GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, October 3, 2012

Mama..

.. tak updet blog, biar Adik Iffah buat yea?

Tuesday, October 2, 2012

Kembar Mak dan Bapak Lain

     Masa g melawat 'umah' Acu tadi, ku ternampak sesuatu yang menarik. Lantas ku 'print screen'...

 'Pengikut' Acu yang terkini.

Kawan2 aku yang terkini gaks...

     Suratan atau kebetulan?? har3...

Sunday, September 30, 2012

Jumpa 'Kurma Manis'

     Hari minggu yang sibuk lagi. Selepas hadir ke majlis jamuan raya kat sekolah, kami bergerak pula ke Kota Kemuning. Tujuannya untuk tengok2 tudung dari 'The Little Scarf' sempena pelancaran cawangan Shah Alam. Jemputan ini adalah dari pemiliknya, blogger Kak Siti Rokiah. 'Umah' beliau adalah kat sini.


Tanpa buang masa, terus 'snap2' lepas menerai salah 1 tudung di Kedai Kak Siti neh. Amboi! Selesa sungguh. Nampak terletak ajer bila dah sarung. Cer banding ngan tudung murah aku neh...

 Yang mana 1 ai lebih 'vogue'? Ini 'snap' gambo lagi pasal tak puas 1 gambo ajer...hehehe

     Kak Siti sungguh peramah n 'frenly'. Memula memalu juga pasal ini kat umah orang kan? Tapi, dok lepak n tengok2 japs lepas tuh oklaaa. 

 Ada jamuan ringan gaks...

Tengoklah koleksi tudungnya. Nasib baik berlipat. Kalau semernyer digantung, rabakler poket..har3.. Biznez masuk ker tuh, Kak?...ehehehe

     Kalo nak beli online tudung Kak Siti neh, bole order terus di kedai fb beliau...

     Terima kasih atas layanan tempoh hari, Kak Siti. Siap jagakan Dik Iffah lagi. Semoga perniagaan akak terus 'sukses'.. Amin3...

p/s: hujung tahun Kak Siti nak bukak cawangan di Seksyen 13, Shah Alam plaks. weiiii, laaggii senang nk terjah. kena menyimpan dari sekarang...

 

 

Tuesday, September 25, 2012

Gathering Glamour Raya Bloggers 2012 - 2

Adeh! Mata tebal x larat nk bukak dah. Nak bukak netbook pon bercinta. Tapi, tetap nak mengotakan janji gaks. Dok belek2 'note' neh, nasib baek ada gaks tersnap gambo kelmarin. Ada yg mmg aku snap. Ada gaks Abg Imran yg snap.
Masa bila depa snap pic neh pon tatau.. Elok aja terselit papa depa tuh. Dara sunti ini puteri sulung Kak Ainoraini. Btui kots sulung pasal muka ngan Kak Ngah tuh lebih kurang sama. Nama suda lupa. Amek SPM tahun neh. Aku rasa tahun ini antara yg berdebo buat Kak Ain n Cik Abe nyer. Manakan idak, ketiga2 anak dara depa amek peksa penting. Belum masuk Si Bongsu yg peksa tadika. Btui kaa tadika? Main serkap jarang ajer den.. Har3..UPSR dah lepas. Ada lagi PMR n SPM. Good luck yea, Kak Long..
Ini adalah menu bawaan Kak Azwa Kamar atau Mama Wana.. Kak Azwa tiba jam 4.50 ptg bersama anak bujang beliau..
Atoii! Nk taip lagi pon takbley psl budak yg sopan bertudung itu ngah pasang speaker now. Agaknya jiran2 aku ngah tensi now. Asal aku kne g skola pagi ginilah dier. Melalak pagi2 buto.. Adess!

Monday, September 24, 2012

Gathering Glamour Raya Bloggers 2012 - 1

     Badan penat, mata mengantuk, kaki lenguh...tetapi hati... BERRBUNGAAAAA2!! Hahhhhh...

