GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, October 30, 2012

Mana Satu yang Betul?

     Ku nak mintak nasihat/pandangan dari korang yang lebih pakar. Mana satu yang benar neh? Ker bermasalah macam yang dialami oleh beberapa orang blogger sebelum ini? Nak kena anto tiketkah?






 

Sambil Buat Kerja

     Silalah layan coretan pengalaman aku untuk peraduan Perodua. Bukan peraduan sangat kots. Hanya catatan pengalaman pemilik kereta keluaran Perodua. Tanpa hadiah. Pasal tuh tak sesuai nak letak perkataan 'peraduan' tuh kan? Minta maaf ayat berbelit. BM untuk SPM aku adalah C4. Nasib baik... Korang layankan catatan aku ini...

PERODUA MOMENT
 
    Semasa melanjutkan pelajaran, saya berdepan dengan masalah pengangkutan ke kampus. Walaupun saya boleh menumpang rakan sekelas, waktu balik pula menjadi kerumitan bagi saya.

     Setelah berbincang, suami saya memutuskan untuk membeli sebuah kereta kancil terpakai untuk menyelesaikan masalah saya itu.
     Kami menghadapi kekangan kewangan juga pada masa itu kerana saya hanya mendapat gaji separuh yang memaksa kami mengorek saki-baki wang simpanan.

     Alhamdulillah, bayaran pendahuluan sebanyak RM500 dapat dilunaskan sementara ansuran bulanan adalah RM175 sahaja. Dengan itu, saya dapat ke kelas tanpa sebarang masalah lagi.

     Meskipun terpakai, WJB 329; berkuasa 660 cc sahaja; mampu membawa kami sekeluarga ke mana sahaja. Saya juga dapat menumpangkan kawan2 untuk membeli buku2 serta bahan2 rujukan untuk pengajian kami. Juga, bergerak2 ke tempat2 berkenaan untuk tujuan 'research' dan belajar secara berkumpulan.

     Kini, setelah beberapa tahun dikurniai ijazah sarjana muda, Kancil hijau itu terus berkhidmat untuk bapa mertua saya pula. Beliau memandu Kancil itu ke pasar, ke masjid dan juga bertemu rakan2.

     Wahai WJB 329, walaupun kekuatanmu hanya 660 cc, kau sungguh berjasa kepada kami sekeluarga. TERIMA KASIH!!

     Macam ayat budak sekolah rendah plaks.. huhuhu.. lepas tuh aku tatau apa depa buat ngan 'Perodua Moments' tuh. Tak kuar kat tv pon.. Kancil hijau kepala itik itu masih ada dan bayaran bulanan tetap dilunaskan. Walaupun keadaan fizikal dan dalaman dier dah tak berapa nak sihat ( 2nd. hand pon kan?) , nak bawak dekat2 masih boleh lagi. 

p/s: entri tanpa gambo. korang berminat nak baca?

Monday, October 29, 2012

Jemputan

Bila musim cuti sekolah, macam2 jemputan yang datang. Kenduri kahwin, anak berkhatan dan sebagainya. Alhamdulillah! Kawan2 ingatkan kita dan sudi menjemput. Aku tak kisah. Dijemput melalui FB pon, insyaallah akan hadir. Tapi, diri merasa ralat jika tak dapat nak hadir walaupun pada asalnya memang berkelapangan. Belek2 kalendar dan bincang ngan Cik Abe, bertindih pula ngan masa nak balik kampung.. Ada 2-3 bloggers menjemput siap anta kad lagi. Tapi rasa sungguh kecewa n ralat pasal tak dapat hadir..huhuhu..biler pree plaks takder jemputan.. Hmmmm
Didoakan cuaca baik semasa majlis anda semua dan semoga semuanya berjalan lancar.. Amin3

Thursday, October 25, 2012

Bloggers, Moh Ber'gathering' ke Senawang Plaks

     Pada kesempatan ini, saya dengan rendah hati nak menjemput korang semua berkumpul dan berukhwah sekali lagi. Butir2nya..

Tarikh    : 18/11/2012 (Ahad)

Masa      : 2.00 hingga 5.00 petang

Tempat   :  Rumah Tn. Hj. Hamzah (Pakngah) Al-Lavendari di Senawang, Negeri Sembilan

Konsep : Potluck

     Sila sahkan kehadiran korang pada entri ini di blog Kakcik.

