GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Wednesday, November 16, 2011

Subhanallah!!..

      Entri sebelum ini mengenai kerisauan aku akan kemeruduman trafik. Soalan dari PCL ini juga menarik perhatianku... "kemeruduman trafik blog bole kaver..tu yang bagus sangat tu...mesti ada petua NKBT yg bole di share kat sini kan?"
 
     Well, PCL... NKBT tatau nak komen aper. Rasa serba tak kena dalam diri.. PCL n kwn2 yg lain layankan 'snap shot' ajer... 

Mata terjojol tgk neh semalam. Ingatkan page Nuffnang ader gangguan teknikal. 


Naper tokojut? Pasalnyer ini trafik yg last week punyo...

     Tak puas hati.. dok godek2 gaks tgk naper. Tgk2... 

Tqvm TopsyTurvyMum atas kredit itu... tetapi...
 
     Hati rasa gundah gulana. Gundah kerana mendapat apa yg diinginkan tapi for a reason/situation yg tak sesuai. So, banggakah aku ngan trafik yang tinggi??


Monday, November 14, 2011

La Tahzan

     Warrhhh2... 'terorist' sungguh haku dapek taip Arab. Sebenarnyer nk sampaikan Aidilfitri arineh yang aku dah mula koje balik. Dah koje balik means aku dah takder masa yg sesuai utk 'melebamkan' diri kat dopan letop neh haa. Tapi, naseb bek 5 hari ajer. Tahun neh tahun rahmat pasal aku takler dipaksa menjadi pengawas peperiksaan seperti 3 tahun lepas tanpa henti. Means ala2 takder cuti bagi aku n the famili. Balik kampung pon tergesa2 or takleh nak lelama sgt. Sebenornyer masa memula aku di'redeployment' ke sekolah sekarang, udah 'terletak' ngan cantiknyer borang pengawasan kat meja aku. Ok, macam nak mengamuk lagik tp cool lah kan? Kawan baru kat sekola baru depa tatau citer sebenar so mahapkan depa hokeh...>>>mode: pujuk hati sendiri

     Aku pon g ke meja ahkak yg berkenaan dan berkata,"Kak, akhir tahun sy cuti bersalin," dan ahkak itu pon terpaksalah redho. Aku hope dier tau yg aku bukan guru junior or freshly posting so dier bole buli. Opssss, terlebey sudaaa....ahahahahah

     Jadinyer dalam 5 hari neh maybe aku menghadapi 'kemeruduman' (harap Pak Temuk, Bujal X n DaddyZiyyad tak mare aku wujudkan kosa kata baru neh) trafik tp taper ah. Next week aku kaver.

     Korang dok bw leklok yea? Jangan jadik macam neh dek kerana windukan tuan umah neh....ahahhahahah

p/s: jgn jeleskan guru terutama guru2 korang yea? nnti ilmu tak berkat...miahahhhahha...ayat takbley blah....

Saturday, November 12, 2011

Khabar Sedih Lagi...

     Pukul 8 pagi semalam. 'On'kan nombor Maxis. Macam nak pengsan baca sms ini,' Kawan kita Rozi Hartini dan anak yang dilahirkan, Nurul Iman telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3 pagi tadi...' Hati sebu, menjerit dan tatau nak wat aper. Tidur hanya 4 jam. Bercadang nak sambung balik lepas tuh tapi tak dapat nak lelap2.

     Sementelah arwah juga tinggal di Shah Alam dan aku baru sahaja beraya ke sana (umah kwn yg lain), aku berkira2 untuk berziarah. Sambil bersiap2, 'on' FB utk updet ngan latest info dari kawan2 yg lain. Plan disusun untuk bergerak bersama. Hati berasa sayu tapi belum jatuh terburai air mata. Masih 'kuat'.

     Arwah neh teman sekolah rendah aku. Kemudian sambung ke sekolah menengah. Masa kat sekolah rendah, 3 tahun kitorang 1 kelas. Masa Tahun 6, kitorang turun kelas kedua iaitu 6 Kuning. Masa di sekolah menengah, aku masuk kelas biasa. Arwah plaks masuk kelas Arab. Lepas aku masuk sekolah vokay, terus terputus hubungan beberapa tahun then jumpa balik masa reunion tahun 1996; sebelum kitorang melanjutkan 'tertiary education' di institusi pilihan masing-masing.

Tahun 4 Putih (1988). Masa memula kitorang sekelas. Tapi aku tak pasan mana 1 arwah. Resolusi rendah weh. Gambo lamo benau.

     Dok belek2 n godek2 gegambo lama kat FB tadik, baru pasan yang banyak gaks gegambo kitorang bersama. Dan 1 lagi persamaan yg nyata, kitorang suker ber'gather2' dan ber'reunion'....Subhanallah!!

 Tahun 1990, Tahun 6 Kuning. Baru terperasan yang arwah jadi penolong.

Pantai Dalam Rhu, Semerak, Pasir Puteh, Klate. Tahun 1996. The biggest boy in the photo juga telah 'pulang' menemui Yang Esa. Arwah Haji Asmady Zakaria. Al-fatihah..

     Lepas beberapa belas tahun, Doktor Maziah n Fahimi, mengambil inisiatif menganjurkan perjumpaan semula. Dalam kalangan kitorang neh, memang Dr. Maziah macam 'yellow pages' kitorang. Sebut sajer saper, surely beliau musti ader no teponnyer. Masa biler dier g CSI pon aku tatau. Then, dier bole ingat 1-1 details pasal setiap orang. Hokeh, pasal tuh dier dokter..cik dokter yer, tuan puan...hihihihi.. Tapi masa 'geder2' kat Dalam Rhu, arwah tak dapat hadir. Aku tak terpikir plaks nak tnya. 

