GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label rindu. Show all posts
Showing posts with label rindu. Show all posts

Friday, October 20, 2017

Nasib Sebuah Blog

     Terjebak membuka dan menulis blog bermula dari kegemaran membaca blog orang lain. Pengalaman dari orang lain sangat menarik perhatian untuk menulis pengalaman sendiri dan manjadi tatapan orang lain pula. Dari situ, menggelarkan diri sendiri sebagai seorang blogger. Uniknya kerja dan gelaran ini boleh diletakkan sendiri tanpa ada pengiktirafan. Daftar dan mula taip, siap. Kita dah bergelar blogger.
     Dulu, blog adalah tempat aku melupakan masalah dan tekanan bekerja tapi mengelak untuk menulis perkara yang negatif. Ok, ada juga kadang-kadang tersesat luahan hati bila tak tahan sangat nak tanggung sendiri. Kebanyakannya berkisar tentang perkara yang jauh dari kerja hakiki sendiri. Bila bosan dan tiada ilham menaip, mulalah aku baca catatan terdahulu. Terhibur hati dan dapat mengenang kisah lalu.
     Kali terakhir aku menaip, sudah lama. Sudah setahun rasanya, simpati pula kat blog ni. Macam dah dibuang terus. Bila nak, datang. Bila tak nak, tinggal terus. Dilupakan terus. Memang kesian nasib kau, blog. Kalau blog ni hidup, dah lama dia merajuk dan tak hiraukan aku dah…
     Selepas hari ini, tak taulah bila pula aku nak menjengah ke sini. Sekarang ni cuti bolehlah. Minggu depan dah kerja balik jadi mungkin 2 bulan lagi aku kembali ke sini. Insyaallah jika umur masih ada.
     Begitulah nasib sebuah blog…


Bebudak ni pun dah besar. Imran pernah tanya macam mana nak tulis blog minggu lepas. Nak mewarisikah? :-)

Thursday, September 20, 2012

Kerinduan

Gambar di atas mEnunjukkan Imran bergambar dengan sepupu kesayangannya. Namanya adalah Syafiqa. Tahun 4. Masa Iqa neh lahir, aku dan Abah bertunang so boleh ingat baper lama kitorang kenal ikut umur gegurl ini. Masa kecik2 depa neh mandi pon sama. Laa neh dh takbleylaa.. Bila balik kampung n aku g berjalan, sanggup tanak ikut jika Iqa tak ikut jd masa Adik belum ada aku ada chance berdua2anlah.. Hehehhe.. Tiba masa balik Shah Alam, mulalah Si Imran termenung lama2. Last skali masa raya yg lepas, sampai 2 jam menungnya. Esoknya bila call ke kg, Si Iqa plaks demam. Begitu kuatnya hubungan kasih syg itu. Memoga kekal selama2nya.. Amin3