GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, August 28, 2012

Apa Bezanya?

Ada beza tak kedua2 ruangan untuk memasukkan surat itu? Apa rasional label2 'surat kecil' n 'surat besar' tersebut?

Monday, August 27, 2012

Cuti!

Lamanya 'umah' neh tutup. Harapnya korang masih setia berkunjung. Besh n nikmatnya cuti. Lagi nikmat beraya. Kena sambung rutin balik bermula hari ini kan? Selamatlah utk kita semua.. Takde topik khusus, kasi pemanas bdn ajer dlu..
Sure korang pon syok bersantai mcm neh minggu lepas kan? Hihi..

Wednesday, August 15, 2012

Nak Cashout?


Oh, tidak! Tunggu dulu. Tunggu sampai jumlahnya agak menarik. Setelah 2 tahun 'berkawan' ngan Nuffnang. Sangat ciput tapi inilah rejeki saya bersama Nuffnang setakat ini. Tak termasuk invitation n events yang lain lah tapi dah lama takder neh.

First cashout korang baper hengget??

Tuesday, August 14, 2012

Si Cantik Manis

Kandi kelapa dibeli d pasar jawa, klang. Rm12.. Nak updet yg proper tp masa x mengizinkan.. Hopefully dptlah nanti.. Amin3

Monday, August 13, 2012

Memori..

Ada orang dah dapat agak apa yang ada dalam kotak ini. Kalo korang nak teka pon bole tapi takder hadiah.. Hehehhe.. Kata2 neh mmg bermakna kan? Kenangan manis biasanya hadir ketika hari2 istimewa. Ketika menyambut sesuatu yang bermakna dalam hidup bersama orang2 tersayang. Kenangan pahit? Dibuang jauh2 n taknak diingat lagi. Tapi, ada juga yang masih melekat kukuh dalam ingatan. Kadang2 mcm ter'rewind'. Apapon raya dah nak dekat.. Heheheheh. Balik kampung adalah antara kenangan terindah tentu2nya..

Sunday, August 12, 2012

Sudah Setahun...


Setahun yang lepas, sebelum solat Jumaat; 12 Ogos 2011, aku berhempas pulas di bilik bersalin PPUM. Masuk kul 12.00 tghari. Lepas azan jer, Iffah Zukrina binti Zamri kuar dari rahim aku. Bulat jer nampak dari belakang. Sama gaks macam Abang Imran Zamir dulu, tak menangis. Bukan pasal lemas tapi mungkin masih 'perasan' dok kat dalam lagi.

     Malam pertama di wad, aku tak boleh nak lelapkan mata sampai misi nasihatkan supaya aku tidur bila bayi tidur. Tapi, tak bole gaks. Mungkin berubah tempat tito n takder yang 2 orang lagi tuh. Jadi, terkebil2lah aku. Iffah plaks lena sungguh tito sampai aku plaks naik risau dan kejap2 aku jenguk; kejap2 jenguk. Esoknya dah bole kuar wad memandangkan tiada apa2 masalah dan bermulalah hidup kami berempat beranak pula. Malam kedua barulah Si Iffah takleh nak tito malam pasal lapar. Susu aku plaks lom kuar lagi. Kul 1 pagi dek kesian kat dier dok nangis2, ku minta Abah belikan susu Lactogen. Dah minum dier leh tito. Tapi kesian plaks dier cirit-birit sampai melecet bontotnya. Nasib baik berurut hari kedua, susu terus keluar dan aku masih menyusu Iffah sampai hari ini. Masalah juga tadi pasal timbang2 beratnya tetap 7.5kg... underweight suda.. Kenalah aku cari jalan cemana nak bagi dier berselera makan.

 Manja Abah. Asyik sebut 'Abah...Abah' ajer...

     Iffah Zukrina, nanti bila Adik dah besar dan bole baca ini, Mama nak Adik tahu yang Mama sayang sangat kat Adik. Tak sangka ALLAH kurniakan lagi cahayamata untuk Mama dan Abah. Mama dan Abah selalu berdoa supaya Adik jadi anak yang solehah dan anak gadis yang tahu menjaga diri dan agama. Sayangilah juga Abang pasal Abang juga sangat sayangkan Adik. WE LOVE U SO MUCH!!
     
     

Friday, August 10, 2012

Kalau Tak Kibar?

