GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Friday, October 20, 2017

Nasib Sebuah Blog

     Terjebak membuka dan menulis blog bermula dari kegemaran membaca blog orang lain. Pengalaman dari orang lain sangat menarik perhatian untuk menulis pengalaman sendiri dan manjadi tatapan orang lain pula. Dari situ, menggelarkan diri sendiri sebagai seorang blogger. Uniknya kerja dan gelaran ini boleh diletakkan sendiri tanpa ada pengiktirafan. Daftar dan mula taip, siap. Kita dah bergelar blogger.
     Dulu, blog adalah tempat aku melupakan masalah dan tekanan bekerja tapi mengelak untuk menulis perkara yang negatif. Ok, ada juga kadang-kadang tersesat luahan hati bila tak tahan sangat nak tanggung sendiri. Kebanyakannya berkisar tentang perkara yang jauh dari kerja hakiki sendiri. Bila bosan dan tiada ilham menaip, mulalah aku baca catatan terdahulu. Terhibur hati dan dapat mengenang kisah lalu.
     Kali terakhir aku menaip, sudah lama. Sudah setahun rasanya, simpati pula kat blog ni. Macam dah dibuang terus. Bila nak, datang. Bila tak nak, tinggal terus. Dilupakan terus. Memang kesian nasib kau, blog. Kalau blog ni hidup, dah lama dia merajuk dan tak hiraukan aku dah…
     Selepas hari ini, tak taulah bila pula aku nak menjengah ke sini. Sekarang ni cuti bolehlah. Minggu depan dah kerja balik jadi mungkin 2 bulan lagi aku kembali ke sini. Insyaallah jika umur masih ada.
     Begitulah nasib sebuah blog…


Bebudak ni pun dah besar. Imran pernah tanya macam mana nak tulis blog minggu lepas. Nak mewarisikah? :-)

Tuesday, October 14, 2014

Kosong, kosong, kosong

Kalau dah namanya blogger yg ada blog, semestinya ada entri. Blogger otai pernah cakap, blog yg baik perlu 'updet' sekurang2nya 1 entri sehari. Nampak konsisten kan? sapa yg cakap ni? Baru teringat. Anarm Khairul yg cakap ni. Eh, tak reti plak nak letak link.

Kenapa tajuk kosong? Pasal akhir2 ni takde idea plaks dah. Otak dan minda kosong. Bahaya juga ni kan? Nak menaip tapi otak malas nak pikir. Ada juga macam ni ya? Alah, nama pun manusia. Byk ragam, banyak songeh.




Belah kanan bukan air kosong. Lupa dah aku nama airnya.


Korang pernah terasa kosong?

P/s: ok siap 1 entri.. Keh3

posted from Bloggeroid

Tuesday, March 6, 2012

Projek 100 Bloggers

     Blogger retis nan seorang neh nak 'all-out' 1 projek yang menarik bagi aku. Syarat2nya ada kat sinik. Kalo nak diikutkan, memang banyak syarat yang aku tak layak tapi berpegang kepada prinsip 'belum cuba, belum tau' dan keazaman, minat serta komitmen yang tinggi, aku nak cuba. Dalam kelas pon dok selalu motivasikan budak2 kelas belakang tuh sampai depa bersemangat sungguh belajo English, kenapa tidak aku sendiri yang 'walk the talk' kan? Chaiyok2 kepada diri aku sendiriii!!!

     Korang? Takkan tak rasa tercabar kots? Mohler kita jadikan minat kita di alam maya ini sebagai satu jalan untuk meng'upgrade' diri sendiri.... jadikan ianya berhasil, bermakna dan bukan sia2...

 Iniler buktinyer yang beliau neh blogger retis. Dier takder, majlis tarak jalan owh....kuikuikuikuikui..

Saturday, January 7, 2012

Jom Cari Blogger Setempat

     
     Nama : ROSHIDAYU CHE MAT (AKUZLE AYU)

     Umur: 34 TAHUN (2012)

     Alamat url blog:-
     1.  http://nasikerabubuahtanjung.blogspot.com/

     2. http://wheretoeat-akuzle.blogspot.com/

     3. http://www.bendasedap.blogspot.com/

       Lokasi : Seksyen 25, Shah Alam, SELANGOR.

