GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Ke Aquaria KLCC

     Minggu lepas pada hari Rabu iaitu last2 kopak cuti sekolah, ada juga rejeki bebudak neh sama mak paknya ke Aquaria KLCC. Dulu dok lalu-lalu; tengok2 ajer. Nak masuk tak mampu. Tengok2 website dier; mak ai boleh tahan gaks harga tiket masuk. Alhamdulillah CIMB Junior kasi 1 tiket dewasa dan 1 tiket kanak-kanak percuma. Dah lama dapat sebenarnya tapi dok simpan2 sampai dah nak luput. Dok pujuk2 Abahnya last2 dapat juga beliau cuti.

     Memula rancang nak g naik lrt tapi setelah dinasihatkan adik ipar aku supaya memandu jer ke sana pasal ramai sangat orang naik lrt, akhirnya kami akur. Gamble jer parking lebih sikit. Yang penting cepat sampai dan parking dekat tempat tujuan. Last2 balik kul 4.30 ptg; dah sedang elok sangkut dalam jem 2 jam. Adessshh!

     Nak parking pun leh tahanlah pusing2. Akhirnya dapat kat Menara UO ker haper tuh. Seberang jalan dan ada 1 bangunan dalam pembinaan. Giloslaa depa neh. Bina bangunan tinggi-tinggi rapat jer tepi idung..aishhhh!

     Dah sampai beratoq nak beli 1 lagi tiket dewasa, tengok2 boleh tahan gaks ramainya orang. Itupun Abahnya nak g ari Ahad. Aku kata rentikan. Baik g ari kerja. Beli 1 tiket dewasa RM38. Gulp! Dah boleh makan mewah2 dah bagi kami sekeluarga tuh tapi takperler sekali ajer. Dah kaya nanti; amin3... boleh masuk lagi yer dak? hehehe...

     Kalau bukan warganegara atau takder Mykad reganya RM50. Remaja2 Arab belakang kitorang yang terkinja2 tuh masaklaaa beli tiket mahel. Owh! Jangan dilupa yang depa tuh reta banyak nooo..

 
Bagi aku yang syoknya dapat pegang mender alah neh yang idupler. Aku rasa pernah pegang yang dah tinggal tulang masa dolu2. Jumpa kat tepi laut.

Menatang yang kat bawah neh plaks gua tak berani nak pegang pasal duri2. Dok tengok budak staf dier tuh 'kacau2' masa depa dok jalan nampak ok jer. Terus belangkas neh terbalikkan badan. Kalau angpa pandai mana 1 yang jantan?..kikiki


Sombong betui naaa cara belut neh posing? Mentang2 dier ader karan..

     Yang aku kelakonya, mungkin rejeki atau memang dah masanya, aku tertengok 3 kali binatang2 kat sini menguap. Haaa! Unik tak pengalaman aku tuh? Memula aku nampak ikan aperntah waaarrpppp bukak mulut menguap. Pastuh sambung jalan2 kat bahagian amfibia dan reptilia plaks, menatang ini pun menguap. Tengok neh...
Tah berapa ekor tikus agaknya dah selamat beliau telan.

     Lepas tuh aku tengok si iguana pun menguap gaks. Agaknya selain dah mantok pasal dah kenyang; depa bosan dok nengok manusia hari2 macam pelahap sangat nak tengok depa kan?...ehehehe

     Secara keseluruhannya, memang puas hatilah mai sini. Dapat tengok binatang2 yang rasanya memang kita tak dapat nak tengok secara langsung kat depan mata. Malahan mender tuh semua kita tanak jumpa pun kan? Pasal kebanyakannya berbisa macam labah2, kala jengking, lipan dan ular tuh. Taip neh pun gua geli goloman...humang haiii!!

     Yang bagusnya si Iffah Zukrina boleh rampas nasi goreng bahagian Abang Imran yang dibawa bekal secara selamba tanpa rasa bersalah. Kemudian, menikmatinya secara khusyuk...

