GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, April 25, 2013

Kunjungan Kali Kedua ke Kinrara Bariani Kafe & Katering

     Warh! Dah nak masuk 3 bulan. Nasiblah gelaran blogger tiada tarikh luput dan tak perlu pula diperbaharui. Sekali berblog selamanya adalah blogger walau tiada entri sejak sekian lama.
     Aku kirakan entri pembukaan ini sebagai janji. Janji buat pihak yang sudi menjemput aku makan free. Terima kasih buat Sumi Jelly dan pihak Kinrara Bariani atas jemputan dan layanan mesra. Terharu sangat.
     Selepas kunjungan kali pertama, para bloggers yang berlima itu dihadiahkan pula baucer makanan bernilai RM35. Best tu. Memandangkan makanan depa sedap, memang cukup sebab nak bawa keluarga aku plaks menjamu selera di sana. Ladfe Amir pun cuti pada hari tersebut jadi molek sungguh ber'geder2'. 'the more, the merrier' katanya. 

Perlu untuk diketahui.

 Bariani Gam Johor Kambing dan Ayam. Set untuk 2 orang makan tapi cukup sampai 3 orang. Yeah! Mari meng'ngap'.

Ada juga mee rebus.

Dan juga mee bandung.

     Sementara menikmati bariani orinya, mata aku macam biasa melilau sana-sini. Memang banyak perubahan masa aku memula datang dengan yang kali kedua ini. Kalau aku jengah lagi, mesti ada tambahan dan perubahan ni. Paling menarik bagi aku adalah ini semua:-

 Sofa yang cantik dan empuk. Kompom semua berebut nak duduk sini.

Pilihan minuman yang pelbagai. Rasa nak pesan 2 jenis air jer. Tergoda punya pasal. 

 Tak payah nak berebut-rebut basuh tangan. Gel basuh tangan tuh aku suka. Tandas pun dekat. Kat bahagian tepi restoran ajer.

     Dah makan kenyang2, mohler kenal-kenal dengan tokey BK neh plaks. Jeng.. jeng..jengggg.. 

 Inilah beliau, En. Abdul Rahim. Beliau bukan tokey yang main arah2 ajer yea? Tokey merangkap chef. Seronok berbual dengan beliau. Terbuka minda terutama pasal biznez ah. Banyak yang boleh dipelajari.

     Komen? Aku pernah rasa bariani gam utara. Kali ini aku dapat rasa bariani gam versi Johor plaks; rasa antara kedua-duanya memang berbeza dan mempunyai keunikannya tersendiri. Nasi beriani dan lauk-pauk di Bariani Kinrara ini mempunyai perisa yang 'just nice'. Tidak terlalu kuat rasa rempah-ratusnya dan tidak 'melampaui' yang sepatutnya. Itulah maksud 'just nice' Cukup-cukup saja tanpa perlu melebih-lebih atau ditambah perasa tambahan. Menurut En. Abdul Rahim, 'signature dish' di BK adalah ayam panggangnya. Korang kena rasa pasal memang sedap dan berjus. Lembut gitu. Takler sakit gigi nak kunyah.

     Loor! Dok terlopong sambil kesat liur dahhh. Jemputler ke sana weh. Tapi kalau nak usha2 lagi, korang boleh melawat website depa dulu kat sini . Semua info macam menu, harga, peta dan nombor untuk dihubungi pun ada. Review para bloggers pun ado kecuali aku. Pasal aku yang paaaliinngggg last update. Dah berabad pon. ahahahhaha... jaga perangai weh. Baiklah. Dah tertunai janji aku...alhamdulillah!

 

 

 

Thursday, February 14, 2013

KRU Masterclass Mac 2013

     Alahai! Sapalah tak minat KRU? Ada ka, chek? Malas nak cerita banyak2. Tahun 90-an kalau tengok/dengar pasal depa neh, ketaq lutut aih. " Fuh, hensemnya! Best sungguh lagu2 depa dsb," itulah sahaja antara ayat2 yang terfikir/terkeluar dalam minda. Memang sukaaaaa/minat sangat2!!

