GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label membaca. Show all posts
Showing posts with label membaca. Show all posts

Friday, October 20, 2017

Nasib Sebuah Blog

     Terjebak membuka dan menulis blog bermula dari kegemaran membaca blog orang lain. Pengalaman dari orang lain sangat menarik perhatian untuk menulis pengalaman sendiri dan manjadi tatapan orang lain pula. Dari situ, menggelarkan diri sendiri sebagai seorang blogger. Uniknya kerja dan gelaran ini boleh diletakkan sendiri tanpa ada pengiktirafan. Daftar dan mula taip, siap. Kita dah bergelar blogger.
     Dulu, blog adalah tempat aku melupakan masalah dan tekanan bekerja tapi mengelak untuk menulis perkara yang negatif. Ok, ada juga kadang-kadang tersesat luahan hati bila tak tahan sangat nak tanggung sendiri. Kebanyakannya berkisar tentang perkara yang jauh dari kerja hakiki sendiri. Bila bosan dan tiada ilham menaip, mulalah aku baca catatan terdahulu. Terhibur hati dan dapat mengenang kisah lalu.
     Kali terakhir aku menaip, sudah lama. Sudah setahun rasanya, simpati pula kat blog ni. Macam dah dibuang terus. Bila nak, datang. Bila tak nak, tinggal terus. Dilupakan terus. Memang kesian nasib kau, blog. Kalau blog ni hidup, dah lama dia merajuk dan tak hiraukan aku dah…
     Selepas hari ini, tak taulah bila pula aku nak menjengah ke sini. Sekarang ni cuti bolehlah. Minggu depan dah kerja balik jadi mungkin 2 bulan lagi aku kembali ke sini. Insyaallah jika umur masih ada.
     Begitulah nasib sebuah blog…


Bebudak ni pun dah besar. Imran pernah tanya macam mana nak tulis blog minggu lepas. Nak mewarisikah? :-)

Wednesday, May 23, 2012

Balas Dendam

Sudah tentu korang masih ralit membaca entri pasal piknik kat Taman Tasik Cempaka dan Ice Room Bangi lagik tuh kan? Aku pon rasa nak cerita lagi tapi lom sempat. Nanti kalo rajin, aku kasi bikin lagik noo? Hari neh aku nak tunjuk barang online yang terkini dibeli. Apa kena mengena ngan tajuk? Yerler. Mmg balas dendam. Balas dendam pasal tak dapat nak g PBAKL 2012 arituh. Jadinya aku 'berpesta buku' dari umah ajer. Klik sana sini; aku bukak web CESB iaitu Creative Enterprise Sdn Bhd. Alaa.. Yang boothnya dijaga oleh Kak Azie Azah tuh. Sedari remaja memang aku setia dengan penerbitan CESB, DBP n DAWAMA kebanyakannya. Pasal novel2 dan antologi cerpen depa kena ngan citarasa pembacaan aku. Aku tak suka ngan tema cinta yang meleret2 sangat kecuali aku terrrbaca Lagenda Budak Setan. Pasal tahun 90-an karya itu mmg top. Tema yang aku suka adalah mengenai kehidupan, kisah2 yang mempunyai nilai2 murni, kemasyarakatan dan biografi serta pengalaman hidup seseorang atau non-fiksyen. Karya2 yang biasa menambat perhatianku adalah hasil tulisan Khadijah Hashim, Mana Sikana, Ali Majod, Othman Puteh, Arena Wati, Shahnon Ahmad dll. Mereka semua memang mengangkat sisi kehidupan manusia dalam masyarakat jadi senanglah untuk aku fahami. Lagi sorang iaitu Hasanuddin Md. Isa. Setakat ini, aku berusaha memiliki semua karya2 beliau. Tapi, bila aku cuba google mengenai beliau, tak jumpa plaks. Biasanya, tema novel2 beliau ditambah dengan elemen Islam yang menambahkan tarikan untuk terus dibaca. Ok, tertaip cerpen plaks. Iniler hasil belian aku..
Baruler perasaan yang 'Generasi' karya Hasanuddin Md. Isa tuh aku dah ado. Takperler. RM5 jer satu. Penghabisan stok..hihihi P/s: Baru nk try pakai Blog It! neh. Humang hai, lamonyer dier haplod gambo. Tp, tqvm nk ucap kpd Dr. Hanie coz introducekan apps neh..