Tengok pun dah terliur..

Kesian kat Abang Imran Zamir yang tengah kelaparan.

     Alhamdulillah lepas tuh Abah datang menyelamat membawa sepinggan beriani kambing. Wauuu! Sedappp banget.. Oklah, lain kali kita jalan2 tempat lain yer, anak2ku sekalian...

     

Tuesday, December 4, 2012

Baca-baca Kat PRTUSA

     Pagi tadi bukak blog, komen ada tiga. Baru sat2 tadi bukak, wah, dah 16! Tokojut den... pollower pon bertambah. Alhamdulillah! Tengggsss yea korang sudi jadikan aku kawan korang. Terharu sangat....
     Kemain komen korang semer yea? Mentang2 cuti sekolah; tau2 jer aku simpan dalam stor kejap kegarangan aku. Yerler tuh garang.... Sesungguhnyer komen2 tuh semer kasi gua tersenyum lebau. Tahap gelak sorang2 pon ado sampai Imran Zamir pon pelik...eheheh
     'Tugasan2' yang aku senaraikan semalam kasi peram dulu eh. Bior jadi tapai bole makan masa raya Krismas...kah3
     Ekoran 'terpikat' dengan 'kejelitaan' Perpustakaan Raja Tun Uda masa g kursus penulisan tuh, maka semalam aku hangkut semer bebudak yang ada kat umah neh; 2 orang anak aku + 2 orang anak sedara/buah ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Ianya terletak di Seksyen 13, Shah Alam. 

   Pandangan masa balik dari kafe/kantin.

     Musim cuti sekolah neh kalau korang mau bawak bebudak ke tempat yang selesa, berfaedah, bersih dan selamat pada kos yang rendah atau mungkin tanpa kos melainkan minyak dan tenaga, siniler tempat yang sesuai. Dari bayi ke orang tua memang sesuai sangat lepak2 sini. Lepak2 berfaedahler...

 Aper2 hal kasi isi 'minyak' dulu.

     Memula masuk memang takkan layan buku dulu. Pasal apa, bahagian kanak-kanak neh memang menarik sangat2. Dah macam taman permainan sampai mak budak pon teruja. Jadi layan golek2 dan kuang lentang dulu...

  Masih sopan..heheh

 Anak gadisku ramah macam biasa..

     Kat sini memang banyak mender best. Korang gugellah kalo nak tau. Antara yang menarik hati aku adalah ini...

 Bole muat 2-3 orang.

For boys..

     Bagus kan? Mendidik secara halus dan praktikal. Rasa2 akan datang lagiks. Moh kiter wat rombongan cik kiah ke sini. Ruang letak kereta pon pree... Baca lanjut kat sini..

 
 

 

Wednesday, November 14, 2012

Serba Sedikit

     Dah cuti. Best? Boleler... Alhamdulillah! Tapi koje masih ado. Biasalah. Online. Gaji pon jalan. Jadi sila buat keja jangan banyak songeh nooo...
     Sebelum cuti banyak 'events' gaks. Kalo rajin gua cerita. Kalo tak, pepaham lerr.. Jumaat malam. Bertolak ke Langkawi. Hari Isnin, sampai balik ke Shah Alam. Selasa, khatankan Abang Imran. Belum ada majlis pasal bajet dah lari ke Haji Ismail Group kelam-kabut. Insyaallah, ada rejeki nak buat kat kampung bulan 12 nanti.

  Cantik kan?

