Gambar ini tentukan meloyakan hari korang. Sama loya bila tengok longgokan sampah atau mengekori lori sampah. Hakikatnya yang 'membikin' ini bukan benda lain. Kita. Orang lain pun dikira kita. Kita manusia.
Semalam ketika nak bayar tol, aku ternampak satu tin kosong minuman tenaga 'bertenggek' atas tempat 'touch n go'. Berapa kecil dan nipis 'device' tersebut, tapi mampu juga org yg kreatif tak bertempat ni letak kat situ. Minuman bertenaga tersebut nampaknya tidak mampu memberi tenaga kepada dia untuk menjadi lebih pandai.
Berbalik kepada kesedaran kita menggunakan tandas. Kalau tandas tidak bersih, pandai pula kita berasa jijik. Berapa orang pula dari kita yg ambil masa sedikit untuk membersihkan sisa buangan kita lepas menggunakan tandas?
Tisu yang dibuang ke dalam mangkuk tandas tidak akan cair begitu sahaja. Tisu adalah kertas. Lama2 bila dibiarkan, ia akan keras, membentuk mendapan dan akhirnya saluran tandas akan tersumbat. Kos yg tinggi diperlukan untuk menyelesaikan masalah terbabit.
Boleh tak esok hari lepas guna tandas dan pakai tisu, jangan buang dalam lubangnya? Tong sampah ada kat luar. Lepas buang, cucilah tangan. Susah kots?
posted from Bloggeroid
3 comments:
Kakcik selalu terfikir, bagaimana keadaan tandas di rumah sendiri agaknya?
Kebersihan bermula dari rumah. Tabiat ini terbawa-bawa sehingga diluar rumah. :(
orang yang suka bersihkan tandas tak kiralah tandas umah dia atau tandas rumah orang ehh...tandas awam, ialah orang yang humble.
akak dah pindah ye cikgu, kat sini
monalitamansor.blogspot.com - kat rumah baru tak ada tandas...hihi
Post a Comment