     Korang berpeluang tengok/renung/tenung Norman dan Yusry bulan 3 ini. Free? Mana boleh. Nothing for free in this world kan? Bayi baru lahir pun kena bayar zakat kan? Kenalah melabur sikit. Melabur untuk apa? Kenapa? KRU nak berkongsi ilmu penjenamaan yang depa dah buat dari tahun 90-an lagi tuh ngan kita semua.

     Berikut merupakan maklumat kursus/seminar yang dinamakan 'KRU Masterclass' yang aku sebutkan di atas:-

Tarikh/hari : 9 Mac 2013 ( Sabtu )

Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang

Tempat : Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur (kalau tak silap aku berdekatan Masjid Negara. kalau salah mohon korang betulkan) 

Jumlah pelaburan : RM 290.00 sahaja. Harga asal adalah RM 590.00

     Maklumat lanjut serta cara pembayaran korang boleh rujuk SINI.. 

     Bukan KRU sahaja ada, kalau korang peminat Irfan Khairi pun jemput sertai. Beliau pun salah seorang 'speaker' pada hari tersebut. Aku neh peminat KRU dan Irfan Khairi jadi macam orang mengantuk disorongkan bantallah tapi jangan tertidur plaks, jadi aku rasa aku yang mula2 daftar... ngeeeeeeheehhehe..

Aksi spontan Irfan Khairi masa aku g previu kelas execDIMS bulan lepas.

     Jomler juin weh...


    

Friday, February 1, 2013

Teruja..Teruja Lagi

Hari ini sudah datang. Tunggu masa saja. Malam tadi Abe Zam cuba masak. Padaku tetap sedap seperti biasa. Air tangan seorang suami yg penuh cinta dan kasih sayang. Memang berkat! Alhamdulillah..

Hari ini; bermula jam 6 ptg hingga lebih kurang 11.30 mlm, Abe Zam akan mula berniaga gerai di Restoran Nikmat Rasa, Kemuning Utama. Lokasinya berdekatan PizzaHut/KFC Kemuning Utama. Bawah Pure Fitness Gym. Di sebelah Smart Reader Kemuning Utama. Berhampiran pula dengan Giant Kemuning Utama.

Korang carilah kain rentang ini. Pasti jumpa..




Designer ini seorang aweks. Maybe Abang Ensem nak consider untuk penyewa rumah beliau yg seterusnya..hahahah

posted from Bloggeroid

Thursday, January 31, 2013

Aku Orang Teraniaya

Terima kasih pada sahabat2 yang prihatin dan komen pada entri semalam. Ada juga yg tanya 'bendera' itu dapat dari mana. Sahabat, itu bukan bendera. Itu adalah mafla yang dihadiahi oleh saudara2 HAMAS kita di Gaza kepada rombongan MAPIM dari Malaysia. Mereka ke sana bersama pengerusi Mapim iaitu Sani Araby Al-Kaheri, Afdlin Shauki, Dr. Sheikh Muszaphar dan beberapa orang lagi. Tuan Sani Araby Al-Kaheri merupakan salah seorang tetamu di majlis Sepetang Bersama Bloggers 2013 ( #SBB2013).

Dalam majlis tersebut, Tuan Sani bercerita mengenai pengalaman beliau semasa berada Gaza. Tetamu2 lain dan para bloggers mendengar dengan penuh khusyuk. Bayangkan dewan yg mempunyai lebih kurang 1++ orang boleh senyap sunyi mendengar perkongsian beliau. Cara penyampaian beliau yg bersahaja tetapi tegas dan bersemangat 'menawan' qalbuku. Hati kecil berbisik,"Patutlah beliau ke Gaza". Lantas rasa kagum dan hormat kepada beliau, Afdlin Shauki, Dr. Sheikh Muszaphar dan orang2 yg pernah menyertai misi kemanusiaan meningkat. Orang2 yg hebat!

Berbalik kepada tajuk, macam tak caya kan? Hakikatnya, entri semalam adalah mengenai aku. Bila dipreview, kena plaks ngan isu kemanusiaan yg dah sekian lama tiada penyelesaiannya ini dan dibangkitkan juga dalam #SBB2013. Sebenarnya ini adalah kempen 'Rebuild A Nation'; salah 1 projek besar yang sedang diusahakan oleh pihak Denaihati Network, MAPIM dan Tuan Khir Ariffin. Korang g gugle lah ngan apa2 yang kurang jelas. Aku tak reti nak terangkan. Kata kunci aku dah nyatakan tu.

