GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Sunday, December 18, 2011

Ruth Sahanaya 25th Anniversary Concert

     Hoh! Napernyer tajuk omputih ajer. Takot kelako kot kalo bagi 'pak' Google terjemahkan....hihiihihih...fenatt!! Korang layan gambo siket2 aih....

    




     

Saturday, December 17, 2011

SALAM BERSAMBUT UKHWAH BERTAUT 6

Suker makan tart keju berperisa bluberi macam Usop Wilcha??



Suka gaks kek tiramisu??


     Esok adalah harinyer so kalo nak makan memacam bukan setakat mender2 manis kt atas tuh ajer, jemputler ke....mana??

Errr.. moh baca2 duluh kat umah Kakcik....


'Tuan' sponsor venue, 'karen', 'ayor', 'tenaga buruh' n memacam lagik kat sinih... 



p/s: maybe hari ini, entri2 aku berkisar pada 'event' ini ajer so jgn termuntah nooo?...hihihihi...errr, hari neh ader byk entrikah?...ahahahhaha

 

Friday, December 16, 2011

Manusia Berhati Emas Lagi

     BW tadik...terjumpa blog hamba Allah ini... korang bacalah....


 

Thursday, December 15, 2011

SALAM BERSAMBUT UKHWAH BERTAUT 5

The Banner...

 Ehsan 'lembut' tangan Kak Azie Azah


The other one is from Dato' LF



The countdown??
2 hari lagi (tidak termasuk hari kejadian yea?)....sudahkah anda bersedia??

Wednesday, December 14, 2011

Gathering Bloggers Klate di KB Mall

     Aku takkan menghadirinyer tapi 'since' aku rasa ianya berkaitan ngan aku, 'so' aku nak war2kan jugaks.
     'Gathering' neh bukan khusus untuk para 'bloggers' kelahiran Klate sahaja tetapi untuk 'bloggers' pemukim, pemastautin dan pelancong pada hari kejadian. Dalam bahser pasar malam aku, kalo maser tuh ko ader kat KB or terfikir nak jenjalan kat KB Mall, why not ko singgah japs, bagi salam dan kenal2 kawan2 baru. Kalo ader rejeki, mungkin korang leh jumpa kawan2 sekolah lama dulu atau ex-bf/gf...oppsss!! yang tuh rejeki ker bala ehs?..ahahahhaha


     Takat neh yang nak hadir, depa neh semer termasuk penganjur, korang bole 'recce2' kat sinik...


     'Latest' aku tengok, JoeGrimJow mendahului senarai. Tak kenal beliau? Korang bukan bloggers tegar kalo gituh...ahahahhha>>>gelak kasi bakar or gelak '6 jahanam yg jahanam' gitu....huhuhuhuuh



Ohkey, 'mender'nyer dah esok. Jadi, jejemput bawang laaa ke sana yea?

p/s: harap2 cik penganjur tak kesah aku neh jadi tukang 'padoh' tak bertauliah...ngeeeeeeheheheheh..

Tuesday, December 13, 2011

Menonton 'Asrar 2' untuk 'Hope 2 Walk'

     Semalam. 'Rayau2' kat FB macam biasa. Ternampak status Pekin Ibrahim. Bercerita mengenai pementasan teater lakonan beliau berjudul 'Asrar 2'. Saper P.I? Korang tengok citer 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'? Yang pegang watak si Musalman anak Kak Limah itulah P.I. Tak tengok HKLBR? Heiiii...Aku plaks yang jadik Kak Limah neh kang.....ahahahahhha.

     Aku sebenarnya tak baca dan 'explore' banyak sangat lagi mengenai 'Asrar 2' dan 'Hope 2 Walk' neh tapi setakat ini, apa yang aku faham, teater neh dipentaskan bagi mengisi tabung 'Hope 2 Walk' untuk Adik Annisa dan Annur. Adik2 dan anak2 kita berdua neh menghidap 'Cerebral Palsy' iaitu kelumpuhan otak. Jadi, ibu bapa anak2 ini yang perlu menguruskan diri serta segala keperluan lain untuk mereka. Misi ibu dan bapa mereka untuk mendapatkan rawatan dan pendidikan yang khusus untuk puteri2 kesayangan di UK dan China. Kosnya lebih kurang setengah juta ringgit. Banyak? Maka marilah kita bersama2 menyokong ayah dan ibu cekal ini 'menggapai' impian mereka. Siapa mereka? Saudara kita....