     Banyak yang nak dikongsi jadi rasanya aku nomborkan entri2. 'Modal' minggu ini adalah sekitar 'gath'laa kots. Doakan aku gigih dan cekal untuk meneruskan hasrat murni ini yea?

     Dimulakan dulu ngan gegambo yang aku jamin ramaiiii sukaaaa....

 Seperti biasa keluarga aku 'chop' depan2. Siap ada 'efek' kabus plaks kamera aku neh. Jangan masuk 'spital' lagik suda.. Kompom ada yang korang kenal kan3?

     Dan antara bloggers yang terawal 'updet' adalah...



3. Kak Yan Canggih (Kak, nama ini lebih glammmss sesuai majlis kita tadi...heehhehehehe)

4. Kakcik

     Yang belum 'updet' tuh cecepatlaa yea? Tak sabo nak baca pengaleman korang weh..

     Dalam pada itu, Mak angkatku yang ditunggu tak kunjung tiba. Rupa2nya beliau ada hal yang tak dapat nak dielakkan.. mailah baca sini

     Dalam pada itu juga berapa banyak dalam daaa, hasrat hati sudah tertunai bak kata Kak Ina KL... kudapat bergambar dengan...

 Pemilik blog Komensen ini. Tengoklaa mukaku yang 'sweet' itu. Terlampau menjiwai posing bersama Uncle Gedek.. hancussss!!! kekekekek..

Ok, gambar kegemaranku juga sebagai penutup untuk hari ini. Comey kan3? 2 orang Dato' n Atuk yang 'sporting' sekali.

Thursday, September 20, 2012

Kerinduan

Gambar di atas mEnunjukkan Imran bergambar dengan sepupu kesayangannya. Namanya adalah Syafiqa. Tahun 4. Masa Iqa neh lahir, aku dan Abah bertunang so boleh ingat baper lama kitorang kenal ikut umur gegurl ini. Masa kecik2 depa neh mandi pon sama. Laa neh dh takbleylaa.. Bila balik kampung n aku g berjalan, sanggup tanak ikut jika Iqa tak ikut jd masa Adik belum ada aku ada chance berdua2anlah.. Hehehhe.. Tiba masa balik Shah Alam, mulalah Si Imran termenung lama2. Last skali masa raya yg lepas, sampai 2 jam menungnya. Esoknya bila call ke kg, Si Iqa plaks demam. Begitu kuatnya hubungan kasih syg itu. Memoga kekal selama2nya.. Amin3

Wednesday, September 19, 2012

Anak Lelaki, Anak Perempuan

Dah nikah kawin, mestilah kita mengharapkan zuriat. Zuriat atau anak adalah penguat kasih sayang suami isteri dan keluarga. Kalau takder anak cemana? Boleh amek anak angkat apa.. Anak gaks tuh.
Dah dapat anak tuh, kenalah jaga sebaik mungkin. Mungkin ada tanggungjawab kita yang tak sempurna sangat tapi sekurang2nya kita berusaha menjadi ibu bapa yg prihatin kalau tidak yang terbaik pun. Suka anak lelaki atau anak perempuan? Jiran lama aku dikurniai 5 orang anak lelaki. Dier mengeluh,"Anak lelaki. Bukan boleh suruh buat keja umah pon". Salah! Kalau dididik dan dibimbing dengan betul, anak lelaki lebih hebat tang masak dah mengemas rumah. Contoh2nya korang boleh tengok di sekeliling kita kan?
Jiran mertua aku pula dikurniai 3 anak perempuan berturut2. Dengarnyer depa terus mencuba sehingga dapat anak lelaki. Macam ngeri semacam aku dengar. ALLAH MAHA PENGASIH, dapatlaa depa anak lelaki kemudiannya. Tatau sama ada depa nak mencuba lagi atau tidak.... Aku selalu menggunakan pernyataan ini; yang kudengar/baca dari seorang motivator.. ' anak lelaki senang dijaga; susah dididik. Anak perempuan senang dididik tapi susah dijaga'... betul kan? Pokoknya, dah dapat anak tuh jagalaa elok2. Jangan dok asyik ckp," ntahler. Tatau nak buat apa dah. Dah abeh ikhtiar'.. Betul ker? Ker itu alasan nak lepas tangan? Ingatan untuk diri aku sendiri gaks; tanggungjawab yang dilepaskan akan balik kepada diri sendiri juga. Penat, tekanan atau jemu; tetap kena laksanakan juga. Kalau tidak, bangsa kita hancur. Errr.. Rasanya macam dah teruk dah bangsa kita atau manusia secara amnya pasal suka2 bole campak anak merata tempat. Paling sadis dari tempat yang tinggi. Sakit jiwa jer aku tau pasal tuh. Nauzubillah sungguh!