Ok, ke laut lagi. Aku orang teraniaya; sejak 2008. Kalau nak dibongkar lagi memang dari kecil aku boleh katakan aku orang teraniaya tapi yang berlalu itu biarlah dulu. Kalau ada kes berbangkit baru aku kupas balik. 2008 lepas sambung Ijazah TESL, aku ditempatkan semula di sekolah baru iaitu sekolah menengah. Sebelum itu aku mengajar selama 5 tahun di sekolah rendah. Kenapa aku sambung belajar? Kerana aku sudah bosan; tiada peningkatan dalam diri. Masih di takuk lama. Jadi dengan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya, aku harap dapat meninggikan tahap berfikir aku. Menjadi!! Aku banyak belajar ilmu2 baru dan lama. Bukan dalam kelas sahaja bahkan di luar kelas juga iaitu ilmu kelangsungan hidup.

Tiba masa utk penempatan semula seperti cerita aku di atas. Aku ditempatkan ke sebuah sekolah menengah di PJ. Teruja juga dapat ke sekolah bandar yang pelajarnya2 kompom lebih 'advanced' dan semestinya lebih terbuka mindanya dari seorang guru. Serius! Banyak yang aku belajar dari mereka. Dari segenap segi. Tahun pertama, aku mengajar English tingkatan 4. Mula2 aku memang kena kejutan budaya juga. Tapi syukur, lepas itu aku boleh menyesuaikan diri. Aku sayang semua pelajar aku tak kira bangsa dan agama. Seorang guru biasa; takkan prejudis dan diskriminasi kepada pelajar2nya. Sekarang pelajar2 itu kebanyakannya sudah ke luar negara dan sebagainya. Bukan jasa aku tetapi usaha pelajar itu sendiri dan didikan ibu bapa mereka yang tegas tapi penuh kasih sayang. Mereka adalah kaum Cina dan anak2 kaum Melayu yang ibu bapa mereka dari golongan profesional. Bertutur dalam Bahasa Malaysia/Melayu pun tidak berapa fasih tapi ada juga pelajar Cina yang bagus dlm BM sehingga menjadi wakil debat dan perbahasan BM. Hebat pelajar aku. Aku hanya tumpang bangga.

Hampir genap 3 tahun aku di sana dan mula rasa selesa dengan budaya, kawan2, pelajar, cara kerja dan rutin harian berulang-alik dari Shah Alam ke Damansara; detik hitam hadir lagi dalam diari hidup aku. Betul. Bila kita rasa selesa, orang pula rasa tak selesa begitu. Banyak juga masalah aku di sana. Melibatkan juga kredibiliti dan prestasi keja aku. Akhirnya, 1/12/2010 aku 'ditendang' dengan penuh 'hormat' dari sana. Ianya dinamakan 'redeployment' atau penempatan semula. Jujur kuakui, setiap kali menyebut, menaip ataupun teringatkan perkataan itu, aku rasa takut.

Selama sebulan itu, rasa seperti berpuluh2 tahun untuk dilalui. Sebabnya? Dalam tempoh itu juga aku selalu bertengkar dengan suami, marah2 pada Imran Zamir, rasa tak selesa, badan tak sihat, malas nak bertegur sapa dan bergaul dengan orang lain dan macam2 perkara/benda/kejadian negatif terjadi. Tambahan pula; ALLAH mengurniakan kami Iffah Zukrina. Masa itu aku disahkan hamil 2 bulan. Syukur tak terkata. Tapi disebabkan 'redeployment', aku selalu mengalami pendarahan. Aku percaya korang tahu sebab apa kan? Tapi, ALLAH panjangkan usia Iffah Zukrina sehingga sekarang. Sebab itu juga aku katakan dia 'survivor'; dia tetap istiqomah dan bertahan dalam rahim ibunya dan lahir dengan cepat sehari dari jangka lahir asalnya. Dengan sangat mudah tanggal 12 Ramadhan, 2011; semasa sembahyang Jumaat. Semasa itu juga suami aku berdoa kepada ALLAH. Dikabulkan tanpa hisab; kerana KAMI ORANG TERANIAYA. Itu yang aku dengar ceramah seorang ustaz di Nasional FM petang semalam semasa pulang dari sekolah. Kata beliau, "kita kena berhati2 dengan ORANG TERANIAYA, kerana mereka dizalimi; tiada keadilan untuk mereka jadi berhati2 dengan doa dan ucapan mereka."Itu ustaz cakap; bukan aku. Tapi, aku tahu ALLAH memberi 'mesej' kepada kami sekeluarga supaya jangan berhenti berdoa. Pertahankan hak kami.

