GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Uptown Shah Alam Terbakar

Tempat ini memang salah satu tarikan pelancong tempatan di Shah Alam. Lokasinya di Seksyen 23. Jarak dari rumah kami dalam 10 minit pemanduan sahaja. Seberang sungai je pun. Macam tak percaya pula tempat makan dan beli-belah kami ni musnah dijilat api dalam kejadian pagi semalam. Dah lepas 24 jam.



Gambar ihsan AstroAwaniEnglish.com

Dari lebih 300 gerai pelbagai jualan, lebih kurang 100 gerai yang terbakar. Innalillahiwainnailaihirojiuun. Itu sahaja yang dapat aku ucapkan. Semestinya peniaga terlibat rasa sedih tak terkata melihat jualan hancur sekelip mata. Macam mana mereka nak mencari rezeki lagi nanti.

Aku berdoa semoga ruang niaga Uptown Shah Alam ini dapat dibersihkan dan dibangunkan semula dengan cepat. Kalau tidak, raya tahun depan bertambah susah nak beli belah.

Selain Uptown Shah Alam, uptown mana lagi yang korang tahu dan selalu kunjungi?

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 11, 2012

Jemputan Gathering Bloggers Edisi Raya 2012

     Aku suka berkumpul reramai. Tengokler 'profile' tuh kan. Tak kire ler ngan kengkawan atau sedara-mara. Terlebih aku suka kumpul2 ngan bloggers. Kadang2 ada gaks masanya terpikir, "Eh, lamanya tak jumpa n beborak sesama bloggers. Rasa rindu kat kengkawan".

     Aku sungguh gembira bila Kak Azie Azah cadangkan untuk buat 'gath' raya. Tapi, sememangnya kitorang dah bincang2 pasal 'next' gathering setiap kali berjumpa.

     Minggu depan, aku nak menjemput semua yang merasakan diri itu bloggers untuk berjumpa. Tak kiralah uv 1 hari 10 ajer or 1 juta sekalipun. Yang dah jumpa atau belum, mohler kita. Selalu dok kecoh kepoh kat kotak komen atau grup FB ajer kan? Inilah masanya untuk kita bersua muka. 

     Butir2 pertemuan...

Tarikh: 23 September 2012

Hari : Ahad (minggu keempat) 

Masa : 10 pagi - 5 petang

Tempat : Kediaman Dato' LF, Musollah Ehsan, Bandar Baru Bangi

Konsep : Potluck

Tema : Glamour Raya ( pakai baju raya paling glamss laa neh )

     Keterangan lanjut boleh baca kat 'umah' Kakcik Seroja, Kak Azie Azah siap ada reminder lagik  dan Dato' LF...

     Cadangan aku, diadakan 1 tabung kutipan untuk sahabat2 bloggers kita seperti Bang Jejai, Abil, Alia Haryanie dan yang lelain. Meskipun belum gaji masa tuh, sesaper yg rasa ikhlas nak derma rm2 pon dialu2kan. Lagi bagus kalau kita didik anak2 kita yang 'kaya' now ngan duit raya untuk berkongsi rejeki mereka ngan orang2 yang lebih memerlukan. Dulu, kita penah wat kutipan untuk Arwah An-nisa dan An-nur. Rasanya dapat dalam rm200-rm300 gitu.

     Amacam? Silalah tandakan kalendar korang...


Adakah pasangan sehati sejiwa ini akan bertema ini juga nanti? ahahahah... seriusly, sukerrrr sgt tengok gambo ini sampai 'save' kat 'netbook'. Ok, rahsia suda bocor....

Monday, August 27, 2012

Cuti!

Lamanya 'umah' neh tutup. Harapnya korang masih setia berkunjung. Besh n nikmatnya cuti. Lagi nikmat beraya. Kena sambung rutin balik bermula hari ini kan? Selamatlah utk kita semua.. Takde topik khusus, kasi pemanas bdn ajer dlu..
Sure korang pon syok bersantai mcm neh minggu lepas kan? Hihi..

Saturday, July 17, 2010

Puasa Belum Tapi Dah Raya.

     Kalau tengok kat area kalendar hijrah aku tuh, fizikalnya memang laa lawa.... Tapi kalau diteliti kalau mata tajam tak yah teliti aih, dah raya dahlaa aku. Dah godek2 cara bodoh aku, tapi macam biaser ah, to no avail. Hmmmm...laaa lagih...hamlau!!