Wednesday, October 24, 2012

Berkhatan

Cuti sekolah dah dekat. Abah dah buat temujanji di klinik untuk Abang Imran berkhatan sekembali dari Langkawi nanti. Menggunakan kaedah 'smart clamp'. Di sini ku nak tanya; apakah persediaan yang perlu untuk menjaga Abang nanti. Bab makan dah tau siket2 iaitu berpantang seperti orang lepas bersalin. Yang nak ku tahu adalah dari segi pakaian ker atau lain2 mender yang aku tak terfikir. Sudi2lah kiranya adik kakok abe2 berkongsi pengalaman..
Main game ajerlah nampaknya Abang sambil rehat neh.. N tukang kemas umah Mama pencen japs.. Heheh

Friday, June 8, 2012

Melawat Pusat Sains Negara


 

     Abah mula cuti semalam sehingga hari minggu. Nak ditunaikan hajat Abang Imran untuk berkunjung ke Pusat Sains Negara. Abang tertarik tengok PSN dalam 'Wanita Hari Ini' hari Isnin n Selasa lepas.
     Tengoklah kadar masuk untuk tengok dinasor tuh. Tak berbaloi weh jadinya masuk pameran yang biasa2 tuh ajer. Dewasa RM6, kanak2 RM3. Robot yg gambo memula tuh adalah hasil kerja tangan aku n Abg selepas membayar RM2. Pakai 'dino clay' tuh. Macam kuih sagu ler mendernyer. Rasa nak ngap plaks...ahahah
 
 Gegambo bawah akuarium neh yang aku paling suka. Mender neh ada lebey awal dari Aquaria KLCC kan? Dapat tengok perut ikan hidup2...ahhaha

Bakor sodap neh. Cicah air asam...hihihi
 
     Ada macam2 mender yang mendekatkan kita kepada sains. Sains ada kat memana kan? Kita jer kadang2 tak perasan. Ada mengenai tenaga air, api, elektrik, udara, air dan macam2 lagi. Pasal sel, pasal organisma. Macam mana bayi berkembang dalam rahim ibu. Macam mana makanan masuk dalam perut kita dan diproses pon ditunjukkan dalam bentuk rajah yang diperbuat dari besi. Malas plaks aku nak snap. Yang pastinya, cuti2 sekolah neh memang sesaklaa tempat tuh. Alat2 yang menarik plaks kena turnggu giliran nak cuba. Tak cuba semua pon semalam. FEnat...
 
Yang pastinya, bayi ini suka mencuba semuanya..
 
 Ini magnet terapung... cuba jgn x cuba
 
" Hiyaaarrkkkhh!! Beratlaa neh nak bawak balik, Mama."
 
     Dah puas explore yang neh semer, sampai kat ruang legar plaks. Yang bayo RM6 tuh kat tingkat 1 ajer manakala dinosor tuh kat tingkat atas. Kat ruang legar ader rangka besor then tempat main bebudak. Abang spent time gaks kat sana.
 
Grrr, makan budakkk!!!

     Tempat neh luas juga. Berbukit lagik tuh. Tempat parking adalah depan Suruhanjaya Sekuriti tuh then korang menapak naik jambatan then bukit bukau. Beli air dulu nanti dahaga. Dah lepas beli tiket tuh aku nampak ader reramai dok bermandian kat kolam macam kat taman tema. Nasib baik 'Ocean World' tuh tutup pasal pengubahsuaian kalo tak tentu lagi penat nak masuk sana. Pastu ada gaks kedai cenderahati dan kafe.

  Memang seronok juga datang sini. Korang mohler bawak keluarga plaks..
 
 
 

Saturday, March 10, 2012

Balik Kampung

     Esok, lepas Abang Imran balik dari tutorial Smart Reader, insyaallah; kitorang akan berangkat balik kampung. 

     Balik kampung? 'Gateaway' dari segala rutin dan tekanan di bandar. Balik kampung tak stress? Hala balik sana, rasanya ok. Hala balik sini minggu depan? Ohkey, tanak pikir. Stress......ahahahahh

     Plan nak wat aper? Rasanya2:-

1. Sarapan bersama penulis? Saper? Hanis Azla? ehehehhe... nantiler aku hapdet.

2. Menghadiri kenduri kawan-kawan. Setakat ini, ada 3 jemputan. 1 di Bukit Bunga, Tanah Merah. 2 lagi di Jerteh atau Besut, Terengganu.

