GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, July 12, 2012

'Takdir' dan Kemanusiaan.

     Setiap hari Rabu malam Khamis, jam 8.30-9.30 malam, aku dan Imran suka menonton 'Ghost Adventure' di TV7. Dah habis rancangan tuh, dah macam takder citer besh dah. Hindi kat TV2 pon macam tak baper nak masyuk pasal pelakonnya wa tarak kenal.
     Tetiba Imran seakan menjerit,"Takhdir, Mama...Takhdir". 
     Tokojut den. Dahlaa lepas tengok citer antu kan? Hahahahah.. Baru teringat yang rancangan 'Bersamamu' dah diganti dengan rancangan baru iaitu 'Takdir'. Imran teringat 'gezet' yang ditayang banyak2 kali sebelum neh.
     Rancangan neh memang menarik. Memaparkan kisah benar yang terjadi di sekeliling kita. Kisah hidup dan mati yang telah ditentukan Allah. Kisah yang membawa keinsafan dan menyentuh emosi sungguh. Sungguh2 tau.
     Malam tadi, kisah mengenai seorang insan berhati emas penyelamat haiwan. Beliau adalah Mohd. Hairey Yahya atau nama gelaran yg digunakan, Papa Hero. Hero adalah nama seekor kucing yang pernah diselamatkan beliau. Aku rasa korang tentu pernah bercucuran air mata menyaksikan video di Youtube yang memaparkan bagaimana Hero, telah pulih dari cedera teruk akibat dipotong kedua2 kaki depannya meneruskan hidup dengan bersusah payah sekali. Ia terpaksa melompat seperti kanggaroo untuk bergerak. Kalau tak silap, kejadian tuh berlaku dalam 2005 atau 2008. Korang cekidaut baliklah yea?
     Papa Hero neh seorang blogger juga. Cer tangok kat sini. Dekat sana, beliau curahkan segala pengalaman dan rasa bersama kucing2 yg telah diselamatkan dan menjadi kesayangan beliau kini. Aku pon baru nak baca. Nak add fb beliau dan page 'kakimotong' pon bole kat sana.
     'Kitten' generasi ketiga dari seekor ibu kucing; anak2 buah aku punya di kampung. Depa dok cium 'bebudak' kucing neh semer macam cium Adik Iffah.

     Bukan senang nak jadi peminat/penyelamat haiwan. Pertama, kena suka dan sayangkan haiwan tuh dulu. Kedua, kena luangkan masa kalaupun tidak kos. Ataupun, setidak2nya.. jangan menjadi penyeksa binatang seperti pemilik Petknode. Kalau tak suka haiwan, jangan dok dekat depa. Kang tak pasal2 kita 'terdera' depa plaks... dosa pon dapat...huhuhuhu. Kalau membela plaks, jangan lupa kasi makan secukupnya dan layanlah depa sebaik2nya. Dapat pahala kan? Err.. kucing juga adalah binatang kesayangan Rasullullah. Ramai yang dah tau.

     Tetiba, teringat plaks berita tadi. Seorang wanita (warga emas kots) terbaring di atas jalan berhampiran rumahnya setelah diragut. Menerusi cctv, 11 orang yang melalui jalan yang sama, tidak mempedulikan wanita tersebut yang bertarung dengan maut. Akhirnya, dia mati di hospital. Dulu terjadi kat China, kita kutuk. Now, dah jadi kat negara kita plaks. Apa beza kita dan depa, kalau kemanusiaan telah hilang....
     

10 comments:

Boni JLL3 said...

tu la.. nilai2 kemanusiaan semakin hilang sebenarnya di Malaysia ni.. seolah2 kita ni tak berbeza dengan negara cina..

ainnoraini said...

La kesihanya...apa nk jadi la zaman sekarang...semuanya buat tak tahu jer cuba kene kat diri sendiri...kaum kerabat sendiri...apa rasakannn...

kakcik said...

Bila tengok kejadian yang dahulunya hanya terjadi di luar negara, tapi sekarang berlaku di sekeliling kita, sedih sangat rasanya. Tapi nak salahkan siapa sedangkan kita sebahagian dari 'mereka'. :(

jeBateja said...

Ada tgk malam tadi....terasa insaf sekejap...sebab selama ni tak le kejam cuma tak peka jerk...

@cu SaYaNg said...

aku tak sangka orang yg lalu lalang kat situ boleh tengok je pompuan tu terbaring kat jalan..sedih betul

bertambah sedih bila nonton Takdir..tergamak nye orang yang potong kaki kucing tu..ya Allah..seksa aku tengok kucing tu..*sebak*

kak ina kl said...

selalu akak tenguk..malam tadi terlupalah pulak sebab ashik layan drama di tv9

Afasz said...

rindu la kat iffah..... bila dpt jumpa lg ek....

Rai said...

moral masyarakat semakin teruk...

[PCL] said...

suka gak kucing2 nih ...ada ati nak bela tp risau dgn 'baby2' kat rumah ni..alahan semuanya..

Denaihati said...

kisah papa hero, ambik kucing semasa kaki kena potong buat kita tersentak juga. moga Allah saja yg dapat balas.