GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Friday, October 20, 2017

Nasib Sebuah Blog

     Terjebak membuka dan menulis blog bermula dari kegemaran membaca blog orang lain. Pengalaman dari orang lain sangat menarik perhatian untuk menulis pengalaman sendiri dan manjadi tatapan orang lain pula. Dari situ, menggelarkan diri sendiri sebagai seorang blogger. Uniknya kerja dan gelaran ini boleh diletakkan sendiri tanpa ada pengiktirafan. Daftar dan mula taip, siap. Kita dah bergelar blogger.
     Dulu, blog adalah tempat aku melupakan masalah dan tekanan bekerja tapi mengelak untuk menulis perkara yang negatif. Ok, ada juga kadang-kadang tersesat luahan hati bila tak tahan sangat nak tanggung sendiri. Kebanyakannya berkisar tentang perkara yang jauh dari kerja hakiki sendiri. Bila bosan dan tiada ilham menaip, mulalah aku baca catatan terdahulu. Terhibur hati dan dapat mengenang kisah lalu.
     Kali terakhir aku menaip, sudah lama. Sudah setahun rasanya, simpati pula kat blog ni. Macam dah dibuang terus. Bila nak, datang. Bila tak nak, tinggal terus. Dilupakan terus. Memang kesian nasib kau, blog. Kalau blog ni hidup, dah lama dia merajuk dan tak hiraukan aku dah…
     Selepas hari ini, tak taulah bila pula aku nak menjengah ke sini. Sekarang ni cuti bolehlah. Minggu depan dah kerja balik jadi mungkin 2 bulan lagi aku kembali ke sini. Insyaallah jika umur masih ada.
     Begitulah nasib sebuah blog…


Bebudak ni pun dah besar. Imran pernah tanya macam mana nak tulis blog minggu lepas. Nak mewarisikah? :-)

Tuesday, October 28, 2014

Pengalaman Menggunakan Cool Hijab

     Kita semua dah biasa dengan gel dan minyak rambut kan? Tapi, yang biasa menggunakan kedua-dua produk ini adalah kaum lelaki. Bagaimana pula dengan kaum wanita? Kalau yang 'free hair', mereka akan guna serum rambut dan sebagainya. Yang bertudung?

     Aku berpeluang mencuba satu produk yang baru dalam pasaran.  Produk ini sesuai sekali dengan mereka yang bertudung. Yang tak bertudung pun boleh je nak pakai. Takder hal punya. Apa nama produk yang aku maksudkan ni? Jom tengok..

Inilah Cool Hijab

     Cool Hijab ini merupakan sejenis serum rambut terbaru dalam pasaran. Belah kiri tu aku punya tester untuk 'review' produk. Isipadunya 15ml. Belah kanan adalah yang berada dalam pasaran. 
Harga bagi sebotol isipadu 30ml adalah rm70. Nampak macam mahal kan tapi sebenarnya produk ini tahan sebulan hingga dua bulan jika dipakai secara berhemah. Hanya pamkan sekali atau dua ke tapak tangan dan ratakan ke dasar rambut iaitu ke kulit kepala dan terus pakai tudung. Senang je kan?

     Sesuai namanya, Cool Hijab ni memberi kesan sejuk dan berangin semasa dipakai. Macam aku ni, rambut senang sangat terkeluar dari tudung pasal panjangnya tak sekata jadi sesuai sangat nak kemaskan rambut supaya tak terjuntai je. Serum Cool Hijab ni memang 'memegang' rambut supaya rapi je walaupun dalam tudung. Tak perlu aku sentiasa nak betul2kan tudung aku. Sungguh rimas.

     Selain menyejukkan kulit kepala, Cool Hijab ini berbau wangi. Ia menghilangkan bau hapak rambut akibat kelembapan peluh dan rambut yang tidak dikeringkan dengan betul selepas mandi. Jadi, aku rasa lebih yakin tidak seperti sebelum ini rasa was-was sama ada kepala ni tak berbau yang busuk.

     Lagi satu yang aku suka pada Cool Hijab ni adalah botolnya. Ia tak ada 'straw' yang mengeluarkan serum apabila dipam tapi menggunakan kaedah tekanan biasa sahaja. Bila korang beli dan guna baru lebih paham apa yang aku maksudkan ye? Teknologi botolnya aku baru pertama kali tengok. Kagumlah juga.

     Info lanjut korang boleh tengok dan baca kat laman webnya dan FB depa. Nak beli dengan kak Hanny Abdullah pun boleh. Beliau salah seorang ejen Cool Hijab ni.

     


Monday, September 15, 2014

Pengalaman Mencuba Google Glass

Aku baru tahu mengenai kaca mata Google atau google glass ini beberapa bulan lepas. Atau tahun lepas. Masa tu salah seorang guru aku, Irfan Khairi (Dr.) tunjuk pada kami masa beliau cuba menggunakan gajet tersebut. Katanya, google glass masih di peringkat 'patent pending' atau masih di peringkat ujikaji kalau tak silap. Aiseh! Kelemahan aku. Lupa apa yg guru cakapkan.. Huhu. Tapi, beliau berpeluang menggunakannya seketika dari seorang rakan atau bystanders semasa berkunjung ke New York. Ok, lupa dan lupa lagi.

Hari Sabtu lepas, aku berpeluang memegang, menyarung dan cuba sedikit fungsi google glass ini.