Tuesday, September 18, 2012

Majlis Kahwin Afasz

     Pada Sabtu lepas ( 15/9/2012 ), kami berkesempatan hadir ke Majlis Resepsi blogger Afasz. Beliau neh glammss gaks pasal semer kenal. Suka komen, suka masuk 'contest' n 'GA' n selalu menang plaks tuh. Btui kan, Fasz?..hehehhehe

     Majlis berlangsung di Dewan Gemilang, UKM. Nyaris2 kami tak dapat hadir pasal Abang Imran ada tusyen Global Art dier. Alhamdulillah, last2 minit ALLAH kasi ilham untuk 'request' kelas awal siket so there we were. Walaupun majlis dah sampai ke penghujung tapi dah dapat jumpa, snap2 gambar dah cukup. Sempat juger makan...ehehehehe

 Tudia pre-wedding punyo gambo kat 'guest corner'..

 Sebagai kenangan sepanjang hayat..

" Nak dapat berkat," kata Afasz. Tercekci plaks Adik Iffah.

 The artist is working on 1 of his masterpiece.. dan hasilnyaaa..

Taddaaaa...

 ...ucapan kami sekeluarga untuk Afasz n Ai... Tahniah yea?

Tuesday, September 11, 2012

Jemputan Gathering Bloggers Edisi Raya 2012

     Aku suka berkumpul reramai. Tengokler 'profile' tuh kan. Tak kire ler ngan kengkawan atau sedara-mara. Terlebih aku suka kumpul2 ngan bloggers. Kadang2 ada gaks masanya terpikir, "Eh, lamanya tak jumpa n beborak sesama bloggers. Rasa rindu kat kengkawan".

     Aku sungguh gembira bila Kak Azie Azah cadangkan untuk buat 'gath' raya. Tapi, sememangnya kitorang dah bincang2 pasal 'next' gathering setiap kali berjumpa.

     Minggu depan, aku nak menjemput semua yang merasakan diri itu bloggers untuk berjumpa. Tak kiralah uv 1 hari 10 ajer or 1 juta sekalipun. Yang dah jumpa atau belum, mohler kita. Selalu dok kecoh kepoh kat kotak komen atau grup FB ajer kan? Inilah masanya untuk kita bersua muka. 

     Butir2 pertemuan...

Tarikh: 23 September 2012

Hari : Ahad (minggu keempat) 

Masa : 10 pagi - 5 petang

Tempat : Kediaman Dato' LF, Musollah Ehsan, Bandar Baru Bangi

Konsep : Potluck

Tema : Glamour Raya ( pakai baju raya paling glamss laa neh )

     Keterangan lanjut boleh baca kat 'umah' Kakcik Seroja, Kak Azie Azah siap ada reminder lagik  dan Dato' LF...

     Cadangan aku, diadakan 1 tabung kutipan untuk sahabat2 bloggers kita seperti Bang Jejai, Abil, Alia Haryanie dan yang lelain. Meskipun belum gaji masa tuh, sesaper yg rasa ikhlas nak derma rm2 pon dialu2kan. Lagi bagus kalau kita didik anak2 kita yang 'kaya' now ngan duit raya untuk berkongsi rejeki mereka ngan orang2 yang lebih memerlukan. Dulu, kita penah wat kutipan untuk Arwah An-nisa dan An-nur. Rasanya dapat dalam rm200-rm300 gitu.