 Korang tak teringin nak bergambo n menikmati pemandangan cantik ini? Abil Fikri pon nak datang... ada kuiz mudah dan hadiah yang dianjurkan oleh tuan umah. Kalau malas tatau nak cari jalan, boleh kita konvoi reramai. Jemputlah yea?

Wednesday, October 24, 2012

Berkhatan

Cuti sekolah dah dekat. Abah dah buat temujanji di klinik untuk Abang Imran berkhatan sekembali dari Langkawi nanti. Menggunakan kaedah 'smart clamp'. Di sini ku nak tanya; apakah persediaan yang perlu untuk menjaga Abang nanti. Bab makan dah tau siket2 iaitu berpantang seperti orang lepas bersalin. Yang nak ku tahu adalah dari segi pakaian ker atau lain2 mender yang aku tak terfikir. Sudi2lah kiranya adik kakok abe2 berkongsi pengalaman..
Main game ajerlah nampaknya Abang sambil rehat neh.. N tukang kemas umah Mama pencen japs.. Heheh

Tuesday, October 23, 2012

Sindrom

1. Menggigil 2. Tekanan darah naik. 3. Rasa tegang urat. 4. Penat melampau 5. Malas bangun tito 6. Sakit pinggang 7. Sakit2 badan..Tanda2 biasa bila nak cuti sekolah dan nak buka sekolah. YA ALLAH, PERMUDAHKAN SEGALA URUSANKU.. AMIN3. ... Tak sabar nak gegolek senang2 hati ngan anak2 mcm dlm gambo tuh..

Monday, October 22, 2012

Saja-saja

Gambo hasil bidikan Khairul Hakimin semasa Gathering Glamer Raya tempoh hari. Any comment?

Thursday, October 18, 2012

11 atau 18?

Bukan umur. Bukan juga peraduan teka kacang tapi nak tanya korang suka tarikh yg mana? Tarikh untuk apa? Untuk bergeder2 sesama bloggers lagi. Kali ini tempatnya di Lavendari Height, Senawang. Pak Ngah Hamzah Al- Lavendari bermurah hati menaja tempat kali ini. Tennggssss yea, Pak Ngah.. Kalo nak tau gaks, gambo manis aku dalam entri 'Tanah Tinggi' itu kurakam di halaman belakang umah beliau. Tempat itu juga akan menjadi tempat kita mkn2 n gebang2 nanti. Bukan tempat peranginan tau. Masanya 2ptg sampai 5 ptg.. Ada kuiz lagi yuuuu.. Hadiah bukan duit tapi bole tahan jugalah.. Jadi korang nak hari Ahad 11 November 2012 atau minggu seterusnya Ahad gaks 18 November 2012? PRU 13 tatau biler jadi kita undi ini dulu...
Masa berkereta ke sana. Jarak pon sama. Tanda hijau kat Putrajaya tuh aku tak reti nak padam. Maklumler, dah lama tak pakai 'screen capture' neh so udah lupa.. Har3.. Btw, aku taip ' end point' Giant kat 'map' neh pasal LH tuh tak dipetakan lagik kat gugle neh tapi mmg akan lalu depan Giant dulu b4 sampai umah Pak Ngah..

Wednesday, October 17, 2012

Limau dan Kapur

Mungkin ramai yang dah biasa dengan 2 bahan ini. Campur, gaul rata dan ia siap untuk dilumur ke perut ibu2 dalam pantang sebelum dipakaikan bengkung. Masa bersalin Imran dulu, aku ada buat tapi pasal ia susah nak tanggal; tenyeh2 pon sisa kapur masih lekat kat perut, jadi aku stop dan pakai mender lain plaks. Minggu lepas, Adik Iffah batuk2. Aku tak nak bagi ubat batuk pasal tak baper nak elok. Aku pun cari2 kat tenet neh apa2 petua yg praktikal. Jumpa petua ini. Campuran limau dan kapur disapu kat dada dan belakang badan. Hari Ahad, petang sebelum mandi. Bukak baju Adik pastuh sapu depan belakang. Bila kering ajer sapu lagi sampai nak mandi. Alhamdulillah. Adik dah tak batuk lagi.

