GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Monday, February 20, 2012

Ezam Mohd. Noor...

     Siapakah Ezam? Korang semer surely dah 'kenal' sangat2 kan? Di manakah dia berada now? Dier buat apa? Bla..bla...blu...blii...blah 
     
Rerupanya dier ado kat sini..
 Ezam : Saya tengok ada juga penglibatan parti politik dalam menyokong usaha pihak sekolah. (sambil merujuk kpd buku program). Wanita UMNO telah menyumbangkan bla...bla..bla

Aku??
 Kroohh...krohhhh dulu sebelum mesyuarat bermula. Ini tazkirah tak perlu duluhh..

Baik letak pic budak cumil neh...

Ilang gaks mantok ini...hihiihhi

Saturday, February 18, 2012

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT KID DAN TEMAN2 SEPEJABAT BELIAU

Syukur alhamdulillah!!!


Nak tau aper citer? Bole ler baca kat sinik...

Friday, February 17, 2012

USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID RAHIMIAH, KLANG

Moh kiter.. dekat ajer masjid neh kalo bagi jemaah Shah Alam dan Klang. Atas bukit depan Hospital Klang or HTAR.. 


Banner diamek kat sinik.. tengsss yea? 

Thursday, February 16, 2012

Sahabat Sampai Bila-Bila

     Semenjak 2 menjak neh, aku dok laju post gambo aku ngan retis itu dan ini. Ada yang bila nampak; aku macam nak lompat bintang pasal dah lama minat dan teringin nak jumpa. Retis tuh plaks kadang2 ada yang korang semer tak kenal kan? Tapi takper... Alhamdulillah! ALLAH bagi aku jumpa. Tqvm, bos... you know why...hihiihii

     Membaca komen2 entri sebelum ini dan entri2 mempromosi citer itu dan ini, jemput korang g sana sini, aku tergelak sendiri. Sambil gelak sambil fikir dan terkesan juga di hati aku. Bukan terasa atau marah, tapi tetiba hati berbisik,"Apa pandangan orang dan kawan2?".. "Tah2 ada orang fikir macam aku sorang jumpa retis padahal ramai antara korang siap bersaudara ngan retis tapi takder kepoh macam aku pon".

     Ada gurauan yang menyatakan aku dah kawan ngan retis dsb, nanti jadi retis. Sesaper yang bagi komen neh jangan terasa  yang aku tak senang ngan komen korang. SEBENARNYA AKU NAK TAIP, KALAU KORANG PERNAH KENAL DAN KAWAN NGAN AKU TAK KIRA KAT MANA, KORANGLAH RETIS DI HATIKU. AKU 'KUTIP' DAN BELAJAR 'PELAJARAN' HIDUP DARI PENGALAMAN ORANG LAIN. SEBAB ITU BILA PERTAMA KALI JUMPA, AKU AKAN SOAL KORANG MACAM POLIS PENCEN. MEMANGLER, ARWAH AYAH AKU POLIS.ABANG AKU POLIS. MA AKU PLAKS 'WARTAWAN' TAK BERTAULIAH PASAL SUKA SANGAT TANYA PASAL BACKGROUND ORANG KAN? TUJUAN AKU TAK LAIN UNTUK MEMAHAMI KAWAN2 DAN SAHABAT2 SUPAYA LEBIH MESRA DAN TIADA SALAH ANGGAP/PAHAM DI KEMUDIAN HARI. KITA NAK KAWAN/BERSAHABAT LAMA2 KAN? DALAM 'DASHBOARD' BLOGGER NEH, TAK KIRA NAMA/GAMBAR KORANG MUNCUL KAT MANA, RUANGAN 'FOLLOWER' ATAU 'BLOGLIST', KORANG ADALAH 'RETIS' AKU. NAK SEBUT DAN 'LINK' 1-1 KAT SINI KANG TAK G SKOLA PLAKS AKU KAN? YANG PENTING KORANG WEH, KORANG TAU SIAPA KORANG KAN?

     Ohkey, dah terluah isi hati aku. Mari tempek gambo ngan retis lagikkk...miahahahhaahah



 An author n scriptwriter, Amir Muhammad

 Sofaz

Ehem2.. dulu beliau neh pelakon tapi now dah 'upgrade' jadi pengarah, Jason Chong.

A 'cool' mum macam aku, Mak Uda. Siap jemput g umah kat Pasir Gudang...