     Pastuh, ader plaks 'geder2' kat Shah Alam plaks. Tapi masa neh arwah tak sempat nak enterprame dlm kamera aku tp jadik kemerelady plaks. Dan juga jadik background....

Masa neh arwah bz nk g umah macik dier plaks. Kalo rajin, mohler baca yg kitorang dok gebang2 dalam album neh

     Seingat aku, ini pertemuan terakhir kitorang di alam nyata. Yang lelain dok sms sket2 then berFB lah. 

Komunikasi terakhir aku dengan arwah.

     Ini plaks gambar pregnant arwah yang aku sempat tengok di FB ajer..


     Kalo korang tengok pics arwah, mmg kebyknnyer masa ber'gather'2 ngan kengkawan n sedara-mara ajer. Bukti memang arwah suka bersilaturrahim.

     Takder mender lagi aku nak cakap. Nini, kau dijemput lebih awal olehNYA. Nanti kami pula yang menyusul. Tinggi sungguh darjatmu diangkat Maha Agung. Hanya Al-Fatihah dan Surah Yasin yang mampu aku hadiahkan.... Al-Fatihah....

kredit gambar utk. Dr. Ma, Yuzi Karmila dan semua keluarga dan sahabat2 arwah...




    



Suka Nombor??

      Nombor. Ramai orang suka nombor. Kalo tak, cemana kedai Toto, Kuda, Da Ma Cai, Magnum dan macam2 lagi tuh bole berkembang kan?

     Nombor. Kalau nak beli kenderaan, musti mau plet nombor yg lawa2. Nombor cantik. Kasi ada 'ong' kan? Tak kesohler reganyer pat lima angka pon. Bergaya dan 'sophisticated' punyo pasal. Konon itu nombor peribadi kita ajer yg punyo. Check2 kat JPJ saper yg dah beli nombor berkenaan dan sanggup turun jumpa pihak itu walau jaraknyer 1 hari perjalanan. Sanggup yea? 1 plet kenderaan yg berharga beberapa angka dapat membeli makanan org2 miskin, gelandangan dsb, dapat membaiki rumah2 ibu tunggal yang mempunyai beberapa org anak, dapat juga membayar yuran persekolahan beberapa orang anak yatim, dapat membeli binatang korban untuk saudara seagama yang hanya 'mengenali' daging sekali setahun. Owh, itu semua tidak glamer. Tidak seperti meletakkan nombor di tempat yg hampir paling bawah tetapi kemudian dikencing kucing kurap sahaja.

     Nombor. Dah lama berkawan antara lelaki perempuan. Nak bertunang tahun depan. Errr, tunggu. Tarikh macam tak cantik. Tunggu lagi 1 tahun. Tiba masa nak nikah, eh..eh..date neh mcm tak kenalah. Tak simbolik. Nombor neh tak sesuai untuk kita lah, yang. Dah kawen. Si isteri bertanya,"Hari ini bpe haribulan?" Suami menjawab,"11.11.2011. Napernyer?" Isteri,"Cuba ingat btui2 hari aper?" (muka mula mencuka, nada suara dah tinggi). Suami,"Errr...errr (sambil urut janggut yg ala2 ader ngan takder jer tuh). Isteri,"Lupa lagi laa tuh. Dah 35 tahun pun tak ingat2. Mencik!!"(terus lari masuk bilik, kunci pintu dan hempas badan kt katil). Suami,"Allahhhh...!!!"(sambil tepuk dahi sendiri yang jendul).

     Nombor. Semalam. Kul 12 tgh mlm. Macam biasa taip entri sambil ber'FB'. 1 status masuk>>"Wah! Tarikh yg sungguh cantik...bla...bla...bla". Status kedua>>>Selamat hari 11.11.11. Beruntung sungguh si polan kawin hari neh bla..bla...bla. Begitulah sehingga 44 status yg lain or maybe ke ribu-riban yang isinyer mengenai nombor atau lebih tepat tarikh semalam. 90% 'isi' apa2 mender pon semalam berkaitan nombor.

     Nombor. Tahun lepas, 10.10.10; kalo ader korang yang masih ingat tragedi di salah 1 laluan di PLUS yang mengorbankan ramai nyawa. Kemalangan ngeri sebuah bas ekspres. Malas aku nak ulas2 lagi so korang cer gugel kasi ingat. Sebelum kemalangan tuh, semer orang pon dok sebok2 cakap pasal tarikh cantiklaaa bla...bla..bla... Maghrib tuh, kejadian ini berlaku. Nombor? Tarikh cantik?

     Nombor. 11.11.11... kemalangan bas lagi di area Behrang. Tak baper amek tau sangat. Just dengar berita di Sinar. Beberapa orang murid sekolah terkorban.
     Nombor. Topik 'Sinar Pagi' berkenaan nombor. Ader pemanggil yang menceritakan yg tarikh sekian2, dicampur, tolak sampai rebah, bahagi, kong kali kong, min, mod, median dan kemudian nombornyer adalah sama. Kebetulan?

     Ok, aku benci nombor kerana membuat kita lupa. Aku benci nombor kerana membuat kita riak. Aku benci nombor kerana kita dah takder duit lagi (or pepura takder duit) untuk beramal jariah. Aku benci nombor kecuali duit.

Friday, November 11, 2011

Pahit dan Manis

     Sekalung bunga penghargaan aku layangkan utk korang semer kengkawan bloggers aku atas kesudian membaca luahan hati aku dalam entri sebelum ini. Terima kasih atas kata2 perangsang tuh semer. Memang lepas aku taip tuh, tetiba rasa sakit dan perit tuh ilang. Baru rasa lapang. Alhamdulillah!! Begitupun, banyak lagi yang aku rasa nak share tapi tunggu kerajinan aku mai kots...eheheheh

     Dok menge'check' email, tetiba terpandang...