     Amacam? Silalah tandakan kalendar korang...


Adakah pasangan sehati sejiwa ini akan bertema ini juga nanti? ahahahah... seriusly, sukerrrr sgt tengok gambo ini sampai 'save' kat 'netbook'. Ok, rahsia suda bocor....

Thursday, September 6, 2012

Bertudung

Pesen main2 di umah saja neh. Jangan plaks ada yg akil baligh meniru.

Wednesday, September 5, 2012

Ala2 Kalabul Malami

Nukilan Abang. Mungkin masa neh kami menghadiri majlis berbuka puasa d Restoran Songket anjuran Open Rice Malaysia bulan lepas. Entri duk terperuk x sesiap. Ada lelampu ala kelab malam pasal ada persembahan tarian kebudayaan lepas mkn tuh. Depa pasang lelampu ituler. Nampak Abang enjoy mlm tuh. Jadi kenangan pd dier n diabadikan dlm lukisan. Tapi ini interpretasi aku ajer. Esok aKu tanya dier btui x. Korang yg dh mkn kat Restoran Songket tuh amacam? Sedap2kah mknan depa?

Tuesday, September 4, 2012

Kecil Tapi Bermakna

Pujian atau penghargaan ini dititipkan oleh orang atasan setelah berbulan-bulan buku kedatangan pelajar diisi. Walaupun dah ada pengalaman buat mender neh bertahun2, kesilapan hadir jua. Belajar dari pengalaman, alhamdulillah. Hampir 'zero defect'. Tapi bila dah 'master', cuti sekolah plaks n mula tahun baru, dah lupa plaks nk kira n tutup kedatangan ini setiap hujung bulan.Banyaklaa belajar dr pengalaman.. Hahahah Berbalik kpd penghargaan itu. Walaupun hanya ditulis pada kertas memo berwarna putih, tp ianya tetap memberi makna n 'make the day'. Ini menandakan bos kita nampak apa yg kita cuba perbaiki n bukan hanya terhangguk2 'yes bos' tp dok tang tuh juga. Bos plaks jangan dok kedekut penghargaan. Tak susah pon. Cukup dgn ucapan terima kasih. Jangan plaks layan staf bwhan macam kuli batak. Nak herdik n marah sesuka hati. Bos pon kne hormatkan staf bwhannya. Bos korang selalu bagi penghargaan kat korang?

Monday, September 3, 2012

Zunar dan Kartun Beliau

     Sebut Zunar, surely korang kenal sangat kan? Dari 1-9 September 2012, korang berpeluang berjumpa beliau secara langsung dan dapat 'menikmati' karya2 beliau. Di mana? Di Galeri Shah Alam. Galeri tuh tepi Taman Tasik Shah Alam, berdepan dengan Kompleks PKNS n Menara MRCB.

 Di pintu masuk.

 Ini yang mahal.

     Masa sampai takder orang. Aku  dan Abah pon tak buang masa berbual-bual santai dan 'snap2' gambo. Lepas tuh ramai plaks yang 'juin' kitorang walaupun dah nak tutup. Sebelum terlupa, nak habaq waktu masuk 8.30 pagi - 5.30 ptg.
     Kalau korang nak beli buku2 beliau pon ado. Harga dari RM10-RM25. Ada tawaran hebat juga. Kalau nak tau, bolehler korang terjah sana.

 Baju 't' pon ado. Nak 'sign'? Bulehhh...

Karya diletakkan bersama 'testimoni' juga.

     Aku pernah baca 1 'interview' beliau ngan media. Antara intipatinya lebih kurang begini; beliau ditanya adakah akan terus berkarya secara sinis jika PR menang dalam PRU13 nanti. Jawab beliau, selagi ada salah laku dan 'pencabulan' dalam pemerintahan; tak kira sesiapa atau dari fahaman politik mana, ia perlu ditegur mengikut cara tersendiri. Lebih kurang gitulah. 