     Nak tau lanjut bole add FB kempen ini. Kat sana korang bole baca perkembangan terkini, sumbangan terkini dan individu2 serta pihak2 yang bermurah hati meyokong keluarga anak2 ini. Sungguh aku kagum dengan mereka semua. FB ibu mereka iaitu Kak Sham bolelah korang add gaks. Ini plaks FB bapa mereka, Kartunis Ronasina. Luahan hati Ronasina plaks korang bole baca kat sinik.

     Ohkey, dah mantok so 'recce' gegambo yukkk...

  En. Reza Zainal Abidin dan Edwin Sumun datang sejauh Ampang memberi sokongan.

     Saper Reza? Kalo korang suker 'stand-up' comedy dan lawak2 yang penah kuar kat tv, surely beliau neh takyah nak diperkenalkan lagik. Terkini En. Reza merupakan pensyarah di ASWARA. Aku suka tonton 'Actorlympics' di NTV7 suatu ketika dahulu dan beliaulah 'mastermind'nyer...hihihiih...terbayang2 plaks ke'klakaran'nyer tuh.
     Edwin Sumun juga seorang 'entertainer' dan 'stand-up' comedian. Aku suka suara beliau yang macho tuh dan tadi dapat borak2 ngan beliau secara 'live' buat aku terpegun. Mmg besh sora beliau!! Paling aku tak sangka dan ada rasa kagum gaks pasal penjiwaan watak beliau yang terbaharu. Aku dapat tau masa tengok 'God of Carnage' di 'PJ Laugh Fest' arituh. Nak tau aper dier, tengok sinih.. Nak tau lagik bole add FB 'the other side of him' neh...ihihihihihih...berani matik btuiii...

The poster

 Kalolah bole borong semer neh...hahahahah

 Bukan nak tayang jam dah calar....

Perbincangan hangat dalam kelas.

 Gandingan mantap...

 Mantap juger....

Mantop....hihihiihih

'Rebiu' pementasan?

Aspek Teknikal
1. Penggunaan ruang yg optimum - bukan pakai pentas ajer tau tapi depa 'bantai' ikut pintu sisi kiri, kanan dan atas tempat duduk penonton skali. Rasa macam aku pon berlakon gaks...hihihhi

2. Babak dalam kelas - watak Jayyid dan Tasha terlampau membelakangi penonton. Mungkin bole diperbaiki malam esok.

3. Sistem bunyi best. Takder masalah teknikal.

Jalan Cerita 
1. Penceritaan yang baik. Senang difahami. 'transition' dari 1 babak ke 1 babak yang lain adalah kemas dan penonton 'awam' seperti aku neh pon bole bezakan yang mana 'flashback' dan yang mana 'waktu semasa'.

2. Memang isu2 yang diketengahkan tuh wujud dan nyata sekarang. Ada juga masanya; terasa seperti terkena batang hidung sendiri.

3. Tak semestinya manusia yang nampak baik itu baik dan yg nampak jahat itu jahat. Pokok pangkal tanya naluri sendiri berdasarkan pengalaman hidup dan pemerhatian dari situasi sekeliling juga.

4. Niat yang baik tetapi kalau 'pergi' merujuk kepada orang yang salah membawa kebinasaan.

5. Cerita di atas cerita atau khabar dari mulut ke mulut memang membawa bencana. Jadi sebelum bertindak, sila dapatkan maklumat dan penjelasan yang sah. Kalau mampu; dari mulut orang2 berkenaan sendiri. Pasal kalo tak memang mampus...huhhuuhuh... Malang bagi Jayyid dalam cerita ini. Ramai penonton wanita kedengaran menitiskan air mata ketika babak Jayyid dibelasah rakan sendiri sehingga menemui ajal.

Watak  
1. Watak Sulaiman memang sangat berkesan. Seorang ketua pelajar yang selalu 'repeat' paper adalah 1 ironi yang sungguh sarkastik.

2. Jayyid - ekspresi muka yang menggambarkan penanggungan yang maha berat. Hebat!

3. Tasha - tidak berapa kuat dan boleh dikembangkan lagi.

4. Pensyarah - berkesan juga even hanya muncul dalam 1 babak.

5. Ibu - watak kaum Hawa yang berkesan. Tahniah!!

6. Bapa - beshlah pasal aku minat Abg. Nam Ron...ahahhahah...(review ala2 malas dah)

Dialog2 menarik 
1. "Awak jangan lupa yg awak tuh selalu repeat paper," sindir pensyarah kepada ketua pelajar.