 

Saturday, February 12, 2011

Menikmati Hujung Minggu

     Setiap orang yang bekerja memang menunggu2 hari Jumaat. Kenapa Jumaat? Kerana lepas Jumaat adalah hari Sabtu...theheheheh... ok, dah hari Sabtu ada apa? Yerler, Jumaat adalah hari terakhir bekerja untuk minggu tersebut. Sabtu dan Ahad di tunggu untuk berehat setelah 5 hari bekerja. Ahhhhh.... 'release'lah kejap semer tekanan, bebanan dan permasalahan kerja. Sabtu bole bangun lambat. Lepas tuh, takyah nak terjerit2 kejutkan anak yang kener g skolah. Kalo kecik lagi, kener mandikan, gosokkan gigi, siapkan, pakaikan baju dan menghantarnya ke tadika. Dan lepas tuh, balik umah baru boleh rehat skets...phewww!!!
      Bagi yang tengah berkasih2an tuh, masa neh time nak datinggg... Tapi awas yea? Kener ingat2 lagu 'Saling Berpacaran' tuh kalau taknak ingat pesanan mak bapak or orang2 tua.


      Bagi aku, ujung minggu adalah masanya untuk aku............

blog ini. Kalau aku koje depan pc manjang, siaplah hari2 aku updet. Tah2 every hour kots sampe termuntah2 ijao kang korang baca entri2 aku.

     Tapi, next week; Sabtu merupakan hari kerja plaks.Huh!Mengenangkannyer pon aku rasa fenat... bilerlaaa aku nak bertukar keja neh?...huhuhuhuhu
      Yang paling sesuainya aku rasa, ujung minggu neh adalah waktu yang sangat2 sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga tersayang. Dah 5 hari tuh kita dok berjauhan laki bini dan anak beranak, jadinya amek masa 2 hari neh untuk bertanya khabar pasangan dan anak2. Kalau tak boleh, kener cuba bagi boleh kan? Kecualilah kalau rutin kerja korang tuh pelik sikit. Itupun korang cubalah cari2 n plan2 masa yang sesuai... SELAMAT BERGUMBIRA DI HARI SABTU DAN AHAD!!



p/s: Selasa cuti yey!!

Saturday, August 7, 2010

Perubahan Positif

     Orang kata, esok mesti lebih baik dari hari ini. Dalam Islam pun ader sebut macam tuh. Maknanya, manusia tidak boleh tidak, perlu berubah. Berubah macamana? Berubahlerr... sudah semestinya dari dari buruk ke baik. Dari baik ke lebih baik. Dari lebih baik ke terbaikkk!!! Dari takder ke takder. Dari banyak ke sikit. Errr....btui ker yang last tuh? Acah2 jer tuh coz aku nengok adik Man kiter macam tak paham dan terkuap-kuap plaks.

     Kalau dari banyak ke sikit tuh bukan namanya perubahan positif. Itu dah jadik mundur plaks. Korang taknak jadi mundur kan? Saper ndak tapi kadang-kala hati kata tidak tapi perbuatan menunjukkan sebaliknya. So, hati2, bebs!!

     Aku mula berblog pada tahun 2008. Orang ader blog, aku pun taknak ketinggalan. Dulu blog slalu dibiarkan bersawang tapi sekarang, kalau sehari tak tengok blog terutama hari Isnin, rasa buntut macam tebakau. Takleh nak duduk or wat kje ngan aman. Hari ini, aku nak berbangga sendiri even orang tengok rasa menyampah sebab blog aku dah ader perubahan positif, yakni dari sikit ke banyak. Korang tgkler....ehehehehhe

Positive enough aite? ehehehhe....

Sunday, July 11, 2010

Kenapekah??

     Dah lama mender bengong neh terjadik... dah macam blog oku plaks. Bukan blog orang OKU tapi blog neh yg oku. Ker nak kena tukar template plaks?? Pasai aku dah boring, dok godek2 (ngan cara yg aku taulaa) pon dak jadikkkk... dah geram tahap gaban neh...

Berasas ker tak tahap kegeraman aku dah sampai level gaban?

eh2... lupa nk letak frame..... biorlaa, nmpk authentic sikits, mak budak baru blaja kan? hohohohooh...

p/s: Sumijelly, akak pakai crop Photoscape neh...hhehehehe, tqvm 2 dik Sumi.