Monday, October 15, 2012

Tanah Tinggi


Saya tau memang saya manis jadi takyah puji. Saya hanya nak tanya yang anda semua teringin tak nak g ke tempat ini?

Friday, October 12, 2012

Menjadi Kebencian

     Semalam. Nampak iklan neh kat 'sidebar' FB...

Dah biasa ngan diskriminasi begini. Walaupun maksud dari pihak pengiklan mungkin berbeza tapi tafsiran aku begitulah.. kurus tuh cantik dan semestinya sihat. gemuk dan chubby adalah dibenci... adoih! mcm emo plaks yea? Apo plaks tafsiran korang?

Wednesday, October 10, 2012

Cerita Bedak

Benda ini dibuat dari tepung. Ku malas nak gugel dari tepung apa. Yang pasti, ianya ditambah pewangi dan mcm2 lagi yang menjadikannya bahan kosmetik. Untuk lawo2, wangi2 kira kosmetiklaa tuh yer dak? Lepas mandi kita pakai bedak. Kalo tak pakai kat diri senirik, kita pakaikan untuk anak. Dulu2, aku teringat 1 peristiwa. Kawan keluargaku; sudah arwah pon.. Lepas mandikan anknya, nak pakaikan bedaklaa. Nak bagi budak tuh diam, dier bagi main bekas bedak. Tup2 tutupnya terbukak daaannn.. Makan bedaklah anaknya hari itu.Hoh! Nasib baek tader aper2. Budak itu sudah ada berapa anak dah sekarang. Kusss semangat! Panjang lagi umurnya. Bedak neh banyak gaks fungsinya kan? Nak main karom, kasi tabur itu bedak kat 'gelanggangnya'. Atlet angkat berat n gimnastik pon tepuk2 bedak kat tapak tangan sebelum beraksi. Bebudak plaks kreatif. Nak meluncur ala2 kat Sunway Ice Rink, tabur ah bedak atas lantai then srrrruuurrrr.. Laju jer meluncur ( neh pengalaman Bella Enveeus tau..hehhheh). Si tecit kat umah neh, wat eksperimen sapu2 lantai kasi kotor ngan bedak. Ini hasilnya..
Apa lagi kegunaan bedak yang korang tau?

Tuesday, October 9, 2012

Satu Tin

4-5 kali gua di'tag' gambo ini kat fb. Apa lagi kalau bukan produk menguruskan badan. Tapi produk neh sangat popular di media sosial. Iklan kat tv pon ado dah. Antara syarat untuk kurus yang perlu diamal bersekali ngan minuman ini adalah jangan makan lemak, minyak dan mender2 manis. Rasanya kalau pantang macam tuh, tak togok mender neh pon bole slim yer dak? Kata kawan aku, ianya membakar lemak lama...har3.. dulu2 masa memula mender neh kuar, aku dengar2 citer ianya di'ban' sekejap pasal ada dakwaan mengandungi lemak khinzir. kembang tekak dengar even lom tau kebenarannya. now dah jual balik, dah lulus ujian ker apa kots... Yang aku tak gemor, depa neh sesuka tag mementang aku gemok kan? Orang gemok takder perasaanlaa tuh sesuker semakkan wall/photo fb orang. korang dah cuba minum?? Sedap? Kuruss??

Monday, October 8, 2012

Lampin

Lampin anak adalah keperluan penting masa kini. Orang2 moden memang akan guna lampin pakai buang untuk menyenangkan idup. Dolu2 mak pak kita pakaikan kain lampin ajer. Jadi kat umah berderetlah kain lampin bersidai. Hah! Umah orang tuh memang ado bayilah kekdahnya.. Ada plaks sekarang 'cloth diaper' yang konsepnya mcm kain lampin. Pakai, basuh n pakai lagi. Alam sekitar tak dikotori lampin pakai buanglah.
Ini sampel dari Mamy Poko. Easy pants. Easy pant neh senang sarung tapi susah nk koyak utk bukak. Mungkin pasal tak biasa pakai kots. Kata orang yang jual pad herba lampin pakai buang n tuala wanita diperbuat dari kertas kitar semula, serbuk kayu dan macam2 mender kotor lain. Errr.. Korang cayer x?