Jika sahabat2 masih kabur dengan apa yang terjadi kepada aku pada tahun 2010, jemput 'selongkar' entri2 lama pada tahun tersebut. Aku dah lupa tajuknya.

Subhanallah! Lega sikit dadaku. Sesak dan perit sudah berkurangan. Ketegangan pada urat2 kaki dan seluruh badan makin berkurangan. Terima kasih sahabat semua kerana meluangkan masa membaca. Dan paling utama; mendoakan kami sekeluarga kerana.. Aku/KAMI ORANG TERANIAYA...




Setiap hari pergi kerja, aku terpaksa 'berlumba' dengan kenderaan berat..




.. Balik pun tiada beza. Azan Maghrib berkumandang, aku masih dalam perjalanan..

Apakah alasan korang yang tinggal berdekatan dengan tempat kerja untuk merungut berlebihan?

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 29, 2013

Demi Sebuah Hak

Asyik menerima sahaja; sudah sampai masanya bangkit untuk hak. Hak sendiri dan juga keluarga. Mempertahankan hak adalah wajib. Doa orang teraniaya juga senang dimakbulkan. Bersiap siagalah org2 yg terlibat..



Jangan kufur nikmat. Sebelum hilang 5 itu, jagalah yg 5 itu juga elok2..

posted from Bloggeroid

Friday, January 25, 2013

Teruja

     So many things to be done. Exhausted but happy. Things that I love most. Doakan yang terbaik utk aku, Abe Zam dan anak2 yea? Amin3...

Dapat jemputan makan di sini atas tiket blogger. Bangga! Terima kasih, Sumijelly dan tuan kedai.

  Dapat 'geder2' lagi.

 Abe Zam akan mula berniaga makanan gerai iaitu char kuey teow di restoran ini. Bermula 1 Februari 2013. Tempatnya di Kemuning Utama berhampiran KFC dan Pizza Hut. Jemput datang dan rasa. Kalau tak sedap, sila komen untuk penambahbaikan.

Syukur kepada ALLAH. Apa lagi yg kita nak kan?

Tuesday, January 22, 2013

Memulakan Langkah..

..adalah sangat susah. Tapi, adalah sangat penting untuk ke tahap seterusnya. 'Darah' dan peluh adalah taruhan. Tapi masa buat kekuih neh semer Abe Zam dah siap mandi wangi2 tau. Takder peluh menitik pun masa tuh..kahkahkah.
Comey tak kelimnya tuh? Aku rasa ada seninya walaupun 'badannya' leper n slim sket. Takper, esok kita pakai ' acuan'nya yea, Bah? Intinya ku rasa memang dah sedap. Yakin semuanya laku/habis esok. Amin3.. Lagi 1 Abe Zam buat kastard jagung. Nanti2 korang leh tempah yea? Ini untuk diletakkan di Restoran Nikmat Rasa, Kemuning Utama.. Jemputlah korang..

Monday, January 21, 2013

Sedang Ingin Bercerita..

     ..mengenai ini...



dan ini..

 

     ALLAH, ku mohon kesempatannya. amin3...

Friday, January 18, 2013

Dari Khalid Salleh kepada Roshidayu


Apa agaknya dalam neh?.. Rupa2nya ada ini...


Berminat? Boleh add fren beliau kemudian pm. Rm50 aja harga istimewa. Dah cetakan kedua rupanya.. Selamat membaca dan berfikir..

