Silalah layan coretan pengalaman aku untuk peraduan Perodua. Bukan peraduan sangat kots. Hanya catatan pengalaman pemilik kereta keluaran Perodua. Tanpa hadiah. Pasal tuh tak sesuai nak letak perkataan 'peraduan' tuh kan? Minta maaf ayat berbelit. BM untuk SPM aku adalah C4. Nasib baik... Korang layankan catatan aku ini...
PERODUA MOMENT
Semasa
melanjutkan pelajaran, saya berdepan dengan masalah pengangkutan ke kampus.
Walaupun saya boleh menumpang rakan sekelas, waktu balik pula menjadi kerumitan
bagi saya.
Setelah
berbincang, suami saya memutuskan untuk membeli sebuah kereta kancil terpakai
untuk menyelesaikan masalah saya itu.
Kami
menghadapi kekangan kewangan juga pada masa itu kerana saya hanya mendapat gaji
separuh yang memaksa kami mengorek saki-baki wang simpanan.
Alhamdulillah, bayaran pendahuluan sebanyak RM500 dapat dilunaskan
sementara ansuran bulanan adalah RM175 sahaja. Dengan itu, saya dapat ke kelas
tanpa sebarang masalah lagi.
Meskipun
terpakai, WJB 329; berkuasa 660 cc sahaja; mampu membawa kami sekeluarga ke
mana sahaja. Saya juga dapat menumpangkan kawan2 untuk membeli buku2 serta
bahan2 rujukan untuk pengajian kami. Juga, bergerak2 ke tempat2 berkenaan untuk
tujuan 'research' dan belajar secara berkumpulan.
Kini,
setelah beberapa tahun dikurniai ijazah sarjana muda, Kancil hijau itu terus
berkhidmat untuk bapa mertua saya pula. Beliau memandu Kancil itu ke pasar, ke
masjid dan juga bertemu rakan2.
Wahai WJB
329, walaupun kekuatanmu hanya 660 cc, kau sungguh berjasa kepada kami
sekeluarga. TERIMA KASIH!!
Macam ayat budak sekolah rendah plaks.. huhuhu.. lepas tuh aku tatau apa depa buat ngan 'Perodua Moments' tuh. Tak kuar kat tv pon.. Kancil hijau kepala itik itu masih ada dan bayaran bulanan tetap dilunaskan. Walaupun keadaan fizikal dan dalaman dier dah tak berapa nak sihat ( 2nd. hand pon kan?) , nak bawak dekat2 masih boleh lagi.
p/s: entri tanpa gambo. korang berminat nak baca?
7 comments:
wahhh beginila cite nye.. susah payah senang bersama :D
wakakakaka..mesti terharu kancil hijau baca...:P
Kakcik dah baca sampai titik terakhir. :)
dah baca pun ;)
Betpa besarnya jasa kancil hijau itu Ayu... bayangkan tanpanya masa itu pasti sukar nak ke sana-sini.
Baca. Sambil hela nafas. Syukur walaupun hanya kancil yang kecil ia memberi seribu kemudahan.
Sungguh pun kereta tu kecil, tapi dah banyak berjasa dan memudahkan pergerakan akak dan ahli keluarga yg lain.
Post a Comment