Ader email tiket free sempena harijadi aku. 4 keping plaks tuh. Orang yg lebey otai dh lama dpt neh.. Hmmmm. surely tgk citer kartun ah.

     Ini bole dikatakan pahit akan manis akhirnyer?? Tidak, ini kegembiran sementara sahaja. Nak 'kaver' berita x besh tuh. Ngah terpikir2 cemana nk g amek kat opis Nuffnang tuh. huhuhhuuhhu... tetiba mantokkk... tata!!




Thursday, November 10, 2011

Takder Rezeki??

     Hari ini aku mendapat tau akan dua kegagalan dalam hidup. Yang pertama, tidak terlalu mengecewakan kerana aku dah agak tak layak untuk dipilih pon. Tapi, yang kedua ini membuat hati aku bertambah-tambah super duper sakit. Pasai pa, mender neh dah byk kali jadik. Sepatutnyer dah lali tapi kalo yang neh, selagi tak dapek, selagi tuh rasa nak jadik macam mak Nene dalam citer Sin-Chan tuh...(tau aper dier buat biler tensen dikaco Sin-Chan selalu kan?)

1. Tak terpilih ke Dugro Chef Cilik - tak kisah pasal yang lebih layak adalah orang yg minatnyer memang memasak. Aku neh asik pikir memasak tuh remeh n memenatkan. So dah penat masak, nak makan dah tak baper bernapsu terutama masakan sendiri. Itu aku mmg suker makan masakan orang. Tapi, dalam hati bercita2 nak bukak cafe n restoran konsep nanti...Ironi??..ahahahah

2. Kasi tengok neh...


     Malas nak pikir baper kali mintak. Tapi tetiba nak pikir gaks...hihihiih... kali kelima kots? Maybe ader orang ckp, "Alah, ader orang mintak 11 kali tak bising pon." Hokeh, yang mintak 11-20 kali tuh btui kaa tak bising? Maybe depa bole sabar n tak tunjuk so pendam ajer. Tapi, mender yang dipendam tuh 'timbul' plaks dalam bentuk sakit jantung, diabetes, stroke etc. Teringat aku tahun lepas biler dimangsakan dengan 'redeployment', ader GPK yg aku kenal suh aku bersabar n katanyer dier pon travel jauh. Aku tnya balik,"Encik sihat tak?"..."Ader darah tinggi," katanyer padahal umur beliau baru 42. Cer pk naper kadar penyakit 3 berangkai kat negara kita neh tinggi.... kasi eksersais otak skets...

     Musti korang nak nasihatkan aku,"Alah, bukan ko ajer yg travel jauh. Ader yang lagik jauh." Btui, itu tak aku nafikan. Aku pon tak kisah kalo nak g keje travel then masuk opis sejuk dingin, 'on' pc then mengadaplah sampai lebam dr pagi hingga ke petang. Tapi, kejer aku neh kadang2 nak duduk kat tempat senirik pon tak sempat. Solat pon ala2 cangkui terutama kalo dalam sehari, aku ader 7 masa. Benar, ader juga hari yang aku ader 3 masa ajer tapi kalo dapat relief 2-3 masa, macam lebey kurang ajer kan? Bila masa aku nak tanda buku? Aku nak wat pengakuan beranilah kat sinik; poblem aku yg tak setel2 dari thn 1999 dulu ialah tak sempat nak selesaikan 'upacara' menanda buku memurid aku ngan jayanyer. So sorry kalo nak menanda grammar n esei bebudak aku takkan berkompromi n cincai hajer hokeh. Implikasinyer sangat2 tinggi utk memurid aku buat kesalahan for the rest of their life. Larat ker aku nak tanggung dosa nnti? Lom masuk if parents mai komplen lagik. Nak check kehadiran, nak buat program meningkatkan prestasi bla...bla...bla... Bwk balik umah? So sorry kalo dah kawin bwk balik keje ke umah sama macam ko tak hormatkan laki/bini ko. Plus anak2 perlukan perhatian dan kasih syg mak/pak depa gaks. Tuh hak depa.
      
     Lagik 1, biler hari2 nak g kejer tuh, aku dok pass by bpe byk bijik sekolah n terpikir,"tak layak ker aku nak kejer dekat ngan umah aku?" Beshnyer orang yg kejer dekat ngan umah. Belanja minyak tak sebanyak yang travel neh. Lom campo ngan penat lagik. Aku ngaja petang so kalo tak sampai umah masa Maghrib memang tak sah. 
     Errr... aku teringat kat Buletin Utama, masa dok sibuk2 KPM import guru2 omputih mai sinik nak 'mengajar' guru2 kat sinih yang kurang diajar or tak terpelajar kununnyer utk menarik perhatian murid2. Pengajarannyer nampak menarik sungguh ngan gurunyer terkinja2 'melompat' ke sana sini. Plus memang guru tuh hemsem jadinyer memurid sungguh berminat. Hokeh, cer pikir, kalo 1 hari masa guru itu 7. Setiap 1 masa; 35 minit. Kalo ngaja petang plaks kener berlari nak solat zohor n asar. Yang neh aku tak kisah pasal dah fardhu kan? Mana nak makan. Kalo bertugas mingguan plaks? Nak isi borang, anta budak sakit balik umah. Plus sedari pagi ader aktiviti koku. Kalo dekat sempatlah balik umah, memandi, tukar baju n bebaring japs. Kalo umah jauh? Nak mandi kat ner? Sampai petang tuh. Kalo campo skali ngan travel sampai malam. Ngemis Nompangler kat umah bebudak bujang neh. Ngan keadaannyer macam neh, bole lagik ker ko nak bagi aktif dalam kelas nak bagi pengajaran tuh menarik? Aku masuk 2 kelas bersamaan 4 masa cukup ah. Kelas ketiga dah tak larat nak berdiri. Cian gaks kat depa so kenerlaaa deligate sket tenaga neh bagi ok sampai ke penghujung petang. Kalo macam neh Kevin Zahri pon tak tahan kan?