Ko memang seorang patriotik. Bila ajer mula kempen kibarkan jalur gemilang; ko lah antara yang teruja. Terus g Mydin nak beli bermacam saiz Jalur Gemilang. Kat bonet 1 yang besar n yang kecik berbatang kat atas bumbung kereta. Kat bumbung umah plaks letak 10 helai pelbagai saiz. Kat tempat koje plaks, ko cadangkan jahit JG paling besar untuk masuk rekod negara. Masa sambutan kemerdekaan kat dataran, ko dan keluargalah antara yang paling awal tiba. Nak amek tempat kat depan katanya. Boleh nampak semer ngan jelas hatta jerawat batu vvip pon ko leh nampak.
Harap2nya bayi perempuan ini mampu menghayati erti patriotisme dan menyayangi negaranya yg sebenar. Tapi, adakah ko masih boleh digelar patriotik jika masih membuang sampab merata-rata; ke dalam sungai dan ke luar kenderaan, membawa haiwan peliharaan 'melepas' di tempat rekreasi awam tanpa memperdulikan sensitiviti keagamaan org lain, tidak mengkembiri haiwan kesayangan ko, bersikap seksis, menaip komen bukan2 di FB, tidak berdaya saing, bersikap sambil lewa dan macam2 lagi yg negatif.. Adakah negara beruntung mempunyai rakyat seperti 'ko'?? *'watak' ko merujuk kpd org2 yg kononnya patriotik.. Patriotik konon!

Thursday, August 9, 2012

Jam Tangan

Memula dier lurus..
Pastuh dier jd Cengginih..
Malam tadi meneruskan sesi shopin raya. Kali neh d bazar raya sekitar SACC lah plaks. Abang ternampak jam ini n terus mintak. Adalaa kwn lat sekolah dah pakai tuh.. Hmmm.. Kalo x belikan, sampai hari neh mood x ok. Mungkin membawa kpd puasa yang yok. Anak korang dah mintak jam tangan neh?

Wednesday, August 8, 2012

Apabila Anak Demam

Malam tadi kali kedua aku dan Abah bwk Adik Iffah ke klinik. Dari hari Jumaat demam dier datang balik bila abes jer ubat. Lepas beberapa jam bagi ubat mkn n 'power' ubat tuh dah abes, kami bagi ubat vontot plaks. Macam tuhlaa selang seli sampai malam tadi; demam Iffah tak kebah2 jadi risaulah. Sampai kat klinik, rerupanya ramai bayi dan kanak2 yang senasib dengannya. Cian tgk semernyer. Maksudnya dah memang musim virus serang bebudak dan virus tuh payah nk mati plaks. Berevolusilah katakan. Kali ini aku mintak ubat vontot pasal yang diberi sebelum ini hanya 4 bijik dan sudah yillek. Doktor tambah antibiotik perasa lemon. Tapi kalo budak tecik neh, bagilah perisa aperpon. Masa nak minum.. Yaaaa hampuuunnn! Macam kena rasuk.. Hahahahah. Belum setahun dah pandai berdrama. Banyak yang diludah dari yang masuk. Harap2 hari neh virus dlm bdn dier mati n demamnya surutlah.. Amin3.. Korang doa2kan juga yea?
Cepat2lah sembuh supaya Mama n Abah tak risau yea? Pastuh dah nak raya. Next weekend plaks bday Adik. Demam nak cukup setahun neh agaknya..
Abang pon tanak ketinggalan dalam entri ini. Tak demam tapi batuk berkahak. Puasa? Hmm.. Prestasi jauh lebih baik tahun lepas. Kuar klinik mlm td, dekat kul 12. Intai2 mana gerai baju raya yg bukak lagi kat bawah Ole2 18 tuh. Ada 1-2 gerai maka dptlah menyambar 2 pasang baju kurung Adik n sepasang baju melayu Abang. Tinggal nak cari kasut n baju jalan ajer. Shopping utk anak2 pon hepi gaks. Utk mak ayah nanti dlu.. Lom jumpa yg muat berkenan.. Hihihi.. Korang dah beres shopping raya? Bli kat mana?

Tuesday, August 7, 2012

Rumah

Pemandangan dari jauh D'Island Puchong. Islandlah sangat walhal dikelilingi lombong ajer. Perumahan mewah berharga RM3-4 juta. Tp, mesti ada juga pembelinya. Wahai harga rumah, dapatkah ank2 aku beli rumah 20 thn akan datang? Berapakah harga rumah pada masa itu?