Maybe ALLAH akan ketemukan kami secara eksklusif lain kali. Amin3!! korang, meh doakan aku gaks. 

  Salah seorang peserta Mentor, tak pasti musim mana, Sani. Bakal keluar dengan single pertama.

'Minah' Shah Alam yang jadi mek Kelate dlm CK-K neh. Saboo jahh..hihhii



p/s: 'posisi' kedua terakhir mahupun paling akhir tidak menjejaskan 'kepentingan' malahan memberi kesan yang sangat2 mendalam...paham tak?? hihihihi...



Wednesday, February 15, 2012

Tiket Pree Sudah Sampai

     Kepala masih weng-weng ekoran jumpa Zizan Razak n lelain malam tadi... nipu? Meh tunjuk bukti....

 Perut aku block...huh! London Weight Management, tanak amek aku jd model?

     Gegambo n citer nanti aku bubuh tuh pon kalo ramai yg komen entri ini..kuikuikuikui
     Nak tunjuk bukti kat yang bermurah hati bagi aku tiket pree neh. Dahlaa arituh bagi pen segabak banyak kat aku. Kalo korang still blur aku citer pasal aper, baca eh kat sinik.



Gambar pon weng2 jugaks? Hampehs!!..huhuhuh..so sorry eh korang?

To Paper Mate Malaysia, dunno how much appreciation I would express now. Just a promise to be 1 of your tiny, little yet loyal client to you. Mwwaahhhh!!!

To GSC, tqvm as well 4 this. You are my 1st 'love'. Not to 'fan' you but mentioning you means lots of nostalgia.

To Nizam Zakaria n KRU Studios, I 'dedicated' this pair of ticket to all of you as I want to watch 'Cinta Kura-kura' again next month... 

Tuan direktor Cinta Kura-kura, Nizam Zakaria

Again, THANKS 4 YOUR 'LOVE' GUYS!!

Tuesday, February 14, 2012

Moh Bergelak Sakan Ngan Abe William Shakespeare..


Sama ada usus korang rasa geli atau tidak tengok poster neh, aku nak jemputlah nonton. Aku dah tempah tiket utk. 18/2/2012 bersamaan malam minggu jam 9 malam. Kalo korang berminat nak tgk, bole roger2 aku kat memana yg korang tau nak contact aku. Kat bawah neh details...

Tarikh :  17, 18, 19 Februari 2012

 Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam

Masa :  9 malam

Had umur : 10 tahun ke atas
Harga tiket : RM10

Para pelakon.

Citer neh di'bahasa malaysia'kan oleh Fasyali Fadzly... x kenal? sila gugel ah...

More info kat fb COE n fb Fasyali Fadzly.... jumpa di sanan!!

Thursday, February 9, 2012

Lagi Perihal Pilih Kasih 3

     Harap bersabar ngan cerita Pilih Kasih 3 yang tak habeh2 neh yea? Kasi 'can' mali can weh pasal Abe Rosyam kata dah musim terakhir... leh cayer ker? hihihihihi....
     Ada 3 rancangan PK3 neh. 2 musim yang lepas ado 2. Kali ini kasi tambah lagik 1. 

1. Kisah Pilih Kasih
  • memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta.
  • mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari hingga 12 April depan sebanyak  24  episod di TV2.  
  • pengacara dan penyampai radio Nasional  FM, Muaz Mohamed diberi kepercayaan      untuk    mengacarakan Kisah Pilih Kasih ini.
  • Korang kenal kaa Muaz?? Inilah beliau....
 Comey kan? Sora pon sodap. Sopan santun juga. Adik2, sila amek jadi 'role model'.



2. Pentas Pilih Kasih 
  • menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan. kiranya live performance depalaa neh.
  • mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam di TV2 gaks.
  • dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Kat RTM yang atas bukit tuh.Bwh bukit adalah sekolah SEDAR.Nakkan bantuan utk ke sana, bole rajin2 klik sini. Angpa yang tinggal berdekatan dan pree plaks masa tuh leh mai ramei2. Masuk pon pree. Silap2 korang leh dapat hadiah lagik. Ohsem tak? 

    *Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.
 Reza yang kat tengah2 tuh. X do plaks gambo den berduo ngan beliau yea? Peramah beliau neh.