     Isi dan ayat aku berterabur so mahapkan akuh. Taip sesedap rasa jeks neh. Dalam otak aku dah pikir x nak bagi anak2 aku kejer gomen especially guru pasal lom tentu terjamin. Ader pencen? Hellow, kalo awal2 tahun asik dok MC or CRK ajer aper kes? Ingat cuti2 semer tuh tak ditolak dari pencen ker? Silap2 nak byr instalment umah pon x sempat...

     So now, masih lagi pikir kejer guru senang? Byk cuti? Gaji mahal? Terjaminkah keje kerajaan?
    
    

Wednesday, November 9, 2011

What would Puss in Boots Do?

How we would defeat the bad guys if we were Puss and Kitty Softpaws.

     Bad guys? Huh... not complete lah their life if not disturb this most handsome yawwrrrrr  fella. You know that I'm too sexy to be defeated by you guys okay?? Come Kitty Softpaws... lets plan to ambush them back....





1. I will train Kitty to mimic my cute n pity expression so that enemies will have mercy on us so they decided to back off. Are we too sexy for that?? *-*wink


2. As we are sexy 'duet' warrior, skill in 'lawan2 pedang' is our expertise. Wanna try your luck anyone??


3. Me and Kitty will roll down Humpty Dumpty so he can smash our foe down under. Pity little fella!!

*all photos credited to Google. Tengssss!!!


     Whah!! Now that we can enjoy our newly favourite movie when it premiering soon on 24/11/2011.... Mind to join us??

Puss in Boots 

     Seeing myself walking this boots, I would like to invite you guys to join this 'contest' from Nuffnang. Wait no more as I want go sailing noww...!!! pprrrr....

Tuesday, November 8, 2011

Musim Gathering n Reunion

     Macam tau2 jer Radio Sinar neh. Ker memang dah sedia maklum yang akhir2 tahun neh orang buat majlis berkumpul semula antara teman2 sekolah dan tempat pengajian dolu2? Aku pon terpanggil nak hapdet pasal neh. Sementelah malam minggu ini aku n the geng dah plan 1 majlis yang kami namakan 'mini gathering' or majlis 'ttemu mato' SMVTM 94/95. Grup SMVTM 94/95 aku wujudkan demi cadangan seorang rakan untuk 'berjejak' kasihan kasih ngan kengkawan yang lain. Alhamdulillah, disambut baik oleh yang 'disapa' dan dijemput menyertai grup ini dan di'make' admin so after this we will work hard to plan all the activities.

     SMVTM adalah Sekolah Menengah Vokasional Tanah Merah. Kini dikenali sebagai SMTTM. Vokay dah jadi Teknik tapi 'intipati'nyer tetap sama. Seingat dan setahu aku, sekolah aku neh antara sekolah yang terbesar dan mempunyai hampir kesemua kursus kemahiran; ERT N Kejuruteraan tapi tidak termasuk perdagangan. Sapa yang berminat ngan perdagangan bole masuk SMV Pasir Mas masa tuh. Now, dah lama tinggalkan, aku dah tatau sistemnyer cemana plaks.

     Aku diterima masuk ke sekolah tuh pada tahun 1994. Masa tuh kawan2 dari sekolah di daerah aku dok masuk sekolah berasrama penuh pasal keputusan depa cemerlang dalam PMR. Aku plaks tak pueh ati jugakslaaa tapi disobabkan aku neh agak 'rajin' belajar n agak lombab plaks tuh, makanyer aku layak masuk aliran vokasional ajer...uuhuhuhuhhu... tapi I deserved it lah. Aku tanak nyesal lebey2 pasal dah ketentuan ALLAH macam tuh. Yerler, orang belajo, aku tito...miahahahahha...

     Korang sure 'wondering' aku masuk kos aper kan? Kasi tengok sinik ah....

Kelas Penyejukbekuan dan Penyaman Udara (PPU) 1994/95

     Kalo di'translate', 'refrigerate n aircond' lah mendernyer. Repair2 peti sejuk n ekon. Tapi, haku neh masuk jeks kos neh tp me'repair'nyer haremmm...Pasal aku tak yakin diri. Takot2 repair salah ker haper. Dulu aku mmg sangat2 'low-self' esteem n memacam lagiklaaaa. Plus takder dorongan sangat so lepas tuh aku dah tukar bidang yang jauh sangat menyimpang. Sebenarnya aku minat sangat ngan kejuruteraan neh tapi malas nak blaja Math. Camno??

     Kalo diingatkan lagik pasal sekolah dolu2, surely banyak kenangan. Pat pat siku lipat lima tahun citer pon tak abeh kan? Yang pasti biler terkenang, nak gelak pom ado. Ngalir air mata darah pom ado. Sama kan kiter semer macam tuh.

