GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, October 30, 2012

Sambil Buat Kerja

     Silalah layan coretan pengalaman aku untuk peraduan Perodua. Bukan peraduan sangat kots. Hanya catatan pengalaman pemilik kereta keluaran Perodua. Tanpa hadiah. Pasal tuh tak sesuai nak letak perkataan 'peraduan' tuh kan? Minta maaf ayat berbelit. BM untuk SPM aku adalah C4. Nasib baik... Korang layankan catatan aku ini...

PERODUA MOMENT
 
    Semasa melanjutkan pelajaran, saya berdepan dengan masalah pengangkutan ke kampus. Walaupun saya boleh menumpang rakan sekelas, waktu balik pula menjadi kerumitan bagi saya.

     Setelah berbincang, suami saya memutuskan untuk membeli sebuah kereta kancil terpakai untuk menyelesaikan masalah saya itu.
     Kami menghadapi kekangan kewangan juga pada masa itu kerana saya hanya mendapat gaji separuh yang memaksa kami mengorek saki-baki wang simpanan.

     Alhamdulillah, bayaran pendahuluan sebanyak RM500 dapat dilunaskan sementara ansuran bulanan adalah RM175 sahaja. Dengan itu, saya dapat ke kelas tanpa sebarang masalah lagi.

     Meskipun terpakai, WJB 329; berkuasa 660 cc sahaja; mampu membawa kami sekeluarga ke mana sahaja. Saya juga dapat menumpangkan kawan2 untuk membeli buku2 serta bahan2 rujukan untuk pengajian kami. Juga, bergerak2 ke tempat2 berkenaan untuk tujuan 'research' dan belajar secara berkumpulan.

     Kini, setelah beberapa tahun dikurniai ijazah sarjana muda, Kancil hijau itu terus berkhidmat untuk bapa mertua saya pula. Beliau memandu Kancil itu ke pasar, ke masjid dan juga bertemu rakan2.

     Wahai WJB 329, walaupun kekuatanmu hanya 660 cc, kau sungguh berjasa kepada kami sekeluarga. TERIMA KASIH!!

     Macam ayat budak sekolah rendah plaks.. huhuhu.. lepas tuh aku tatau apa depa buat ngan 'Perodua Moments' tuh. Tak kuar kat tv pon.. Kancil hijau kepala itik itu masih ada dan bayaran bulanan tetap dilunaskan. Walaupun keadaan fizikal dan dalaman dier dah tak berapa nak sihat ( 2nd. hand pon kan?) , nak bawak dekat2 masih boleh lagi. 

p/s: entri tanpa gambo. korang berminat nak baca?

7 comments:

Afasz said...

wahhh beginila cite nye.. susah payah senang bersama :D

Dr K said...

wakakakaka..mesti terharu kancil hijau baca...:P

Kakcik Seroja said...

Kakcik dah baca sampai titik terakhir. :)

Irfa said...

dah baca pun ;)

Kakzakie Purvit said...

Betpa besarnya jasa kancil hijau itu Ayu... bayangkan tanpanya masa itu pasti sukar nak ke sana-sini.

JunAina said...

Baca. Sambil hela nafas. Syukur walaupun hanya kancil yang kecil ia memberi seribu kemudahan.

Nur-nba said...

Sungguh pun kereta tu kecil, tapi dah banyak berjasa dan memudahkan pergerakan akak dan ahli keluarga yg lain.