3. Zooom Pilih Kasih
    • menjejaki semula perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini. Rancangan neh menjawab satu komen dalam entri PK3 yang sebelum2 ini yang 'curious' mengenai nasib peserta2 PK1 n PK2 terutama pemenang2 utama. Macam tau2 jer tuan empunya rancangan neh kan?
    • Bersama personaliti Eisya Toh selaku pengacara.Kalo korang peminat setia rancangan berpagi2an; Selamat Pagi 1Msia kat TV1 tuh, konfirm kenal beliau neh.
    • program sebanyak 12 episod ini akan mula bersiaran pada 28 Januari hingga 14 April, pada setiap Sabtu pukul 9 hingga 10 malam di TV2.
    Eisya Toh. A friendly figure.


        Ohkey, itulah serba sedikit nota pendek buat korang kalo teringin sgt nak tgk PK3 neh tapi payah nak hafal jadualnyer macam aku. Nak baca lanjut pasal Pentas PK3 yang pertama bole g sinik.
         Nak juga menunjuk lagik gegambo ngan retis. Jakun kan? hohohoho...
    Rasonyer kitorang sebaya. Even jauh sangat beza yang lelain tuh tapi mak ok ajer noks. 'Humble' beliau neh. Lemah lembut ajer. Kalo kat tv tuh berlakon watak hampehzz, geram ajer kan3?..hihihih

    Gambo ini yang den paling suko. Dapat bergambar ngan Ustaz Ahmad Dini. Beliau bawa watak Atuk dalam rancangan 'Adik-Adikku' (Insyaallah boleh!). Berbusana hitam di sebelah beliau tuh aku agak isteri beliau. Ustaz baca doa pada hari kejadian. Bagus sekali doanyer.

         Ohkey korang, mohler nonton PK3!!

        

    Wednesday, February 8, 2012

    Mencari 'Cloth Book'

         Adik Iffah suka sangat mender neh, terutama yang bunyi bising2. Rasanya diletakkan plastik kat dalam. G 'usha' kat kedai 'Disney Baby' kat Ole2. Haremmm ado... Tengok2 kat tenet neh plaks, susah nak meng'oder'. Mana lagik nak cari eks? Biasanyer jenama imported lah macam Lamaze tuh. Reganyer tuh yang poblemnyer.


     Ini yang biasanya ada dalam pasaran.

     Kalo dapat yang macam neh lagi baguih.

         Mana nak cari yang banyak2 pilihan punya eks? MPH ado ka?

    P/S: Gegambo tuh semer amek kat sini..

    Monday, February 6, 2012

    Sembelitkah?

    Bermasalah 'constipation'kah? Korang bersetuju? Perkataan berwarna kuning itu tiada kena mengena dgn gambo retis ini... kebetulan?

    Friday, February 3, 2012

    'Jumpa' Ustaz Azhar Idrus, Beliau Cakap Apa?

       Skrin kat dewan solat bawah

    Salah satu dari 2 skrin besar berhampiran dewan makan.

         Pada malam itu, topik berkenaan Tauhid Uluhiyyah dikupas. Antara yang aku sempat catat ikut pemahaman aku ialah:-

    1. ALLAH tidak hanya melihat zahir hamba2NYA tetapi batin juga. Jadi, hal ehwal dalaman badan juga perlu dijaga seperti apa yang terlintas dan terniat di hati dan juga pemikiran.

    2. Dalam hal mencari ilmu, usaha adalah penting walaupun tidak mendapat kepandaian. Teruskan usaha. Lama kelamaan ALLAH akan kurniakan apa kita usahakan itu (aku dah banyak mengalami ini... sesungguhnyer benar).

    3. Apabila sudah belajar dan mendapat ilmu itu, perlulah diamalkan. Jadilah 'khutub khanah' yang bergerak. ('Walking' dictionary n ensaiklopedia laa tuh. Jadi tempat pertanyaan orang2 sekeliling tapi jangan bagi ajaran sesat udahler. Kalo tatau, sila rujuk orang yang betul dan lebih tau dahulu).

    4. Mahu syurga? Perlu diniatkan kerana ALLAH.

    5. Beribadat biarlah bersungguh2, jangan nak menunjuk ajer.

    Pastuh, aku kuar dari dewan solat bawah dukung Adik Iffah Zukrina amek angin. Cian dier berfeluh2....

    Glemer japs A.I. Bergilir2 kawan2 baru dari kalangan kakak2 nak dukung n riba dier....ada yang siap snap gambo lagik...hehehhehe 

         Alhamdulillah! Bertambah juga ilmu di dada kan? Tak kusangka rupanya 'bos' juga berada di sana. Ada antara korang yang hadir?