2. "Aku baca neh (merujuk kpd kitab di tangan) dan bukan apa yg prof. suruh aku baca" kata ketua pelajar. Patut tak lulus kan? huhuhuhuh....

     Panjangnyer entri neh. Larat ker korang baca. Kalau tak baca sampei abeh memang korang pemalassss.....ahahahahhah

p/s: teruk sungguh ending kebanyakan entri2 aku kan? kener masuk kelas menulis karangan untuk SPM balik neh...huhuhuhuhu

Sunday, December 11, 2011

Gathering Shah Alam Bloggers>>Pada Hari Kejadian

     Atoii! Lepas 1 hari lebey membawa ke 2 hari baru nak buat entri. Ohkey, hopefully semer paham apa sebabnya kan? Kalo nak 'eksersais minda' bole juga cuba teka....hihihihiihih

     'Mode' entri kali ini adalah cepat dan berinformasi so takder bunga2 bahser dan ala2 melaluts yea?...joommmm heboh 
Tempat ae....

'Unsangkerable' Burger King bole ader bilik mesyuarat juga yea? Tudung glemer nak 'enterprame' juga jadi jangan menyampah menyumpah.

Tarikannyer...
2 dari pemiliknya adalah ibu. rejeki menjadi wanita kan? alhamdulillah!


Tuan penganjur yg banyak bersusah-payah...

Kenal tak beliau neh?

VVIP... Surely korang minat 'brader' kiter yg sorang neh...

Kan3? Hokeh2... nnti mare plaks bro kat aku. VVIP sebeno 'haremmm' nk muncul tapi aku x kesah pon. G situh bukan pasal VVIP or cabutan bertuah tapi nak jumpa kawan2 bloggers. VVIP dan cabutan adalah sebagai bonus.

Tujuan sebenar gath ini diadakan adalah untuk:

1. mengumpulkan bloggers Shah Alam khususnya dan bloggers Selangor amnya.

2. permulaan untuk perjumpaan seterusnya. 'this is the first meeting but for sure not the last one' hokeh??

3. memaklumkan bahawa banyak 'events' untuk tahun 2012 yang memerlukan wakil2 bloggers Shah Alam dan Selangor. kalo korang dok Ampang ker, Banting, Ulu Selangor, Sabak Bernam dan lelain jgn risau; korang pon dikira gaks untuk cover 'events' area korang plaks.

Itu ajer yg aku ingat setakat ini. Kalo teringat lagi aku hapdet lagik nooo??

Permintaan saudara SH, review mengenai perjumpaan ini. kelebihan dan kelemahan. aku highlight kelemahan untuk penambahbaikan pada masa hadapan hokeh?

1. Pemakluman mengenai gath yang terlampau hampir. Mungkin boleh dirancang sebulan atau lebih jadi bloggers boleh susun jadual depa dgn lebih baik

2. Tarikh... mungkin boleh dibuat selepas dapat gaji. Tak kira kakitangan kerajaan mahupun swasta. Kerajaan biasanya 25hb. ke atas kecuali dekat dengan perayaan. Contoh bulan Disember 2011, gaji 19hb pasal Krismas. Swasta yg aku tau ada yg 2 kali sebulan; 15hb dan 30hb. Ader yg btui2 akhir bulan. Contoh kalo bulan tuh sampai 32hb, maka 32hb itulah depa dpt gaji (sinis tak...hihihihi). 

3. VVIP maybe bole 'menjurus' kepada VVIP bloggers laaa bukan retis. Malam neh VVIPnyer retis tapi aku tanak sebut nama nanti dapat 'bad remarks' plaks. Retis neh jadual depa tak menentu so takbley nak salahkan depa gaks kan? Mungkin bole jemput Ben Ashaari ker, Yanmie ker, Kak Ina KL ker, Kak Kujie, Denaihati, Kenwooi, KennySia, CikMin or Kakcik Seroja (sekadar 'menaip' mana yang aku tau dan selalu kunjungi) or any bloggers yang mempunyai 'uv' yang ramai or tahap 'trafik' yg menggunung or 'follower' yg maha ramai.Gitulah...

     Aiyaaaa!! Sindrom 'blank' suda mari....huhuhuuh... hokeh, 'in the future' kalo ingat, aku 'hapdet' lagik noo?? Hopefully, saudara SH berpuas hati ngan 'rebiu' ahkak neh....hihihiihih

Ohrait, inilah KAMI yang hadir....