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 16, 2013

Idea..Idea

Tengkius kepada sahabat2 yg komen dalam entri sebelum ini. Siapa yg cakap macam tuh? Bukan orang lain pon. Dalam kalangan kawan2 beliau gaks. Memang aku tak amek pusing. Hanya keSian gaks kat beliau. Hiba hati hayam, mak! Ok.. Idea nak mari sikit2.. Nak kasi lagik 'in' sila jamu mata ngan menu Abe Zam semalam. Mmg nyam3..



Ikan siakap stim rencah apa ntah. Ada tambah sotong sikit. Yg penting fresh n bahan mentahnya murah. Siakap seko rm6.89 ajer.
Btw, ada blogger dah 'terayook' ngan aku. Saper? Agak2 saper? Klu: peminat fanatik Great Teacher Onizuka..hehehhe

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 15, 2013

Dari dan Untuk Yang Tersayang

Waw! Macam tak cayer aku tak hapdet dah lama beno. Argkhhh!!

Errr.. Macam kekok. Nak tulis apa. Tgk gambolah dulu..




Minta maaf byk2. Gua bukan nk menunjuk reta mender gua tapi saja nk jelaskan yang mender2 tuh semua Abe Zam yg hadiahkan. Jadi kalau nak kata cik abe aku tuh nompang reta aku, tak betullah. Cian kat beliau. Mentang2 jawatan beliau tak tinggi mcm depa.. Istiqomah, Abah..

posted from Bloggeroid

Monday, January 7, 2013

UNDI UNTUK YANG COMEL DAN SANGAT MEMBANTU

http://crunchies2012.techcrunch.com/vote/?MTk6OTc

'apps' berbudi jadi kita kena berbahasalah. Korang yg belum try mender neh, boleh haplod kat gugle play 'Waze'. Pree ajer. Tqvm @beliamuda atas rekomendasi.. Pastuh bole undi apps ini di laman anugerah 'the crunchies'..

posted from Bloggeroid

Thursday, December 20, 2012

Fear Factor House Challenge 2012

     Rupa-rupanya dah lama aku tak 'update' yea? Pasal banyak cerita sangat kots..kahkahkah...

   Gigih sungguh aku balik dari kampung hari Jumaat kerana hari Sabtu ada 'event' yang aku sendiri macam tak sangka terpilih. Korang boleh rujuk kat sini untuk baca entrinya. Alhamdulillah.

     Sabtu, 15/12/2012. Fear Factor Selebriti Malaysia dah buat 'roadshow' dan Sunway Pyramid, Bandar Sunway menjadi 'garis' permulaannya. Terus terang aku tulis, memang aku tak tahu-menahu langsung pasal FFSM. Bila dah sampai ke 'Zon Ketakutan' neh, barulah terang dan jelas semuanya. Rupanya ada sesi orang awam juga. Sesi 'bloggers' bermula jam 11 pagi dan berakhir lebih kurang sejam setengah berikutnya.

 Aksi selepas pendaftaran. Baju tuh kalo aku pakai macam 'pembalut' nangka so nak elakkan cacing, ikan, ulat pumpun dan ular sawa tuh semer mati tokojut, baik aku wat 'topeng' ajer.

Korang agak ada ulo beso dan ganas macam neh tak kat dalam tuh?

     Lepas taklimat gedebuk gedebak, sesi bergambar reramailah apa lagi kan? Baru sesi pertama neh.

 Takot tak korang tengok muka aku tuh?

     Ada 4 cabaran semuanya. Tapi kena lepas yang memula neh baru boleh teruskan.

 Cari 3 biji guli dalam tanah liat yang ada cacing. Ok jer hakak. Orang kampung kan? Pacat lintah semer no hal. Cacing apertah lagi. Buat umpan mancing ikan keli/puyu jer dulu. Anne dan Darren, korang jangan naik heran sampai tertelan cawan tuh udah yea...

     Alhamdulillah, berjaya! Seterusnya tadak gambo pasal kena masuk bilik gelap. Ada Cik Abe aku snap kat tv depa tapi tak jelas sangat. Korang boleh tengok dalam album kat FB aku.

Cabaran-cabaran lain:
2. Tangkap 5 ekor katak dan pindahkan ke dalam kotak bersebelahannya. - pertama kali aku pegang katak yang aku takut bebeno sebelum neh; katak pisang! Kesian pulak aku tengok katak2 tuh semer berkumpul kat sisi kotak dek kerana lari dari tangan2 manusia. Akak minta maaf sesangat yea, adik2 katak? Tangkap 'amfibia' neh kena genggam kuat2. Kang terlopeh..