3. Sembang puas2 ngan kakak, abang ipar dan anak2 buah.

4. Acara makan2 anak beranak. Mungkin g beli ikan talapia murah dan bako...waw!!

5. Ganti posa. Agak2 bolehkah? ...hihihihi

Yang paling 'best'....

6. Tanda kertas peksa....huhuhuhuuh

Chaiyok2 utk diri aku... untuk korang, teruskan keja nooo? Melainkan korang amek cuti tahunan bawak anak/cucu jalan2....

 Per2 hal pon, jangan lupa nak sonyum yor?
 

Thursday, January 5, 2012

ANAK DARA TUA, ANDALUSIA, IBU TUNGGAL,JANDA,BALU, ANAK BUJANG TUA, DUDA, DAH KAWIN LAMA TAPI LOM DAPAT ANAK..

     Aku rasa bila tengok tajuk tuh, kita memang ada pandangan dan nilaian masing2. Tak keterlaluan kalo aku kata, lebih yang negatif dari positif kan? Takyah memalu nak ngaku kalo dok mencemuh pasal aku pon ada gak pikiran jahat macam tuh sekali sekala....ahahahhaha

     Kalo rajin, korang cer 'gugel' cari maksud perkataan tuh 1-1. Semestinya ada yang berbeza. Biasanya balu digelar plaks janda dan sebagainya. Itu aku bagi contoh.

      Apabila kita sudah berkahwin; mempunyai pasangan yang sangat menyayangi dan memahami kita; kita rasa gembira dan bersyukur. Kemudian, ALLAH mengurniai anak2 yang baik dan comel2, lagi kita bersyukur. Alhamdulillah!! Tetapi, sebagai manusia kadang2 kita berhati hitam. Apabila melihat kawan2 kita yang berstatus seperti di tajuk itu, kita mencebik kepada mereka.Marilah kita bersihkan hati kita cecepat kalo dah berkata2 macam tuh.

     Tapi, sedar ker tidak (untuk aku dan korang).. masa kita syok2 cuti bersalin 3 bulan, ada kwn2 kita yang berstatus seperti di atas bersengkang mata men'cover' kerja kita. Masa kita dapat meluangkan masa bersama anak dan isteri/suami, depa plaks bertungkus lumus menyambung kerja, tak kira di umah atau di tempat kerja. Hari minggu, masa kita g bercuti ngan keluarga kita, depa sambung lagi kerja. Pasai apa, kadang2 depa neh disisihkan kawan hatta keluarga dan saudara mara sendiri. Paham2 sendirilah bila bercampur2 ngan sedara mara, macam2 soklan yang pedih akan keluar. "Hang neh bila nak kawen?","Hang neh memilih sangat.Dah lanjut umur pon sekarang. Takdak sapa yg nak aih","Hangpa neh merancang ka tak dapat2 anak lagi?Sepupu hang tuh dok berderet beranak tak berenti-renti". Kalo korang hati batu pon kompom korang sentap bila dengar ayat2 hampagas macam neh kan3? Kot lagi 'nasib baik', boleh plaks 'geng molot longkang' warning siap2 para isteri suh jaga laki bebaik pasal ada dalam kalangan depa yang berstatus seperti di atas. Konon takot dirampas....bertambah2 hampagas kan?

     Ada juga kawan2 aku yang belum dapat jodoh w/pun dah sebaya aku dan ada juga yang lebih berusia. Antara ayat2 hampagas yg selalu orang2 dah berkeluarga neh ckp adalah "Alah!Ko tuh bujang lagik. Banyak masa. Kitorang neh dah ada laki. Ada anak2. Konfirm selalu bz dan takder masa". Ini plaks ayat aku,"Assalamualaikum...(nak bagi tazkirah kena sopan dan mengikut adab budaya kita kan? Kalo hello2 macam nak jwb telefon plaks) cik kak, mmg dier neh single-mingle tapi dier pon ada mak bapak, adik beradik yang nak dijaga. Si polan neh jaga mak dier yang sakit. Pepagi lepas subuh, bangun masak untuk mak ayah. Pastuh cuci periuk belanga. Then, cuci baju adik2.Pastuh bla...bla...bla...(aku pot  pet.. membebel syok sendiri). Ko buat ker? Aku pon tak masak. Beli ajer padahal aku dah bersuami dan beranak pinak".

