GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label tiket free. Show all posts
Showing posts with label tiket free. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Tiket Pree Sudah Sampai

     Kepala masih weng-weng ekoran jumpa Zizan Razak n lelain malam tadi... nipu? Meh tunjuk bukti....

 Perut aku block...huh! London Weight Management, tanak amek aku jd model?

     Gegambo n citer nanti aku bubuh tuh pon kalo ramai yg komen entri ini..kuikuikuikui
     Nak tunjuk bukti kat yang bermurah hati bagi aku tiket pree neh. Dahlaa arituh bagi pen segabak banyak kat aku. Kalo korang still blur aku citer pasal aper, baca eh kat sinik.



Gambar pon weng2 jugaks? Hampehs!!..huhuhuh..so sorry eh korang?

To Paper Mate Malaysia, dunno how much appreciation I would express now. Just a promise to be 1 of your tiny, little yet loyal client to you. Mwwaahhhh!!!

To GSC, tqvm as well 4 this. You are my 1st 'love'. Not to 'fan' you but mentioning you means lots of nostalgia.

To Nizam Zakaria n KRU Studios, I 'dedicated' this pair of ticket to all of you as I want to watch 'Cinta Kura-kura' again next month... 

Tuan direktor Cinta Kura-kura, Nizam Zakaria

Again, THANKS 4 YOUR 'LOVE' GUYS!!

Thursday, March 17, 2011

Tiket Pree Pertama 2011

     Alhamdulillah! Tahun neh dapek lagi makcik meraso tiket pree dari Nuffnang. Terima kasih, Nuff!! Just tak sangka terpilih melalui komen plaks. Before this, dapat melalui blog post ajer. Biler tengok balik komen aku tuh, ok jugekslaaa. Pasai tuh yg terpilih. Dah terperasan plaks...ehehehehhehe
     Memula tatau gaks jalan nak g TCM tuh. Even dulu hari2 aku dok lalu2 g kje, blk kje kok tepi dier. Menggagau cari jalan masuk. Nasib baik kawan2 kt FB a.k.a kawan2 skola lama tulon bagi direction. Terima kasih, Kak Ba'iah dan Lisa. Siap telepong lagi tuh....eheheheheheh. So, taklaa susah sangat tapi kalo terlepaih simpang/exit dier tuh menonong ajerlaa ke dopan cari u-turn.
      Sampai kat sana dalam 15 minit ke pukul 8. G cari surau dulu then aku terus ke tempat redemption tiketlah. Tepat jam 8, Si Robb sampai.Errhhh...ader lagi dier?? Kata dah resign..."Cukup bulan", kata beliau.Ohooo...kiranya ini dah masa2 terakhir beliau sebagai Nuffies laa eks? SElamat jalan, Robb.Memoga berbahagier di tompek baru.
      Nasib baeklaa Si Nuff bermurah hati mengirimkan 'blog kit' utk tujuan review.Even aku lebey puas hati kalau letak gegambau yang dihaplod senirik.Hmmmm... hokeh...tgk gambo tuh.Ngeri jer kan? Bila kat dalam helikopter tetiba ader 'makhluk' lain mai g tembak2 gitu....huuuuuu.....
      
Inilah dia hero cerita ini iaitu Staf Sarjan Micheal Nantz yang didokong oleh  Aaron Eckhart.
  
      Kisah bermula di tepi pantai di mana si Nantz neh difokuskan sebagai seorang askar tua yang cuba untuk menjadi seperti biasa; menjalani rutin harian seorang askar, berjoging tetapi kian perlahan lariannya. Rasanya beliau kener latih rekrut2 baru dekat kem ajer lepas operasinya yang terakhir tapi dek kerana makhluk asing neh gatal2 nak mai serang dunia, beliau neh pon dipanggil semula bertugas.
     Di sebalik operasi beliau yang terakhir, tersebar cerita yang beliau merupakan penyebab pasukannya terkandas dan semua anggotanya mati. Jadinya, ahli pasukannya yang baharu bengkek ler ngan beliau.Tambahan lagi, adik kepada salah seorang ahli pasukannya yg terkorban tuh ada dalam pasukan baru so korang bole imagine setakat mana kebencian dan pandangan serong yang budak2 bawahan neh lontarkan kat beliau. Memang rasa tak selesalah. Tapi, semasa operasi menyelamatkan orang2 awam dari cengkaman makhluk asing neh, SS Nantz neh menunjukkan yang beliau sebenarnya bukan mementingkan diri sendiri dan bukan seorang yang tidak akan melindungi ahli pasukan beliau.Jadinya, selain musuh si makhluk asing, 'musuh' dalm selimut juga wujud iaitu rasa sangsi ahli2 pasukan pada beliau juga bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi beliau.
     Selain Eckhart sebagai pendokong watak, ada juga Michelle Rodriguez iaitu heroin yang muncul di pertengahan cerita.Lupalah nama watak beliau. Tak sangka plaks si Michelle neh sebaya aku. Beliau banyak gaks belakon filem dan 1 yang aku ingat ialah dier jadi awek si Vin Diesel dalam sekuel 'Fast and Furious' tapi mati dalam siri kebaper ntah.
Michelle Rodriguez yang memang sesuai bawa watak2 lasak.
 
      Pada hemat aku, citer neh memang besh even jalan citer dier sama ngan citer makhluk asing yang lain yang suka2 datang sini, serang2 dan nakkan sumber tenaga kat bumi.Kali neh, sumber tenaga yang dikejar adalah air. Ya, air jadi penjana mesin2 canggih milik makhluk2 asing neh.Tapi, kalo tengok gaya endingnya, macam ada sekuel lagi. Tunggu ajerler.Kalo korang beli tiket sendiri pon untuk tengok filem neh, kira tak rugi pasal aksi2 yang dipaparkan memang hebat.Ngeri pon ado, ngeri pasal tengok bandar yang kemain besar boleh hancur dibom mahkluk asing.Walaupun pelakon2nya bukan terdiri dari nama2 yang besau gajah or gergasi, tapi depa memang menjiwai dan menghidupkan watak2 tersebut.Yerler, nama tak terkenal tapi bakat depa hebatlah.
      Apa lagi weh korang semer, silalah g nontonnyer.....
 
     Hampir terlupa, dalam reramai tuh ternampak kelibat Cik Lily Putih dan Manja Ixora tapi tak sempat tegurlah...eheheheh....enjoy ker the show, geng??
 
P/s: Saper dpt invites g 'Sucker Punch' next Tuesday? Mohler jumpa sana weh...