     Citer pasal aku n kawan aku dalam kelas neh gaks yang membuatkan aku bertuah dapat tiket pree tengok wayang dari Nuffnang. Bukti ae ado neh... Cerito ceriti aku jumpa bloggers glemer pon ado menyusul..(iklan japs)...miahahahhahah

     Tema 'mini gath' yg pertama neh kaler biru. Yang lelain tak nak plan bebyk sgt pasal ini hanya 'stepping stone' kan? Banyak plan baikkk punyos yang dok ado berimpit-impit macam nasik impit smalam dalam kepala hotak aku neh. Yang pasti, untuk menyambung kembali ukhwah n silaturrahim yang terputus pasal keadaan n masa dulu. Alhamdulillah, ngan adernyer FB; niat murni ini dimakbulkan. 

     Ohoh! Agaknyer suasana cemana nanti yea? Kitorang neh lalu makan ker tak? Sempat makan ker pasal surely memasing banyak soklan nak ditanya dan banyak cerita nak dikongsi. Atau memasing diam membisu dek pukulan nebes yang melampau2? Ahahahahahha... seronok dengar kat Sinar tadi memacam cerita lucu dan menggembirakan dikongsi oleh pendengar. Yang sedey pom ado. 

     Ohoh! Kalo ado korang yang rerajin g jenjalan kat Ampang Waterfront 12/11- Sabtu neh... moh kiter bertemu mata gaks...

p/s: Tengssss, Kakcik atas jemputan utk. 'muzakkarah' d umah Dato' LF. Moh kiter 'immarahkan' gaks...

    
    

Monday, November 7, 2011

Apa Tajuknya?

     Dek kerana terlalu gembira dan terharu pasal tahun neh hari jadi aku bersekali dgn raya haji sampai aku tatau aper plaks mau taip. Sedari pagi dok bukak 'interface' neh, sampai petang tatau nak reka ayat cemana....uhuuhuhuh

     Tapi yang pasti aku happy pasal...:-

1. Cik Abe aku siap kira2 duit tabung syiling kitorang untuk beli kek. Terharu ado, sedey pom ado. Momen ini akan ku kenang apabila tiba masanyer nanti.

2. Dengan adanyer Facebook, aku mendapat ucapan yg melimpah ruah; bukan sahaja dari kawan2 tetapi juga bekas murid2, kawan2 yang dok beribu batu jauhnyer, kawan2 skolah dulu, kawan2 maktab, kawan2 se'UITM', kawan2 bloggers, isteri n suami kwn2, sedara-mara bla..bla..bla...Tengkiu, Dik Mark!!

3. Paling besh, dapat ucapan dari artis, kartunis, lagenda bola sepak n juga personaliti belakang tabir tv... maybe bagi orang lain nampak tak pelik tapi bagi aku, ianyer sesuatu yg istimewa....

Korang ingat iklan raya Petronas yang bapaknyer asik tanya,"Burung apa?" byk2 kali tuh? Tgk 'nama' brader neh kt FB pon ado namo burung itu. Macam tak glemer tapi beliau neh dah banyak berlakon drama tv. Filem aku tak pasti tapi rajin gaks dok melayan komen2 FB kwn2 n fans beliau. Isteri beliau pon ramah d FB.


Peronah baca majalah Ujang? Salah seorang kartunis tergelemer pada tahun 90-an. Jaman akuh tuh, bebs.

Lagenda bola sepak kita. Team mate Arwah Mokhtar Dahari. Rasanyer tak perlu diperkenalkan lagik pasal ada 2 orang ajer Zainal Abidin yg glemer kat negara kita neh kan? Kalo aku tertinggal, tolong aku hapdetkan. Dengarnya sangat friendly dengan peminat2 beliau. Silalah terjah ke Restoran Lagenda 17 kepunyaan beliau d Seksyen 13, Shah Alam. Aku pon belum wat lawatan 'sosial' lagik neh. Penah kuar kat JJCM bulan lepas. Abg. Zainal juga sangat 'approachable' d FB.

Kak Noriah neh penerbit kebanyakan rancangan dan program d RTM. Rajin juga menghapdet d wall beliau terutama mengenai rancangan yg diterbitkan. Tak sangka kak Noriah tinggal/berasal dr Port Klang.


4. Pada usia 33 tahun ini, Allah mengurniakan aku seorang lagi cahayamata; yang ditunggu2 sejak sekian lama. Seorang puteri yang tembam, sihat, comey dan bulat... alhamdulillahhh!!

 
     Paling aku syukuri, mempunyai keluarga yang aku ada sekarang. Tiada apa lagi yang nak aku tukarkan. Tiada yang nak aku galang gantikan. YA ALLAH, jgnlah KAU jadikan aku hambaMU yang kufur nikmat....amin3!!

Saturday, November 5, 2011

Berbelanja Sikit

Tengok pada tajuk, sure korang pikir aku belanja sempena raya haji kan? No...no...no. Ini sesi berbelanja yang 'berlaku' setelah agak lama aku dok sebey2 (survey). 

'Gajet' di sebelah kiri itulah yg di'sebey'

     Mender alah neh nmpk kiut n cinonet tapi reganyer bole tahan. Takperler kener korek ongkosnyer kat memana pastuh 'tampal' balik kan? Macam lagu Abg. Salih Yacob,'Gali Lubang, Tutup Lubang'...ahahhhhhhhhh

     Macam2 pakej 'breastpump' yang ditawarkan kedai ibu dan bayi online. Antara mampu ngan mampos tak ajer.  Ader gaks yg 'affordable' utk aku tapi humang haiii...jauh ler plaks. Kos tol n minyak pon nak kener kira. Kedai bayi dekat2 umah aku neh plaks takder pilihan sgt macam yang online punyos. Nak masuk koje tak lama lagik neh...aduyaiiii!!!
     Allah  Maha Kuasa, masa dok reronda nak g mana ntah semalam, ternampak macam ader 1 kedai ibu dan bayi nak bukak. Ok, sabo. Esoknyer yakni mlm tadi, lalu gaks kat Seksyen 20, nampak dah bukak. Yeyeyyy... bole kasi singgah.

