GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Friday, October 20, 2017

Nasib Sebuah Blog

     Terjebak membuka dan menulis blog bermula dari kegemaran membaca blog orang lain. Pengalaman dari orang lain sangat menarik perhatian untuk menulis pengalaman sendiri dan manjadi tatapan orang lain pula. Dari situ, menggelarkan diri sendiri sebagai seorang blogger. Uniknya kerja dan gelaran ini boleh diletakkan sendiri tanpa ada pengiktirafan. Daftar dan mula taip, siap. Kita dah bergelar blogger.
     Dulu, blog adalah tempat aku melupakan masalah dan tekanan bekerja tapi mengelak untuk menulis perkara yang negatif. Ok, ada juga kadang-kadang tersesat luahan hati bila tak tahan sangat nak tanggung sendiri. Kebanyakannya berkisar tentang perkara yang jauh dari kerja hakiki sendiri. Bila bosan dan tiada ilham menaip, mulalah aku baca catatan terdahulu. Terhibur hati dan dapat mengenang kisah lalu.
     Kali terakhir aku menaip, sudah lama. Sudah setahun rasanya, simpati pula kat blog ni. Macam dah dibuang terus. Bila nak, datang. Bila tak nak, tinggal terus. Dilupakan terus. Memang kesian nasib kau, blog. Kalau blog ni hidup, dah lama dia merajuk dan tak hiraukan aku dah…
     Selepas hari ini, tak taulah bila pula aku nak menjengah ke sini. Sekarang ni cuti bolehlah. Minggu depan dah kerja balik jadi mungkin 2 bulan lagi aku kembali ke sini. Insyaallah jika umur masih ada.
     Begitulah nasib sebuah blog…


Bebudak ni pun dah besar. Imran pernah tanya macam mana nak tulis blog minggu lepas. Nak mewarisikah? :-)

Thursday, October 23, 2014

Kad Nama

     Kad nama adalah satu alat yang penting sekarang. Bukan sahaja untuk ahli perniagaan atau usahawan. Penting untuk sesiapa sahaja yang perlu memulakan atau memperkembangkan rangkaian. Tapi, ada juga orang fikir siapalah mereka untuk mempunyai kad nama. Kononnya mereka bukan orang penting.

     Sebenarnya, kad nama berfungsi menyampaikan maklumat si pemilik dengan lebih tepat. Sebabnya maklumat yang terdapat pada kad nama disusun dengan teliti. Biasanya jarang ada kesilapan. Apabila kad nama bertukar tangan, si penerima hanya melihat kad nama tersebut untuk mengingati maklumat paling asas iaitu nama empunya kad. Selepas itu, aku yakin kad nama tersebut disimpan sahaja dan akan dirujuk apabila perlu nanti.

     Mengapa kad nama penting bagi aku? Situasi dolu-dolu, semasa berjumpa kawan-kawan bloggers tak kira semasa majlis untuk bloggers atau bukan, aku menghadapi masalah juga terutama ketika mahu memperkenalkan nama blog aku. Maklumlah masa buat blog ni, aku tatau langsung pasal nama blog kena senang diingati dan mudah. Main bubuh jer nama yang berkenan. Sudahnya bila orang tanya," Apa nama blog?". Mulalah aku gelabah nak cakap panjang lebar. Kalau situasi masa tu bising, lagi haru. Lepas tu kalau jumpa ramai kawan plaks, jenuhler nak sebut nama blog ni sampai terjelir lidah.

     Dari kad nama juga, ada wartawan yang menghubungi aku untuk bertanya soalan. Selepas itu, artikel ringkas keluar di dada akhbar. Tapi, takderlaa aku nak megah dan menunjuk-nunjuk. Yang aku nak fokuskan di sini adalah bagaimana kad nama membantu kita supaya diingati dan sekaligus dikenali dalam bidang kita. Tak kira kita telah menyumbang secara langsung atau tidak. Itu yang penting. Diingati dan dihubungi ketika perlu.

Kad nama kami. Aku punya baru dua kali bikin. Abe Zam punya sekali. 

     Aku rasa ramai antara korang yang dah ada kad nama kami. Kalau takde boleh mintak lagi. Tapi, memang nombor telefon dan maklumat sosial media lain tak berubah punya. 

     Korang rasa apa ciri-ciri kad nama yang baik? Semuanya baik daa. Sebab kad nama ni dibuat ikut jenis bidang kita. Kalau bidding yang agak rasmi seperti jual insurans, jual kereta, konsultan, pegawai kerajaan dan lain-lain perlu kelihatan lebih formal. Warna latar belakang jenis ini biasanya putih atau hitam untuk nampak lebih elegan.

     Bagi yang kurang rasmi, bentuk dan gaya kad nama agak ceria dan lebih mengikuti citarasa pemiliknya. Aku belajar yang kad nama seharusnya mesti kreatif, unik dan lain dari yang lain. Sebabnya nanti senang diingati. Kalau bloggers ni, uncle Gedek biasanya mempunyai kad nama yang lain dari kebiasaan. Belum ada kad nama beliau? Mintak nanti bila jumpa ye?