Friday, October 5, 2012

Gathering Glamour Raya Bloggers 2012 - 3

     Sapa kata dah abes? Belum yea? Kat entri nombor 1, kononnya aku nak taip pasal gath neh setiap hari selama seminggu. Apa jadi? GAGAL! Pasal penat n TAK DAN NAK TAPAU... har3

     Aku rasa nak 'cover' pasal gath neh untuk 4 entri. Tinggal lagi 1. Kali ini aku nak kongsikan mengenai rakan2 blogger yang pertama kali berjumpa... jeng3... bersiap siagalah untuk berkenalan...

Eazy Izzuddin. Selama neh dok komen2 blog dier n fb, baru berkesempatan bersua muka. Tengoklah betapa mesranya tuan umah melayan tetamu. 

Berbaju biru muda di sebelah kiri adalah Khairul Hakimin, pemilik kuahkari.com. Sangat 'generous' men'snap' gambo reramai. Tak cukup dengan itu, siap kasi 'pree' pose keluarga. Kalo tak, nak bergambo asyik tak cukup ahli keluarga. Akak sangat berterima kasih, Kerol! Belah kanan berbaju merah pula Inchek A.F.A@ Ahmad Fauzi Aryan. Ex-classmate si Afasz... gitu plaks yea? Kawan juga kepada Eazy Izzuddin... Baru aku pasan yg gaya posing n muka si Pojie neh mcm Azmil Mustafa.keh3..

Ku tempek lagi gambo kegemaranku ini. Pak Ngah Hamzah yang peramah, mesra dan kelakar seperti tulisan2 beliau di al-lavendari yang sekerat pohon lavender pon takder kat situ.

 Ini plaks Mak Ngahnya. Amboiii! Sweetnyer Mak Ngah. Patut Pak Ngah terpikat.. laaarriikssss!!...eheheheh

Dari kiri: Iyra, Munna, Aku dan Dee. Iyra n Dee neh 'ahli' geng pelangi. Depa pon selalu gaks 'geder2' n sangat rapat. Gua suka baca entri2 'gathering' depa. Angpa berdua nanti next gath silalah ajak geng2 pelangi yg lain yek? Munnafendy si pengantin yg bole dikatakan baru mcm dak Afasz hadir bersama cik abe beliau. Dengar kata dah 'berisi'. Tahniah!

Tudia dok bersanding. Orang2 Putrajaya; Makchaq n Izzy Izzuddin. Nama bole sama ngan Eazy Izzuddin. Kawan plaks kekdahnya. Si Izzy sungguh gigih mai naik teksi dari Putrajaya. Respek! Balik nompang mak angkat segera beliau inilah.. Baca blog Makchaq, perut keras kejung dok gelak..hihii

 Rai Ourkizuna. Nak balik baru nak peluk2 yea? padahal dah lama lelepak tapi tak bertegur...ahah!


Beliau adalah rakan sekerja PCL. Datang pon ngan PCL diiringi adik2 dan ayah beliau. 

 Kak Maiyah. Saya suka akak tempek gambo akak tuh kat gambo reramai.

 Disebabkan Kak Long neh menjadi 'flashlady' pada hari itu, maka sekeping gambo beliau pon takdo dalam 'memory card' den. Ciloklaa appa lagik..

     Rasanya semer dah disebut kots. Selamat berkenalan kepada yang baru kenal. Semoga ukhwah kita terus mekar selepas ini. Yang dah banyak kali jumpa, terasa lebih mesra dan erat persahabatannya.

Thursday, October 4, 2012

Tanda Nama

Sapa kata hanya guru dan pelajar sekolah sahaja yang memakai tanda nama?...
.. Gelas pakai buang pon bole. Kelasss ko, wan.. Nama glammmss tak hengat.. Har3

Wednesday, October 3, 2012

Mama..

.. tak updet blog, biar Adik Iffah buat yea?

Tuesday, October 2, 2012

Kembar Mak dan Bapak Lain

     Masa g melawat 'umah' Acu tadi, ku ternampak sesuatu yang menarik. Lantas ku 'print screen'...

 'Pengikut' Acu yang terkini.

Kawan2 aku yang terkini gaks...

     Suratan atau kebetulan?? har3...