GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, August 12, 2010

Kurus Puasa

     Dah 2 Ramadhan. Alhamdulillah, semalam selamat menjalani tapi sempurna atau tidak, Allah menentukan Yer tak? eheheheheh.... Tapi, semalam memangler kesabaran teruji. Bukan di tengah hari or di tengah petang tatapi di awal2 pagi lagik. Tak cayer? Rujukler entry aku semalam. Pastuh, pagi2 Imran ader buat 'ujian' dier gaks. 

     Yang paling ketara, time nak g kejer. Kuar2 jer umah MIL aku, dah jammed. Dok terpk,"Aper kehelnyer neh? Orang dah nak bukak poso ker or dah nak balik kampung? Baru ajer 1 Ramadhan." Dok tersemput2 (dahlaaa keter aku tuh manual) sampelaaa ke Kelana Jaya tgk2 haper.....

Ehsan Pak Google 


     Accident ker? Owh! No... no nobody2 but you. Bukan pon. Lori kecik pecah tayar dok tersadai kat lane kecemasan. Pihak LDP ngah dok handle. Pastuh, jalan lancar jer. So, naper jammed? depa nak amek no lori tuh eks? Ada 'ong'? Cheissssss!! Btui2 cheiisss lahhh....

     Sampe kat skola, nasib2 jeks dapat parking. Parking belakang sekali. Means, dah kul 5.30 nanti aderler manusia dok sebok2 call suh ubah keter coz aku dah block keta depa. Macamlaa depa tuh plaks yang nak balik bukak posa.

     Balik time. Lepas ajer tol, amek resit, jammed lagikkk. Hai lah hai...cemanalaa manusia neh tak stress kan? Siket2 jammed... lepas traffic jammed, manusia plaks yang jem. Owh2!... 

     So, itulah cerita-ceriti aku pada 1 Ramadhan ini tahun. Sekian, SELAMAT BERPUASA!!....

Wednesday, August 11, 2010

Kisah Babi dan Hantu

     Korang nak baca cerita? Bulan2 posa neh layan cerita japs ok gaks. Tapi, pandaikah aku bercerita? Atau korang pon sebahagian dari cerita? Errrhhhh... Aku neh kalau tak tunjuk gambar dulu, rasanyer idea kurengg mari... nak tengok dakk??

Inilah ialah 'seketul' vavi....

Ini pula 'seekor' hantu yg masih bebas coz lom terbelenggu...

     Itulah  'kisah' yang melanda 'comment' box blog aku minggu ini. Any comment?

Monday, August 9, 2010

Keywords Popular

     Salam Selasa semer. Sepanjang minggu lepas, kita dikejutkan dengan berita kematian bekas Adun Permatang, Selangor. Semer dok berebut2 cari berita mengenai kematian yang penuh misteri itu. Trafik aku pon agak mencanak dan keywords fofulernyer adalahhhhhh.....:

Maybe kne tukar genre blog aku neh ke politik or misteri seantero dunio??

Sunday, August 8, 2010

Jom ke Pasar

     Malam tadi tito awal. Jangan tak cayer hokey!! ehehehehhe.... So pagi neh bole laa reronda Pasar Seksyen 6, Shah Alam. Setakat yang aku tau, pasar neh mempunyai reputasi tinggi terutama bagi umat Islam sekitarnya. Pasal 99% peniaga adalah orang Melayu. Rasanya ader sorang jer orang Cina, itupun jual sayur. So tak was2 nak shopping sini. Aku pon taknak ketinggalan. Dah baper kali mai sini. Yang pasti, bau barang2 basah kat sini tak macam bau kat Tesco. Kalau tak cayer, biler free2 korang try ah mai sini. Dengar kata orang2 dari Damansara pon shoppping mopping kat sini. KOrang biler agik??

Dekat entrance.

Owh! Tak tau plaks paso moden neh...eheheh.. pasar tradisional yg mcm Lang Buana tuh kots.

Melangkah gagah ke destinasi...ehehehhehe

Ada ikan. Terliur nak sauk semer macam nk kenduri.

'Salesman' yang ramah menyambut anda....eheheheheh

Feels like eating vegetables now? Cummon! Eat your colours....

1st. time aku nampak mender neh dijual di paso. Roselle.

Whoaaaaa!! Ini aku minat... korang??

Oiiii... rambang mater weh!

Bebuahnyer saiz aku blako-lako. Sory, bang...ter'snap' dompet abg...ehehehe

Pilih2..pastuh jgn lupo byr2...