     Opss.. dah nak g sekolah ler. Kesimpulannya?? Bila kita rasa nak bercakap sesedap rasa ajinomoto ikut hati kita kat kawan2 yg berstatus tersebut, sila guna akal fikiran dulu. Kalo tidak, kita akan nampak tak waras dah.


Agaknya bagaimanakah gaya bahasa 'blogger' bayi ini?
 

Wednesday, November 24, 2010

MY SECOND CONTEST: TEFAL GALORE

     Korang ingat dah cuti sekolah neh aku leh rehat eks? Korang still rasa jadik cikgu neh besh eks? Kje separuh hari? Cuti byk? Silalah jangan sebut ayat-ayat penumbuk cinta itu di hadapanku kelak takot korang tak mcm org kang. Hehehehhe... mcm gengster eks tp itulah sensitiviti aku nan satu yg tak bole aku kompromikan. Tapi sebenonyer ado byk tp jgn dok melalut lah...

    Ader yang sedia maklum ngan contest pertama aku kan? Belum?? Silalah 'liat' di sinun. Keputusannyerrr!!.... TIADA SATU PUN HATTA Dolmat SEORANG PON YG BERJAYA MENEKA DGN TEPAT. SIPI2 PON TARAKKK TP TENGKIU KPD 6 ORG YG MEN'COBA' NASIB DEPA. SEKALUNG PENGHARGAAN DAKU UCAPKAN.
      Okeh, " Baaraannggg yg lepasss...hai jgnnnn dikenang...." So, aku tak pueh hati selagi tak bagik sesuatu utk korang pembaca setia tulisan aku neh (ado kor?...kuikuikui).... Aku nak buat contest kedua lah... bersempena ngan JUALAN TEFAL YG AKAN BERLANGSUNG PADA KETETAPAN BERIKUT (sory ayat skema pinjam PPD punyos...hwhehwhehwhe)
 TARIKH : 26-28 NOV 2010 ( HARI JUMAAT,SABTU & AHAD NEH WEH!)

TEMPAT : THE ATRIA, DAMANSARA JAYA (DKT NGAN SKOLA AKU WEIH) - lokasi dlm Atria tuh tak pasti, maybe ruang legar or maybe floor yg atas skali. Jgn risau, korang tnya guard or org2 kt situ, surely depa bermurah hati ckp kt ner.

MASA :   10.30 pg - 7.00 ptg

Apakah yg korang perlu buat?

1. Berkunjung ke jualan tersebut.

 2. 'Sambaulah' apa2 barangan periuk belanga yg ado kat situ. 1 barang pon hoke. Kalo korang nk borong sme pon bole tp orgnyer korg kne tnya empunyo diri sndrikk... hwahwhahwhha
3. 'Snap' barang 1 or byk2 gambau pon bole. 


4. Pose cemana? Posing time korang kt kaunter nk bayau tuh. Mender perlu ado dalam gambau tersebut adalah:
a.) tuan empunya blog
 b.) barang2 yg dh korang beli
c.) duit yg dibyr
 d.) juruwang or tgn beliau menerima duit korang
  
5. Susah ker syarat2nyer? Meh aku tempek gambo contoh


 
 Tapi jgn plaks korg tiru skali ekspresi muka Imran itu krn beliau tiadalah mood utk posing pd hari berkenaan melainkan paksaan belaka. Beliau sebok nk men game Nascar kt letop neh. hwehwhewhehhwe...

      Cemana? Sinang woh... kalo nk letak bebyk pon bole. Tp, pengadilan akan dibuat berdasarkan GAMBAR PALING KREATIF.

