GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, October 24, 2012

Berkhatan

Cuti sekolah dah dekat. Abah dah buat temujanji di klinik untuk Abang Imran berkhatan sekembali dari Langkawi nanti. Menggunakan kaedah 'smart clamp'. Di sini ku nak tanya; apakah persediaan yang perlu untuk menjaga Abang nanti. Bab makan dah tau siket2 iaitu berpantang seperti orang lepas bersalin. Yang nak ku tahu adalah dari segi pakaian ker atau lain2 mender yang aku tak terfikir. Sudi2lah kiranya adik kakok abe2 berkongsi pengalaman..
Main game ajerlah nampaknya Abang sambil rehat neh.. N tukang kemas umah Mama pencen japs.. Heheh

5 comments:

cik helena said...

takde pulak pengalaman/ekeke tp kte ingat dulu masa adik khatan.kte siap kacau dye.asik nangis je ckp sakit.hahaha

Kakcik Seroja said...

Anak kakcik dulu guna kaedah smart clamp juga. Nampaknya selamba je berlari baik tangga! Pakai seluar pun boleh, tapi janganlah cepat sangat pulak dipakaikan seluar tu. :)

Afasz said...

ololoo...abg iffah dah nak sunat ke.... >_<

Dr K said...

Pendapat peribadi saya, better guna teknik sunat yg biasa(bukan clamp).Sebab majoritinya yang sunat guna kaedah clamp ini lambat sembuh/timbul komoplikasi seperti lambat susut bengkak/minor infection..Saya sudah jumpa banyak kes komplikasi selepas clamp ini. Pun begitu, tak dinafikan dgn clamp, prosesnya cepat..mudah utk doctor, tapi bagi si pesakit, kena ulang 2 kali prosedur..yakni perlu bukak clamp nya nanti.Apa apa pun, buatlah pilihan. Saya tak kata clamp itu tak bagus.Cuma secara peribadi, kalau nak cepat sembuhnya, guna kan lah kaedah konvensional.

azieazah said...

Saya cuma pernah ada pengalaman pegang budak mengamuk sakan atas katil masa nak kene sunat. Sakit tangan sampai sehari lenguh!