Adik berbaju merah hitam itu akan bertanya,"Nak minum apa, kak?". Makan layan diri yer.

Menu saper neh? Tatauuu......ehehhehe

Hub sy ngan nasi lemak telur goreng.

A snap by Imran. Penghuni tetap pasar tersebut. Bilerlah due dier neh.

Di tempat lain ader terdapat lagi? melainkan Padang Jawa. Soklan serius neh...

     Silalah enjoy gamba2 itu. Inilah terjadi biler tuan ampunya belog bangun awal...ehehehehe

Saturday, August 7, 2010

Buffered Earning Ada Dua

     Alhamdulillah! Abang Nuffnang ader bagi lagi satu BE. So kener rerajin BW laa kots? Hhuhuhuhhu... lebam lagik mata weh...eheehehhehehe..... ader cara lebey senang & jimat masa tak? Maybe bloggers otai nak bagi panduan dan pendapat kat aku?? Sila2lah......ehehehheeh

Ader dua. Tapi tgk tuh pendapatan macam budak skola tadika lagik.

Perubahan Positif

     Orang kata, esok mesti lebih baik dari hari ini. Dalam Islam pun ader sebut macam tuh. Maknanya, manusia tidak boleh tidak, perlu berubah. Berubah macamana? Berubahlerr... sudah semestinya dari dari buruk ke baik. Dari baik ke lebih baik. Dari lebih baik ke terbaikkk!!! Dari takder ke takder. Dari banyak ke sikit. Errr....btui ker yang last tuh? Acah2 jer tuh coz aku nengok adik Man kiter macam tak paham dan terkuap-kuap plaks.

     Kalau dari banyak ke sikit tuh bukan namanya perubahan positif. Itu dah jadik mundur plaks. Korang taknak jadi mundur kan? Saper ndak tapi kadang-kala hati kata tidak tapi perbuatan menunjukkan sebaliknya. So, hati2, bebs!!

     Aku mula berblog pada tahun 2008. Orang ader blog, aku pun taknak ketinggalan. Dulu blog slalu dibiarkan bersawang tapi sekarang, kalau sehari tak tengok blog terutama hari Isnin, rasa buntut macam tebakau. Takleh nak duduk or wat kje ngan aman. Hari ini, aku nak berbangga sendiri even orang tengok rasa menyampah sebab blog aku dah ader perubahan positif, yakni dari sikit ke banyak. Korang tgkler....ehehehehhe

Positive enough aite? ehehehhe....

Apa Perasaan Anda Melihat Headline Ini?

     Berita neh susulan laporan semalam mengenai seorang datuk tiri yang merogol cucunyer yg berusia 13 tahun. Paling hamlau, nenek dier bersubahat sekali then siap melarikan diri bersama datuk krongkapukpeng itu.... Kalau dapat kat aku depa berdua tuh, siaplaaaa.... Datuk dier tuh aku tak buat yang susah, aku pijak2 jer k*t*y dier tuh. Sama macam yang aku nak buat kat 'transporter' laknat yg rogol budak skola rendah/tadika yang dier bawak tuh. Nenek dier plaks, aku suh baring then aku lompat2 kat atas dier... korang bole imagine kan biler aku yg berat lebey dari 1 pikul neh dok buat macam trampolin kt dier. Rasakannnn!!!


Gedumbek tak binatang 2 heko tuh??


Inilah gambaran perasaan aku now....Hnnssffhhhh...!!

Kalau Dah Takder Rejeki

     Email ini diterima pd pukul 1.27 ptg td. Aku plaks open email kul 6.45 ptg. Macam tak cayer dapat invite tapi kan musykil juger. Before dier anto email nk 'revoke' kan invite kiter, surely ader email nkkan confirmation  dulu kan? Tapi, dan2 terus dapat email ini. Aku dah call opis Nuffnang tapi kata depa, try again in the future.Hmmmm..... aper bole buat.... uhuks!!!






Thursday, August 5, 2010

Ariffshah di Infiniti Kosmo

     Aku tidak pernah mengenali Ariffshah secara personal. Jauh sekali berjumpa beliau secara bersemuka. Beliau kenal aku?? Yer... dalam mimpiku lah sajer. Aku 'mengenali' beliau melalui saudara syahirul dan bro joegrimjow Itupun aku baca entri2 depalah. Dalam hati terdetik,"Wah!! Boleh jadi modeling blogger neh bro Ariffshah!"....eheheheh... bukan nak menggatei yer? Tapi itu pendapat akulah.