    Wednesday, February 1, 2012

    Nak Beg Tangan SACHS Secara Percuma?




    Nyatakan kenapa anda ingin memenangi contest anjuran namiacinta.com ini...

         Sebab ae? Biarlah gegambo berkata2...
    Ini beg tangan saya sekarang. Saya menggunakannya sejak 2009. Itupun kerna dihadiahkan oleh teman2 saya sewaktu bertugas di sekolah lama. Kiranya ada 'sentimental value' ah neh...kehkehkeh

    Mau tengok lebih dekat 'kondisi'nya?

    'Tangkai' neh kena spray laa kots..
    Ini plaks kena 'stapler'....

    Mungkin 'caption' gegambo neh akan jadi kenyataan kalo sy tak menang contest ini (ayat minta simpati)

    saya menyertai contest namiacinta.com kerjasama bersama dolceflavidus

         Korang takyahlaa sertai pasal 'henbeg' korang semer baru beli...kan3? (jangan rejek penyertaan ini dek krn ayatnya yer?)

    Tuesday, January 31, 2012

    JOM KENALI PESERTA PILIH KASIH 3

         Tengsss bebanyak pada kakak2, abe2 n adik2 yang sudi komen kat entri 'gila' tuh. So sorry den tak nyempat nak bw. Entri pasal intipati kuliah UAI tuh nanti den bikin noo? Now den nak 'kempen' angpa kenal2 ngan peserta2 PK3.

          Berlangsung masa cuti CNY arituh.

    Moh tengok n kenali peserta2 Pilih Kasih 3.....

    Antara pose 'raw' depa... Nak add kat FB? no hal... meh2 aku sharekan FB depa..sebelum tuh, add Pilih Kasih 3

    Twitter : @PilihKasih

    Facebook : PilihKasih3

    Jalius Jaibin - @JaliusPK3
     
    Nizen Ayob- @nizenPK3
     
    Yizee Ariff - @yizee Arif PK3
     
    Heri Aszmo - @HERIASZMOPK3
     
    Airil Reffa - @Airil PK3
     
    Fareth Agang - @FARETHAGANGPK3
     
    Hakim Yazid - @Hakim Yazid_PK3
     
    Ai Iqmal - @Ai_IqmalPK3

    Hiera Hassan- @HieraHassan_PK3
     
    Marina Jose - @MarinaJose_PK3
     
    Sura Sojangi - @SuraSojangi_PK3
     
    Miza Azura - @Miza_PK3
     
    Naqia Nasution - @naqiaPK3
     
    Reen Rahim - @ReenPK3
     
    Theera Alias - @TheeraPK3
     
    Aada Zara - @AadaZara_Pk3


          Cemana? Dah ado peserta peberet? hihiihihih...

    * Entri kredit to bos

    Sunday, January 29, 2012

    Memang Gila Karnival Karangkraf 2012 Neh

    1. Gila pasal dari malam tadi dok caj2 bateri kamera, dah sampai sana n ngah jalan nak g booth semer, galas henbeg, rasa ringan semacam. Bukak2, hmmm..patut pon.. kamera den ngah sedap 'berehat' kat umah. hampehzzz!!!

    2. Jam di tangan baru 9.45 pagi tapi kereta yg diletak sekeliling pejabat Karangkraf dah menjangkau 1 km... Hub aku park 500m. Dekat ngan 'roundabout' dah tuh, der...

    Semalam punya 'hal' dah kasi keluar. Yerler, sendiri punya event kan3? hahaha... gambo belah kiri tuh gedung novel..x sanggup den nak redah. no bajet pon yer. Tapi, mmg tgk kaki2 novel borong habeh... respek!!
      'Tentatif' untuk hari ini. Sempat lagik korang weh. Tutup kul 9 malam. Masa aku nak balik tadi, Kak Norzailina Nordin ngah bz nunjuk demo masakan apa ntah.

    Bookmark khat. Dengan 'modal' rm3, inilah hasilnya. Nama korang di'khat'kan..

     'Katalog' promosi F&B dari Holiday Villa especially for January till March kalo x silap. Buku nota DIGI hasil jwb soklan kat pentas utama n penulis khat bookmark itu. Korang leh add FB beliau.

         Ohkey, dah pegi so pueh ati. Malam neh 'temujanji' ngan UAI plaks...moohhh kiter..

