus. Ku suka gaks. Sedap ratah2 sayur mahal ni. Haha..






Nasi goreng bersama isi ketam dalam daun lotus. Biasa je bagi aku.







Nasi lemak rendang ayam. Tengok kacang tanah dia punya besau. Masa ni perut aku dah tak larat nak terima makanan dah. Sendat oi!. Haha..







Nasi putih dengan kari hijau ayam. Alamak! Kegemaran ni. Sesal kalau tak rasa. Amek sesudu nasi dan lauk. Aduh, sedapnya! Lain kali datang nak pesan ni. Highly recommended! Abe Zam makan separuh.






Mi kari. Besar sungguh mangkuknya. Aku dah tak larat tapi tengok rupa macam sedap. Depa ni dok makan nampak sedap. Karinya pekat dan isi boleh tahan.







Kue teow goreng. Nampak sedap. Sedap kots. Haha..








Nasi lemak paha ayam. Nampak menyelerakan tapi perut dah sendat. Larat tengok je.







Mihun goreng dengan kupang. No komen pasal tak rasa. Dah sendatttt perut!







Menu terakhir. Kegemaran plaks. Tapi memang tak sampai hati nak dera perut lagi. Asam Laksa. Kuah nampak pekat. Lain kali nak pesan ni gaks.



Memang mewah 'food review' kali ini. Itu pun aku tak rasa nasi kukus depa pasal sampai lambat. Kalau tak.. Huhu. Aku nampak nasi kukus ayam berempah tu banyak. Ayam pun agak besar. Bulan puasa ni U-Cafe ada buat buffet Ramadhan dan menu nasi kukus. Harga korang boleh tanya Rachel di nombor 019-3133668. Nak tempah untuk sambutan hari jadi atau apa-apa jamuan pun boleh. Ikut tema pun depa layankan. Yang penting hubungi Rachel tu tau?





Yang pompuan tu Rachel takkan yang lelaki tu plaks kan? Nick ke nama dia tu. Aku lupa.. Huhu

Apalagi korang? Jomlah terjah. Ini baru tunjuk makanan. Belum minumannya yang ada macam-macam jenis dan banyak pilihan.. Kat FB 'like' page depa U-Cafe Wangsa Walk...

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 15, 2011

ENTRI KEDAUNG PERTEMUAN DENGAN 2 BLOGGERS

     'Kejadian' ini berlaku tahun lepas. Bulan baper eks? Lupo.. kalo ado dekat gambo2 nanti itulah tarikhnyer. Bukannyer aper tak buat entri cecepat tuh. Pasal apa? Pasal tak 'dan' n bila 'dan' plaks kemalasan menghantui. Standard ah tuh kan? ..huhuhuhuhu... so sorry kepada kedua2 bloggers terbabit...
      Jumpa beliau yang berdua ini tiadalah lain dari menunaikan janji menyumbang hadiah untuk contest Kak Ina KL tersayang. Depa berdua neh merupakan pemenang kedua dan ketiga. Kebetulan plaks kedua2nya dok area2 Wangsa Maju/Keramat so sekali harunglaaa 'upacara' penyampaian hadiah2nyer. 
     Dek kerana nak jumpa depa gaks maka aku mengenali Wangsa Walk yang digembar-gemburkan tuh. Saja cari pasal alasan kan?...ehheheheh..

Ok, ada date kt situ. Bln 11 eks? Ini minuman den. Soya Red Bean. A good mixture. Dalam bekas tuh tester cokolat home made akak ipau aku. Nak hoder boleh. Sebekas yg besau (bekas yg korang nmpk tuh kecik yea?) tuh rm15. Order kt www.bendasedap.blogspot.com yea?...eheheheh

 Mana 1 WanMus? Mana 1 Zuriey? Sila teka...hikhikhik...

 Kebetulan kt WW arituh ader 'car fair'.Merasa gak den nerai ASX Mitsubishi tuh. Neh gambo kenangan b4 we all balik.

      Wan Mus neh koje ae usahawan internet. Nak citer bebyk pon gue x reti. Pendek kata, koje mcm beliau tak yah kener maki2 hamun dek org2 atasan mahupun pelanggan. And bab masa, suker hati beliaulah nak start koje kul bpe dan hari apapun. Isteri beliau pon tak bising tnya2 "bila abg nk g kje? Kul bpe abg nak balik?". Rasanya Wan Mus neh dah nak jadik daddy. Ker wife beliau dah 'deliver' eh? Per2 hal korang jengah2 ah 'umah' Wan Mus neh. Banyak ilmu beliau turunkan kt sana terutama pasal internet biz, internet coaching dan lelain lah. Cekidaut at sinihhh.

     Lagi sorang plaks merupakan staf dekat Pos Malaysia. Tapi kalo surat korang lambat sampai or rega setem naik, korang jgn g 'bombard' blog beliau plaks pasal beliau tak menjaga urusan dan isu2 sebegitu. Kang  pree2 jeks kono saman....hwehwhehhwe.... Tulisan2 beliau bole dibaca di 'umah' ini
     
     Itulah pengalaman den berjumpa dgn 2 bloggers yang tidak kurang hebatnya.