     Aku nk share gegambo yg aku 'senap' dari suratkabo Kosmo....

Cover sisipan 'Infiniti'... bukan main bergaya lagi pose Sedara Ariffshah kiter.


Cheh! naper plaks tertonggeng neh?? Abaikan tapi tumpukan perhatian pada cerita bro Ariffshah psl berblogging neh.

Malas dah nk ckp psl posisi gambo neh melainkan hampehhhzzzzzzz. Gambo2 bro Ariffshah di zaman belajar beliau.

     Pendek kata, aku bangga perasan tak ingat sendiri sebab 'kenal' bro Ariffshah dahulu melalui blogger2 lain sebelum artikel ini keluar. Kudos skali lagi utk bro Ariffshah coz muka hemsem dier kuar paper utk kali kebaper ntah.... taniah2!!

Misteri Kematian Bekas Adun Permatang

  'Headlines' akhbar yang memang panas.

     Terkejutnyer aku tgk briter tv3 kelmarin. Even sekarang pon masih tak ilang terkejutnyer. Kuusssss semangat!!! Lebih2 lagi biler tgk keadaan jenazah yang dah kaku kat dalam keter tuh. Masih ternampak2 muka depa..... 

     Persoalan 'saper bunuh saper dulu' atau 'bunuh kemudian bunuh diri' memang sukar aku nak terima. Yerlah, melihatkan profil ringkas kedua2 arwah memang sangat berlawanan dengan kejadian tersebut. Aku harap sangat2 kes ini hanya kemalangan. Maksudnya, mungkin terlepas tembakan. Apa2pun, jgn menilai apa yg tidak kita ketahui kerana ianya akan menjurus kepada fitnah dan mendedahkan aib org2 yg telah tiada. Hanya sedekah Al-fatihah yang sepatutnya saudara sesama Islam berikan setakat ini. Wallahuaklam.... 

What Distance I’d Go for My Other Half

     Hidup single-mingle or sorang2 memang besh. Tapi tak dapat nak lawan 'rasa' hidup berdua. Bak kata Acha Sptriasa,"Berdua lebih baik.." even lepas tuh percintaan dier ngan pakwenyer tidak lama.

     Hidup berdua, walaupun best, ader juga time tak besh. Tapi tuh adatla. Bak kata arwah Tan Seri P.Ramlee plaks,"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...". Mender2 tuh sme rencah dan asam garam dalam hidup berumahtangga. Yang penting, cara kita berdua laki binik melalui 'ups and down' dalam kehidupan. Apa seronoknya hidup berdua? Dalam konteks aku, hidup bersuamilah yer, bkn berkaple2 tapi masih cuba untuk selamanya menjadi kaple suami isteri yang bercinta; bukan hanya mempraktikkan tanggungjawab sahaja.

1. Ader 'the other half' bwk kiter memana kiter nk g or g memana bersama2.

2. Ader 'the other half' utk. amek gambo depan pintu gerbang majlis kawen org lain.

3. Ader 'the other half' utk. posing atas pelamin even bukan sendiri punyo.

4. Ader 'the other half' utk pujuk 'the little one' yg dihantar ke sekolah yg salah oleh macik van yg bodoh; then 'the little one' balik jln kaki sejauh 1km (malaikat jaga...alhamdulillah) on the first day of kindergarden.


     Ok singles, dah rasa nak kawen dah?? Ehehehehehe...... Itu hanyalah antara sebab aku kata berdua lebih baik. Dek kerana beliau byk berkorban utk aku dan 'the little one', aku sanggup buat apa sahaja yg termampu demi 'my other half'.

1. Bertukar menjadi 'Wonder Woman' walaupun imejku tidak sesuai langsung.

Gambo dicilok dari Google (jgn saman saya)

2. Mendaki gunung Everest walaupun aku tak penah panjat gunung dan gayat pada ketinggian.


Ehsan Google


     Tapi mampukah aku buat dua mender yang sungguh mencabar ini? Secara praktikalnya, idokler sampai tahap itu. Bukan tamau, tapi .....takot seh.... Mana bolah itu machammm!!!