Dari kiri Shahrul Hairy, Nooraini Zubir (mrspuex), Iera, Nami Namia, den dan Bro Framestone.

Moh terejah depa:

      utk 'fast update' pasal gath neh, sila terjah sini plaks



utk. entri gath klik 

entri 'spesel' utk. gath ini
 
Tengkiu bebyk untuk SH Image sebagai sponsor rasmi gath utk kali ini.

p/s: atoilaaaa!!.... 2 hari 2 malam baru siap entri yg tak seberapa neh. kalo aku buat entri tutorial mau amek cuti tanpa gaji neh...miahahahhaha

Friday, December 9, 2011

SALAM BERSAMBUT UKHWAH BERTAUT 4

     2 minggu lg eks? Ohkey, jom kenal geng2 yg dah hadir masa kat umah Kakcik dan insyaallah akan hadir lagik pada hari sebelum gaji untuk kakitangan kerajaan tersebut.....hihihiihih...nak gaks sebut.

Bujal X matcham-matcham even pose dr blakang ala2 misteri sesambil dokong anak n KasihIbu. DJ Shazz masa tuh dh kat Klate.
Tosonyum manis tuh GadisBunga bersama keluarga Dr. Faiz Macam-macam. Di belakang Ziyyad, bertudung kelabu adalah Mas Zuber, Journey of Life! 

 Kakcik NurSeroja, Acu Syg, Akuzle Ayu dan Kak Ida Nyanyi Sunyi. Eh! Lengan Dato' LF pon nak 'enterprame'? Dengarnya Dato' tak baper sihat dan tak dapat 'bersiaran' seketika. Didoakan Dato' cepat sembuh...amin3!!


(Nanti kalo den lupo, tulong request utk bergambo macam neh yea? Senang nak berkenalan ngan lebih lanjut nanti)
(sorry, kak...pose 'tikam belakang' laks...huhuuh)

Dua dari kiri Shikin Cikinto
 dan di sebelah beliau adalah Kak Ati Masrif Flowers of My Life 

     'Bias' eks pasal beberapa orang ini ajer ada gambarnyer? Bukan 'bias' tapi masa tuh ramei yang den belum bersuai-kenal. Dah balik umah then godek2 'url' depa baru dok "oouuhhh... ini rupanyer...oohhhh...laaaa...awak ker?" then yang ado FB tuh baru 'bertambah2'kan... 
     So, dah kenal...nanti jangan lupa tegur2 yea??

Thursday, December 8, 2011

Budi Yang Baik Tetap Kukenang

     Tahun 2000, bole aku katakan tahun gelap bagi aku. Cemana aku nak citer? Hmmmm... 

     Last weekend, balik dari kenduri kawan sekolah aku, saja terfikir mau singgah ke umah sahabat lama. Atau aku panggey juga 'kakak yg lagi 1' pasal aku ada sorang kakak kandung ajer.
      Kakak ini aku anggapkan sedemikian rupa pasal beliau sesungguhnyer berjasa kepada aku. Malahan, bukan beliau sahaja tapi anak2 beliau juga memang turut sama menolong aku di kala aku kesusahan.

     Di kala saudara mara tidak lagi mengaku saudara, beliau hadir menghulur tangan. Di kala kawan2 yang lain mencebik, beliau bangkit mempertahankan aku. Pada masa itu, selain ma dan kakak kandung aku, hanya beliau yang berasa belas padaku. Tidak dapat nak dibayangkan apa yang terjadi jika beliau dan anak beliau tidak mengutip aku.....huhuhuhuhu
Puan Kamisah Ibrahim, sesungguhnyer aku terhutang budi pdmu... Hanya doa dan ingatan yg mampu kuberi supaya hidupmu senantiasa diberkatiNYA...AMIN3!!
     

Monday, December 5, 2011

Nak Mintak Tulong 'LIKE' Ajer. Buleh??

Sudah terang dah. Takyah nak suluh2. Membazir bateri cap 1Msia lampu suluh korang ajer. Nak mintak...undi lagik. Kali neh tambah lagik 1 penyertaan. Kawan2 yang dah undi untuk penyertaan pertama tuh diucapkan tenggssss bebanyak yea? Sesambil dok gebang-gebang kat FB tuh kan?

Penyertaan Pertama

Lom sampai 30 'LIKE' tapi syukurlaaa. Ader org nk sapot. Kener 'LIKE' page penganjur dulu iaitu OneBabyWorld iaitu butik baby n mama online. Link dier kat sinik... 

