GENG2 SETIA

Dah Boleh Cashout Tapi Tamau

Tuesday, December 13, 2011

Menonton 'Asrar 2' untuk 'Hope 2 Walk'

     Semalam. 'Rayau2' kat FB macam biasa. Ternampak status Pekin Ibrahim. Bercerita mengenai pementasan teater lakonan beliau berjudul 'Asrar 2'. Saper P.I? Korang tengok citer 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'? Yang pegang watak si Musalman anak Kak Limah itulah P.I. Tak tengok HKLBR? Heiiii...Aku plaks yang jadik Kak Limah neh kang.....ahahahahhha.

     Aku sebenarnya tak baca dan 'explore' banyak sangat lagi mengenai 'Asrar 2' dan 'Hope 2 Walk' neh tapi setakat ini, apa yang aku faham, teater neh dipentaskan bagi mengisi tabung 'Hope 2 Walk' untuk Adik Annisa dan Annur. Adik2 dan anak2 kita berdua neh menghidap 'Cerebral Palsy' iaitu kelumpuhan otak. Jadi, ibu bapa anak2 ini yang perlu menguruskan diri serta segala keperluan lain untuk mereka. Misi ibu dan bapa mereka untuk mendapatkan rawatan dan pendidikan yang khusus untuk puteri2 kesayangan di UK dan China. Kosnya lebih kurang setengah juta ringgit. Banyak? Maka marilah kita bersama2 menyokong ayah dan ibu cekal ini 'menggapai' impian mereka. Siapa mereka? Saudara kita....

     Nak tau lanjut bole add FB kempen ini. Kat sana korang bole baca perkembangan terkini, sumbangan terkini dan individu2 serta pihak2 yang bermurah hati meyokong keluarga anak2 ini. Sungguh aku kagum dengan mereka semua. FB ibu mereka iaitu Kak Sham bolelah korang add gaks. Ini plaks FB bapa mereka, Kartunis Ronasina. Luahan hati Ronasina plaks korang bole baca kat sinik.

     Ohkey, dah mantok so 'recce' gegambo yukkk...

  En. Reza Zainal Abidin dan Edwin Sumun datang sejauh Ampang memberi sokongan.

     Saper Reza? Kalo korang suker 'stand-up' comedy dan lawak2 yang penah kuar kat tv, surely beliau neh takyah nak diperkenalkan lagik. Terkini En. Reza merupakan pensyarah di ASWARA. Aku suka tonton 'Actorlympics' di NTV7 suatu ketika dahulu dan beliaulah 'mastermind'nyer...hihihiih...terbayang2 plaks ke'klakaran'nyer tuh.
     Edwin Sumun juga seorang 'entertainer' dan 'stand-up' comedian. Aku suka suara beliau yang macho tuh dan tadi dapat borak2 ngan beliau secara 'live' buat aku terpegun. Mmg besh sora beliau!! Paling aku tak sangka dan ada rasa kagum gaks pasal penjiwaan watak beliau yang terbaharu. Aku dapat tau masa tengok 'God of Carnage' di 'PJ Laugh Fest' arituh. Nak tau aper dier, tengok sinih.. Nak tau lagik bole add FB 'the other side of him' neh...ihihihihihih...berani matik btuiii...

The poster

 Kalolah bole borong semer neh...hahahahah

 Bukan nak tayang jam dah calar....

Perbincangan hangat dalam kelas.

 Gandingan mantap...

 Mantap juger....

Mantop....hihihiihih

'Rebiu' pementasan?

Aspek Teknikal
1. Penggunaan ruang yg optimum - bukan pakai pentas ajer tau tapi depa 'bantai' ikut pintu sisi kiri, kanan dan atas tempat duduk penonton skali. Rasa macam aku pon berlakon gaks...hihihhi

2. Babak dalam kelas - watak Jayyid dan Tasha terlampau membelakangi penonton. Mungkin bole diperbaiki malam esok.

3. Sistem bunyi best. Takder masalah teknikal.

Jalan Cerita 
1. Penceritaan yang baik. Senang difahami. 'transition' dari 1 babak ke 1 babak yang lain adalah kemas dan penonton 'awam' seperti aku neh pon bole bezakan yang mana 'flashback' dan yang mana 'waktu semasa'.

2. Memang isu2 yang diketengahkan tuh wujud dan nyata sekarang. Ada juga masanya; terasa seperti terkena batang hidung sendiri.

3. Tak semestinya manusia yang nampak baik itu baik dan yg nampak jahat itu jahat. Pokok pangkal tanya naluri sendiri berdasarkan pengalaman hidup dan pemerhatian dari situasi sekeliling juga.

4. Niat yang baik tetapi kalau 'pergi' merujuk kepada orang yang salah membawa kebinasaan.

5. Cerita di atas cerita atau khabar dari mulut ke mulut memang membawa bencana. Jadi sebelum bertindak, sila dapatkan maklumat dan penjelasan yang sah. Kalau mampu; dari mulut orang2 berkenaan sendiri. Pasal kalo tak memang mampus...huhhuuhuh... Malang bagi Jayyid dalam cerita ini. Ramai penonton wanita kedengaran menitiskan air mata ketika babak Jayyid dibelasah rakan sendiri sehingga menemui ajal.

Watak  
1. Watak Sulaiman memang sangat berkesan. Seorang ketua pelajar yang selalu 'repeat' paper adalah 1 ironi yang sungguh sarkastik.

2. Jayyid - ekspresi muka yang menggambarkan penanggungan yang maha berat. Hebat!

3. Tasha - tidak berapa kuat dan boleh dikembangkan lagi.

4. Pensyarah - berkesan juga even hanya muncul dalam 1 babak.

5. Ibu - watak kaum Hawa yang berkesan. Tahniah!!

6. Bapa - beshlah pasal aku minat Abg. Nam Ron...ahahhahah...(review ala2 malas dah)

Dialog2 menarik 
1. "Awak jangan lupa yg awak tuh selalu repeat paper," sindir pensyarah kepada ketua pelajar.

2. "Aku baca neh (merujuk kpd kitab di tangan) dan bukan apa yg prof. suruh aku baca" kata ketua pelajar. Patut tak lulus kan? huhuhuhuh....

     Panjangnyer entri neh. Larat ker korang baca. Kalau tak baca sampei abeh memang korang pemalassss.....ahahahahhah

p/s: teruk sungguh ending kebanyakan entri2 aku kan? kener masuk kelas menulis karangan untuk SPM balik neh...huhuhuhuhu

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Janji apa yang kita nak sampaikan itu, terluah juga. :)

InsyaAllah para blogger yang ingin menyumbang kepada adik Annisa dan adik Annur akan berpeluang berbuat demikian di pertemuan pada 18/12 nanti.

PCL said...

as salam kak, pcl ni setakat menonton teater tu boleh la..nk komen cm akak ...huhu jauh sekali , kureng sangat ilmunya..respek !

insyaallah kita bantu kpd mereka yg sangat memerlukan, ambil maklum saranan kakcik jg.

gadisBunga™ said...

insyaAllah, walau tak sempat nak menyumbang dgn cara menonton teater tu, kite akan cuba sedaya upaya menyumbang masa gathering nanti.

uncle gedek said...

sham & Ronasina tu = KENTAL

Dr K said...

Kagum saya!! Saya tak punya masa nak menonton teater, teringin, tapi tak tahu nak mula kat mana, nak start dgn teater apa.

Anaasuria said...

kaki teater jugak ko ehh... :)