GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Thursday, December 8, 2011

Budi Yang Baik Tetap Kukenang

     Tahun 2000, bole aku katakan tahun gelap bagi aku. Cemana aku nak citer? Hmmmm... 

     Last weekend, balik dari kenduri kawan sekolah aku, saja terfikir mau singgah ke umah sahabat lama. Atau aku panggey juga 'kakak yg lagi 1' pasal aku ada sorang kakak kandung ajer.
      Kakak ini aku anggapkan sedemikian rupa pasal beliau sesungguhnyer berjasa kepada aku. Malahan, bukan beliau sahaja tapi anak2 beliau juga memang turut sama menolong aku di kala aku kesusahan.

     Di kala saudara mara tidak lagi mengaku saudara, beliau hadir menghulur tangan. Di kala kawan2 yang lain mencebik, beliau bangkit mempertahankan aku. Pada masa itu, selain ma dan kakak kandung aku, hanya beliau yang berasa belas padaku. Tidak dapat nak dibayangkan apa yang terjadi jika beliau dan anak beliau tidak mengutip aku.....huhuhuhuhu
Puan Kamisah Ibrahim, sesungguhnyer aku terhutang budi pdmu... Hanya doa dan ingatan yg mampu kuberi supaya hidupmu senantiasa diberkatiNYA...AMIN3!!
     

12 comments:

azieazah said...

Benarlah dikata orang, ada kala orang luar yang tiada sedarah sedaging boleh menghargai kita, membantu kita melebihi saudara dan ahli keluarga.

Agak pelik, tetapi manusia ni begitulah.

Budi dan jasa pasti sentisa dikenang-kenang.

PCL said...

dari kawan kita jadikan mereka sahabat...insyaallah ada ikatan ukhuwah yg mendalam di situ..

E-na Zarina said...

ayu...mcm tragis sugguh bunyi kisah thn 2000 tu...pe2 pun moga yang menolong dan yg ditolong sentiasa di dalam limpah rahmatnya...

Unknown said...

ye la kak..kisah tragis apa la tu ye. ape pon, budi yg baik tetap dikenang sampai mati kan..syukur akak ada kawan yg macam ni.. :)

misya said...

syukur masih ada yang prihatin

Anaasuria said...

Besar sungguh jasa kak Kamisah pada ko..Allah saja mampu membalas budi baik beliau.. berat sungguh ujian ko masa tu ye.. Alhamdulillah, sekarang life dah ok....

eh aku takde no hp ko.. kasik.. :) aanas.569@gmail.com

Ms Haslina said...

amin amin amin.
hanya ALLAH dapat membalas segalanya.

Totie@Tomy said...

tp mmg betul biasa org yang terdekat dengan kita yang banyak menolong...

Hanis Azla said...

org berbudi, kita berbahasa.. itulah yg sebaiknya.. kerana budi yg diberi mmg tak mampu di balas.. Alhamdulillah kerana dipertemukan dgn org yg baik budi itu.. mmg payah nak jumpa tu..

Dr K said...

itu salah satu rezeki Allah tu, dipertemukan dgn insan yang baik dan sudi menolong, bukan sikit, tapi banyak. Jadi sebagai tanda berterima kasih/syukur kdp Allah, berbuat baiklah kepada hambaNya itu(kawan yg baik tu)

Acik Erna said...

Assalam ayu...syukur alhamdulillah dipertemukan dengan insan yang berhati mulia.

dalila said...

betul2 kadang-kadang walaupun tak ada pertalian darah lebih memahami diri kita