Pemandangan kat sini pon cantik.

Tuesday, August 28, 2012

Apa Bezanya?

Ada beza tak kedua2 ruangan untuk memasukkan surat itu? Apa rasional label2 'surat kecil' n 'surat besar' tersebut?

Monday, August 27, 2012

Cuti!

Lamanya 'umah' neh tutup. Harapnya korang masih setia berkunjung. Besh n nikmatnya cuti. Lagi nikmat beraya. Kena sambung rutin balik bermula hari ini kan? Selamatlah utk kita semua.. Takde topik khusus, kasi pemanas bdn ajer dlu..
Sure korang pon syok bersantai mcm neh minggu lepas kan? Hihi..

Wednesday, August 15, 2012

Nak Cashout?


Oh, tidak! Tunggu dulu. Tunggu sampai jumlahnya agak menarik. Setelah 2 tahun 'berkawan' ngan Nuffnang. Sangat ciput tapi inilah rejeki saya bersama Nuffnang setakat ini. Tak termasuk invitation n events yang lain lah tapi dah lama takder neh.

First cashout korang baper hengget??

Tuesday, August 14, 2012

Si Cantik Manis

Kandi kelapa dibeli d pasar jawa, klang. Rm12.. Nak updet yg proper tp masa x mengizinkan.. Hopefully dptlah nanti.. Amin3

Monday, August 13, 2012

Memori..

Ada orang dah dapat agak apa yang ada dalam kotak ini. Kalo korang nak teka pon bole tapi takder hadiah.. Hehehhe.. Kata2 neh mmg bermakna kan? Kenangan manis biasanya hadir ketika hari2 istimewa. Ketika menyambut sesuatu yang bermakna dalam hidup bersama orang2 tersayang. Kenangan pahit? Dibuang jauh2 n taknak diingat lagi. Tapi, ada juga yang masih melekat kukuh dalam ingatan. Kadang2 mcm ter'rewind'. Apapon raya dah nak dekat.. Heheheheh. Balik kampung adalah antara kenangan terindah tentu2nya..

Sunday, August 12, 2012

Sudah Setahun...


Setahun yang lepas, sebelum solat Jumaat; 12 Ogos 2011, aku berhempas pulas di bilik bersalin PPUM. Masuk kul 12.00 tghari. Lepas azan jer, Iffah Zukrina binti Zamri kuar dari rahim aku. Bulat jer nampak dari belakang. Sama gaks macam Abang Imran Zamir dulu, tak menangis. Bukan pasal lemas tapi mungkin masih 'perasan' dok kat dalam lagi.

     Malam pertama di wad, aku tak boleh nak lelapkan mata sampai misi nasihatkan supaya aku tidur bila bayi tidur. Tapi, tak bole gaks. Mungkin berubah tempat tito n takder yang 2 orang lagi tuh. Jadi, terkebil2lah aku. Iffah plaks lena sungguh tito sampai aku plaks naik risau dan kejap2 aku jenguk; kejap2 jenguk. Esoknya dah bole kuar wad memandangkan tiada apa2 masalah dan bermulalah hidup kami berempat beranak pula. Malam kedua barulah Si Iffah takleh nak tito malam pasal lapar. Susu aku plaks lom kuar lagi. Kul 1 pagi dek kesian kat dier dok nangis2, ku minta Abah belikan susu Lactogen. Dah minum dier leh tito. Tapi kesian plaks dier cirit-birit sampai melecet bontotnya. Nasib baik berurut hari kedua, susu terus keluar dan aku masih menyusu Iffah sampai hari ini. Masalah juga tadi pasal timbang2 beratnya tetap 7.5kg... underweight suda.. Kenalah aku cari jalan cemana nak bagi dier berselera makan.

 Manja Abah. Asyik sebut 'Abah...Abah' ajer...

