GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, March 28, 2012

Lawatan Bloggers: When Bloggers Meet Corporate@PKT

     Pada hari Sabtu, 3/3/2012, aku dan beberapa orang bloggers  telah dijemput untuk melawat syarikat logistik yang terletak di Seksyen 32, Shah Alam. Kalo sebut 32 tuh orang tatau sangat tapi kalo sebut Jalan Kebun baru nak angguk2 kepala kan3?...eheheheh
       Tujuan lawatan? Pihak PKT memang nak bermesra2 gaks ngan bloggers. Takkan ngan tokey lori kontena ajer kan? Apa plaks kaitan syarikat logistik ngan dunia media sosial baru neh? Hmmm.. aku boleh cakap yang PKT neh lain dari yang lain. PKT nak buat mender yang orang nampak macam 'boring' sangat sebelum neh kepada sesuatu yang 'happening' dan menarik.
     PKT stands for what? Port Klang Trading.Laaa.. ingat syarikat baru. Rerupanya ia dah ada sebelum aku ada lagi iaitu 1974. Nak ikut sejarah penubuhannya memang menarik juga pasal pejabat pertama adalah di rumah sahaja. Tapi sekarangggg....

 Gambo amek kat sinik . Tengsss yea, Shah Jihan. Good luck untuk peraduan itu.

     Hoh! Dari kecik terus jadik beso. Nak dapat macam neh, cemana nak bikin? Caranya macam neh....

Nampak senang tapi senangkah? Kita sendiri yang buat sesuatu benda tuh senang atau susah. Setujuk? DMT adalah Dato' Michael Tio, CEO PKT. Leh add beliau kat fb.

     Banyak tarikan yang telah diwujudkan oleh pihak pengurusan PKT neh. Tarikan supaya para pekerja/staf berasa seronok untuk datang bekerja dan para pelawat pula selesa berkunjung ke sini. Antara yang menarik:-

1. Tandas yang wangi dan bersih. Ada plaks macam2 'toiletteries' mcm 'cologne', 'hair spray', losyen tangan dan badan dan sebagainya. 'Hair dryer' pon ado yu...

Kat tepi sink 'lavatory'... jangan songlap masuk henbeg udohlaa yea? Setiap 'level' mesti ada tandas dan 'pantry'
A happy staff. Ini ialah Shanti. Tak sabar beliau neh nak g Phuket. Antara individu yang bertanggungjawab mencantik dan mewangikan pejabat2 dan tandas2 PKT.

2. Ado R2. Kalo korang g wat lawatan sana, kompom jumpa depa tapi arituh kitorang dapat jumpa Abang Rahim sajer. Yang mengharukan aku, Bang Rahim kita neh ingat plaks kat aku yang g odisen Raja Lawak 5 sesama dier. Yerler, den neh peserta pertama naik pentas. Makcik2 plaks tuh senang kots orang ingat..ehehhhe 

R2 2012... Rizwan, jangan mare nooo...

3. 'Pantry' di setiap aras yang cool. Memang besh ah. Macam2 ada kat sini. Dari serbuk minuman, asam, kacang, peti ais, nasi lemak.. bla..bla..bla.. paling utama, epal mesti ader.

DMT menerangkan falsafah di sebalik buah epal dalam setiap 'pantry'

'Pantry' paling best kat aras 4. Sebelah 'Gymax'. Siap ada 2 balang besar berisi asam dan kacang 'kentut' tuh. Heaven! Tak sempat nak seluk balang2 tuh semer pasal dah kenyang ngan menu tengahari.

4. Ada kebun nanas dan buahnya boleh bawak balik f.o.c. Aku sebat sampai 2 bijik. 
Ayman n Faizal. Antara orang2 kuat PKT. G lawat kebun nanas kena bawak nanas celop neh yea?

5. Ada gimnasium yang diberi nama 'Gymax'. Dan, setiap tahun ada plaks pertandingan menguruskan badan ala2 'The Biggest Loser' tuh. Hadiah plaks best2. Depa mula anjurkan pertandingan neh tahun lepas. Tahun neh hadiahnya sepasang tiket menonton sukan Olimpik. Lagi, ada kasi duit belanja sama cuti free means masa g tengok sukan tuh, cuti tahunan tarak potong owh. Best x best.. Kalo aku koje sini memang kompom kuruslah...ahahhahaha..tapi sayang, aku bole lupa nak 'snap' gambo 'Gymax' tapi korang imaginekan 'Fitness First' atau 'Celebrity Fitness' punya gim hokeh?

6. Jamuan makan yang kasi sendat-mendat perut. Ada 3 lauk dan 3 sayur. Tak muat haih pinggan yang besau tuh.

Cemana tak terduduk kan? Nasib baik tak 'landing' terus lepas tuh.

     Kalo nak dikira lagik, memang tak abeh gua tulis entri neh jadi kasi berhenti dululah. Memang penat sangat2. Lenguh bahu kiri kanan dek membawa 'goodie' bag dan nanas 2 bijik. Lupa nak sebut, lepas lawatan ke 'Sea of Pineapple' tuh, kitorang disediakan dengan tuala wangi dan sejuk untuk lap muka dan badan serta minuman sejuk segar nyaman bila masuk tekak.Heaven lagik. Pastuh, dapat plaks bingkai gambar beserta gambar ini...

Bila masa plaks tukang kamera buat 'tugas' rahsia neh yea? Memang lipas kudung btui..

     Bila plaks korang nak kempen bos korang supaya wat lawatan kat PKT One Logistic Hub neh? Tak kiralah dari bidang apa pun, bole ajer wat 'field trip' sini. Boleh aku katakan yang PKT sesuai jadi model mewujudkan persekitaran kerja menarik dan kondusif bagi meningkatkan mutu kerja staf2nya. Bebudak ipta dan ipts dah ramai yang melawat. Kalo korang nakkan servis kontena dari/ke luar negara, jemput jengah FB PKT.

    Babai untuk kali ini wahai PKT.. Nanti gua mai lagik..
 




      

10 comments:

Kakcik Seroja said...

Wah seronoknya, sampai ati tak ajak sama... hehehe... :)

PCL said...

blm sampai lg kat area sana...baru nk kenal dgn SA n Klang...kesian..huhu.

Eliss said...

macam menarik jugak kalo buat lawatan kesana tu..lenkali ajak ler kita sekali :)

gadisBunga™ said...

woh. menarik eh? situ ada nak amik orang tak? huhuhuhu~

Darling Pya said...

best nye
nape ko x ajak kitaorang g sama?

R2 said...

mari la ramai2 ke PKT..sy psti kami akn layan anda sperti VIP...korg psti dpt rasekn susana brbeza d PKT..jom pakat ramai2 kta serbu PKT...minimum pack 10 org

Rakan Blog said...

wah bestnyer.....share la story ni kat bloggers lain di Rakan blog...huhuh

Nak share 8 SEBAB kenapa kita kena join n post kat Rakan Blog....

SEBAB KE 2- RakanBlog juga memudahkan kita untuk up to date dengan isu-isu semasa para bloggers lain...boleh wat-wat idea nak tulis entry...hehehe...entry menarik...mesti ramai yang suka...
Lagi 7 SEBAB lagi boleh tanya kat uncle google..>>8 sebab kenapa kena join Rakan Blog.

madammondoq said...

apa falsafah di sebalik buah epal tu u?

Kancilbiru said...

bestnyaaa tk ajak i pun...hehehe

izzanis said...

salam singgah.. :)happy blogging..