3. Cari 3 bendera Fear Factor dalam lubang2 kecil dalam gelap - aiseh! Banyak plaks lubangnya tapi alhamdulillah dah last2 baru dapat. Depa letak cicak dan ular getah...'takuuutttnyerrr'.

4. Cari kunci yang ada lambang Fear Factor dalam sangkar ular sawa untuk buka kunci keluar bilik gelap - gua gagal kat sinilaaa pasal gua tengok 6 ekor ular sawa tuh semer dah gelisah dok merayap sana sini. Gua cuba nak alihkan dengan pegang ekor tapi bila salah sekor tuh terkejut, aku tanak kacau lagih. 

     Keseluruhannya, aku memang takut dengan masa lah pasal tempoh yang diberikan cuma 1 minit... gila gabra kan?

     Paling besh aku dapat jumpa kawan2 bloggers macam...

 Penaberkala @ Khairul Anuar. 4 tahun kenal di alam maya, baru kali ini bersua tuannya. Mau tak gembira kan?

Amir Nawawi pon dah lama dok komen- mengkomen ajer. Baru jumpa depan2 neh. Ada Madi yang ceria sokmo. Eyriqazz pon tak ketinggalan.

     Keputusan pon diumumkan. Korang g ah baca link tuh semer. Memang ada pemenang2nya mode:jeles . Tapi sebenarnya lepas tuh 'si johan' nak belanja2 kitorang semer. Alhamdulillah! Rejeki yang tak disangka neh. Terima kasih, yea Dik Kifli. Murah rejeki anda. Amin3..

Sebelum g nyam2, sempat lagi berposing. Shahroll turut cuba nasib edisi orang awam. Ada Tian Chad juga.

Ado lagi pose sebelum g makan. 'grup photo' kedua iaitu bersama selebriti. korang cari ah saper...hihhii

Makan kat 'Laksa Shack' pasal tempat lain penuh. Dua dari kiri adalah Hans. Yang baju ijau 3 dari kanan tuh Hanifi, kawan si Nuar. Tqvm tolong snap2 gambar untuk akak yea?

'Pose' nak mendapat rotan dari aku. Siap korang!..ehehehh...Paling kiri ialah Byrawlins dan kawan beliau, Jae. Sebelah Kifli plaks Hidayat selaku pemandu pelancong kami..heheh..

Cenderahati. Tqvm Astro dan Nuffnang!

Mohler tonton. Tak lama lagi tuh. Add FB depa noo?

 

Tuesday, December 18, 2012

Abang Ensem 'Memang' Tampan

     Aku tau korang nanti2kan pengalaman aku masa pegang katak, ular tuh semer kan? Sabo2.. kasi aku 'cool down' dulu. Belum citer 'shooting' video ngan Lisa Surihani tuh kan?..err....ehehhehe

     Marilah kita memberi perhatian kepada seorang 'jejaka' yang tak berapa nak tampan ini. Walaupun aku rasa beliau tak berapa nak  layak digelar  jejaka mahupun tampan; ada juga cermin sisi lain yang menyebabkan beliau 'perlu' digelar sedemikian rupa...

1. Gambar terbaru beliau dalam 'header' di 'umah'...

Sungguh jelas dan nyata 'ketampanan' beliau kan? Ini termasuk warna baju yang seragam dengan tulisan dalam 'header' tersebut. Sila jangan marah aku jika korang dah tak dapat 'tengok' pose beliau macam neh lagi bila korang wat kunjungan terkini. 

2. ..... beliau..errr... *rasa macam ada angin dalam perut ngah bergelora*... AMARAN KERAS: Jangan sangka aku 'peknen' atau nak 'terbuang' plaks...hehehhe... memulas2 plaks perut neh. Mintak permisi, nak ke tandas japs... 'hebat' sungguh penangan AE neh sampai nak terkeluar seluruh isi perut aku....blblblblrrrr...


     Adeh! Aku malas nak berbebelan lelama. Kalo korang nak melihat sendiri betapa 'tampan'nya cik abe kito sore neh, aku kongsikan cemana caranya...