    GAGAK

         Masa dalam perjalanan nak g keja 2-3 hari neh, aku tiba2 tertarik untuk berfikir mengenai  sejenis makhluk ALLAH neh. Burung berwarna hitam. Gagak.
        Gagak; dah memang orang labelkan dengan sampah-sarap, tong sampah, bangkai, sisa makanan, kotor, busuk dan macam2 lagi. Dalam cerita2 rakyat dan dongeng, burung gagak di'ganding'kan dengan burung berwarna putih, lazimnya burung merpatilah kan?
         Dalam cerita2 rakyat itu juga, gagak mewakili sifat antagonis yang selalunya negatif. 
         Pada 1 ketika, ada beberapa PBT 'mencipta' program menjaga alam sekitar kononnya. Menembak burung gagak dan diberi ganjaran untuk setiap ekor yang berjaya dibunuh....masyaallah!
         Burung gagak juga pernah menjadi 'subjek' untuk puisi/sajak sasterawan negara, A.Samad Said iaitu 'The Dead Crow'. Sajak ini diterjemah dari Bahasa Malaysia dan menjadi 1elemen sastera untuk Bahasa Inggeris Tingkatan 2.


    Terima kasih kepada pemilik asal gambar ini.

    1.Jalan raya selalunya jadi 'pusara' kepada binatang2 yang cuba untuk hidup; merayau mencari makanan. Manusia yang konon cerdik, mengambil nyawa mereka tanpa belas kasihan sama ada secara sengaja atau tidak. Sesudah menjadi bangkai, hanya gagak yang datang untuk 'membersihkan' bangkai itu, bukan manusia yang selalunya menggunakan jalan tersebut. Pengotorkah gagak?

    2. Apabila bilangan gagak semakin bertambah di sesuatu tempat, apa maksudnya? Bukankah pada masa itu, manusia yang juga penyumbang terbesar ke arah kekotoran itu bertanggungjawab? Bagaimana? Kurangkan membuang/membuat sampah. 'Tadbir'kan sampah anda sebaik mungkin bukan mengharap penuh kepada pekerja pembersihan.

    3. Aku pernah lihat di suatu simpang; kereta Myvi di depan kereta aku; semasa lampu merah... dengan rasa tatau malu, mencampakkan tin minuman dan segala plastik makanan ke atas jalan raya. Jalan raya tuh tong sampah barangkali...

    Ada beza tak manusia dengan gagak? Apa kata korang?

    Friday, January 27, 2012

    Nak Ke Mana Hujung Minggu Ini?

         Ohkey, tengssss pada yang sudi komen kat entri sebelum ini. Yang tatau nak komen apa tapi masih nak isi kotak komen pon diucapkan tenggssss gaks atas kegigihan untuk komen....hihihihihi
         Tengok pada tajuk, agak2 apa plan korang? Aku ada 2 aktiviti yang menarik pada pengamatan aku lah, untuk korang sertai sambil bersantai2 sesama keluarga dan orang2 tersayang.
         Pertama, yang ini berlangsung selama 3 hari...

    Aku rasa ramai yang menunggu neh terutama Kakcik dan Kak Azie Azah... dok ggitu, kakaks? Selanjutnya korang bole rajin2 klik sinik atau website depa.


         Kedua, yang ini aku rasa ramei yang minat neh terutama muda-mudi macam aku...harharharhar....

     Aku ngan Cikgu TASKI ABIM Imran Zamir dah plan siap2 nak g berkampung kat sana sebelum Asar lagik. Insyaallah! Amin3...

    Kalo nak citer pasal Masjid Negeri neh plaks, macam2 aktiviti yang depa anjurkan. Korang bole pilih memana yang berkenan. Ada yang free, ada yang bayo. Tapi, kalo bayo pon, baper hengget ajer. Saham akhirat weh, korang tanak? Tapi, ilmu duniawi pon ado. Jangan risau ....ahahahahha

         Kots korang takot tertinggal ngan aper2 aktiviti di Masjid Negeri ini, bole daftar untuk jadi Sahabat Masjid kat sinik. Nanti apa2 info, terus ajer depa sms korang. Kiranya jadi SM neh dapat tau yang mula2lah kalo ada apa2 aktiviti yang menarik....gitulah.

         Jadi, cemana??

    Thursday, January 26, 2012

    Korang Tengok Pilih Kasih?





       Perlu sebab lain untuk tengok Pilih Kasih 3 ini? Sila komen yea...