     Ok, mender2 kat atas tuh 'symbolism' aku ajer. Maksud aku, aku akan sedaya upaya cuba untuk melakukan apa sahaja yang termampu demi cintaku pada suami akulah. Memang kewajipan isteri mematuhi kata2 suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Cuba sedaya upaya mengikut cakap beliau tanpa perlu merubah2 apa2 pon kualiti dalam diriku as long as I am myself, jadi diri sendiri dengan bimbingan suami tersayang. Lebih manis plaks kalau dapat tiket wayang 'Going the Distance' sehari sebelum ianya ditayangkan di panggung wayang seluruh negara. 'Going the Distance' neh filem terbaru terbitan Warner Bros dan akan menemui kaki wayang Malaysia pada 2 September 2010. Jom baca sinopsisnya:

Erin’s (Drew Barrymore) wry wit and unfiltered frankness charm newly single Garrett (Justin Long) over beer, bar trivia and breakfast the next morning. Their chemistry sparks a full-fledged summer fling, but neither expects it to last once Erin heads home to San Francisco and Garrett stays behind for his job in New York City.  But when six weeks of romping through the city inadvertently become meaningful, neither is sure they want it to end.  And while Garrett’s friends, Box (Jason Sudeikis) and Dan (Charlie Day), joke about his pre-flight calorie-cutting and his full-time relationship with his cell phone, they don’t like losing their best drinking buddy to yet another rocky romance.  At the same time, Erin’s high-strung, overprotective married sister, Corrine (Christina Applegate), wants to keep Erin from heading down an all-too-familiar road. 
But despite the opposite coasts, the nay-saying friends and family, and a few unexpected temptations, the couple just might have found something like love, and with the help of a lot of texting, sexting and late-night phone calls, they might actually go the distance.

Poster dier pon sgt shantek dan romantiknyerrr.... 

 Hehehehehehehhe.... so sorry Nuffnang and Warner Bros... 'vandalising' your poster but no bad intention ok? Silalah ke sini untuk keterangan lanjut.


Monday, August 2, 2010

Takdir

     Aku selalu dok merungut2 kat FB pasal cerekarama bukan cengkerama yea? kat TV3 yang rata2nya syahdu2, jiwang2, seksa2 orang, seksa perasaan org dan sebagainya. Citer pasal si tanggang moden, anak tendang mak, anak tinju bapak dan memacamlah. Macamlaaa masyarakat kita neh itu ajer kejernyer walaupun betui...hohoohohoh...

     Penat2 dok keje 5 nam hari seminggu, dok mengharung jem g balik kje, dah biler balik umah dok tensen plaks tengok citer2 macam tuh. Yennadeyyy!!!

     Tapi malam tadi yakni malam minggu, citer kat cerekarama agak lain sikitlaa dari yang lain laaa. Dulu dah ader citer2 yang besh tapi lama benau baru timbui citer neh. Kisah seorang lelaki yang sanggup buat apa saja agar dapat berkahwin dengan tunang tersayang. Apa saja tuh bukan yang haramlah dan itu yang menarik. Keja beliau hanya despatch kalau tak silap tapi terpaksa buat 2-3 keje seminggu demi mendapatkan wang hantaran untuk berkahwin? Berapa *antrannya? *Antrannya......*Antrannyaaa..... rm50,000!! Tuudiiiaaaa.... angpa leh imagine tak? Despatch nak cari 50k. Orang yang gaji 5k sebulan pon mengegel nak cari duit byk neh. Haiiii.... mender neh nmpk macam kelakau tapi ianya serba sedikit mencerminkan apa yang terjadi dalam masyarakat kita. Macam nak jual anak tapi sebenarnyer mak pak ader sebab sendiri nak letak rega macam tuh. Mungkin nak kasi malu keluarga lelaki, mungkin gaks tak nak bagi anak depa kawin ngan lelaki tuh tapi tak nak cakap direct dan sebagainya.

     Macam2laa mamat neh buat nak dapat duit tuh dalam tempoh setahun. Genre citer neh komedi ringan, kiranya tak melampaulah tahap kelakaunyer macam 'Vampires Suck' tuh. Sebenarnya banyak lagi konflik dalam citer tuh. Pelakonnya plaks adalah Samheizy Sam yang memang berbakat, muka toya selamba tapi cute tuh memang sesuai ngan watak tuh. Heroin plaks Marsha Londoh. Aku suker gaks tgk dier berlakon, ala2 manja ngengada gitu tapi dalam citer neh dier soerang yang serius dan berfikiran terbuka. Tunang si Sam neh didokong oleh Fida, juara 'Gadis Melayu'. Minah neh berbakat gaks eks? Suker gaks tgk dier. Watak antagonist plaks ader satu mamat Cina yg hensem, nama beliau Patrick Zanz ker haper. Lupa eh. Muka ader iras2 Alan Yun. Cakap tak pelat pon. Angpa tengok gambo dier nanti. Kalau tv3 kasi ulang itu cerita angpa jgn luper tgk tau.

