GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Beli Buku di Big Bad Wolf 2013

     Waaa... dah dua bulan tak hapdet. Lepas ni tah2 makan tahun...huhhuu

     Baiklah, kembali kepada tajuk. Pesta Buku Big Bad Wolf kembali lagi. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menjejakkan kaki ke sini. Rasanya akan menjadi acara tahunan untuk kami sekeluarga.

     Ingatkan dah takder rejeki nak sampai sini kerana Abe Saye asyik keja. Malam tadi saja2 cuba nasib tanya dan alhamdulillah beliau sudi nak g. Alhamdulillah.

     Mula-mula sampai, terjah sini dulu...


Tengok tu. Punya ramai umat. Masa balik tadi dalam kul 2 pagi pengunjung tetap tak berkurang. Purata harga buku dan novel di sini adalah RM5 - RM8..

     Sudah lenguh sekali 'round' pusing tawaf dan sebagainya, kami beli ini...


Imran Zamir dan Iffah Zukrina punya. Kongsi2lah yea?


Aku @Mama punya. Sekian banyak fiksyen moden dan 'chic lit', genre 'literature' juga yang menarik minat aku. Tak ramai yang dok kerumun bahagian ini yang tempatnya tepi dinding pintu masuk. Selesa laa nak cari; tak bersesak dengan orang. Novel karya blogger Zara Aluwi pun ado. Anak beliau Mohd. Zaid dan Uzair Othman pun blogger gaks.


Buku kanak-kanak yang mempunyai 'sentimental value' untuk Abah. RM1 jer?

     Dah separuh 'rondaan' kami, terjumpa geng blogger yang memang nak datang waktu yang sama ngan kami..


Dr. Faizie pemilik 'Macam Macam Ada'. 'Luggage' tu kompom penuh ngan buku2 fotografi dan buku masakan nanti...ahahahaha


     8 buah buku dan 1 majalah berharga RM60. Tak boleh nak 'spend' banyak2 sangat oiii. Sekolah dah nak bukak. Parking plaks RM5. Mahal kan? Tapi sebab Abe Saye malas nak beratur panjang masuk parking dalam dan kena naik tangga lepas tu jadi ikutkan ajer. Memang dekat ajer jalan dah sampai pintu masuk. 

     Dah puas hati jejak kaki kat sini tahun 2013. Memang tahun ini lebih banyak pilihan berbanding tahun lepas. Kalau yang 'gila' beli buku masakan tu memang rasa kat syurga sangatlaa pasal memang macam2 buku masakan ada. Kaunter pembayaran pun banyak dan pantas jer kakitangan BBW bertindak. Seronok gaks tengok orang lain pikul 2-3 kotak buku sorang. Banyak duit depa nooo? Terserempak gaks ngan Datin Suliza Salam tadi. Bawa mak beliau yang berkerusi roda. Hebatlah, makcik! Rajin membaca. Siap ada pembantu Bangla/India lagi...

     BBW 2013 masih berbaki beberapa hari. Hari terakhir adalah 15 Disember. Buka 24 jam sehari tapi hari terakhir tu tutup jam 9 malam kalau tak silap. Mohler kome...

p/s: Minggu depan Pesta Buku Antarabangsa plaks tapi aku tak p dah. Banyak betul 'events' yang menarik akhir tahun. Duit pun nak kena ada seguni baru best nak join semua....

Thursday, July 19, 2012

Mari Baca Cerpen

Dibeli semasa PBS 2012 yg lepas. Meh baca.. Walaupun tatau bila nak abeh pembacaannya..

Tuesday, June 5, 2012

Berwakaf

Masa tunggu Abg g kelas seni arituh, guru Abg bagi The Star utk dibaca. Ada 1 artikel yg menarik perhatian aku..
Artikel bergambar neh menceritakan seorang guru pencen yg mewujudkan sebuah mini perpustakaan di rumah untuk ahli2 komonitinya. Kebanyakan buku2 di perpustakaan tersebut adalah dari koleksi peribadi beliau dan ada yg didermakn oleh saudara mara dan sahabat handai. Kebanyakanya juga dalam Bahasa Inggeris untuk memahirkan masyarakat kampung dalam bahasa kedua ini. Kalau dah berhati mulia, apa2 sahaja harta peribadi yg disayangi boleh diwakafkan yer dak?