 GANJARAN??
TAK HAVOC SGT, NYAH... TAPI MAK AKAN 'KURNIAKAN' PEMENANG TUNGGAL ITU NGAN BARANG2 TEFAL GAKS YG BERHARGA LEBIH KURENGG... RM50 AJO... LUMAYAN DAHLAA TUH.. TEFAL SALE, BEBS!! SILAP2 KORANG BOLE DPT 2 BIJIK KUALI DGN REGA TUH.

     Korang tgk ajerlaa periuk belanga yg dh aku boli tuh. Teka harga?? Hahahahaha... tak yah. Aku ckp...dalam... tak sampai rm500... x cayer? Tuhlaa katonyer diskaun. Kualitas brg2 tuh ok. Just maybe masa handling tuh ado 'terguris' luko skets.... biaso ah tp x terjejas kecantikan dier.  


     Tarikh tutup?? Lom pk... korang letak ah dlu, nnti aku nk ttp aku bgtau awal noo?? Now, tunggu appa lagikkk? Kasi 'ggellleekkk'' seh. Err, lupo ckp yg sesapa YG ADO BLOG boleh msk coz takkan kiter nk tersekat di sini jeks kan? 
      So, penat dh neh nk mengarang. Sok koje lagikkk smpi ptg...huhuhuh... goood luck lah pd yg teringin nk mencuba. SELAMATLAH SEMUANYER!!...




Thursday, June 17, 2010

Kau Pergi

     Gi mari, gi mari. Dah almost to the end. Rasa memang tak puas. Yerler, manalaa nk puas, cuti kan? Kalo orang lain cuti, keje tak bawak balik umah. Haku plaks? Huhuhuhuhuhuhu.... kalo cuti macam neh, baiklaa aku kjer. Btui tak??

     Haiiii.... mengeluh pown tak guna. Kerja kasi siap. Tapi time cuti neh sempat juger buat 'bw' byk2. Ala2 macam orang giler juger. Tapi juger, aku tinggalkan jejak kt blog2 yang sekelapa err...naper aku taip kelapa plaks.... sekepala ngan aku. Belog2 yang aku suker baca, belog2 yang aku paham apa yg aku baca. Kira yang tercapai akalku lah. Kalo standard tinggi2 sangat x retilah, bai....

     Masa cuti neh juga bagi chance kat aku hapgret belog neh siket2. Yang paling besh, berjaya letakkan 'tempat menjerit' utk. kawan2 sapa2 aku, tinggalkan jejak juger utk. aku jejak balik lepas itu. Utk itu, aku nak sayang sangat2 kat E-na Lovely Kitchen and NizamLimited coz tak lokek nk share ilmu yg depa tau. 'Sharing is caring but not everything can be shared', kata E-na. Ok,bos... noted!! hehehehhehe..... Kawan2 blogger yang lain jgn tecik ati tau. Kiter pon syg u ols semer.... sebab tuh kiter selalu merayau2 kat belog u ols.... nanti kalau dah pandai wat award kiter bagi u ols yea? ( jgn janji manis ajer...)


Tq, shannon utk. photo ini.

Saturday, June 12, 2010

Ijab dan Qabul

     Cuti2 sekolah neh dah ramai maklum, macam2 mender berlaku. Yang paling jelas dan biasa sudah semestinya walimatul urus lah. Kat fesbuk plaks banyaklaa album2 kawen di'upload'kan untuk tatapan kawan2 dan sedara-mara semua. Aku pon x terkecuali.

     Malam tadi merupakan majlis akad nikah seorang lagi anak buah aku iaitu Aimi Farhana bt. Hj. Hashim dengan suaminya Wan Hafizudin bin Abu Bakar. Selamat Pengantin Baru Cik Su Ayu ucapkan, semua u all berdua berkekalan selama-lamanya dan dikurnia anak yg ramai cepat2 yea? Awal2 dapat anak untunglah.

     Malam neh plaks majlis resepsi depa. Japs lagi berangkat lagilah kitorang ke Bangi.

Semoga berbahagia.