     Sampai kat dopan kodai, wah!!Macam rambang jeks mato tgk bebarangnyer bole tahan banyak. Jangan buang masa....kasii terjaaahhh!!

     Memang ader macam2 pilihan 'breastpump'nyer. Pilih2. Siap ader demo lagik tuh. Pelanggannyer bole tahan gaks ramei tadi even depa sepatutnyer tutup jam 9 malam. 9.15 malam masih ader orang datang. Maybe depa neh pon macam aku gaks, tercari2 outlet yang jual bebarang online macam neh.

     Apa nama kedainyer?? Ini....

Nak browse websitenyer silalah ke sinik...

     Kalo rasa jauh nak ke Lunatots, Pilihanibu, Sarakids or Fabulous Mom, boleler ke Mumdreams neh. Sementelah pula, ada SALEEE sempena pembukaan cawangan keempat iaitu di Seksyen 20 Shah Alam neh. Tapi, aku baca kat website depa tadi, outlet yang kat Sg. Buloh berpindah ke sini. Hq dier kat Seksyen 9, Bangi. Katanyer dekat2 Bangi Kopitiam. Kat 'uptown' Klate pom ado yea? Jangan tatau. Kat mana lagik kalo bukan di WCY (Wakaf Che Yeh).

     Hari ini dan esok, ader diskaun 20%. Lepas Raya Haji, jadi 15% ajer. Bagi sesapa yang dok area2 sini, mohler kiter. Kalo koleksi baju diskaun sampai 60% kooo... jeles aku psl saiz aku kompom takder....huhuhuuh

Still in bajet so sempat sambau mender penting yang lain.

     Ado lagikkk... kalo pembelian melebihi rm100, dapat 'laptop' Sony VAIO tapi versi cermin muko ah.....miahahahahha...

Karer fink lagikk... elok juga buh dalam henbeg aku neh.

     Dah terlanjur hapdet neh, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432 kepada semua adik kakok, mokcik, pokcik, kawan2 sekalian. Kepada yang berkorban lembu kambing, kibas, unta, gajah, kuda etc. tuh, semoga ibadat anda diberkati..Amin3!! Tok Ma di Klate sponsor aqiqah utk Adik Iffah tapi tak dapeklah kitorang nak balik pasal masanyer tidak sesuai. Takper, suda niat sesiap....ehhehehhhe

Friday, November 4, 2011

Ntahhhh...

     Tetiba takder idea....Atoiiii!!!!


Wednesday, November 2, 2011

Sorry, bro Shakiddo.. Tapi Akak Dengki kat Awakk...

     Ini susulan seorang blogger suami orang dan bapak orang neh punya paparan. 'Tak' pueh ati sungguh aku. Hati bertanya,"Why? wHY aku dpt first runner-up ajer? Why meee goreng mamak?"

     Aku merujuk kepada entri ini... 


     Jadinyer... aku pon nak menunjuk gaks yang aku dah pintas beliau kat 'umah' kak red.....hihihihi... cuak ker, bro?? Hehehehhe...akak apologize yer?


     Memang tak bole nak nafi lagik, salah satu cara nak dapatkan trafik or nak banyakkan trafik, kener 'pacakkan' - (pinjam kekata dr Shakiddo) nama kat blog yg dah glemerzz vaa vaa voom. Contohnyer mcm kat umah Red Mummy nehlaaa. Aku kalo 1 hari tak sah tak ketuk 'pintu' umah ahkak yang sorang neh. 

     Kalo korang nak baca tips lagik bole ke sinik. Kalo tengokkan trafik aku, mmg tak layak lagik aku bagi tips. Tapi, apa yang aku taip tahun lepas itu adalah dari pengalaman aku sendiri dan juga konsep 'sharing is caring'. Kalo nak citer pasal tips neh agak2nyer 2-3 tahun tak habeh. Kener amalkan 'experimental learning'lah gitu. Ko takkan tau kalo ko tak alami sendirik kan? Gitulah pada hemat aku.

     Selain blog kak merah tuh, aku memang takkan 'culas' gaks ke 'umah' Sumijelly, Kancil Biru, Kak Ina KL dan Mommy Lydzar. Naper? Pasal status depa yang lebih kureng macam aku, rutin harian pon lebey kurang aku serta gaya penulisan yang sempoi, senang nak paham. Macam Mommy Lydzar tuh byk share pasal 'bf'(breast feeding) n keibubapaan so beliau dah macam kaunselor 'parenting' aku yg tak rasmi lah. Jadinyer aku memang bersemangat sungguh nak 'bf'kan Adik Iffah dan menjadi ibu yang baik even tak terbaik. Tqvm yea, dik! Daannn... ada 2 buah 'umah' lagi yang aku dok 'candu' nak melawat now. Tangan bagai digaru2 nak terjah ajer kat sana. Tak lain tak bukan... 'umah' Kakcik Seroja dan Kak Azie Azah. Pasai pa? Adoihhhh!! Kener kasi rahsia ah. Nak bongkar kalo, silalah berkunjung ke sana. Kakcik Seroja merupakan 'top referer' aku sejak gathering bloggers arituh. Kakcik, tengkiu coz pomot 'umah' kiter yer? Kalo sempat plaks, memang aku akan g setiap 'umah' kawan2 geng bloggers yang ado kat tepi tuh. Korang aper lagik, mehler juin aku 'reronda' umah depa...

    


Perkembangan...