Pastuh, korang 'LIKE' page Adik Iffah plaks macam yg kat atas tuh. Dier peserta #86.



Penyertaan Kedua

 Tentu korang suka makan gegula batuk murah kan? Apa? Takder kualiti? Jangannnn kooo... ini jenama sudah 'establish' tau. Now 'depa' dah apdet memacam; dari pembungkusan sehinggalah ke perisanyer. Ader gaks buat contest...
Alhamdulillah! Dah ader 9 orang 'LIKE' from FB. Cukup 20 'LIKE' Adik Iffah akan layak untuk ke peringkat kedua iaitu penilaian para juri plaks. Lagi 12 ajer kan? So, kalo takat pembaca kat sini nak help aku kejap ajer kan3? Thanks yea korang? Neh nak mintak help dari geng2 bloggers aku plaks. Klik sini utk 'LIKE' page Adik Iffah seperti yang di atas...

Ohkey, nak kempen itu ajer. Agak2 bole 'celen' parti politik tak? miahahahahahh...

Sunday, December 4, 2011

Chicky Club Carnival

     Baca Harian Metro... ternampak iklan neh... 


     Masuk percuma. Menarik!! Dah alang2 dekat. Bole bawak A.Is neh... kalo tempat tuh dh dekat, payah sangat aku nak sampai. Tempat haper? I-City laaa weh. Aku dengar parking asyik naik dari hari ke hari tuh yg aku tak rasa nak jejak kaki sini. Tapi, since Hub aku kata 'rate' dier tak mahei sgt so inilah masanyer.

     Bila sampai, tgk 'rate' parking. RM1. Ohkey laa tuh. Drive masuk then cari tempat parking teduh. Macam biasa demi Adik Iffah.

     Masuk2 dan bergegas ke 'tempat kejadian'. Dekat ajer. Ini memang cukup bagus. Letak Adik Iffah then g ke depan nak tgk kena register ker haper. Tgk2, kalo nak makan n ber'aktiviti' kena beli token. Inilah mendernyer...

Nampak tak tuh reganyer?

Got free drinks.


Abang Imran tak sabo2 nak 'cekidaut' apo bondo ado kt dalam beg neh.

     Dengan rega RM12 sahaja, memang worth it lah dapat beg tuh. Katanyer nilai semer tuh worth rm25. Memang macam2... ader 2 tumbler, sarung laptop, sarung tumbler, beg lagi 1, buku2 sticker, jajan errr memacam lagiklah. Aku nak snap A.I punyo tapi tak dan lah....dah 'selamat' semernyer dikerjakan A.I...ahaahhah

     Yang tak berbaloinyer, kalo parking tuh ko masuk or kuar lepas jam 6 petang dier caj RM10....ppeerrrgkkhhhh!!! Kalo tau aku ajak depa neh kuar awai2 lagik. Coz bila masuk or kuar b4 6 ptg caj RM1 ajer so total aku byr tadi RM11.....huhuhuhu... free entry (byrn masuk) tapi parkingggg..?? sedeeyyyy....huhuhuhhu

     Kalo korang nak mai karnival neh hoke ajer just kuar awal lah....ahhhahha... Tapi, terubat gaks hati bila jumpa kawan2 lama pada sebelah malamnya...

Kitorang berenam sekelas masa tahun 94/95. Another girl in the photo tuh wife kawan aku.

     Entri gathering akan menyusul...


Saturday, December 3, 2011

Gigi owh Gigi..

     Hari Jumaat. Sayyidul Ay'yam.. Jumaat gaks sesi rawatan pergigian untuk kanak-kanak di klinik pergigian seksyen 19. Sementara Tok Ma lom balik kampung neh, bole mintak help jaga Adik Iffah sementara Mama bwk Abang Imran cuci gigi. Marilah tengok gegambo...

B4 mai, tgk jadual duluh yea?

Sila baca. Jangan tanya soklan sama lagik. Nurse bz.

 A.I sabar menunggu giliran.

     Ohkey, jgn bazir masa. Layan ilmu gaks...




Sepi dan sunyi...

 Abang Imran yang berani

Kekotoran yg dibersihkan

 Check lagi skali utk pengesahan kebersihan...miahahahha

     Beyeh dan lega Mama untuk kali inik. Hopefully tak yah mai lagik. Gila ko dua kali cuci gigi dalam setahun. Umo baru 6 tahun. So korang n anak2 korang, rerajin gosok gg nooo...