Aku baru neh tau pasal setiap malam minggu, ader 'live show' kat Laman Santai, Istana Budaya. Padahal, dah 4 tahun pun usianyer. Konsepnyer gerai2 yang menjual mcm2 makanan dan sambil makan, sambil ber'halwa' telinga. Halwalah sangat yea?..hihiihih
Bulan lepas ada 'live show' otai2 rock kapak yang aku minat tapi nda bole hadir. Minggu neh plaks tgk2 ader Umbrella. Hoh! Okler sesangat pasal memang aku minat depa neh. Lagi 1, Zarul adalah seorang blogger yang aktif juga. Aku selalu gaks menyinggah di 'umah' beliau, komen2 then beliau balas. Ader gaks wat kunjungan balik. Wah! Best juger artis macam neh yang takder nak berlagak diva bagai or perasan 'standard' depa tinggi kan?
Mula kul 9 malam
Pengacara pada malam itu, Rosnan Rahman. Dikenali sebagai 'the only Pak Yong in Malaysia'. Aku 'kenal' beliau masa promo teater 'Rebab Berbisik'. Bukan calang2 'figura' neh. Dah byk pengalaman. Bole baca siket kat sinih..
Antara 'retis' lain yang wat show malam tuh adalah...
Yuni, artis berbangsa Cina yang sangat fasih berbahasa kebangsaan. Ini baru btui anak Malaysia kan? Bagus suaranya. Nyanyi lagu Amy Search, 'Tiada Lagi'.
Of koslah Umbrella. Zarul nyanyi banyak lagu gaks. Lupa nak kira. 6 ka? Lagu Rahim Maarof pon ado.
Aiyark! Blurlaa plaks. Aishah AF7
Irene. Pemenang rancangan nyanyian realiti di RTM.
Maya pon ado tapi tak nyanyi lagu 'Matahari'. Kuciwa Cik Abe...ahahahha
Pastuh diselang-seli ngan tarian dari penari2 IB. Tapi yang paling besh.... ini...
Lama gaks dok berborak ngan beliau masa 'break'. Tak sangka sungguh beliau neh peramah. Kami berasal dari negeri yang sama. Kebetulan plaks daerah yang sama hanya sekolah dan 'batch' yang berbeza. Zarul senior dari aku 5 tahun. Tqvm, bro!! Bole add FB beliau yea?
Ok, kalo korang nak 'keep in touch' ngan apa2 aktiviti Istana Budaya, leh daftar 'Sahabat IB' kat laman sesawang depa dan add FB.
10 comments:
wow..bestnya da retis umbrella...nak tuju lagu boleh? haha request Ayu nyanyi.
Peh! Menarik gila. Ayu g sane memalam, bwk baby sekali ka?
Zarul rock!
wah kelas uols...dulu2 minat umbrella pun sbb tergila2 nak tgk dia..haha
I tahu tapi manjang tak sempat nak pi. Padahal dengan rumah tak sampai pun 15 min jer. Skang musim hujan tu asik cuak nak pi.
Next time, tingin gak nak pi.
fuiyooo!!! geng retis!! heheheh
hihi.. ko ni ada je aktiviti .. tak duduk diam kat umah langsung.. kekekeke.. ko angkut Adik Iffa gi sekali ke..?
dari hari tuh lagi dah baca..ni baru sempat nak komen..tima kasih kerana akuzle ayu sudi dtg meriahkan Laman Santai dgn Umbrella..semoga terus keep in touch
wuuuu retissss :D
dee tau psl laman santai ni sbb dh lama jadi sahabat IB..cuma tak berkesempatan je..hehehe..
Post a Comment