     Aku pun tak lama lagi akan menempah kad nama baru. Perancangannya nak letak simbol dan tagline 'fanpage' kat FB iaitu Benda Sedap. Korang yang belum 'like' bolehlah berbuat demikian nanti ye? Baiklah, sesiapa yang belum ada kad nama tu cepat-cepat buat. Tak kira nak buat yang macam mana tapi aku rasa baik korang buat yang biasa2 dulu. Yang ada maklumat penting dan lepas tu korang boleh tempah lagi bila dah habis. Berbaloi-baloi gua cakap lu.






Tuesday, October 14, 2014

Kosong, kosong, kosong

Kalau dah namanya blogger yg ada blog, semestinya ada entri. Blogger otai pernah cakap, blog yg baik perlu 'updet' sekurang2nya 1 entri sehari. Nampak konsisten kan? sapa yg cakap ni? Baru teringat. Anarm Khairul yg cakap ni. Eh, tak reti plak nak letak link.

Kenapa tajuk kosong? Pasal akhir2 ni takde idea plaks dah. Otak dan minda kosong. Bahaya juga ni kan? Nak menaip tapi otak malas nak pikir. Ada juga macam ni ya? Alah, nama pun manusia. Byk ragam, banyak songeh.




Belah kanan bukan air kosong. Lupa dah aku nama airnya.


Korang pernah terasa kosong?

P/s: ok siap 1 entri.. Keh3

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 16, 2013

Idea..Idea

Tengkius kepada sahabat2 yg komen dalam entri sebelum ini. Siapa yg cakap macam tuh? Bukan orang lain pon. Dalam kalangan kawan2 beliau gaks. Memang aku tak amek pusing. Hanya keSian gaks kat beliau. Hiba hati hayam, mak! Ok.. Idea nak mari sikit2.. Nak kasi lagik 'in' sila jamu mata ngan menu Abe Zam semalam. Mmg nyam3..



Ikan siakap stim rencah apa ntah. Ada tambah sotong sikit. Yg penting fresh n bahan mentahnya murah. Siakap seko rm6.89 ajer.
Btw, ada blogger dah 'terayook' ngan aku. Saper? Agak2 saper? Klu: peminat fanatik Great Teacher Onizuka..hehehhe

posted from Bloggeroid

Monday, May 14, 2012

Pergi ke Majlis Resepsi JMR n Nunu Eera

     Jemputan sudah lama dihantar. Memula melalui FB. Dan kemudian kad dipinta demi sebuah peta. Harinya sudah tiba. Alhamdulillah, sampai juga kami ke sana.

Semai? Bila tgk balik gambo neh mcm kelako pom ado. Tapi, dah tulis kan? So, harap2 cepat2 tumbuh, bebunga dan berbuah. Gituler doa buat pengantin.

 Pink karer adalah peberet Puan Nunu kita neh. So, kaler tema adalah pink putih. Surely banyak masa dan tenaga diperuntukkan untuk buat hiasan2 neh semer kan? Rasanya buat sendiri kots...

'Curi' gambo dlu sebelum...



 .. enterprame! Adik Iffah berkenan beno ngan Aunty Nunu kan? Comey sangat tuh..hihii..2-2 pose tanak pandang kamera..


     Walaupun dapat meluangkan masa kejap ajer, tapi hati rasa seronok dapat hadir ke majlis kawan blogger macam neh. Walaupun juga, tidak dapat nak berbual mesra pasal malu2 kucing2 lagi, tapi rasanya ukhwah ini terasa dekat sangat di hati. Kebetulan plaks JMR pon membesar dengan budu...keh3. Ini kali kedua berjumpa JMR tp macam yang memula jumpa kat Konsert Ruth Sahanaya dulu, tak dapat nak bergebang lelama. Insyaallah, pada masa depan kita borak bebyk yea?

     Ucapan? Sama jer macam yang orang lain dah ucap tuh. Cuma nak tambah, nanti jangan lupa plaks jemput untuk cukur jambul n akikah yea? Hihihihi...


*Maaf dipinta kepada Bujal dan keluarga kerana tidak dapat hadir ke majlis beliau dek kerana kesuntukan masa. Jangan serik nak jemput kitorang next time yea? ;-))

Monday, April 30, 2012

Sarapan Di Rumah PCL

Sempena Hari Pekerja esok, PCL menjemput kita semua bersarapan di umah beliau. Lokasinya adalah di Banting. Alamat lengkap mungkin bole tnya PCL sendiri.
Aku n keluarga? Mungkin tidak dapat hadir kerana Abahnya o.t. Bila nak cari duit lebey kan? Masa cuti umumlah.


Mama pesan supaya aunties n uncles semer enjoy2 bergathering yea. Adik Iffah x dpt nk juin pasal Abah keja. SELAMAT HARI PEKERJA 2012!

posted from Bloggeroid