     Semenjak masuk 2 bulan, aku perasaan mender2 ini kat Adik Iffah :-

1. air liur meleleh - abaikan yg aku kempunan nk mkn sesuatu masa peknen. ikut logik nak tumbuh gg. takkan 2 bulan dah nak tumbuh gg even aku penah baca yg ada beby mmg tumbuh gg seawal dalam pantang.

2. suker sgt gegolek seperti gambar di bwh sampai terteleng kepalanyer. takkan dah nak meniarap. biasanyer bayi meniarap bpe bulan yer? Abang Imran dulu dah lupa pasal dah agak lama kan?

daif sungguh nampaknyer biler dah mcm neh. nak bangun sangat agaknyer neh.

3. selalu pegang sana, genggam sinik. molot syok isap puting, tgn plaks menggagau nak tarik puting tuh... lom bole synchronize pergerakannyer kan?

     Ibu2, bapak2, kakak2, abang2 n adik2 yang baca entri neh, sudilah kiranyer memberi pendapat berdasarkan pengalaman mengenai 'point' no 1 dan no 2 ittew...terima kasih....




Tuesday, November 1, 2011

Nak Iklan Japs....

     AHah!! Nasib baek ader gaks kawan2 n kakak2 serta adik2 bloggers yg perasan ngan 'kehadiran' blueberry cheesetart buatan bawaan saya masa gath umah Kakcik tempoh hari yea? Cer baca leklok...BAWAAN  yer BUKAN BUATAN... huuhuhuhuh... maybe 1 day kener buat gaks neh. Mana tau air tangan den sedap...huuhuhuhuh

     Sobona ae, dessert tuh isteri kawan tmpt koje Cik Abe den yg buek. Hopefully korang paham aper yang aku tulis tuh...hiiihihih... beliau tuh mmg rajin babs masak memasak neh. Aku?? No komen. Kalo dah potluck pon di'order' so pepaham laa eks? hehhehehe...

      Insyaallah! Aku akan bwk lagi mender yang sama masa gath kat umah Dato' LF nanti. Tapi, kalo agak2 korang nak makan lebey siket, boleler oder kt hp aku. Nanti pada hari kejadian, aku leh bawakkan...

Ohsem takk?? heheheh... (kener bayo royalti tak guna words neh?)
1 bekas tuh leh muat 28 bijik yg bersamaan rm23. Berminat kalo, bole sms kt no hp sy 016-2177456...ohsem owh ohsem...eheheheh



Monday, October 31, 2011

Dugro Chef Cilik Komplete Nutri Audition

     Pada suatu pagi, yakni selepas berbw; mata tertancap kat status fb fanpage Vanidah Imran. Hati n otak terfikir,"Menarik neh. Lagipon lokasi ae tak baper jauh. Bole sampai. Moh2". Memula pujuk Cik Abe masuk pasal tang masak memasak neh salah 1 bidang kepakaran beliau. Akan tetapi beliau neh jenis bukan gila glemer macam binik dier so aku gagah2kan gak ngan tgn menggigil nak juin ujibakat neh.

     Program neh bakal ditayangkan tahun 2012 di saluran 104 dan melihatkan hadiahnyer agak buntang ah bijik mato. No. 3 dapat 10k, no. 2 15k n juara 20k. Pengacara plaks seorang celebriti cum ibu yg sgt vogue n glemerzzz gitu. Aku tak menaruh harapan tinggi utk. terpilih pasal agak ramai juga yg hadir. Tapi, kalo terpilih, dpt no 3 pon jadik kan? bole settle utang mutang..kehkehkehkeh....

     Masakan seorang ibu yg slalu mkn di luar bersama keluarganyer. Katanyer makanan seimbang dan sihat tak perlu remeh dan susah kan? Ayat 'sour grape'...hahhahha.. letak french toast kt serving plate, then scramble egg+sos cili n garnish ngan capsicum merah cincang. Bunga kubis n lobak merah dicelur letak kt tepi then letak kt tepi gaks yogurt tuh. bole imagine? psl masa kat depan juri, takble bwk kamera mahupun 'man'nyer skali...uhuh

Sekeluarga yg hepi. Abaikan Abang Imran pasal dier mmg ske wat pose 'emo' tuh...

     Tompek ae d mana? Di Level 10, Casablanca, Sunway Resort and Spa yg vaa vaa voom gituh. Pasal aper aku ckp cenggituh? Toilet yg selesa pasal ader paip berwayer besi bukan main pancut2 tuh. Paip kat sink pakai sensor ajer mcm kat Masjid Negara ( kan?) so jimat ayor. Pastuh, surau tentu2 depan mato neh hah....


     Dah namo ae company berkenaan keperluan budak2, memang sungguhlah memahami. Naper den kato cenggituh? Bebudak dimewahkan dgn ini....

ini....


ini...


dan iniii...

bersusah payah aku tgk abg2 kru Awas yg berambut pjg, macho mengeluarkan vcd player ker haper n connect ngan screen. ingat mender tgk2 citer 'Despicable Me' nk 'disajikan' pd bebudak. Abg Imran pon ralit gaks tgk smpai gelak besar2 lagik. Kalo tak, sebok ajer nk balik tuh...ehehehhe...Kudos kpd organizer n production team krn sgt2 memahami!!


     Namo ae rancangan masak so kono ah pakai apron bagai. Dan ternyata ketokohan Abg. Imran terserlah ngan pemakaian topi  chef wan yg maha tinggi tuh...

 
Aku seperti biasa ngan tudung 'ayam' patah aku...

Adik lelaki berbaju hitam ini cuba nasib ngan little sis dier yg baju ijau tuh. Berusia 18 thn tp nmpk cam dak skolah menengah lagik. Kagummm!!

