Waduh2 tajuknya. Jangan tidak percaya yer? Dok slalu luah2 perasaan jeks and dok gelak2 tak serius, skali skala kne jadik matang gaks. Hwewhewhehwhe....ok, get back on track plz...
Dah lama aku tak g masuk MPH. Last weekend, terasa nak beli bukulaa plaks. So, melangkah ke dlm MPH SACC Mall, antara buku yang dibeli ialah ini....
Comey kan gambo baby tuh?
Secara jelas, aku lom abehlaa baca buku neh. Tak tau biler nk abeh. Tapi aku nak share gaks serba sedikit ciri-ciri parents yg cemerlang. Susah juger nak ikut tapi mencuba adalah lebih baik dari dok melongo sesajer.
1. Menjadi Ibu Bapa yang Beriman
Walaupun ini bukan tips yg pertama tetapi ianya adalah antara yang utama. Aper2hal pon, mak pak tuh haruslah beriman. Beriman bukan ditujukan pada orang2 Islam sahaja tetapi untuk orang2 beragama lain. Kalau faham betul2, iman means your faith right? Ianyer berkaitan dengan kepercayaan. Kalau ibu bapa ada kepercayaan, sudah pasti anak-anak juga begitu. Orang2 yg beriman dan mempunyai kepercayaan neh memang berpegang kepada sesuatu yang nyata so try to be one. Tetapi dlm buku neh, penulisnya fokus kepada ibu bapa Islam yang perlu mendalami ilmu agama serta mempraktikkannya dalam kehidupan,menjauhi perkara2 yg boleh merosakkan iman dan Islam dan mengelakkan rezeki yg syubhat dan haram. Banyak lagi yg lain tapi aku share sikit2lah kat sini.
2. Jadilah Ibu Bapa yang Tidak Menjadikan Anak sebagai Mangsa
Lazimnya kita selalu mendengar atau berkata sendiri,"Anak aku, ikut suka aku nak buat apa pun". Ungkapan neh memang bukan menyumbang ke arah ciri2 ibu bapa cemerlang. Aku percaya, ibu bapa yang slalu fikir atau ckp mcm neh adalah ibu bapa yg 'sakit' dari segi mental. Yerler, kalau dah cakap dan fikir macam tuh, anak2 tuh dijadikan macam2. Macam aper? Macam hamba sekslaa, hamba dera laaa, 'punching bag', mangsa bebel dan sebagainya. Gaduh laki bini sikit, pukul anak, tengking anak. Tensen d tempat kerja, balik2 mengamuk kat anak. Nampak anak dara tuh menggiurkan sikit, rogol lah, cabul lah. Btui dak? 'Sakit' kan macam tuh? Kita neh kener ingat yang anak itu amanah. Dah jadi amanah kenalaa jaga bukan boleh buat sesuka hati kan? Kalau marah sekadar untuk mengajar tuh bolehler, jangan lebey2 suda lerrr.... Pikirlaaa kalo korang takder anak, cemana perasaan??
3. Jangan Mendiskriminasikan Anak
Yang neh rasanya ramai ibu bapa dolu2 yang amalkan. Tak taulaa ibu bapa moden ader ker dak. Sure ader kots. Macam orang ckp,'favourite child' or 'golden child'.... Membeza2 kasih sayang antara anak. Mungkin anak yg first tak bpe pandai or agak slow jika nak dibanding dengan anak kedua. Or anak sulung lebey cantik, hensem or putih dari adik bongsu. Macam2 sebab mak pak pilih kasih neh. Kadang2 sebabnyer memang tak diketahui. Bagi anak yg disayang lebey tuh, beshlaaa kan? Tapi bagi yang didiskriminasi tuh? Tapi, kadang2 aku dengar dan baca, anak2 yang didiskriminasi nehlaa yg banyak menolong/menjaga mak pak masa tua or sakit, tapi yg tetap 'cantik' dipandang mata adalah anak kesayangan even depa tak buat aper pon. Even perangai depa mcm setan pon. Tapi, aku lomlaaa mengalami mender neh coz rejeki aku baru sorang. Hopefully, biler ader lagi rejeki aku, aku cuba untuk tak menjadi ibu bapa yang macam neh.
4. Tidak Malu untuk Meminta Maaf
Neh pon rasanyer mak pak yang konservatif yg slalu tak minta maaf balik kat anak kalau depa buat salah. Manusia, adatlaa membuat salah kan? Kalau mender neh jadik, hopefully korang janganlah segan silu nak mintak maaf ngan anak even anak tuh still kecik. Bukan aper, segala tindakan, tindak tanduk dan tutur kata kiter tuh 100% akan diikut oleh anak. Kalau banyak mender baik yang kiter tunjuk, banyaklaa mender baik yang depa ikut. Macam minta maaf nehlaaa, korang tak cayer? Trylaa buat, aku dah ader pengalaman yg membuatkan aku tersenyum sendiri. Nanti kalau dier buat salah ngan kiter or kwn2 or saper2 sajer, depa akan apologise ngan sendiri. Tak yah kiter ajar secara formal.
5. Perlu Menjaga Makan Minum Anak
Ini nampak macam berat juga nak buat tapi macam yang aku cakap awal2, kenerlaa cuba. Macam aku yang tak masak kt umah neh, mmg susah. Tapi, seboleh2nyer kita cuba beri makanan minda juga untuk anak kita. Pastikan sekurang2nya anak kita tuh makan vitamin ker, minum susu (even orang ckp susu membuatkan budak tak mkn nasi), mkn kismis ker or minum jus dier dan sebagainya. Yerlaaa, bukan mkn utk perut juger tapi untuk minda. Aku bukan pakar pemakanan tapi perlulah korang rujuk piramid makanan tuh. SEmua orang tau mender tuh kan? So seboleh2nyer try utk ikut piramid makanan tuh sebagai panduan.
6. Menjadi Ibu Bapa yang Berilmu
Baiklah, akhir sekali.... kiter semua mestilah menjadi ibu bapa yang suka mencari ilmu. Bukan secara formal sahaja tetapi juga infomal dan non-formal. Informal neh, mcm kiter dok baca2 buku, baca2 bahan kat internet dan blog2 keibubapaan macam blog aku neh. Hwewewewe...... Non-formal plaks macam korang join memana kursus2 pendek keibubapaan yang dianjurkan oleh kerajaan or syarikat swasta. Yerler, kalau dah berilmu, macam2 kiter tau, surelah kiter tau cemana nak handle anak2, handle pasangan dan juga handle diri sendiri. Btui dak??
Wokey2, aku harap panduan neh bole bagi korang sedikit idea dalam 'parenting'. Hopefully, buku neh gaks leh jadi panduan untuk aku jadi.... setidak2nyer 'better parents' kalau tak cemerlang pon. Aminnn!!!!