Wednesday, May 23, 2012

Balas Dendam

Sudah tentu korang masih ralit membaca entri pasal piknik kat Taman Tasik Cempaka dan Ice Room Bangi lagik tuh kan? Aku pon rasa nak cerita lagi tapi lom sempat. Nanti kalo rajin, aku kasi bikin lagik noo? Hari neh aku nak tunjuk barang online yang terkini dibeli. Apa kena mengena ngan tajuk? Yerler. Mmg balas dendam. Balas dendam pasal tak dapat nak g PBAKL 2012 arituh. Jadinya aku 'berpesta buku' dari umah ajer. Klik sana sini; aku bukak web CESB iaitu Creative Enterprise Sdn Bhd. Alaa.. Yang boothnya dijaga oleh Kak Azie Azah tuh. Sedari remaja memang aku setia dengan penerbitan CESB, DBP n DAWAMA kebanyakannya. Pasal novel2 dan antologi cerpen depa kena ngan citarasa pembacaan aku. Aku tak suka ngan tema cinta yang meleret2 sangat kecuali aku terrrbaca Lagenda Budak Setan. Pasal tahun 90-an karya itu mmg top. Tema yang aku suka adalah mengenai kehidupan, kisah2 yang mempunyai nilai2 murni, kemasyarakatan dan biografi serta pengalaman hidup seseorang atau non-fiksyen. Karya2 yang biasa menambat perhatianku adalah hasil tulisan Khadijah Hashim, Mana Sikana, Ali Majod, Othman Puteh, Arena Wati, Shahnon Ahmad dll. Mereka semua memang mengangkat sisi kehidupan manusia dalam masyarakat jadi senanglah untuk aku fahami. Lagi sorang iaitu Hasanuddin Md. Isa. Setakat ini, aku berusaha memiliki semua karya2 beliau. Tapi, bila aku cuba google mengenai beliau, tak jumpa plaks. Biasanya, tema novel2 beliau ditambah dengan elemen Islam yang menambahkan tarikan untuk terus dibaca. Ok, tertaip cerpen plaks. Iniler hasil belian aku..
Baruler perasaan yang 'Generasi' karya Hasanuddin Md. Isa tuh aku dah ado. Takperler. RM5 jer satu. Penghabisan stok..hihihi P/s: Baru nk try pakai Blog It! neh. Humang hai, lamonyer dier haplod gambo. Tp, tqvm nk ucap kpd Dr. Hanie coz introducekan apps neh..

Wednesday, February 29, 2012

Buku Sana Sini

     Aku suka buku. Aku suka beli buku. Pantang nampak buku yang aku rasa best, pasti aku beli. Itupun kalau masa tuh dah gaji. Kalau tidak, aku hanya mampu gigit kuku ajer.
     Dalam bilik Abang Imran Zamir, memang aku mintak Abah ae belikan rak buku yang kaler hitam tuh. Untuk apa? Supaya aku boleh letakkan koleksi buku2 yang aku ada. Genre ader macam2. Ada juga buku2 teks yang susah benau nak diperolehi; hanya boleh dibeli semasa aku belajo ajer...
     Sekarang neh, ada 5 buah buku yang aku cuba nak habiskan baca. Opsss.. kat rak buku tuh belum semua aku khatam. Persoalan tentang bila nak kasi khatam tuh, biarlah ALLAH yang menentukan yer dak? Moh tengok 5 'sekawan' itu...


1. Mydin: Di sebalik Tabir ( editor tidak perasankah apa yang aku nampak tuh? ) berharga rm12.90 ajer. Beli kat Mydin Sri Muda neh. Banyak gambo2 dari mula penubuhan pasar raya Mydin hingga sekarang. Kisah berinspirasi.

2. Dewa Cintaku - cenderahati dari 'goodie' bag masa g 'pc' Pilih Kasih 3 arituh. A good story tapi gaya bahasa,aspek teknikal n pembacaan pruf agak lemah.

3. Kedua2 karya Pramoedya Ananta Toer - buku paling murah harganya jika nak dibanding dengan kualitasnya. Sebuah berharga RM5 sahaja. Dibeli di Pekan Frinjan ke-27.

4. Soal-jawab..... dibeli ekoran soalan2 pukulan maut  dari puteraku ini. Nanti puteri plaks yang dah laju cakapnya, ntah apa lagik soalan nak diduga kat mamanya neh...hihihihi.. aku rasa setiap ibu bapa harus ader/baca buku neh....

     Ohkey, chaiyok2 Roshidayu Che Mat!!! keh3...