Atas kiri: Si Sam mujuk tunangnya lepas tunang dier tau dier dah kawen.
Atas kanan dan bawah kiri: Mak mertuo si Marsha seorang yang berfikiran terbuka. Membimbing menantu mualaf.
Bawah kanan: Depa nak balik KL balik. Mak mertua suda syg itu menantu even memula tak bpe suker.


Wajah cemburu seorang lelaki dan konflik di antara kedua2nya.

     So sorrylah, aku pakai nama sebenar except si Jeffrey neh coz yang lelain aku luper.

Nota ingatan: *Sila baca ikut intonasi Siti Tanjung Perak dalam citer 'Bujang Lapok'....jangan marah aaaaaa....ehehehehheeh.

First Time Been Tagged



     Gua tak penah kena tagged. Akaun 'Tagged' tuh adolaaaa. Tapi bukan tagged yg ini. Ngah gabra beruk bacer cecara nak handle mender neh. Hoke2... gua try... tqlaaa, Cik Ros coz menambah kje gua b4 gua zzzz neh....ahahahahha...joking jer, Cik Ros...

     Meh buat checklist syarat2 tagged tuh.....

1. Ucap terima kasih kat insan yang tag kat kita tu dan jangan lupa link kan

(dah buat kat atas....)

2. Tag 15 orang blogger yang anda pikirkan olalala tropika! fantastic bola bola! yaa reba ya rebba! hehehe.. (saper eks?.....hmmm....byk tuh 15....)

(hoke, mission almost accomplish after...almost 1 hr...heheheheh....then, apo laie neh?)

3. Kene bagitau insan-insan yang bertuah kat atas ni menerusi chatbox dorang
( udah.....)

4. Nyatakan 7 perkara tentang diri sendiri  
sinang, bah ini....


1. gila2 ..... kadang2 gila...huhuuhhuhu


2. kerja


3. gemok


4. comey


5. blurrr


6. baru pandai pakai Photoscape siket2


7. bersuami dan ader 1 son


     Yehahahahahahaha.... mission accomplishhh!!! korang yg dh kener tagged tuh jgn buat bodo  jer yea? ehehehhe.....




 

Sunday, August 1, 2010

Why Vampires Suck

Heiiii.....!! Tak tahan.... memana pegi bebudak dok bercakap pasal neh.....



  
Gegambo ehsan Pacik Google

     Twilight laa, Blue Moon laaa.... Kalo Soffya Cik Bulan tuh takperlaa gaks kan? promo skek, dik...ehhehhe

     Yang lagik kelakau, cik ponti tuh plaks bole laa ader inik...
Belas ehsan dari Pacik Google lagik

Cik Pon blaja unibersiti mana eks konsep 3M neh?


Soklan2 yang bermain di pikiran akak psl Cik Pon:

1. Naper semua cik pon berupa seperti yg di sebelah kiri berbanding dgn yg di sebelah kanan?

Ehsan Pacik Google lagik

2. Naper cik pon musti seksi sedangkan cik pon juga boleh 'diamek' dari seorang Muslimah?? (jgn mare arrr..)
Ehsan dr Google lagik & diri sendiri


     Akhirnya, seorang lelaki @ manusia yang tidak tertahan dengan 'fenomena' Cik Pontianak neh tampil ngan satu idea baru. Versi kasi lawan sampai 'boom' itu Twilight sme... dengan ini....
Ini plaks 'cilok' dr Nuffnang.... dengan kebenaran hoke??

Akak tak sangka plaks ader ureng terpikir nak wat movie mcm neh even sebenarnyer dier mcm 'Scary Movie' aih...Tgk poster pon dah kelakau. Hopefully movie neh pon klakau mcm poster dier ehhh....

     Neh ado ringkasan citer dier sikits2....

A spoof of vampire-themed movies, where teenager Becca finds herself torn between two boys. As she and her friends wrestle with a number of different dramas, everything comes to a head at their prom.

     Naper eks sikit jer sinopsisnyer? Ala... nak tau lagik, jengah2laa sinikk.... 




Tuhlaaa akak rasa naper 'menatang' pontianak neh memang teruk dan tak elok dijadikan trend or lifestyle idup terkini.