Sekali pandang macam cekak rambut je kan? Lepas tu bingkai je ada. Cermin tadak. Pasal tu depa letak nama google glass. Glass nya mana? Tu belah kanan. Aku tatau apa material depa pakai. Rasa mcm plastik tapi macam kaca pun ada. Itulah skrin paparannya.

Nak guna macam mana? Google glass ni kena bercakap je. Keluarkan arahan pakai suara atau kita boleh 'scrol' kat bingkai belah kanan tu. Adoi, memang 'cool' lah. Aku tak cuba sangat fungsi google glass ni. Setakat snap dua gambar kat atas dan selfie. Nak lebih2 sogan. Aku tgk classmate, Khidhir yang guna. Tak sangka plaks si Khidhir ni pernah tolong aku dulu. Maksudnya, aku pernah jumpa Khidhir secara tak langsung dan tatau pun akan belajar sesama beliau kali ni. Jodoh pertemuan aturan ALLAH memang hebatkan? Alhamdulillah. Kesahnya jejak kasihanlah ni.. Haha

Bebalik kepada kisah google glass ni.. Eh, masuk gambo tuan tempat kejap!




Nampak muda 10 tahun dak?

Apa lagi nak kabo? Ok, maklumat lanjut pasal google glass ni korang sila rujuklah memana tempat yg berkaitan.

Akhir kata, tuan yang empunya google glass ini adalah guru baru aku..





Encik Peter Gould. Beliau merupakan seorang designer terkenal dari Australia. Yang menarik, beliau seorang Muslim dan banyak mengusahakan projek2 Islamik di dalam dan luar Australia. Cer google nama beliau dan Creative Ummah. Korang pasti suka. Belah kiri tu mestilah korang kenal. Idola aku sejak lama. Semenjak aku kenal komputer dan internet.

Baiklah, post dah panjang. Berapa harga google glass ni ye? Cer tanya atuk google..

P/s: internet dan teknologi berkembang, sama ada kita suka atau tidak-Irfan Khairi

posted from Bloggeroid

Friday, October 14, 2011

Ujibakat Raja Lawak 6

     Dah hampir masuk November, teringat kenangan tahun lepas. Sementelah plaks iklan ujibakat tuh dah diwar-warkan kepada umum. Hujung minggu neh rasanyer depa buat kat Sabah. Aku lom surf website Astro lagik n tengok schedule ujibakat depa. Nak tengok watper, bukan aku nk g odisen lagik kan? Memang ler terasa macam 'depa' memanggil ngan iklan ujibakat tuh kat Radio Sinar n kat FB gaks. Tapi, biorler. Cukuplah sekali kots...eheheheh

     Sempena dekat2 setahun aku g odisen, aku membelek2 gaks gegambo yang Cik Abe aku amek masa tuh. Tak sangka ader gaks terselit depa yg dapat jadik finalist Raja Lawak 5. Antaranya adalahhh.....

Bobo...lawa tuh aweks Chiwan. Ker dah nikah pon tataulah...

Nampak Tutup Botol Oren (TBO) kat seblah kiri tuh?

R2


     Depa semer tuh lebey berbakat dan aku rasa bukan sekali depa g odisen. Man si juara tuh pon katanyer hadir odisen setiap tahun. Gigih sungguh and lastly membuahkan hasil.

      Walaupun Raja Lawak neh nampak macam bodo n takder aper yang besh, tapi sebenarnyer nak g odisen tuh pon menuntut 'homework' yang bukan sedikit. Lainlaa kalo korang memang jenis takder 'stage fright' and dan2 jer bole buat lawak spontan dan bernas depan beribu orang yang korang tak kenal. Tapi, dalam sejarah, orang2 terkenal pon memang ader 'stage fright' neh.

     Pastuh, prinsip yang korang kener pegang adalah,'don't afraid to laugh at own self'... contohnyer macam mamat neh...


     Aku tatau dari mana dier dapat tudung n line biru tuh. Suasana masa neh memang kecoh semacam pasal semer dok gelak2 kat dier. Orang2 yang lalu lalang pon tertoleh teleng dua tiga kali tengok dier termasuk bebudak...ehehehhe... tapi, dier neh relax jer sesambil dok borak2 ngan orang2 seblah... kalo ader rasa malu n tak sanggup nak malukan diri sendiri, memang tak sesuailah nk juin RJ neh kan? Malukan diri sendiri tuh maksud aku, dalam kadar yang bermaruahlaa bukan semberono.

     Ader gaks pakcik2 tua yang mai tapi perasan bagus n dok wat lawak bodo. Siap bodoh2kan aku lagi tapi aku malas nak layan. Last2 kener bambu ngan urusetia pasal pakai no giliran tersorok di dalam vest. Padan muko, kao setannn!! Maybe urusetia tuh bosan gaks dok dengar lawak bodo dier....ehehehhe

      Kalo korang nak baca lagik, ado entri aku kat sini.

     Kesimpulannyer, bukan aku nak tunjuk bagus pon nak bagi tips laa, prinsiplaa kat sini tapi itu sebenarnyer pengalaman n pengetahuan yang aku dapat masa tuh walaupun jauh lagi dari layak nak dipilih...paaanjaangggnyer ayat macam beras Basmathi Faiza....ehehehehe. Apa yang aku dapat tuh boleler buat modal entri kali ini kan3?...ehehehehe. Kepada yang nak g odisen tuh, good luck aku ucapkan...