Thursday, October 6, 2011

Awal Tahun 2011


     Inilah rupa Abg Imran masa 1st day skola Taski ABIM. Dari umur 4 tahun cuba2 anta ke tadika yang ada 3 medium; BM, BI n BM. Takkk aku tak silap taip. Another BM is Bahasa Mandarin yang menjadi 'fear' kepada kaum Cina sendiri. Yerler, sesajer nak try. Kots dier bole nak menangkap bahasa2 selain yang biasa dok guna hari2. Memula nampak ok. Ader peningkatan terutama dalam BI. Jadinyer 5 tahun sambung ajer anta situ. Sementelah dekat plaks tadika tuh ngan umah PIL. 
      Sampai umur 5 tahun tuh, dekat2 ujung tahun; lain macam plaks perangai dier. Malas or lambat bangun pagi. Pastuh, buat macam2 alasan tak nak g skola. Aku pon haper lagik, hangin ler. Abah dier pon pelik gaks naper asyik tanak g skola.
     Tak sempat nak konvo, aku kata ,"Takperler. Benti ajer. Nak paksa pon tak guner." Jadi isu besar juga dalam famili aku sampai aku terfikir nak anta balik kampung ajer. (Bila teringat balik neh, rasa menyesal tak sudah kalo anta dier skola kat kg)
     Cikgu2 dier ckp, syglah kalo benti. Dah nak abeh tapi dah dier tanak g skola, nk wat cemana. Puas aku marah, bantai jangan citer. Tapi idokler sampe patah riuk yea? Sekadar nak disiplinkan dier ajer. Biler tanya naper tanak g skola, dier diam membisu.
     Sampai 1 hari, tetiba he open up. Katanyer," Yang (panggilan manja dier) memanglah tanak g skola lama. Pasal cikgu pukul tangan Yang." Tetiba aku tersentak n tersentap gaks dengar. Aku nak kaver line,"Mmg ler cikgu pukul. Yang bising n tanak dengar kata cikgu kan? Main ngan kawan." 
     " Mana ada. Bukan tuhlaaa. Cikgu pukul pasal tulisan tak cantik". Patutlah.... bila dipikir balik, aku rasa bersalah plaks pasal tak dengar luahan dier. Maybe masa tuh dier tak cakap takot aku citer ngan cikgu then cikgu marah dier plaks. Aku neh bukannyer nak g marah cikgu tuh balik pasal aku pon cikgu kan? Aku pon paham yang cikgu neh takleh nak bagi tumpuan sepenuhnyer pada setiap budak. Tapi, dah bayo mahal, takkan ko taknak pahamkan cemana budak tuh kan? Masa 4 tahun tuh, cikgu lain n pandai plaks melayan bebudak. Panggey Abg Imran pon, sayang..sayang ajer. Abg Imran  neh dier manja n suka dimanjakan. Jadinyer, kalo tinggi sora sket dier akan buat perangai. Tapi, kadang2 biler ngengada tuh kenerler marah gaks kan? Lemaklaaa weh kalo diikutkan.
      6 tahun neh, anta ke Taski ABIM dekat2 umah. Alhamdulillah! 2-3 bulan dah bole hafal doa, mengira n mengeja siket2. Now, dah hampir bole membaca. Taklaaa advanced sangat macam anak orang lain tapi I'm happy with his progress. Dah tak tensen kener marah, bolelah tumpukan pd study n enjoy it with the frens kan?
     So, trylah mendengar bila anak bercakap or nak ceritakan apa2. Kalo tak, biler anak dah tanak citer apa2 kat kiter, kita plaks rasa menyesal. Nauzubillah!

Memula nangis. Tatau pasal per tapi lepas tuh hepi ler jumpa kwn2 baru.