Glossari: Cik Pon merujuk kepada Cik Pontianak bukannyer Cik P*n*an so 'mak2' kat sana jgn mare akak eh?? ehehhehe...gurauan ringan2 semata2 dan bukan gurauan melampau.
     

Sudah 30 Tahun...

     Saat ditunggu suda tiba. Trrrrrrrr.....tuungggg....cheeennnnnnggg!! drumroll..... Genaplah sudah umo suami saya yg tersayang. Beliau berumur 30 tahun pada 30 Julai 2010. Menurut beliau, hari lahir tahun ini sungguh istimewa kerana.... tarikh dan bilangannyer: 30 on 30.... ada pahammm?? Bagusss anak2 sekalian...... kalo tarakk paham nasib ah....ehehehhehe

     Lepas gue snap gambo itu, tahap ke'perasanan' beliau lebey menyerlah apabila beliau berkata,"Wah! Abah nampak semakin muda"...... Bweekkkk bluweekkkkk. Tak kisahler, harijadi beliau. Ikut suker beliaulaa kan? Saya sebagai isteri melayan sajer kerenahnyer coz dier sebenarnyer yg selama ini byk melayan 'kerenah' eden....syyttttt!!! jgn kasitau ureng eh?

     Oklaa, Abah... di hari lahir Abah neh, mama doakan Abah happy2 selalu, sihat2 selalu, diberkati selalu supaya Abah boleh tetap jaga & sayang mama dan Imran selamanya. Aminnn!!!

First 'artwork'.....ehehehehehhe

Nota cium: Dik Sumijelly, dah byk pahala dik nih. Aminnn!!! eheheheh....

    

    

Thursday, July 29, 2010

Panduan Menjadi Ibu Bapa Yang Cemerlang.

     Waduh2 tajuknya. Jangan tidak percaya yer? Dok slalu luah2 perasaan jeks and dok gelak2 tak serius, skali skala kne jadik matang gaks. Hwewhewhehwhe....ok, get back on track plz...

     Dah lama aku tak g masuk MPH. Last weekend, terasa nak beli bukulaa plaks. So, melangkah ke dlm MPH SACC Mall, antara buku yang dibeli ialah ini....
Comey kan gambo baby tuh?

     Secara jelas, aku lom abehlaa baca buku neh. Tak tau biler nk abeh. Tapi aku nak share gaks serba sedikit ciri-ciri parents yg cemerlang. Susah juger nak ikut tapi mencuba adalah lebih baik dari dok melongo sesajer.

1. Menjadi Ibu Bapa yang Beriman
          
          Walaupun ini bukan tips yg pertama tetapi ianya adalah antara yang utama. Aper2hal pon, mak pak tuh haruslah beriman. Beriman bukan ditujukan pada orang2 Islam sahaja tetapi untuk orang2 beragama lain. Kalau faham betul2, iman means your faith right? Ianyer berkaitan dengan kepercayaan. Kalau ibu bapa ada kepercayaan, sudah pasti anak-anak juga begitu. Orang2 yg beriman dan mempunyai kepercayaan neh memang berpegang kepada sesuatu yang nyata so try to be one. Tetapi dlm buku neh, penulisnya fokus kepada ibu bapa Islam yang perlu mendalami ilmu agama serta mempraktikkannya dalam kehidupan,menjauhi perkara2 yg boleh merosakkan iman dan Islam dan mengelakkan rezeki yg syubhat dan haram. Banyak lagi yg lain tapi aku share sikit2lah kat sini.

2. Jadilah Ibu Bapa yang Tidak Menjadikan Anak sebagai Mangsa
            
          Lazimnya kita selalu mendengar atau berkata sendiri,"Anak aku, ikut suka aku nak buat apa pun". Ungkapan neh memang bukan menyumbang ke arah ciri2 ibu bapa cemerlang. Aku percaya, ibu bapa  yang slalu fikir atau ckp mcm neh adalah ibu bapa yg 'sakit' dari segi mental. Yerler, kalau dah cakap dan fikir macam tuh, anak2 tuh dijadikan macam2. Macam aper? Macam hamba sekslaa, hamba dera laaa, 'punching bag', mangsa bebel dan sebagainya. Gaduh laki bini sikit, pukul anak, tengking anak. Tensen d tempat kerja, balik2 mengamuk kat anak. Nampak anak dara tuh menggiurkan sikit, rogol lah, cabul lah. Btui dak? 'Sakit' kan macam tuh? Kita neh kener ingat yang anak itu amanah. Dah jadi amanah kenalaa jaga bukan boleh buat sesuka hati kan? Kalau marah sekadar untuk mengajar tuh bolehler, jangan lebey2 suda lerrr.... Pikirlaaa kalo korang takder anak, cemana perasaan??
3. Jangan Mendiskriminasikan Anak
           