Tajuk : Mini Seminar Sembang Subsale Bersama Abang Ensem

Tarikh : 5 Januari 2013 (Sabtu)

Lokasi : PKNS BizPoint Seksyen 7 Shah Alam (belakang Gedung Kain Jakel)

Yuran Penyertaan : RM88 sahaja (terhad kepada 25 orang sahaja)

Aturcara Program :

8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran
9.00 – 9.30 pagi : Apa itu Pelaburan Hartanah
9.30 – 11.00 pagi : Tips-tips mendapatkan Rumah Below Market & Prosedur Pembelian Rumah Subsale
11.00 – 11.30 pagi : Tips Mudah Lulus Pinjaman
11.30 – 11.50 pagi : Tea Break
11.50 – 1.00 petang : Slot bersama Peguam

Bagaimana Untuk Mendaftar :

Kirimkan e-mel anda di bawah tajuk “Mini Seminar AE” beserta butiran berikut ke seminarae2011@gmail.com :

  1. Nama :

  2. Alamat :

  3. No. telefon bombit :

     

     Saja jeks beliau letak 25 orang tuh. Hakikatnya kalau korang adalah awek cun atau ada adik, kakak, anak buah hatta anak dara, kompom nombor kat depan tuh boleh berubah. Bapa awek gua tak pasti...ehehhehe.. 

    Insyaallah, jumpa di sana yea?






Wednesday, December 12, 2012

Jumpa di Sana


Alhamdulillah! Antara 30 orang itu. Boleh rujuk di dua entri sebelum ini. Saper lagi terpilih? Jumpa kat sana...

Thursday, December 6, 2012

Salina

Aku dah mula baca tapi tatau biler nak abeh. Korang dah baca? Apa ulasan korang?

Tuesday, December 4, 2012

Baca-baca Kat PRTUSA

     Pagi tadi bukak blog, komen ada tiga. Baru sat2 tadi bukak, wah, dah 16! Tokojut den... pollower pon bertambah. Alhamdulillah! Tengggsss yea korang sudi jadikan aku kawan korang. Terharu sangat....
     Kemain komen korang semer yea? Mentang2 cuti sekolah; tau2 jer aku simpan dalam stor kejap kegarangan aku. Yerler tuh garang.... Sesungguhnyer komen2 tuh semer kasi gua tersenyum lebau. Tahap gelak sorang2 pon ado sampai Imran Zamir pon pelik...eheheh
     'Tugasan2' yang aku senaraikan semalam kasi peram dulu eh. Bior jadi tapai bole makan masa raya Krismas...kah3
     Ekoran 'terpikat' dengan 'kejelitaan' Perpustakaan Raja Tun Uda masa g kursus penulisan tuh, maka semalam aku hangkut semer bebudak yang ada kat umah neh; 2 orang anak aku + 2 orang anak sedara/buah ke Perpustakaan Raja Tun Uda. Ianya terletak di Seksyen 13, Shah Alam. 

   Pandangan masa balik dari kafe/kantin.

     Musim cuti sekolah neh kalau korang mau bawak bebudak ke tempat yang selesa, berfaedah, bersih dan selamat pada kos yang rendah atau mungkin tanpa kos melainkan minyak dan tenaga, siniler tempat yang sesuai. Dari bayi ke orang tua memang sesuai sangat lepak2 sini. Lepak2 berfaedahler...

 Aper2 hal kasi isi 'minyak' dulu.

     Memula masuk memang takkan layan buku dulu. Pasal apa, bahagian kanak-kanak neh memang menarik sangat2. Dah macam taman permainan sampai mak budak pon teruja. Jadi layan golek2 dan kuang lentang dulu...

  Masih sopan..heheh

 Anak gadisku ramah macam biasa..

     Kat sini memang banyak mender best. Korang gugellah kalo nak tau. Antara yang menarik hati aku adalah ini...

 Bole muat 2-3 orang.

For boys..

     Bagus kan? Mendidik secara halus dan praktikal. Rasa2 akan datang lagiks. Moh kiter wat rombongan cik kiah ke sini. Ruang letak kereta pon pree... Baca lanjut kat sini..