     Iffah Zukrina, nanti bila Adik dah besar dan bole baca ini, Mama nak Adik tahu yang Mama sayang sangat kat Adik. Tak sangka ALLAH kurniakan lagi cahayamata untuk Mama dan Abah. Mama dan Abah selalu berdoa supaya Adik jadi anak yang solehah dan anak gadis yang tahu menjaga diri dan agama. Sayangilah juga Abang pasal Abang juga sangat sayangkan Adik. WE LOVE U SO MUCH!!
     
     

Friday, August 10, 2012

Kalau Tak Kibar?

Ko memang seorang patriotik. Bila ajer mula kempen kibarkan jalur gemilang; ko lah antara yang teruja. Terus g Mydin nak beli bermacam saiz Jalur Gemilang. Kat bonet 1 yang besar n yang kecik berbatang kat atas bumbung kereta. Kat bumbung umah plaks letak 10 helai pelbagai saiz. Kat tempat koje plaks, ko cadangkan jahit JG paling besar untuk masuk rekod negara. Masa sambutan kemerdekaan kat dataran, ko dan keluargalah antara yang paling awal tiba. Nak amek tempat kat depan katanya. Boleh nampak semer ngan jelas hatta jerawat batu vvip pon ko leh nampak.
Harap2nya bayi perempuan ini mampu menghayati erti patriotisme dan menyayangi negaranya yg sebenar. Tapi, adakah ko masih boleh digelar patriotik jika masih membuang sampab merata-rata; ke dalam sungai dan ke luar kenderaan, membawa haiwan peliharaan 'melepas' di tempat rekreasi awam tanpa memperdulikan sensitiviti keagamaan org lain, tidak mengkembiri haiwan kesayangan ko, bersikap seksis, menaip komen bukan2 di FB, tidak berdaya saing, bersikap sambil lewa dan macam2 lagi yg negatif.. Adakah negara beruntung mempunyai rakyat seperti 'ko'?? *'watak' ko merujuk kpd org2 yg kononnya patriotik.. Patriotik konon!

Thursday, August 9, 2012

Jam Tangan

Memula dier lurus..
Pastuh dier jd Cengginih..
Malam tadi meneruskan sesi shopin raya. Kali neh d bazar raya sekitar SACC lah plaks. Abang ternampak jam ini n terus mintak. Adalaa kwn lat sekolah dah pakai tuh.. Hmmm.. Kalo x belikan, sampai hari neh mood x ok. Mungkin membawa kpd puasa yang yok. Anak korang dah mintak jam tangan neh?

Wednesday, August 8, 2012

Apabila Anak Demam

Malam tadi kali kedua aku dan Abah bwk Adik Iffah ke klinik. Dari hari Jumaat demam dier datang balik bila abes jer ubat. Lepas beberapa jam bagi ubat mkn n 'power' ubat tuh dah abes, kami bagi ubat vontot plaks. Macam tuhlaa selang seli sampai malam tadi; demam Iffah tak kebah2 jadi risaulah. Sampai kat klinik, rerupanya ramai bayi dan kanak2 yang senasib dengannya. Cian tgk semernyer. Maksudnya dah memang musim virus serang bebudak dan virus tuh payah nk mati plaks. Berevolusilah katakan. Kali ini aku mintak ubat vontot pasal yang diberi sebelum ini hanya 4 bijik dan sudah yillek. Doktor tambah antibiotik perasa lemon. Tapi kalo budak tecik neh, bagilah perisa aperpon. Masa nak minum.. Yaaaa hampuuunnn! Macam kena rasuk.. Hahahahah. Belum setahun dah pandai berdrama. Banyak yang diludah dari yang masuk. Harap2 hari neh virus dlm bdn dier mati n demamnya surutlah.. Amin3.. Korang doa2kan juga yea?
Cepat2lah sembuh supaya Mama n Abah tak risau yea? Pastuh dah nak raya. Next weekend plaks bday Adik. Demam nak cukup setahun neh agaknya..
Abang pon tanak ketinggalan dalam entri ini. Tak demam tapi batuk berkahak. Puasa? Hmm.. Prestasi jauh lebih baik tahun lepas. Kuar klinik mlm td, dekat kul 12. Intai2 mana gerai baju raya yg bukak lagi kat bawah Ole2 18 tuh. Ada 1-2 gerai maka dptlah menyambar 2 pasang baju kurung Adik n sepasang baju melayu Abang. Tinggal nak cari kasut n baju jalan ajer. Shopping utk anak2 pon hepi gaks. Utk mak ayah nanti dlu.. Lom jumpa yg muat berkenan.. Hihihi.. Korang dah beres shopping raya? Bli kat mana?