          Yang neh rasanya ramai ibu bapa dolu2 yang amalkan. Tak taulaa ibu bapa moden ader ker dak. Sure ader kots. Macam orang ckp,'favourite child' or 'golden child'.... Membeza2 kasih sayang antara anak. Mungkin anak yg first tak bpe pandai or agak slow jika nak dibanding dengan anak kedua. Or anak sulung lebey cantik, hensem or putih dari adik bongsu. Macam2 sebab mak pak pilih kasih neh. Kadang2 sebabnyer memang tak diketahui. Bagi anak yg disayang lebey tuh, beshlaaa kan? Tapi bagi yang didiskriminasi tuh? Tapi, kadang2 aku dengar dan baca, anak2 yang didiskriminasi nehlaa yg banyak menolong/menjaga mak pak masa tua or sakit, tapi yg tetap 'cantik' dipandang mata adalah anak kesayangan even depa tak buat aper pon. Even perangai depa mcm setan pon. Tapi, aku lomlaaa mengalami mender neh coz rejeki aku baru sorang. Hopefully, biler ader lagi rejeki aku, aku cuba untuk tak menjadi ibu bapa yang macam neh.

4. Tidak Malu untuk Meminta Maaf
             
          Neh pon rasanyer mak pak yang konservatif yg slalu tak minta maaf balik kat anak kalau depa buat salah. Manusia, adatlaa membuat salah kan? Kalau mender neh jadik, hopefully korang janganlah segan silu nak mintak maaf ngan anak even anak tuh still kecik. Bukan aper, segala tindakan, tindak tanduk dan tutur kata kiter tuh 100% akan diikut oleh anak. Kalau banyak mender baik yang kiter tunjuk, banyaklaa mender baik yang depa ikut. Macam minta maaf nehlaaa, korang tak cayer? Trylaa buat, aku dah ader pengalaman yg membuatkan aku tersenyum sendiri. Nanti kalau dier buat salah ngan kiter or kwn2 or saper2 sajer, depa akan apologise ngan sendiri. Tak yah kiter ajar secara formal.

5. Perlu Menjaga Makan Minum Anak
  
          Ini nampak macam berat juga nak buat tapi macam yang aku cakap awal2, kenerlaa cuba. Macam aku yang tak masak kt umah neh, mmg susah. Tapi, seboleh2nyer kita cuba beri makanan minda juga untuk anak kita. Pastikan sekurang2nya anak kita tuh makan vitamin ker, minum susu (even orang ckp susu membuatkan budak tak mkn nasi), mkn kismis ker or minum jus dier dan sebagainya. Yerlaaa, bukan mkn utk perut juger tapi untuk minda. Aku bukan pakar pemakanan tapi perlulah korang rujuk piramid makanan tuh. SEmua orang tau mender tuh kan? So seboleh2nyer try utk ikut piramid makanan tuh sebagai panduan.

6. Menjadi Ibu Bapa yang Berilmu

          Baiklah, akhir sekali.... kiter semua mestilah menjadi ibu bapa yang suka mencari ilmu. Bukan secara formal sahaja tetapi juga infomal dan non-formal. Informal neh, mcm kiter dok baca2 buku, baca2 bahan kat internet dan blog2 keibubapaan macam blog aku neh. Hwewewewe...... Non-formal plaks macam korang join memana kursus2 pendek keibubapaan yang dianjurkan oleh kerajaan or syarikat swasta. Yerler, kalau dah berilmu, macam2 kiter tau, surelah kiter tau cemana nak handle anak2, handle pasangan dan juga handle diri sendiri. Btui dak??

     Wokey2, aku harap panduan neh bole bagi korang sedikit idea dalam 'parenting'. Hopefully, buku neh gaks leh jadi panduan untuk aku jadi.... setidak2nyer 'better parents' kalau tak cemerlang pon. Aminnn!!!!

           


Monday, July 26, 2010

Sakit Mata Dak?

     Sakit mata? Akukah seorang atau korang semua pon samer? aDEIISSHHHHHHH...!!!!


Adeh-dehhh....

Buffered Earning Lehhh...