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran

     Alhamdulillah! Dah lama tak cuti di permulaan minggu kan? Kalau yang bekerja tuh, nak wat cemana. Takper kena kerja. Tak jem sangat hari ini. Agak2 bole sampai umah cepat sikit kots. Insyaallah.

     Isi rumah neh semuanya tak sihat. Batuk, selsema dan demam. Paling teruk Si Baby Iffahlah. Mula hari Jumaat lepas. Yerlaaa, dier kan ker bayi. Tak reti nak buang2 kahak jadi panasnya berterusan cuma hari ini nampak elok sikit.Aku dan Abahnya terus bagi ubat. Susu pon tak baper nak pasal tekaknya tak selesa berkahak.

     Hari ini aku sesaja nak kongsi gambo 'print screen' yang diamek dari FB aku. Naper FB aku takbley bukak now yea? Berkaitan nombor2 ajer. Kebetulan plaks...



    
     Saper lahir pada tahun2 tersebut? Takder hadiahler nak kasi. Saja tanya...hihihih.. Tahun 1999 tuh, gua baru mula bekerja pada usia 21 tahun.

     Hari neh takder ker orang2 bermurah hati nak belanja aku buffet Ramadhan? Dah boring makan juadah kat pasar Ramadhan. Berlagak nyerr!!

     Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada korang semer. Selamat bercuti kepada yang bercuti.

p/s: Hari Jumaat aku masak sesuatu. Jom tengok kat 'dapur'..

Friday, August 3, 2012

Terima Kasih, Citarasa Rinduan

     Aku rasa beliau seorang yang unik. Pasal, aku tak pernah jumpa pengusaha kedai makan yang sangat aktif berblog. Bagi aku sendiri, memasak merupakan tugas rumit dan tidak boleh dipandang enteng. Tapi, beliau pula sempat melakukan banyak perkara yang bila aku baca kat blog beliau pon, kurasa penat...huhuhuhu

     Beliau juga seorang yang peka dengan hari istimewa sahabat2 bloggers. Banyak dah entri beliau yang memfokus pada hari lahir bloggers yang lain.

     Terkini, beliau sudah kasi 'featured' entri aku pasal hari lahir Abe Zam tercinta. Jemput baca sini..

    Inilah dia pemilik Citarasa Rinduan, Puan Ruhayu.Sori yea, Ayu. Akak cilok gambo Ayu utk tujuan murni...eheheheh..

Sekalung penghargaan untuk Adik Ayu dari Kak Ayu... Semoga ukhwah kita terus berkekalan...amin3!

Thursday, August 2, 2012

Alhamdulillah! Rejeki Ramadhan ke-12

     Dah 12 hari berpuasa semalam kan? Ada rejeki lagi nak merasa 'buffet di Shah Alam neh. Syukur, ya Allah. Kali ini ada pihak menaja. Mohler kita ke 'dapur' nak tau citer lanjut..


Wednesday, August 1, 2012

Yang ke-555

     Aku baru nak berkenalan dengan beliau. Ekoran Majlis Berbuka Puasa Bersama Denaihati di Cititel, terus ku 'klik' link ke 'umah' beliau. Baca situ sana sini, terus aku 'LIKE' page jualan beliau.
     Lepas tuh, masuk mesej kat 'inbox' FB,  tuan punya biznez meminta butir2 peribadi pasal nak poskan hadiah istimewa. Rupa2nya peminat ke-555 dapat hadiah 2 helai tudung. Alhamdulillah! First time aku dapat macam neh; ala2 cabutan bertuah gitu. 

 X sangka angka 555 membawa tuah kepadaku semalam.

     Erhhh... siapakah beliau yang dimaksudkan itu? Dah ramai kenal beliau ini. Dah ala2 retis gituh. Beliau adalah Kak Siti Rokiah@Kak Rock@ Sweetkurma manisnya kurma itu! Jadi selamat menunggu surat 'cinta' dari poslaju untuk aku. Pasal depa bawak bungkusan pon bukan aku ado di umah kan? So, kasi makluman ajer pastuh aku kena g ngambek di Pejabat Pos Besar Shah Alam.
     Terima kasih diucapkan kepada akak kurma kita...hihihihi