Tuesday, August 7, 2012

Rumah

Pemandangan dari jauh D'Island Puchong. Islandlah sangat walhal dikelilingi lombong ajer. Perumahan mewah berharga RM3-4 juta. Tp, mesti ada juga pembelinya. Wahai harga rumah, dapatkah ank2 aku beli rumah 20 thn akan datang? Berapakah harga rumah pada masa itu?

Monday, August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran

     Alhamdulillah! Dah lama tak cuti di permulaan minggu kan? Kalau yang bekerja tuh, nak wat cemana. Takper kena kerja. Tak jem sangat hari ini. Agak2 bole sampai umah cepat sikit kots. Insyaallah.

     Isi rumah neh semuanya tak sihat. Batuk, selsema dan demam. Paling teruk Si Baby Iffahlah. Mula hari Jumaat lepas. Yerlaaa, dier kan ker bayi. Tak reti nak buang2 kahak jadi panasnya berterusan cuma hari ini nampak elok sikit.Aku dan Abahnya terus bagi ubat. Susu pon tak baper nak pasal tekaknya tak selesa berkahak.

     Hari ini aku sesaja nak kongsi gambo 'print screen' yang diamek dari FB aku. Naper FB aku takbley bukak now yea? Berkaitan nombor2 ajer. Kebetulan plaks...



    
     Saper lahir pada tahun2 tersebut? Takder hadiahler nak kasi. Saja tanya...hihihih.. Tahun 1999 tuh, gua baru mula bekerja pada usia 21 tahun.

     Hari neh takder ker orang2 bermurah hati nak belanja aku buffet Ramadhan? Dah boring makan juadah kat pasar Ramadhan. Berlagak nyerr!!

     Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada korang semer. Selamat bercuti kepada yang bercuti.

p/s: Hari Jumaat aku masak sesuatu. Jom tengok kat 'dapur'..

Friday, August 3, 2012

Terima Kasih, Citarasa Rinduan

     Aku rasa beliau seorang yang unik. Pasal, aku tak pernah jumpa pengusaha kedai makan yang sangat aktif berblog. Bagi aku sendiri, memasak merupakan tugas rumit dan tidak boleh dipandang enteng. Tapi, beliau pula sempat melakukan banyak perkara yang bila aku baca kat blog beliau pon, kurasa penat...huhuhuhu

     Beliau juga seorang yang peka dengan hari istimewa sahabat2 bloggers. Banyak dah entri beliau yang memfokus pada hari lahir bloggers yang lain.

     Terkini, beliau sudah kasi 'featured' entri aku pasal hari lahir Abe Zam tercinta. Jemput baca sini..

    Inilah dia pemilik Citarasa Rinduan, Puan Ruhayu.Sori yea, Ayu. Akak cilok gambo Ayu utk tujuan murni...eheheheh..

Sekalung penghargaan untuk Adik Ayu dari Kak Ayu... Semoga ukhwah kita terus berkekalan...amin3!

Thursday, August 2, 2012

Alhamdulillah! Rejeki Ramadhan ke-12

     Dah 12 hari berpuasa semalam kan? Ada rejeki lagi nak merasa 'buffet di Shah Alam neh. Syukur, ya Allah. Kali ini ada pihak menaja. Mohler kita ke 'dapur' nak tau citer lanjut..