     Dah lama sangat rasanyer aku tak dapat BE. Dulu time aku lom ngerti aper itu BE lah, ME lah siap ader 2 lagi BE dok menari2 (bak kata bloggers otai) tapi aku buat dek ajer. BW pon tak tau. Ok, now sudah tau means dah ader BE blk kne wat byk2 BW laa yer? Itulah yg tercapai dek akalku skang. 

     Nak menunjuk juger BE itu walau sedikit sajer. Tapi, bole dikatakan semenjak 3, 4 menjak dah tau psl BW neh, mmg tetiap minggu masuklaa 2-3 sen dlm akaun. Cukupler, bebawak bersyukur coz kalo nk kejo bloggers otai tuh mmg x lehlaa. Berfinau-finau mato den. Silalah tgk...


Berbau wangilah barang siapa yg klik iklan ini....ehehehehhehehe

Tanda Sokongan

     BUkan malas nk taip tapi tak bpe rajinlah.Heheheheheh......tp luangkan sikit masa korang berBW tuh menghayati kartun2 abang ini.....

http://nayzak.deviantart.com/art/Because-he-is-a-muslim-171999868

Sunday, July 25, 2010

Gerammmm!!!!

     Aku pelanggan postpaid Digi dari tahun 2001. Setia kan? Dari line dier dok bengong2 lagik smpailaa dier dok ada line tenet skang neh, aku masih di sini. Bukan aper, no yg depa bagi aku dulu mmg shantek n sinang gua nak  ingat padahal aku tak pilih pon. Lagipon, Digi Postpaid ader point. Singgit satu point kots so aku dok ngumpul2laa. So far, aku dh redeem 3 henpon kots pakai points yg ditukar kepada voucer. Not bad kan? Dulu lagik besh, voucher dier sampai rm1000 so bolehler redeem henpon yg best2 siket. Tp mender tuh tak lama. Maybe tarakkk untung so Digi limitkan sampai rm120 jer kots. Byk pengurangan kan? Ok, takper, aku masih setia.

     Tahun neh, dptlaa lagi aku voucher rm120 tuh. Menatang tuh expired 31 July. Tadi aku g Digi Specialise Centre kt JJ Bkt. Raja. Nak me'reedeem' lah neh kununnyer. Kebetulan aku nk pakai pen drive n bole plaks di'reedem' mender tuh. Save laa dlm rm48. Belennyer bolelaa aku sambau henpon memurah utk bday hubku terchenta. Hub aku pon excitedlaa coz yg mahal2 dier tak ndak, cian kt aku nk menambah duit kan? Dah siap bwk kuar duit utk tambah, dlm 16-17 hengget kots tulonglaa kira coz aku x reti nk congak2 ...... Pen drive plaks aku dh siap bwk kuar dr kotak dier n plastiknyer dh ku renyuk2, nsb baek lom campak dlm tong sampah. Dh letak dlm henbeg aku dah.....

     Tetiba salesperson kt situ ckp," Takleh redeemlaa, kak. Kener cop kat centre dier lah". Di saat itu kurasa mau potong line Digi tuh dan2 gaks. Berubahlaaa air muka aku laki bini. Org tuh ckp coz dh lebey sebulan. Sbnrnyer, pihak Digi yg pos voucher tuh lambat. Siap ader notification kata mmg due dier dilanjutkan sampai akhir bulan neh. Dua kali bebudak kt kedai tuh call dier, tp centre ckp depa tak update.... Korang rasa aku neh ker yg tak bertimbangrasa dan penyabar?? Cheiisssss......

     Terhegeh2 laa aku bukak henbeg blk, letak pendrive tuh leklok dlm plastik n kotak dier. Kulihat hub ameklaa blk duit rm17 tuh msk wallet dier... itu yg aku tak tahan, cian hub aku. Aku tak salahkan specialise centre tuh coz bkn salah depa tp salah Digi Hq lorrr... Cheeiisssss lagikkk....Depa kt specialise tuh pon lyn kitorg ngan baik, depa paham yg kitorg malu kt depa. Siap abg tuh mcm ala2 pujuklaaa... "Kak, tak aper. Centre kt SACC Mall ader. Nanti esok kakak g saner, kasi chop. Lepas itu, kakak kasi tau itu amoi dekat sana, apa yg jd. Nanti dia bole kasi call sama saya". Tengkiu2.... Nasib baik...nasib baik....

     So, inilah perasaan aku kt Digi now.... patut tak?? Sorrylah Digi, ko ngecewakan aku!