     Dah bereh semer memanglah lega. Abang Imran disuruh Mama wat pose sesuker hati sebelum memulangkan apron n topi.
     Perut pon dah lapo so moh kiter ke umah nenet makan tengahari sementelah umah beliau sepelaung ajer dari sini jika pakai mikropon....yohhoooo!!!


Tengkiu vm + lebiu Cik Nami Namia coz sudi diheret ke sana sini utk kesekian kalinyer...


Friday, October 28, 2011

Crayon Sin-Chan

     Barulah den paham naper rupa bentuk muka bumi terutama dagu Sin-Chan macam tuh....

Korang pon ader wondering macam aku gaks ker?

Thursday, October 27, 2011

Gimik Konvoi 'Misteri Jalan Lama'

     Memula tengok tajuk, dok terpikir; another malay-ghost movie?? Tapi, b4 'menerjah' ke event neh, haruslah ber'homework' duluh kan? So barulah tau citer psl aper. Sinopsis? Kasi gugel senirik eh pasal aku malas nk taip bebyk.Alalalal...jgn majuk eh. Meh sinik nak 'spoonfeed' sket. Kat FB ado page dior. Sket2 boley kasik. Ado 2 beradik nok balik kampung ker aper. Sampai ke sebatang jalan lama then 'terlontar' ke alam lain. Itu ajer yg leh aku kasi sket2 citer psl aper. Antara pelakon2nyer adalah Hans Isaac, Que Haidar(aku minat mamat neh), Liyana Jasmay, Vanidah Imran, Nasir Bilal Khan(pon aku minat), Marion Counter (ker Caunter ejaan dier) dan ramai lagik. Kat t-shirt pree neh aku nampak Namron n Ho Yuhang tapi kurang jelas depa tuh pelakon ker tenaga produksi. Ado Sari Yanti gaks. 2 orang tuh pon aku minat pasal depa kreatif n idea depa lain dari yang lain. Sari Yanti plaks memang suci bersih takder kontrobersi melainkan yg saja2 dibikin utk beliau. Macam tak cayer plaks hub dier tuh kawan skola Cik Abe aku dulu tapi dier dh tak ingat kots.

     Enuff babling, petang tadi sempena menyambut Deepabali , aku ngajak Cik Abe, A.I n A.I serta 2 bloggers Mia n Ijam g serbu satu event. Trimas to Bro Framestone atas 'jeritan' beliau di FB lantas 'terjemputlah' aku ke sini. Kalo sesaja aku nak ke Tasik Titiwangsa tuh idokler. Tasik Shah Alam pon 2-3 tahun skali baru jejak. Tujuannyer memeriahkan gimik konvoi filem neh. Bermula kul 2.00 ptg, miker2 yg terlibat termasuk jurugambar sekalian mula berkonvoi dari Astro ke terowong SMART dan seterusnyer ke Tasik Titiwangsa neh. SMART merupakan salah satu penaja selain dari ...aper lagik eks? Geng konvoi tuh dari Keicarmania.com. Korang tau depa? Silalah terjah ke umah depa.

     Katanyer ramai retis nak mai termasuk pengarah ae Afdlin Shauki tapi yang aku nampak Liyana Jasmay n beberapa retis popular drama ajer. Tapi yang buat persembahan aderler beberapa retis yg korang musti minat punyos...jeng..jeng... Antaranyer....

 Atoiii!! So sorry tersengaja letak gambo blogger retis neh dlu...kuikuikuikui



Faiz eh namo ae? Aku neh tak tgk 'Idola Kecil' tapi arituh tertengok beliau neh muncul di MHI. Sora besh, matang n sopan orangnyer.

Ramei kan yg minat Liyana Jasmay neh. Bersama big bos 'Tayangan Unggul', Miz Gayatri Su-lin Pillai.

Sesi lawan2 menari dari bebudak Istana Budaya.

 Sori yer terkuar lagik gmbo blogger retis ngan peminatnyer...kuikuikuikui...jgn mare eh, Man? g odisen Raja Lawak pada musim yg sama.


Sedap sora Najwa Latif live. Tinggi gaks orangnyer. Salam ngan si Mia siap cium tangan lagik..Bagus2, dik.

   Selain dari tuh, ader ramai lagik retis yang ado seperti Kozae (ex-One Nation Emcee) <<< den minat depa neh, Afiq 'Idola Kecil', Azrul Raja Lawak  dan lelain lagik.

     Liyana Jasmay tuh awal2 lagik dah sampai dan selepas perasmian, beliau terus meminta diri. Retis2 glemer lain sehingga kul 6.30 ptg iaitu waktu kitorang balik still tak sampai2. Tataulah kots depa tiba selepas tuh pasalnyer event neh sampai kul 7 malam. Dah semakin lewat, semakin ramailah orang datang. Depa tuh nak eksersais n juga bawak famili jln2 ari cuti. Elok ader event neh. Jwb2 soklan dapatlah ini....

Alhamdulillah!!

     Hati tambah senang tengok foto ini.....

Alhamdulillah juga dapat bwk depa jenjalan pd hari Deepabali even ujan lebat sungguh tp nasib baik kejap ajer n Abah depa koje 1/2 day. Permata hati Mama....mwah3!!

Tuesday, October 25, 2011

Telo Tuesday


Trima Tasih Tawan-tawan tang Tudi Tawat Tlog Titer Ter? Terutama Takcik Teroja tang Teret Teramai Tloggers Tain Te Tumah Titer....Twah3!! (Teringat pantun moncong dlm majalah Ujang dolu2... 1 hari sakit usus dibueknyer)